11: SENSEI DAN GENJI

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

-People's lives don't end when they die. It ends when they lose faith. -

#Jangan salahkan saya, if awak sendiri tak faham sebab baca skip2.

___________________________________

"ARGHHHH!!"

Hampir terjatuh Tengku Haikal dari atas katilnya. Suara tadi tak lain dan tak bukan milik Anneliese! Dah kenapa terjerit-jerit gaya puntianak dipaku ni? Aduh, tolonglah jangan buat orang nervous. Bukan ke Mia Aurora dah sembuhkan Anneliese semalam? Jangan kata bini dia buat hal lagi.

Tak nak lengahkan masa, Tengku Haikal bangkit daripada pembaringan lantas turun daripada katil. Usai tombol pintu dibuka, kelibat Jethan yang sedang berlari ala-ala Usop dari Hantu Kak Limah balik rumah menjengah pemandangannya.

"Tolong! Gempa bumi! Tolong!"

Pap!

"Apa benda kau merepek ni?" garang Grey menolak kepala Jethan.

Monyet sekor ni tak habis-habis dari gemba bumi sejak semalam. Dahlah tangan tu sengaja dinaikkan ke atas dengan gaya melambai lembut. Memang padan berlakon ganti Usop.

"Taklah. Aku dengar bunyi orang menjerit. Tu pasal aku jadi 'siren' untuk bangunkan semua orang," sengih Jethan.

"Kau tak perlu jerit, kitorang memang dah sedia bangunlah," sampuk Ryan seraya mengusap belakang lehernya.

Nampak sangat mamat tu baru bangun dari tidur. Dek jeritan daripada seorang perempuan, secara tak langsungnya mereka semua terbangun bagi melihat kejadian yang sebenarnya berlaku.

"Ad, mana Liese?" soal Xender, pelik.

"Dia takde dengan aku."

Tengku Haikal mengatur langkah ke tingkat bawah. Ia mengambil sedikit masa untuk tiba di bahagian utama memandangkan keluasan istana yang terlalu besar. Yang lain turut membontoti langkah lelaki tersebut dari arah belakang.

Tiba saja di bahagian utama, kelihatan figura Anneliese sedang berdiri membelakangkan mereka. Di hadapan wanita itu pula, tersiar satu berita mengenai perkembangan terkini.

"Ad, eloklah kau dah bangun. Aku dengan Mika dah lama ada kat sini. Liese tak gerak-gerak lepas menjerit," lapor Kami, bingung.

Tengku Haikal terdiam. Memang benar apa yang baru dikatakan oleh Kami. Isterinya itu tampak pegun tanpa melakukan sebarang aksi.

"Korang rasa...Liese masih erhhh korang tahulah en. Jahat?" soal Putri Risha, ragu-ragu.

Tiba-tiba entah dari mana datang Mia Aurora lalu wanita itu mengambil tempat duduk tepat di belakang Anneliese. Selamba bibir Mia Aurora mengguriskan senyuman lebar atau lebih kepada sinis.

"Oho, ini tentu akan menjadi menarik," ujarnya, perlahan.

Roland mengecilkan matanya memandang sang isteri. Hanya Mia Aurora sorang saja yang tengah duk releks meletakkan sikunya pada bahagian tepi sofa.

"Mia, asal dengan Aunty Liese?" soal Roland, mendatar.

"Hmmm pompuan tu? Takde apa. Okay je pun," katanya.

"Dah tu asal dia tak bergerak?"

"Tak bermaksud dia jahat. Meh duduk sini," ajak Mia Aurora seraya menepuk-nepuk tempat di sebelahnya.

Roland sempat bertukar pandangan bersama yang lain. Masing-masing mula melabuhkan punggung bersama mata yang setia merenung Anneliese. Risau jika tetiba perempuan itu melakukan aksi yang ganas.

"Liese sayang," seru Tengku Haikal.

Dia menyentuh bahu isterinya selepas setahun Anneliese menghilangkan diri.

"Be...berita tu...betul ke?"

Anneliese menoleh ke belakang sekali gus membuatkan air muka Tengku Haikal bertukar lega. Mata sang isteri tampak normal walaupun wanita itu sedang menangis.

"Hei, kenapa menangis ni?" lembut Tengku Haikal menyoal.

"Jujur dengan sayang. Sayang...sayang ke yang buat semua ni?" rintih Anneliese.

Semua terdiam. Nak cakap Anneliese yang buat tu, memang ya tapi tak. Anneliese dikawal oleh DIA untuk membunuh semua orang. Jadi, bukan salah dia. Anneliese yang original tu baik budi pekertinya. Bunuh semut pun tak mati.

"Sayang..."

Akhirnya, tangisan kuat Anneliese pecah jua. Dia menyembunyikan wajahnya dalam pelukan Tengku Haikal. Malu setelah berbuat dosa. Malu setelah ramai nyawa dicabutnya tanpa segan-silu. Yang peliknya, dia tak ingat manusia tersebut dibunuh dengan cara apa. Ingatannya hanya tertumpu pada jumlah kematian yang dia dah lakukan.

"Shhhh...takpe. Sayang tak bersalah. Semua orang tahu sayang tak bersalah," pujuk Tengku Haikal, lembut.

Anneliese menangis dan terus menangis. Sepanjang masa itu, Tengku Haikal tak berputus asa untuk terus memujuknya sehinggalah tangisan Anneliese semakin reda.

"Sayang hampir bunuh abang," akui Anneliese, kesal.

"Abang okay, sayang. Mia kan ada."

Anneliese kembali tersenyum halus. Dia memandang ke arah Mia Aurora dengan riak wajah penuh rasa bersyukur. Sekali lagi Mia ada untuk selamatkan diorang.

"Mia, terima kasih sebab..."

Anneliese tergamam. Senyumannya mati ditukarkan dengan dahi yang berkerut pabila sebaris ayat tiba-tiba melintasi ingatannya.

"Lemah kau kata? Kau akan berterima kasih pada aku lepas kau dah balik nanti."

"Kenapa Liese?" prihatin Tengku Nurfaiza.

"Erhhh..."

Anneliese tak jadi nak terus bersuara. Mia Aurora yang tengah memandangnya bersama kening yang terjongket ke atas serta segaris senyuman sinis membuatkan Anneliese berasa rendah diri.

"Kenapa? Teringat apa-apa ke?" usik 03.

"Takde apa."

Anneliese berpura-pura berdehem.

"Aku yakin kau ada sesuatu nak ucap dengan aku," Mia Aurora semakin galak mengusik.

"Ada. Kau cuba nak bunuh aku dengan bangunan KLCC," ungkit Anneliese, kecil hati.

"Hei girl, kau patut berterima kasih dengan aku sebab dah hempas muka kau guna KLCC dan bukannya piramid kat Mesir."

Dengan penuh confident tahap tinggi bulan kat angkasa, Mia Aurora tersenyum tanpa rasa bersalah. Apa boleh buat. Korang janganlah salah faham dengan perangai Mia Aurora. Perangai dia memang macam ni. Kurang ajar. Dah boleh masuk geng Alex dan jadi ahli yang kedua selepas Roland.

"Mia..." tegur Roland, tak suka.

"What? Awak, saya cuma cakap benda yang betul. Lagipun, dia tak...mati en?"

Mia Aurora tersenyum lebar hingga matanya menjadi sepet ke arah si suami. Berharap Roland tak tegur dia kat bilik nanti. Roland tu tak berapa suka Mia Aurora tak hormatkan lain. Tapi bila Roland yang kuang aja, boleh pula. Ini lah lelaki. Acah lebih.

"Oh, ya. Mia, camne dengan perjanjian kita? Aku rasa aku nak buangkan sekarang memandangkan Liese dah okay," ujar Tengku Haikal seraya memegang erat tangan si isteri.

Sempat mereka berdua bertukar senyuman manis.

Sejurus mendengar ayat Tengku Haikal, dahi Mia Aurora berkerut menoleh ke arah Alice yang duduk di sisi Sarah.

"Perjanjian apa?"

"Perjanjian hari tu lah. Yang kau kata if aku langgar perjanjian tu, aku akan jadi penyapu," beritahu Tengku Haikal, leceh.

"Pfttt!! Perjanjian tu? HAHAHA! Kau giler ke? Takkan kau betul-betul percaya dengan perjanjian bodoh macam tu?" gelak Mia Aurora.

Yang bagusnya, dia sorang je gelak. Yang lain tengok dia macam orang gila. Dasar syok sendiri!

"Tapi Alice siap tepuk kuat belakang aku lepastu bagi amaran supaya aku tak disumpah jadi penyapu," ulas Tengku Haikal, tak percaya.

"Hei, HAHAHA! Tu Alice sendiri buatlah. Alice, kau memang bijak!" puji Mia Aurora, geli hati.

Alice tersenyum menerima pujian dari tuannya. Berkat hidup lama bersama Mia Aurora. Banyak dia belajar daripada wanita itu dan salah satunya untuk menjadi seorang penipu berjaya.

"Terima kasih, tuan. Tuan pun hebat dan bijak. Idea untuk buat perjanjian tu memang terbaik," Alice memulangkan pujiannya kepada Mia Aurora semula.

"Aku memang bijak. Kau memang tahu kan aku lebih bijak daripada semua orang. Lepastu cantik, hot, manis, kuat, pandai masak, sexy..."

"Saya setuju pendapat tuan," angguk Alice, yakin.

"Lepastu en lepastu... aku pun pandai ambik hati orang, anggun...apa lagi erk?"

"Menawan," tambah si penjaga.

"Betul! Aku..."

Yang lain mula berpandangan sesama sendiri. Setiap apa yang Mia Aurora kata, pasti saja disetujui oleh Alice. Dasar dua-dua masuk air. Hampir dekat 5 minit si tuan dan penjaga saling bertukar pujian hingga membuatkan yang lain memandang mereka dengan pandangan malas.

Tak tahan mendengar setiap perkataan yang keluar daripada dua makhluk tersebut, Tazaki Genji pura-pura menguap diikuti Alex. Sedar tak sedar, satu demi persatu mula meninggalkan ruang utama tersebut termasuk Roland sendiri.

Malas nak layan! Diorang punya angkat bakul tu, pergh! Bukan setakat bakul. Dengan raga, bola, raket, hoki, diangkat sekali!

_____________________________________

"Akhirnya, dah boleh balik!"

Triple Ko menggeliatkan badan setelah musuh terakhir berjaya ditumbangkan. Bersama mereka bertiga ialah Tazaki Genji yang lengkap berpakaian baju besi. Biasalah tzar diagungkan. Ala, diorang pun sama juga. Pakai pakaian besi untuk melindungi diri masing-
masing.

Maklumlah teknologi DIA tu lebih jauh ke depan berbanding kepunyaan manusia.

"Genji, keadaan Jepun macam ni ke?" soal Miko, nak tahu.

"Lebih teruk. Ada raksasa 6 mata muncul dari langit. Itupun semalam baru ditewaskan berkat pertolongan Mikami Brothers," kata Tazaki Genji, acuh tak acuh.

"Hari dah hampir senja. Jom balik," ajak Riko.

Kereta tentera dinaiki lantas mereka menuju ke arah istana milik Tzar Xender. Masuk saja dalam istana tersebut, kelihatan Xender, Tengku Haikal, Alex serta Roland baru balik dari kawasan pertempuran. Namun, yang menjadi satu persoalan utama, tiada seorang pun mengambil tempat duduk walhal sofa yang besarnya mengalahkan 50 buah tidak diduduki oleh sesiapa.

"Asal korang..."

Tazaki Genji terdiam. Seorang wanita yang berpakaian singlet hitam serta skirt ketat paras lutut sedang duduk di tengah sofa mereka. Pada arah berlawanan pula, Tengku Nurfaiza merenung ke arah wanita tersebut bagai tak puas hati.

"Siapa awek tu? Seksi naw," komen Grey yang baru tiba bersama Ryan, Akim dan Zack.

Keadaan menjadi hening. Wanita misteri itu masih setia menyilangkan tangannya rapat ke dada bersama payudara besar yang hampir tersembul keluar.

"Baby, asal ni?" bisik Tazaki Genji sebagai pembuka ayat.

Yang lain tak nak bertanya. Muka Tengku Nurfaiza serius sangat.

"Baguslah biy dah sampai. Pompuan ni kata dia kenal biy," dingin Tengku Nurfaiza menjawap.

"Kenal? Tapi biy tak kenal dia," bingung Tazaki Genji.

Wanita itu bangkit lalu berdiri memandang Tazaki Genji.

"Aku mengandungkan anak kau."

"Apa?!"

"The heck?!"

"Dah agak!!"

"Tun...tunggu apa?!"

Tengku Nurfaiza berdiri bersama renungan tajam terhadap Tazaki Genji. Dah mulai dah tzar tak guna ni buat hal. Mentang-mentang dah jadi ketua kerajaan. Pompuan keliling pinggang!

"You memang nak mati!!" marah Tengku Nurfaiza, garang.

"Sugar baby, biy tak tahu. Serius tak tahu!" jujur Tazaki Genji, membela diri.

Tolonglah weh. Dia dahlah penat hadap musuh tadi. Sekarang pula gaduh? Haih, stress siak!

Tiba-tiba wanita tadi tertawa kuat. Siap pegang perut bagai. Ingat diorang tengah buat sketsa lawak ke camne?

"Kau siapa pompuan?"

Tajam anak mata Tazaki Genji merenung wanita itu. Jangan kata ada bala nak kacau rumah tangga diorang erk.

"Hei, Mikami. Korang tak bagitau siapa aku pada 01 ke?"

Si dia melirik ke arah Mikami Brothers yang sekadar mengunci bibir. Takutlah tu.

"Apa semua ni, Mika? Kami?"

"Takpelah. Biar aku perkenalkan diri aku sebenar. Nama aku Nanami," ucap dia.

Tazaki Genji berdecit. Serius arh?

"Siapa pun kau, aku tak kesah. Lebih baik kau....Arghhh!!"

Nanami yang hilang lalu muncul sekelip mata di hadapan Tazaki Genji menghadiahkan tamparan kuat tepat di belakang lelaki itu. Sampai buat mata yang lain terbeliak besar.

"Siapa kau nak halang aku? Aku sensei! Panggil aku sensei. Kau patut belajar hormat orang yang lebih tua daripada kau, Eiji-sama," tegur Nanami.

"Sakitlah bodoh!"

Tak sia-sia Tazaki Genji menerima sebuah lagi tamparan daripada Nanami. Sakit dia tu memang takleh bincang!

"Tunggu, awak pun ada kuasa?" kerut Tengku Nurfaiza.

Nanami tersenyum lebar.

"Tak sangka isteri kau yang manusia ni lebih cepat faham daripada kau, Eiji-sama," geleng Nanami.

"Jap, aku tak faham. Siapa Eiji?"

Soalan Zack menyebabkan semua orang turut tertanya-tanya. Asal Nanami duk sebut Eiji-sama? Ni confirm salah cari orang! Buat malu diri sendiri.

Mikami Brothers menarik nafas panjang manakala Nanami duduk tenang di atas sofa sambil menyilangkan kakinya. Bibir wanita itu tak habis-habis memberikan senyuman bermakna.

"Nama kau sebenarnya bukan Genji," beritahu Kami seraya menggaru kepala yang tidak gatal.

"Apa?!"

Kuang, kuang, kuang. Terciduk semua orang.

#Sensei= guru
#Penggunaan 'sama' pada hujung nama merupakan panggilan bagi orang yang terhormat.

#Vote and comment.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro