•Karya Terlalu•

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Maaf, ini bukan cerpen. Cuma, saya nak kongsi serba sedikit sinopsis-sinopsis yang saya siapkan dahulu. Kononnya dah merangka tapi tak sempat dijadikan novel akibat ketandusan idea. Sengaja pamerkan disini, mungkin ada yang berminat hendak baca walaupun sinopsis sahaja.

Tapi banyak yang genre ke arah novel fixi. Selain novel cinta, berminat juga ingin tulis novel berunsurkan misteri atau seram. Kemudian dapat diterbitkan bawah syarikat fixi. Koleksi buku fixi kan ramai juga peminat. Hahaha hanya angan yang ditinggal kisah.

Jadi, saya tinggalkan disini beberapa karya dahulu yang tidak lengkap. Boleh lanjutkan komen di bahagian mana yang awak semua suka.

Mana tahu, suatu hari nanti, Allah kurniakan idea mencurah curah untuk karya yang tak siap ni? Doa-doakan. Saya masih cuba ingin menjadi penulis serba boleh. ;)

.

.

.

• 19 Julai 2017 | 
MRS KOMANDER.

Keberanian. Itu kata kunci seorang Naura Lalisa. Kalau tidak, takkanlah dia sanggup menembak orang asing yang mengacu sepucuk pistol padanya?

"Letakkan senjata sekarang!" -Naura Lalisa.

"Kau yang patut lakukan tu!" -Farhan Rozario.

Farhan Rozario? ohh baru Naura tahu, nama yang pelik itu milik lelaki asing yang dia tembak tadi.
Lelaki asing? okey untuk beberapa minit lepas, dia orang asing, tapi tidak buat masa ni! Dia sudah tembak Komander barunya! ya! Naura Lalisa sudah menembak bos barunya dan itu amat menakutkan!

Boleh kehilangan kerja kalau cenggini gayanya!

Salah tempatnya kalau dia mencari pasal dengan Farhan Rozario. Menangis, menembak, dicedera, didera, semuanya sudah. Hanya akibat satu peluru menembusi lengan Farhan. Tapi, siapa sangka agaknya? akibat satu peluru itulah mereka semakin rapat, Farhan selalu ada untuk menyelamatkan Naura walaupun Farhan tahu, Naura 200% boleh selamatkan dirinya sendiri.

Hari kian teruk bila mereka diperangkap! Terperangkap dalam satu permainan, salah langkah, nyawa galang gantinya!

dan sanggupkah Naura menggadaikan nyawanya sendiri untuk Farhan? bagaimana Farhan pula?
siapa dalangnya? kalaulah salah satu dari mereka terkorban, boleh terima ke kalau dah hati terikat sayang?

•••

( Jadi, disinilah bermulanya nama Farhan. Bezanya, ini Farhan Rozario dan di MHPH Farhan Iskandar. Untuk pengetahuan, saya berkenan nama Naura terlebih dahulu sebelum mula berminat dengan nama Dhia Irdina. Dan memang dari dulu minat genre action ni, cuma tak pandai sangat nak olah )

•18 November 2017 |
KANIBAL.

"Err..Kanibal tu apa?"

"Pemakan daging manusia. dan dia percaya, dia akan memperoleh kebolehan manusia yang dimakannya"

Atas hasrat bodoh, mereka bertiga merantau ke dalam hutan yang khabarnya pembawa maut. Setiap yang pergi menembusi dinding hutan tersebut, takkan pernah kembali. TAK AKAN.

Akibatnya, bala datang menimpa. Baru mereka sedar, mengapa insan-insan sebelum ini yang pergi ke hutan tersebut tidak pernah pulang.

Dan sekarang, mereka sendiri mengalaminya. Dapatkah mereka keluar dari sangkar neraka itu? Tapi..bagaimana hendak mencari jalannya jika bala sumpahan hutan itu terus menerus memburu mereka?

"Sumpah aku menyesal buat kerja ni!" -Hezra Annada

"Sayangnya, kau patut jaga kulit kau baik baik, barulah enak aku nak jamah kan?" -Maya.

•••

( Dalam cerita ni pun ada nama Farhan. Cuma heroinnya Hezra Annada. Dah tulis sampai bab 4. Sangat berminat tentang kanibal sebabtulah cuba tulis. Tapi waktu tu tak berkemahiran nak cari maklumat maka tersadailah ia.)

•Disember 2017 |
DIARI SAFIYYA.

Sering kali baca novel cinta?
Apa kata cuba yang ini pula. Cuba yang berbeza.

Satu cerita. Tapi bukan berbentuk cerita.
Satu kisah. Tapi bukan berbentuk kisah.

Ianya cuma berbentuk catatan. Catatan yang membawa kepada perkataan. Membawa kepada ayat. Seterusnya perenggan. Dan kemudiannya buku--atau lebih tepatnya, diari.

Meskipun catatan, tak bermakna otak anda tak perlu berfikir, malah, perlu lebih dari berfikir. Anda perlu selami jiwa seorang Mawar Safiyya, jiwa orang lain.

Jadi, nah. Saya hadiahkan buat anda. Semoga ini dapat melatih diri untuk lebih memahami perasaan orang lain--dan bukannya asyik menganggap yang anda seorang sahaja mempunyai hati, sehingga melayan yang lain seperti ingin mereka mati.

•••

( Urgh, ini aku terpengaruh dengan novel karya Ismi Fa Ismail. Waktu tu baru lagi kenal penulis dan karya-karyanya. Cuma, apa yang unik tentang cerita Diari safiyya ni, dia bukan berbentuk cerita. Tajuk pun dah terpampang tulis Diari, maka diarilah ia. Sememangnya jika dibaca, seolah kita membaca diari seseorang. Ada tarikh, dan tiada jalan cerita. Wah mereng jugak kepala otak aku dulu. Dah tulis sampai bab 58, tapi setiap bab tu hanya catatan diari ya, bukan ayat karangan. Cuma rasa sedikit tak logik jadi saya biarkan ia dahulu sampailah terlupa. )

•27 Mei 2018 |
3 HARI 1 SYARAT.

"Sir..jangan patahkan simcard tu kalau sir taknak saya patahkan rahang sir" -Quinceanera Dhamirah.

"oh ya?" -Syed Adam Haraf. Seketika kemudian...prakk!

Akibat seorang guru baru yang dipindahkan ke sekolahnya, hidup Nera jadi tunggang langgang! Siapa yang tak kenal dengan gadis kacukan Itali ini? Sebut sahaja nama, bukan sekadar kenal, semua gerun!

Quinceanera Dhamirah Binti Dato' Dhamien.
Ya, disebabkan tittle dato itu, perempuan ini keras kepala. Tambahan pula perangainya berlagak taiko di sekolah, bukan sahaja pelajar, guru guru juga takut hendak masuk campur.

Tapi, hadirnya dia mengubah segala. Nera rasa tercabar. Ikutkan hati, memang dia ingin cincang guru tersebut sampai lumat!

Namun, bagaimana pula hati Nera ini boleh terjatuh pada guru yang dibencinya itu? Tapi, sayang, cintanya ditolak. ah, ditolak? tak. LEBIH KEPADA DIHINA.

"Awak rasa saya akan terima ke cinta dari perempuan tak bermoral macam awak ni?" -Syed Adam Haraf.

Okey, kali ini, Nera betul betul rasa tercabar. Selama ini begitu banyak lelaki menyimpan perasaan terhadapnya, kenapa pula guru ini boleh berkata sedemikian? teruk sangatkah sikapnya?

"Saya sanggup buat apa saja, asalkan Sir terima saya..dalam hidup sir.." -Quinceanera Dhamirah.

"Baiklah, tapi dengan 3 Hari 1 Syarat -Syed Adam Haraf

3 Hari 1 Syarat? apa pula dia merepek ni?

"Baiklah, saya setuju"-Quinceanera Dhamirah.

apa yang akan berlaku? syarat bagaimana dipinta Syed Adam Haraf ini? sanggupkah Nera tunaikan kesemua syarat itu? dan andainya dia tidak mampu, adakah cinta Syed Adam Haraf akan terbuka jua buatnya?

•••

( Ya anak anak, disinilah bermulanya nama Haraf. Kononnya nak buat kisah cinta cikgu dan pelajar. Tapi ada konflik mendalam berlaku dan berpisah beberapa tahun sehinggalah mereka dipertemukan kembali sewaktu heroin sudahpun bekerja. Heroin batak dan hero mulut puaka, siaplah dua bab. Hahaha sayang juga cerita ni, tapi takda idea nak sambung. Oh dan masih ingat Cik Quinn, pemilik butik pengantin dalam MHPH? Haa ya inilah kisah Cik Quinn tu. )

•22 Ogos 2018 |
ECHANTRESS.

"Echantress"

Hanya dengan satu nafas, segalanya mula berubah.  Moon yang dikenali selama ini bagaikan tidak wujud. Malah diganti dengan seekor makhluk yang cukup mengerikan.

"Apabila ia muncul, anda tidak mampu mengawalnya dan ia mengawalmu. Boleh sahaja ia menjadi kawan, malangnya boleh juga ia menjadi lawan"

Tidak cukup dengan masalah makhluk berlambang bulan sabit di dahi, muncul pula sebuah Jurnal lusuh yang semua cari. Jurnal itu banyak membawa ke arah kebaikan, namun salah langkah, padahnya bukan sembarangan. Apatah lagi Jurnal itu sebenarnya berangkai. Ada lagi bahagian lain! Tapi di mana?

Bagaimana ini terjadi? Moon bingung.
Apa pula jalan penyelesaiannya? Lagi, Moon buntu.

Oleh itu, diambil langkah untuk berdiam diri. Tapi makhluk ngeri ini semakin buas, salah gaya, dunia ditakluknya! Apa patut Moon lakukan?

"Kuasanya jangan dicabar, ia kecil tetapi besar. Usah bangkitkan ia, hari berganti semakin teguhlah ia. Lakukan sesuatu, lakukan! Kunci ia dimana tempat ia yang asal!"

•••

( Ini pula inspirasi dari Movie Suicide Squad. Sesiapa yang tengok cerita tu, tahulah siapa Echantress. Cuma versi novel yang saya rangka, storyline sedikit berbeza dan tiada kaitan dengan Joker, Harley Quinn dan rakan rakannya. Ia cuma kisah seorang Echantress. Juga, sayang gila dekat cerita ni walaupun hanya siap sinopsis. Genre action + seram semestinya.)

So, itulah dia beberapa karya tersepak. Hahaha. Manalah tahu lepasni ada idea untuk buat novel yang lengkap? Ataupun sebagai cerpen sudah memadai. Saya rasa cerita di atas ada 'manis'nya tersendiri namun tak dapat diolah lagi.

Sebenarnya, ada lagi beberapa karya tersepak, tapi bahasa MashaaAllah, macam budak darjah tiga. Tak apalah, biarkan yang itu kekal tersepak.

Berbelas draft yang ada, barulah terhasil Mr.Hoodie Pujaan Hati yang bertemu ending. Susah betul ya nak hasilkan sesuatu perkara hahaha. Dan kini sedang bertungkus lumus untuk Hero Dalam Irama. Doakan agar berjaya jumpa ending.

Kepada rakan-rakan yang sanggup menyokong, terima kasih.

Kepada LeenLadies yang sanggup jadi LeenLadies, juga jutaan terima kasih buat kalian. Lebih lebih lagi yang dah kenal saya sejak 2016 (ada ke?)

Apapun, sesiapa saja yang masih menyokong sehingga kini, ketahuilah, kalian dalam ingatan saya. (uish macam orang mati pulak)

Saya doakan kalian sentiasa bahagia dan sihat sejahtera, serta dapat mencapai apa apa yang diimpikan. Yang mana ingin berkarya, teruskan berkaya. Jangan putus asa, InshaaAllah, Allah dah simpan satu hadiah untuk kalian yang sentiasa berusaha.

Dan bagi yang sentiasa membaca, teruskan membaca. Baca itu sumber ilmu. Dunia sekarang, tidak ramai yang sukakan ilmu. Tidak ramai yang gemarkan pena dan buku. Kekallah menjadi pembaca ilmu, tidak rugi pun jika kalian menatap patah patah perkataan yang memberi manfaat.

Kepada yang suka melontarkan pendapat, komen dan juga tanda bintang, lemparkanlah kata kata semangat. Berilah komen membina. Bukan untuk buku ini sahaja, malah juga untuk buku yang lain. Jangan kecam, jangan guriskan hati penulis. Kalian ada ilmu, kongsikan. Tegur mana kesalahan yang ada dengan cara yang baik. Bukan bermusuhan dan ajak kawan kawan untuk berperang sama.

Tulislah sesuatu yang baik. Tidak suka, kunci mulut. If you have nothing good to say, remain SILENT.

Oh, butang bintang atau vote, rajinkanlah untuk tekan. Bukan bercakap soal karya saya sahaja, malah saya bercakap bagi pihak umum. Bacalah cerita apa apa, jika tidak mahu komen, sedekahkan vote.

Ada pembaca tanya, apa yang penulis dapat dari angka vote yang banyak?

Jawapannya, bagi pihak penulis, jika lihat angka bintang itu bertambah, ia menambahkan semangat. Kita tidak tahu berapa ramai di luar sana yang menulis, tapi berhenti menulis akibat tiada semangat. Bukan semua orang mental kuat macam kita. Ada yang insecure dengan karya sendiri. Maka, kitalah yang perlu menyokong mereka. Buat baik, tak rugi apa apa.

Saya ulang, buat baik, tak rugi apa apa.

Manalah tahu, awak beri vote, membuatkan orang lain tersenyum bahagia.

Dalam dunia ini, bukan sahaja tentang bahagiakan diri sendiri dan orang tersayang. Malah, sesiapapun kalian perlu sebarkan kasih sayang.

Wah jadi slot motivasi pulak. Takleh la aku kalau dah jari melekat dekat keyboard ni. Ish.

Okeylah, sampai disini sahaja. Silalah menunggu untuk cerpen akan datang. Terima kasih kerana sudi membaca sehingga ke titik akhir ini.

.

.

.

"Thankyou for the sweetest memories ever,"

.

.

Sentiasa disini,
Harleenxira.
2 Julai 2020, Somewhere on earth.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro