10: 02 VS MIA

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

- People's lives don't end when they die. It ends when they lose faith. -

Bummm!!

Semua tersentak! Kelibat Anneliese yang entah muncul dari mana berjaya mengejutkan semua orang. Apa yang lagi memeranjatkan Anneliese datang bersama tubuhnya yang berpusing-pusing di atas udara lalu terhempas kuat pada dinding istana. Hingga retak dinding tersebut dibuatnya.

"Liese!!"

Baru saja mereka ingin melangkah, Alice muncul bersama Luciana. Penjaga kepada 03 itu bertindak menurunkan angka nyawa kesemua ahli keluarga mafia menjadi 10%.

"Arghhhhh!!"

Masing-masing terduduk kesakitan. Ada yang sakit pinggang, tak jauh juga rasa sakit pada bahagian sendi. Ini semua disebabkan serangan tanpa amaran daripada Alice.

"Ali..Alice kenapa kau buat kitorang semua macam ni?" soal Ryan, tak percaya.

Uwarghhh!! Jangan kata gadis pujaan hatinya berubah jahat. Janganlah weh! Penulis please jangan memain dengan perasaan Ryan, boleh tak?

Alice tak menjawap. Dia memusingkan badannya pabila terasa angin menderu kuat datang bersama aura hijau gelap.

"Aku harap tiada siapa masuk campur dalam pertarungan tuan aku dan juga 02."

Usai berkata, Alice kembali menaikkan nyawa mereka pada angka asal. Kesakitan yang dialami mereka hilang serta-merta. Niat nak tengok keadaan Anneliese terpaksa dibatalkan bila mana Mia Aurora tampak menuju ke arah wanita itu bersama mata hitamnya.

Teruk Anneliese dikerjakan. Apa yang Mia dah buat semasa sistem komunikasi dimatikan tadi?

"Kau kata aku lemah?!" herdik 03.

Anneliese terbatuk-batuk darah. Darah pekat yang membanjiri wajahnya dibiarkan terus mengalir. Tak sangka dia dibelasah teruk oleh Mia Aurora.

"Ambik ni!!"

Di suatu tempat, menara berkembar Kuala Lumpur tiba-tiba bergegar kuat. Salah satu menara tersebut seakan-akan bergerak dibawa satu kuasa yang pastinya bewarna hijau gelap. Penduduk yang tinggal berdekatan berpusu-pusu masuk ke dalam rumah. Pelbagai spekulasi dibuat dan antaranya gempa bumi, tanah runtuh dan mungkin juga angkara DIA.

Tak lama kemudian, salah satu menara kembar tersebut bergerak ke atas lalu menuju ke sebuah lokasi. Orang ramai mula menangis, merayu dan tak lepas juga membaca doa agar diselamatkan. Perasaan takut menghurung diri masing-masing tatkala tanah yang dipijak bergegar kuat.

"Apa yang Mia cuba buat?" soal Grey pada Roland.

Roland terdiam. Dia sendiri takde idea pada ayat yang baru dituturkan oleh Mia Aurora. Apakah yang dimaksudkan oleh isterinya dengan ayat "ambik ni".

Akhirnya, segala persoalan mereka terjawap saat detik-detik mendebarkan muncul jua. Dari jauh, terdengar sesuatu benda besar menuju ke arah mereka tak ubah seperti meteor api.

"Gempa bumi!!" teriak Jethan, kalut.

Bummm!!

Atap istana hancur berkecai sebaik saja bucu menara kembar KLCC memasuki kawasan mereka. Sedar keluarga mafia tersebut dalam bahaya, Alice segera membuat tembok perlindungan bagi menjaga mereka.

Yang ngoknya, Mikami Brothers, Maisara dan Eryn sendiri tak mampu nak keluarkan kuasa masing-masing. Otak tetiba gagal berfungsi saat bumi bergegar kuat.

"Apa benda tu?!"

Gila tak terkejut! Menara tersebut menuju ke arah seseorang. Dan orang tersebut tak lain dan tak bukan, Anneliese! Mata Anneliese yang hampir terkatup kembali membuntang luas sejurus melihat ada benda besar tengah menuju ke arahnya.

"Tuan!!" jerit Luciana, bimbang.

Semuanya sudah terlambat. Menara tersebut menghempas serta menghempap tubuh Anneliese dengan momentum yang sungguh kuat. Terbeliak biji mata Anneliese dibuatnya! Mia Aurora baru bagi dia 'makan' menara KLCC!

Tengku Haikal pula usah dikata. Dia jatuh melutut tak percaya Anneliese baru dihempas dengan menggunakan salah satu kebanggaan negara Malaysia. Bila keadaan menjadi senyap, Mia Aurora mengeluarkan kuasa hijaunya untuk mencari tubuh Anneliese di sebalik timbunan menara yang dah hancur.

Usai tubuh Anneliese dijumpai, Mia Aurora menarik tubuh wanita itu ke arahnya lalu dihempas pula ke atas lantai.

"Mia, cukuplah!" marah Tengku Haikal.

Luciana juga tak tahan melihat keadaan Anneliese. Tak sangka, Mia Aurora betul-betul belasah 02. Oleh kerana kasih setianya pada sang tuan, Luciana bertindak maju ke depan bagi menyelamatkan wanita itu.

"Jangan sentuh tuan aku!" pekik Luciana.

Luciana tak jadi bergerak saat tangannya pula ditarik lalu dipusing kuat menghentak lantai. Alice yang merenung tajam sambil memijak lehernya memaksa Luciana untuk pegun seketika.

"Kau dah janji takkan masuk campur," peringat Alice.

"Dia tuan aku!"

"Dia bahayakan kita semua!" tegas Alice.

Luciana diam. Dia tersepit. Antara kesetiannya pada Anneliese atau perjanjiannya bersama Alice dan Mia Aurora. Arghh! Kalau boleh dia nak sangat Anneliese berhenti jadi jahat. Dan untuk itu, Luciana kena percayakan diorang berdua.

"Mia! Kau tak perlu buat sampai macam ni! Dia isteri aku!" bentak Tengku Haikal, bersungguh-sungguh.

Depan mata dia, Anneliese dibelasah teruk. Mia memang gila!

"Pompuan yang kau gelarkan isteri ni cuba bunuh kau! Kalau tak sebab aku, kau dah lama mati!" bidas Mia Aurora, garang.

Suasana semakin tegang apabila pengakuan tersebut terpacul dari bibir mungil Mia Aurora. Semuanya dah masuk akal. Patutlah Tengku Haikal tak nak gi hospital. Mamat tu dah tahu Anneliese yang buat dia sakit teruk selama ni.

"Dia tak sengaja, Mia. Dia tak sengaja!"

Mia Aurora memekakkan telinga. Mungkin racun yang Anneliese berikan pada Tengku Haikal tak disengajakan. Kononlah tak disengajakan, namun hinaan wanita tersebut pada arwah A-5 memang sengaja dibuat untuk menyakitkan hati Mia Aurora.

Dia dahlah setahun alami kemurungan. Tup-tup Anneliese bahas tentang kematian kakak kandung dia. Kau rasa?

Hahaha! Sebab tu dia akan belasah cukup-cukup muka Anneliese! Bagi dia insaf sikit!

Tanpa mengendahkan rayuan Tengku Haikal, badan Anneliese diangkat tinggi ke atas udara lalu dihempas kuat ke atas lantai. Terbeliak biji mata masing-masing melihat adegan ganas tersebut.

Tak puas dengan itu juga, muka Anneliese dipijak kuat oleh kaki Mia Aurora. Sampaikan tubuh wanita itu terbenam jauh ke dasar tanah.

"Lemah?! Tengok siapa yang ada kat kaki aku sekarang!" herdik Mia Aurora, bagai gila.

Tengku Haikal sudah mati kata. Di depan matanya sendiri, Anneliese dibelasah teruk. Kakinya ingin melangkah, namun tak sengaja matanya tertacap pada Alice yang menggerak-gerakkan bibirnya menyebut sesuatu.

"Penyapu...penyapu..."

Cis! Tak guna punya perjanjian! Sempat Alice melihatnya dengan muka sengaja ingin menakutkan Tengku Haikal.

"Kita kena halang Mia!" desak Tengku Nurfaiza.

"Dengan cara apa? Kita ni pun takde kuasa," bingung Zack.

"Tasya, kau boleh halang Mia tak?" soal Putri Risha, berharap.

"Ak...aku? Memang taklah! Aku masih tak mampu guna kuasa macam Mia," tolak Tasya.

"Erhhh Genji! Kau halang dia!"

"Asal aku?!"

"Kau kan 01!"

Putri Risha menolak tubuh Tazaki Genji untuk maju ke hadapan sedikit. Terpaksalah Tazaki Genji keraskan badan agar tidak terus maju ke hadapan. Gila nak bertarung dengan memori yang setakat 2 persen.

Diam-diam Roland mengeluh. Hampeh betul 'kawan-kawan' baik Mia Aurora ni. Semua tak nak maju. Duk tolak-tolak macam bebudak. Mia tu bukan tak sedarkan diri macam Anneliese. Tak mungkin dia nak belasah diorang.

Lebih lama mereka bergaduh, lebih lama Anneliese akan diterajang oleh 03. Perlahan-lahan Roland mengorak langkah menuju ke arah Mia Aurora sehingga membuat yang lain terdiam.

"Mia," panggil Roland, lembut.

Mia Aurora tak dengar. Nafsu kudanya masih ligat menghentak-hentak wajah Anneliese menggunakan kakinya. Pijak! Pijak! Pijak dia! Muahahahaha!

"Mia Aurora!!"

Senyap. Kaki Mia Aurora berhenti tepat-tepat pada wajah Anneliese seraya dadanya turun naik mencari nafas. Sejurus suara Roland kedengaran, Mia Aurora memalingkan kepalanya menghadap si suami.

"Cukup," kata Roland, serius.

Mia Aurora menarik nafas panjang. Matanya kembali normal lalu dia menapak ke arah Roland dengan tangan yang disilangkan pada dada.

"Tu baru sikit," ngomel dia.

"Aku kata cukup, Mia."

"Fine!" pasrah Mia Aurora.

Sepantas kilat Luciana berlari mendapatkan tuannya yang sejak tadi sepi dipijak oleh 03. Habis hancur wajah cantik Anneliese sekarang. Dah tak nampak bentuk manusia. Darah bergelimpangan, wajahnya lebam dan membengkak serta sesetengah giginya patah teruk.

"Liese!"

"Tunggu! Liese masih hidup. Kita tak boleh dekat dia," halang Mika.

"Apa kita nak buat?"

Mia Aurora menjulingkan matanya ke atas. Tak lama kemudian, dia mengeluarkan kuasa hijaunya lalu membantu Anneliese untuk duduk di atas lantai bersama tangan yang terikat di udara nenggunakan kuasa hijaunya tadi.

"Liese sayang," panggil Tengku Haikal.

Baru sahaja dia ingin mendekati Anneliese, tiba-tiba wanita itu tergelak kecil. Dalam keadaan lemah, Anneliese mengangkat wajahnya merenung Mia Aurora.

"Pastikan kau dah ikat aku betul-betul. Sebab...bila aku terlepas dari ikatan bodoh ni, aku akan pastikan kau makhluk pertama yang mati di tangan aku!"

"Pompuan tak guna ni!" geram Mia Aurora.

Tanpa amaran, pipi Anneliese ditampar sekuat hati. Sampai terpercik darah dari mulutnya.

"Mia, dahlah! Kau boleh tak sabar?!" marah Roland.

Tangan si isteri ditarik agar wanita itu tidak melakukan sebarang pergerakan ganas lagi.

"Dia tu menyakitkan hati tau tak! Dia nak bunuh saya," Mia Aurora tak nak kalah.

"Masalahnya sekarang, aku nampak kau yang cuba nak bunuh dia," balas Roland, garang.

"Dia mula dulu! Awak dengarkan apa dia cakap pasal kakak saya?"

"Okay, cukup. Kita akan bincang pasal ni kat atas nanti."

Roland cuba sabar. Alahai, kesian bini uncle dia. Hati suami mana yang rela tengok bini dia dibelasah kat depan mana dia sendiri. Tapi dalam konteks ni, berbeza okay. Anneliese tu jahat and plus dia degil tak nak balik. Lagi satu, dia hina orang yang dah meninggal dunia. Kan dah mendapat.

"Benci!" sebal Mia Aurora.

Dia menghentak-hentakkan kakinya ingin naik ke atas. Baru beberapa langkah diatur, kolar bajunya tiba-tiba ditarik oleh Roland.

"Eh, eh nak gi mana? Kau dah pukul anak orang, sesuka hati nak blah? Sembuhkan dia balik," arah si suami.

Mia Aurora mendengus umpama budak kecil. Dengan wajah cemberutnya, dia berdiri di hadapan Anneliese lalu mendepakan tangannya ke arah wanita itu.

"Hei, kau kena ingat 03. Kau rasa korang boleh kalahkan DIA? Kalau aku di tempat kau, aku lebih rela mati sekarang," sinis Anneliese berbicara.

Mia Aurora diam sebentar. Sesaat selepas itu, bibirnya mulai bergerak.

"Aku tak sama macam kau 02. Aku lebih rela mati bersama diorang."

Sejurus itu, aura hijau milik Mia Aurora keluar melingkari setiap tubuh Anneliese. Bila saja kuasa Mia masuk ke dalam sistem saraf Anneliese, mata wanita itu akhirnya perlahan-lahan layu lalu tertutup tidak sedarkan diri.

"Liese!"

Tengku Haikal segera menyambut tubuh Anneliese daripada jatuh ke atas lantai. Syukur, wajah wanita itu sudah kembali cantik seperti dahulu. Takdelah kesan lebam seperti sebentar tadi.

Tengku Haikal nampaknya kelam-kabut mendukung tubuh Anneliese lantas berlari anak menaiki takah-takah tangga. Anneliese perlukan banyak rehat. Ada banyak benda yang Anneliese perlu hadap bila dia bangun. Dan salah satunya, adalah denda khas daripada Tengku Haikal. Hehe.

"Baik tak saya?" sengih Mia Aurora.

Dia menyenggol-yenggolkan pipinya pada dada Roland lagak kucing siam. Harap-harap Roland puji walaupun lelaki tu tengah tengok Mia bagai nak telan Mia hidup-hidup.

"Kita tetap akan bincang hal ni," tegas Roland.

"Alaaaaaaa."

#Akhirnya, Liese dah balik.
#Comment and vote.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro