28: TASYA DAN MIA

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"MATI!  MATI! MATIIII!! "

Mata Maisara terketar-ketar tak percaya pada pemandangan yang baru dilihatnya. Dia jatuh melutut membiarkan Hannah terus tergelak kejam. Kini, Putri Risha tidak lagi bergerak berada di bawah tapak kaki Anneliese.

Tanpa belas kasihan, 04 dipijak berulang kali. Anneliese tak ubah seperti psiko, gila dan tak berperikemanusiaan. Dihentak-hentak wajah Putri Risha walaupun wanita tersebut tidak memberikan sebarang tindak balas untuk bertarung.

"HAHAHA! Bagus 02! Teruskan! " galak Hannah.

Maisara ingin maju,  namun kata-kata Putri Risha untuk memintanya agar tidak masuk campur mula terngiang-ngiang di telinga. Kalau pun dia menghalang, dia mampu ke tahan 02?
Mengamuk tak tentu pasal. Mudah terpengaruh hinggakan Anneliese hilang pertimbang lalu memukul ahli keluarganya sendiri.

__________________________________

"Aku kata CUKUP! "

Nanami terundur ke belakang sebaik sahaja kolarnya direntap kasar oleh Xender. Memcerlung tajam anak mata tzar itu memandang bebola miliknya. Nanami sekadar diam tak berbicara. Sengaja dia membiarkan setakat mana baran Xender.

"Aku tak kesah rancangan kau! Aku nak bini aku balik sekarang!" herdik Xender penuh kemarahan.

Nanami tersenyum sinis.

"Kalau kau nak 04 balik, dipersilakan hadap 02 dulu, " ujarnya, mendatar.

Aden tersentak begitu juga dengan Xender. Kedua-dua mereka terikat. 02 dan 04 sama-sama penting. Tak kurang dan tak lebih. Ayat Nanami sebijik perangkap. Sejenak, Xender perlahan-lahan meleraikan tangannya daripada kolar Nanami.

Kalau Putri Risha percaya pada Anneliese, dia akan turut percaya pada wanita tersebut.  Sebab itu yang perlu dibuat oleh keluarga. Percaya.

"Menarik. Kalau macam tu biar aku yang pergi, " sampuk seseorang.

Serentak, Alex tergamam. Figura Tasya yang tiba-tiba bangkit sambil tersenyum sinis membuatkan Alex turut berdiri sama. Dipegang pergelangan tangan Tasya sebagai tanda meminta perjelasan.

"Tunggu! Apa... "

"Sorry, " sepatah Tasya berucap lalu dia hilang bersama Eryn.

Zack dan Alex terpinga-pinga. Dari dalam helogram, mereka berdua melihat kedua-dua insan itu telahpun tiba tepat di hadapan Anneliese. Sejurus tiba, Tasya tanpa ragu-ragu melepaskan tumbukan tepat pada wajah 02 sehingga berjaya menyebabkan wanita itu terdorong ke belakang menjauhi Putri Risha.

"Sorry, sorry 02. Aku tak cukup untuk ingat diri aku yang sebenar tapi... Aku cukup ingat siapa kau. Kau kawan baik aku. Sebagai kawan baik, aku tak sanggup tengok 04 menderita di tangan kawan baik dia sendiri. Kau betul-betul dah melampau! " garang Tasya berbicara.

Hannah mengerutkan sedikit dahinya. Terdetik hati ia untuk melihat perbalahan antara 02 dan juga 05. Menarik! Melihatkan aura biru gelap yang sekejap-sekejap datang di tangan Tasya membuatkan Hannah meneka bahawa 04 belum ingat siapa dirinya yang sebenar. Pendek kata, tak seimbang.

Walau bagaimanapun, 04 dikatakan melalui perkembangan yang agak tinggi daripada yang lain. Contohnya, wanita itu lebih pantas mengingati dan mendapatkan kuasanya dulu. Tapi adakah ini bermaksud 04 mampu kalahkan 02 yang di kala ini tengah mengamuk sakan?

Setahu Hannah, seseorang itu akan jadi lebih kuat bila marah. Hannah ragu-ragu pada kebolehan 02. Jika Tasya lebih cepat ingat, 02 mungkin akan kalah di tangan wanita itu memandangkan 02 masih berada dalam ingatan tahap lemah.

Hannah berfikir panjang. Seketika, bibirnya mengguriskan senyuman lebar. Dia mengeluarkan ilusinya di hadapan Anneliese lantas membentuk  beberapa manusia.

"Come on lah, Risha. Anneliese tu ada apa je? Dia cuma budak kampung yang tak tahu apa-apa. Miskin dan tak berharta. Memandangkan kau dah dapat Aden, apa kata kau bawa anak dia lari sama? Aku rasa korang akan lebih bahagia, " hasut 'Tasya'.

"Bahagia? Betul! Aku akan rampas apa yang Liese ada, " tekad 'Putri Risha'. 

"Good! Biar aku urus pompuan tak guna tu! "

Tasya yang sebenar tersentak. Lidahnya kelu pabila terkena kuasa ilusi yang dipermainkan oleh Hannah. Patutlah Liese marah semacam. Ilusi di hadapan mereka tampak sungguh benar. Hakikatnya, Tasya dan Putri Risha tak pernah bersekongkol untuk menjatuhkan Anneliese.

"Liese, dengar cakap aku! Jujur, aku masih tak seimbang! Aku tak dapat lawan kau jadi tolong!  Tolong dengar nasihat aku! Ini semua tak betul! Aku dengan Risha tak pernah tipu kau. Kita kawan baik, Liese. Kita keluarga," pujuk Tasya.

"Keluarga? Huh, kau penipu! Kau sama penipu macam betina tu! Korang tikam aku dari belakang! Rampas Aden dan Ayla dari aku! Hina aku macam manusia lain! Korang sama! " marah Anneliese, bertubi-tubi.

"Tasya berundur sekarang! Liese boleh bunuh kita semua! " Eryn memberikan amaran.

Tasya buat-buat tak dengar. Dia menoleh ke arah Putri Risha yang sudah terdampar kesakitan. Dia dan Risha bukan pengkhianat. Macam mana dia nak buktikan semua tu pada Anneliese? 

Sesaat, Tasya terdiam. Dia mendongakkan kepalanya lalu memberikan senyuman manis terhadap 02.

"Kalau macam tu kau boleh bunuh aku."

Satu ayat berjaya membuatkan semua terdiam.  Dengan aksi berani mati, Tasya maju setapak demi setapak ke arah Anneliese. Dia menghulurkan tangannya ke arah Anneliese agar hati wanita itu percaya padanya.

"Aku dan Risha bukan pengkhianat. Kita kawan baik. Kau tak ingat ke? 1800 tahun yang lalu kita dah pernah berjanji untuk sentiasa bersama. Kau dah lupa, 02?" sayu Tasya berkata-kata.

Hannah terdiam. Dia dah sedia maklum pada kuasa Tasya. 05 mempunyai kuasa untuk melihat masa lalu. Adakah wanita itu datang ke sini semata-mata janji mereka berlima dahulu?

Hannah jadi bengang. Dia harus hentikan semua ni! Dia takkan biarkan 05 pujuk 02 untuk menjadi normal semula!  Sepantas kilat dia cuba mengeluarkan sekali lagi kuasanya supaya kemarahan 02 bertambah.

Namun, belum sempat kuasanya cuba dikeluarkan, tiba-tiba muncul seseorang tepat di sebelah Tasya. Hannah menelan air liur kesat. Figura makhluk yang sedang merenung tajam beserta senyuman yang sinis menyebabkan Hannah terundur setapak.

Akibat rasa terancam, Hannah menggerutu sebal lantas menghilangkan diri. Waktu sekarang adalah berundur!  Berlawan bersama wanita menakutkan itu tidak memberikan sebarang faedah kepadanya.

Tasya pula sudah tersenyum nipis. Rasanya kemenangan telah berpihak kepada mereka.

"Aku mengganggu ke? " soal Mia Aurora berpura-pura naif.

"Tepat pada masa. Kita urus Liese dulu. Risha pula biarkan Alice sembuhkan, " cadang Tasya.

"Aku tak bawa Alice. Aku tugaskan dia untuk jaga yang lain memandangkan diorang tu lemah, " bicara Mia Aurora, tanpa bertapis.

Pantas Triple Han serta Triple Ko mengecilkan mata memandang Mia Aurora dari luar helogram. Kecik besar,  kecik besar je pompuan ni erk. Cakap tak jaga hati orang langsung! Tahulah diorang tu semua manusia!

"Eryn,  tolong bawa Risha balik. Mai, aku pun nak kau balik sama, " arah Tasya.

"Tapi Liese..."

"Aku setuju ayat Mia. Manusia sana sangat lemah. Diorang perlukan makhluk kuat macam kita, " tambah Tasya.

Kali ini Alex pula memicingkan pandangan ke arah Tasya. Cakap tak bertempat erk. Amboi-amboi! Mentang-mentang ada kuasa boleh cakap arh! Cuba takde kuasa macam diorang ni. Confirm mafia yang menang.

"Aku nak duduk tepi sana. Pape roger, " beritahu Mia Aurora selepas kelibat Putri Risha, Maisara dan Eryn lesap.

Sejenak, mata Tasya terbeliak luas. Kalau Mia nak releks ala-ala makan kitkat, habistu takkan dia sorang je kena hadap Liese? Nak mati?

"Kau jangan nak mengadalah! Aku tak dapat kalahkan dia sorang! " geram Tasya.

"Over! Kau sendiri kata rela nak mati kat tangan 02 ni en? Pergilah. Aku pun nak tengok sejauh mana keberanian kau, " sakat Mia Aurora.

Tasya terkebil-kebil. Teringat ayatnya sebentar tadi. Konon sanggup 02 bunuh dia. Hah, sekarang mana ayat tu pergi? Terbang ditiup tornado?

"T... Tu aku berlagak je lah! Ak... Aku pun takut mati! " perbetul Tasya,  kalut.

Mia Aurora tergelak kecil. Ceh, action lebih. Konon-kononnya sanggup mati di tangan Anneliese. Bila suruh mara melawan, aikk entah gi mana keberanian dia. Mia juga kena hadap.

"Fine, aku tolong tapi aku nak tengok 02 bantai kau dulu lepastu aku... "

"MIAA!! " jerit Tasya,  tak puas hati.

Mia Aurora tergelak kuat. Suka sangat dia buat orang marah. Tanpa sedar, Anneliese berasa cemburu melihat kemanisan hubungan yang terjalin antara Mia dan juga Tasya. Otaknya mulai mentafsir.

Jika Tasya adalah kawan baik Putri Risha,  maka Mia pun ada kaitan dengan pompuan. Jangan-jangan Mia turut bersubahat?  Anneliese mengepal buku limanya.

Dalam keadaan Tasya yang tak bersedia, dia menerkam wanita tersebut sambil melancarkan penumbuk. Kesan daripada itu, Tasya terbuang jatuh sekali gus membuatkan Mia Aurora tergamam. Riak wajah dia bertukar serius.

"Kau memang ada masalah en? Okay, aku bagi kau pilihan. Memandangkan aku dah pernah hempas Menara KLLC kat muka kau, aku akan hempas benda lain. Pilihan pertama, piramid. Pilihan kedua bangunan Tony Stark, " serius Mia Aurora berhujah.

Tasya terbatuk-batuk kuat. Dalam pada itu, sempat dia mempamerkan riak wajah ingin nangis.

"Tu Avengerslah! " marah dia.

Mia Aurora menggerakkan kepala ke kiri dan ke kanan. Saja nak buat lawak memandangkan Babyfik dah jarang keluarkan watak dia! Tak guna betul penulis ni! Dia tak tahu ke watak Mia Aurora paling harapan dalam cite ni?  Nak harapkan orang lain, sampai bila cite nak tamat?

"Aku sebenarnya takde mood nak berbalah. Apa kata kau santai lepastu tarik nafas jap. Habis tu, kita balik. Kan senang. Tak perlu nak sepak-sepak bagai. Amacam? " yakin Mia Aurora memberikan cadangan.

"Kau jangan ingat aku boleh tertipu dengan ayat kau, 03! Kau pun penipu macam diorang! Kau bersubahat dengan 04 en? Korang sengaja nak rampas semua yang aku sayang!" tuduh Anneliese tak masuk akal.

Mia Aurora berdecit. Dia mengeluarkan tawa sinis hingga membangkitkan kemarahan Anneliese. Rasanya Hannah tak perlu keluarkan lagi kuasanya memandangkan perangai Mia Aurora dah cukup buat baran Liese naik.

"Aku bukan nak sakitkan hati kau tapi... Hakikatnya aku tak sayang orang yang kau sayang tu. Maksud aku, apa kebaikan yang aku akan dapat kalau rampas diorang dari kau? Logik en? Lagipun, hidup aku jauh lebih baik daripada kau. Mungkinlah, " monolog Mia Aurora,  selamba.

Anneliese tak mampu menahan rasa marah yang berbuku sejak tadi. Oleh sebab itu, dia berlari pantas lalu melompat ke udara seraya mencari wajah targetnya. Mia Aurora tersenyum sinis.

Dia dah dapat agak serangan Anneliese. Mudah! Kacang hitam,  kacang hijau!  Baru saja dia ingin mengelak, tiba-tiba sebaris ayat yang tertera pada retina matanya
membuatkan tubuh Mia Aurora pegun tak bergerak.

System error!

Roland bangkit daripada sofa lantas tangan Alice diraih. Dalam sekelip mata, mereka berdua lesap dan muncul tak jauh daripada kawasan pertempuran Mia Aurora dan Anneliese. Roland yang baru tiba membuntangkan mata saat melihat tubuh Mia Aurora sudahpun terpelanting jauh. 

"MIAAA!! "

Langkah deras diatur! Tak diendahkan Nanami yang turut sampai bersama Eryn dan Aden. Alice turut tak ketinggalan berlari mendapatkan tuannya. Dia tak tahu apa punca utama yang telah menyebabkan Mia Aurora kaku hingga serangan mudah daripada Anneliese gagal dielak.

"Mia... "

Tubuh Mia Aurora disandar pada dadanya seraya wajah pucat si isteri dipandang sedih. Pertama kali, air muka Mia Aurora kelihatan tak bermaya. Lembut-lembut pipi Mia Aurora dielus lalu beralih pula pada rambut panjangnya.

Hati Roland terasa sakit. Walau dah banyak kali perlawanan Mia Aurora dah hadap tapi ini satu-satunya perlawanan yang berjaya membuatkan hati Roland berasa sangat sakit. Melihat wajah lemah si isteri jiwanya bagai tak tenteram.

"Mia, kau okay? " perlahan Roland menyoal.

Mia Aurora tak menjawap. Dia hanya menggeleng-gelengkan kepala dengan kadar perlahan yang cukup menandakan bahawa keadaannya kurang memuaskan.

"Tuan, izinkan saya periksa, " pinta Alice, sedih.

"Bukan di sini,  Lice, " tolak Roland, dingin.

Tiba-tiba Nanami datang lalu menghampiri pasangan tersebut. Belum sempat dia membuka bicara, Roland terlebih dahulu mendongakkan kepalanya ke arah wanita tersebut bersama tatapan yang tajam. Tatapan tersebut diam-diam menyebabkan Nanami terkedu seribu bahasa.

"Uruskan semua ni! " arah si ketua mafia, garang.

Tubuh Mia Aurora dicempung oleh Roland manakala Alice meraih tangan tuannya. Mereka bertiga hilang dalam sekelip mata. Nanami pula mengeluh berat. Tak nak buang masa, dia muncul di belakang Anneliese yang cuba menyerang Aden lantas menghadiahkan wanita itu dengan bebola asap yang dapat membuatkan Anneliese pengsan untuk seketika.

#100 comments baru aku update ye. Saja nak hilang lama-lama kalau boleh. Ehek.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro