29: MIA MENGANDUNG

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Roland memejam mata sambil menyandar pada dinding. Walaupun dia macam tu, telinganya tetap mendengar suara-suara yang tekun berbual antara satu sama lain. Dia juga mendengar suara Putri Risha yang telah pulih seperti asal.

Hanya Anneliese yang masih pitam di bilik tidur ia. Seketika, Roland didatangi oleh seseorang. Tanpa mencelikkan mata, Roland membiarkan makhluk tersebut membuka bicara.

"Tak sangka jadi macam ni. Aku tak tahu 03 pun nak tolong sama. Setahu aku dia bukan jenis macam tu. Aku minta maaf, " kesal Nanami.

Roland menarik nafas sehela.

"Mia dah berubah. Aku suami dia. Aku tahu didik dia macam mana, " tutur Roland, dingin.

Nanami diam sejenak pabila Roland menuju ke arah Alice yang sedang memeriksa keadaan tuannya. Lama Alice duduk di samping Mia Aurora yang terbaring lemah sampaikan mereka semua jadi risau. Alice duk pejam lama-lama membuatkan seseorang tersengih lebar.

Siapa lagi kalau bukan Ryan. Bukan dia tak risau cuma kecantikan yang Alice miliki benar-benar buat hati Ryan terpana. Ugh! Kayak menusuk jantung gitu. Tapi sayang... Alice tu sama je macam Luciana. Tak pandang pada cinta manusia.

"Alice memang lawa en? " bisik Ryan pada Nethan.

"Euuwww bro. Asal gedik sangat kau ni?  Kau jangan nak mengadalah. Kita dah janji takkan kahwin! Utamakan single, jauhi taken!" peringat Nethan, serius.

Ryan menjulingkan matanya ke atas. Asal dah sebijik iklan padah dadah pula ni?  Arghh! Tak kesahlah. Janji dapat perhati wajah Alice lelama.

Aduhai, kenapa kau cantik sangat Lice? Kenapa kau bukan manusia? Kalau kau manusia, dah lama kita main kahwin-kahwin, bisik hati Ryan.
Tak lama kemudian, mata Alice terbuka secara mengejut. Reaksinya menyebabkan semua orang tertanya-tanya bimbang.

"Kenapa dengan Mia, Lice? " tanya Ethan, tak sabar.

Alice menelan air liur sebelum membuka mata.

"Tuan... Tuan bawa roh baru, " umum Alice bagai tak percaya.

"Roh baru? Maksud kau... Mia kena rasuk ke? " bingung Jethan.

Cakap biar siang sikit. Dalam kepala otak Jethan yang sempit ni, dia dah terbayang ucapara halau hantu yang perlu dihadiri oleh Mia Aurora nanti. Terdetik rasa kasihan terhadap wanita itu.

"Bodohlah kau ni! Maksud dia, Mia ni pregnant. Jadi dia... "

Grey terpinga-pinga dengan ayat yang baru ditutur oleh mulutnya. Jap, dia baru kata pregnant ke?

"Mia pregnant?!" ulangnya lagi,  namun dengan nada yang terkejut.

Roland tergamam manakala lain terkejut bukan kepalang. Kalau makhluk lain yang periksa Mia Aurora,  mungkin diorang boleh kata pemeriksaan tersebut tak betul. Malangnya, ia disahihkan oleh Alice sendiri, penjaga kepada Mia Aurora.

"Wait,  wait, wait! Mia pregnant? Maksud kau pregnant yang perut besar sampai 9 bulan tu ke? " bingung Alex.

Ini lagi generasi bodoh. Bahana suka sangat ponteng kelas dulu.

"Yelah,  hubby. Mia kita ni dah pregnant. Anak Roland, " tekan Tasya lalu mengusap bahu Roland yang tampak pegun tak bergerak.

Roland statik dengan keadaannya. Rasa tak mampu nak bergerak tetapi telinganya masih mampu mendengar ucapan tahniah yang tak henti-henti terpacul daripada bibir ahli-ahli keluarganya. Dia sangat happy tapi tak tahu nak bagi reaction camne.

"Erhh aku gembira Mia dah pregnant tapi en... Korang tahu pompuan pregnant ni perlu banyakkan rehat, takleh ke hulur hilir.  Mia ni pula jenis suka benda lasak lepastu orang harapan yang handle semua raksasa kat luar tu. Kalau Mia erhh perlu rehat, habistu siapa nak handle raksasa yang akan datang nanti? Lagi-lagi kalau raksasa tu ada level kat atas kepala dia, " usul Riko, cerdik.

Serentak semua orang saling memandang antara satu sama lain. Mia dah tak boleh aktif macam dulu,  jadi diorang perlu buat apa? Terus berharap pada Mia?

"Ha'ah lah. Weh Roland, asal kau buat Mia mengandung sekarang?  Tak boleh ke tahun depan? " polos Jethan menyoal.

Terima kasih pada soalan tersebut, akibatnya Jethan ditendang beramai-ramai lalu dicampak keluar daripada bilik. Inilah akibat malas belajar. Diharapkan para pembaca tak ambik contoh soalan daripada Jethan.

"Kalau macam tu, korang kena berdikari. Korang ada 01, 02, 04 dan 05. Takde masalah, " sampuk Nanami, tenang.

"Diorang berempat?  Aku rasa dunia ni tambah haru dibuatnya . Kan Mia sendiri kata yang diorang berempat ni tak boleh diharapkan, " pedas Ciko memberikan komen.

"Kau memang cakap tak tengok orang ke? " jeling Putri Risha.

"Maaflah,  aku tak reti nak menipu. Eja menipu pun tak pandai."

Ceh, ini bukan dah kira penipuan ke?

"Diorang berempat dah berkembang dengan baik. Setakat raksasa biasa, aku yakin diorang boleh hadap, " pasti Nanami.

Selesai menyampaikan ayat-ayat penuh motivasi, Nanami keluar meninggalkan ruangan tersebut diikuti oleh mereka satu demi persatu. Sebelum keluar, sempat lagi Xender menepuk bahu anak sulungnya bersama ucapan bangga disertai Riley yang terlompat-lompat teruja.

Fuyohh dapat jadi maksu muda. Putri Risha juga tak ketinggalan mengucapkan rasa syukur terhadap Roland. Seusai mereka beredar, tinggallah Alice, Roland dan juga Mia Aurora. Wanita itu sejak tadi sedar,  namun tidak berkata walau sepatah cuma.

"Alice... " panggil Mia Aurora,  perlahan.

"Ya tuan? " sahut Alice,  lembut.

"Betul ke aku... Mengandung? " soalnya untuk kepastian.

"Ya, saya pasti. "

Mia Aurora tersenyum pendek.

"Kau boleh pergi, " izinnya kepada Alice.

Sang penjaga akur lalu masuk ke dalam loket tuannya. Roland yang diam tak terkata disentuh oleh Mia Aurora. Melihat Mia Aurora yang cuba bangkit, Roland cepat-cepat membantu isterinya dengan menyandarkan tubuh wanita itu pada dadanya.

Sedetik, rambut panjang Mia Aurora dielus lembut lalu dihidu. Harum semerbak. Hidu lama-lama macam ni buatkan Roland jadi ketagih.

"Awak marah? " soal Mia Aurora, perlahan.

"Buat apa nak marah?"

"Sebab keadaan saya memudaratkan semua orang. Saya tak dapat tolong macam dulu lagi, " sedih dia.

"Shhh kau takyah risau semua benda tu. Mummy dah cukup kuat. Mungkin lebih kuat daripada daddy, " agak Roland tanpa niat.

Mia Aurora tergelak kecil. Dia tahu Roland sekadar bergurau. Takde siapa yang boleh menandingi Xender andai semuanya takde kuasa. Mungkin Tazaki Eiji sorang je boleh sebab dia bekas anak didikan The King dan juga yakuza terganas kat Jepun. Who knows, right? Mungkin Eiji yang menang ataupun Xender.

Argh! Tu tak penting! Diorang takkan bertarung sebab keluarga tak buat macam tu.

"Aku gembira. Sangat-sangat gembira. Kalau boleh aku nak nangis, aku nak jerit pada satu dunia yang aku bakal timang anak daripada mummy comel macam kau ni, " usik Roland lalu pipi Mia Aurora dicubit manja.

"Eeee tak naklah! Awak kata nak nangis,  nangislah! " cabar Mia Aurora.

"Tu metafora je. Saja nak buat kau terharu sikit."

"Nak mati? "

"Kalau aku mati, siapa nak jaga kau? Lagipun dunia harapkan aku, " usik Roland lagi.

Gelak manja Mia Aurora kian pudar. Dia mengerutkan dahinya pada ayat terakhir yang baru dituturkan oleh si suami sebentar tadi.

"Apa?" soal dia.

"Apa yang apa? " bingung Roland.

"Tak, tak! Awak kata apa tadi? "

"Siapa nak jaga kau? "

"Bukan tu! Awak kata lain! "

"Kau perlukan aku? "

Mia Aurora terpinga-pinga sebentar. Dia cuba mengingati semula ayat terakhir Roland sekejap tadi. Disebabkan sakan sangat nak gelak, telinganya gagal mendengar pada bait ayat lelaki tersebut.

"Awak cakap tu ke?"

"Haah. Dah tu kau dengar apa? " kerut Roland.

Mia Aurora terdiam. Akhirnya, dia sendiri malas fikir. Bukan penting sangat pun. Benda kecik takkan nak stress bagai.

"Mia .. Aku nak kau rehat hari ni. Jangan banyak buat benda lasak. Kalau kau degil, kau tahu apa yang aku akan buat, " bisik Roland,  tegas.

"Denda? Ha ha. Sorry Mr. Bro! Awak nak denda saya cuci kain awak selama 3 bulan tanpa guna mesin basuh en? Awak sendiri kata saya tak boleh buat kerja berat. Awak berani ke nak bagi denda macam tu dengan saya? " perlekeh Mia Aurora.

Pantas Roland mengecilkan matanya memandang Mia Aurora. Okay,  okay Mia menang. Takpe, hari ni hari Mia,  esok-esokkkkkkkk hari Mia juga.

"Please dengar cakap aku, sayang, " bisik Roland, lembut.

Mia Aurora terkekeh manja. Dia memeluk tubuh Roland lalu berbaring beralaskan dada lelaki itu.
Tenang seketika.

"Awak tahu saya sentiasa ikut cakap awak kan? " balas Mia,  gemersik.

Dan Roland tersenyum lebar.

Acah sweet, sepak kang!

____________________________________

"Macam mana dengan Kak Liese sekarang, ngah? Kitorang dengar Liese... "

Tengku Nurfaiza tak jadi meneruskan bicaranya apabila melihat Aden tertunduk pilu. Sugul sahaja air muka abangnya sampaikan Tengku Nurfaiza berasa kasihan. Malam Anneliese mengamuk semalam, dia dan Tazaki Eiji takde kat Malaysia.

Diorang pergi ke Myanmar untuk menguruskan keributan yang berlaku kat sana. Setiba di Jepun, Mikami Brothers bagitau Liese bergaduh dengan yang lain. Punca terkena ilusi. Pagi ni juga, diorang bergegas datang kat sini.

"Lek, Ad. Kita semua tahu Liese tak sengaja. Sesiapa pun yang ada kat tempat Liese, akan hilang kawalan. Kau tak perlu rasa bersalah, " tenang Xender, halus.

"Siapa kata aku rasa bersalah? "

"Aik,  habistu yang kau tunduk acah hisap gam ni asal? "

Hidup-hidup Xender ingatkan Aden murung disebabkan rasa bersalah. Bertuah punya adik!

"Aku risau dengan Liese. Korang sendiri nampak bebola kristal tu tunjukkan masa silam Liese yang sebenar. Li... Liese bunuh...malaslah nak ingat. Yang penting isi kandungan tu buat Liese trauma. Aku takut dia masih tak boleh terima, " luah Aden, jujur.

Tiba-tiba Tasya tergelak hambar sekali gus menarik perhatian semua orang.

"Aku dan Eiji belum dapat kristal tu tapi aku dah rasa takut. Risha, Mia, Liese jalan cite mereka hampir sama. Wajib ada yang mati. Macam mana kalau... "

Tasya menelan air liur. Pahit! Macam mana kalau masa silamnya dia ada bunuh orang? Dapat ke dia terima? Rasa takut tiba-tiba menjengah dalam sanubari Tasya. Dulu dia nak sangat cari bebola kristal biru seperti Risha tapi sekarang niat tersebut dikuburkan.

Dia rela tak tahu hakikatnya daripada trauma macam Anneliese. Bukan tu je, terfikir juga kalau dia hilang kawalan hingga menyebabkan ahli keluarga yang lain dalam kesusahan.

Sedar pada perubahan Tasya, alex meraih lembut tangan isterinya lalu digenggam erat. Tanpa senyuman,  lelaki itu merenung dengan isyarat yang penuh bermakna. Tasya umpama faham. Tubuhnya berhenti mengigil lalu lengan si suami dirangkul mesra. Walaupun masa silamnya jahat, Alex pasti terima dia kan?

Sejenak, Tazaki Eiji mengeluh. Dia naik ke atas meninggalkan semua orang. Dia ingin berehat. Banyak sangat dugaan yang diorang hadapi sampai pening dibuatnya. Tatkala berlalu di hadapan bilik Aden, dia terpandang pada pintu yang terbuka.

Secara tidak sengaja, dia ternampak Anneliese yang sedang duduk di tepi katil sambil menyeka air mata. Tazaki Eiji melangkah lalu menguak pintu.

"Yoo, Liese! Dah lama tak buat tiktok! " sapa Tazaki Eiji, berpura-pura gembira.

Memandangkan dia takde kat sini semalam, Anneliese pasti fikir Tazaki Eiji tak tahu pasal masa silamnya.

"Eiji, kau buat apa kat sini? " tanya Anneliese bersama senyuman palsu.

"Lepak jap.  Asal kau tak turun bawah? " Tazaki Eiji merapati Anneliese.

"Aku tak berapa nak sihat, " Anneliee terpaksa menipu.

Sebentar, situasi menjadi senyap. Tak sampai beberapa saat, Tazaki Eiji tiba-tiba berdiri lalu menarik lembut pergelangan tangan Anneliese sekali gus membuatkan wanita itu terkejut.

"Eiji, apa ni? " hairan dia.

"Jom buat tiktok dengan aku, "ajaknya.

Anneliese terkebil-kebil sebaik sahaja Tazaki Eiji mendepakan tangannya seolah-olah menari ala tango. Bingung punya pasal, Anneliese ikutkan saja rentak lelaki itu.

"Eiji, kan aku dah kata tak sihat! "

Tazaki Eiji buat-buat tak peduli. Dia menari ke depan dan ke belakang membimbing Anneliese. Makin lama, Anneliese dapat mengikuti rentak 01.

"Step 1! Step 2! And turn around! "

Anneliese tergelak gembira ketika dia berpusing. Sedar tak sedar, dia lupa kejadian yang menimpanya semalam. Entahlah, dia cuma rasa ... selamat.

"Kau kata main tiktok, mana phone kau?" soal Anneliese, teruja.

"Tiktok khayalan!"

"Bengong! "

"HAHAHA! "

Galak sangat diorang bersuka ria hingga tak sedar Tasya tersenyum di balik pintu. Penglihatan semalam mengenai kisah 1800 tahun yang lalu menerjah semula dalam kotak ingatannya. Disebabkan penglihatan yang muncul secara mengejut, ia mendorong Tasya untuk memghadap Anneliese semalam.

1800 tahun yang lalu...

02 melepaskan keluh yang panjang. Sekejap dia memandang bintang yang ada pada langit. Langsung tak nampak cantik di matanya. Dia benci pada benda yang indah. Mereka semua dididik untuk membenci bukannya menyayangi.

"Kenapa aku rasa... 03, 04 dan 05 tengah sembunyikan sesuatu dari kita? Terutama 04. Kau tak rasa ke dia dah jarang dengan kita? " luah 02, curiga.

01 memalingkan wajah pada 02. Wajah rakan baiknya itu tampak sugul dan kecewa.

"Perasaan kau. "

"Tsk! Aku tahu kau pun perasan. Aku cuma rasa sakit kalau ada sesuatu diorang sembunyikan daripada kita, " tunduk 02, pilu.

01 faham. Dia mendekati 02 lalu 02 ditarik ke dalam dakapannya. Sebagai ketua, sorang pun dia tak abaikan. Dia sayang 02 - 05. Dia tak pilih kasih. Semua dia titikberatkan.

Cuma jika ada salah satu daripada mereka menyimpan rahsia, ia seakan-akan tak logik. Mereka sendiri dah janji takkan ada rahsia yang disembunyikan antara satu sama lain.

"Aku yakin diorang tak sembunyikan apa-apa daripada kita," bisik 01.

"Kita kawan baik. Kawan baik tak menipu, " sambungnya lagi.

02 menarik nafas. Ayat 01 sedikit sebanyak membuatkan 02 berasa lega. Meskipun dia dapat merasakan ada perubahan terutamanya pada 04, dia tetap percayakan rakan baiknya itu. Mereka sentiasa ada bersama-sama dan takkan ada sorang pun daripada mereka berbohong.

Mungkin.

#Cepat betul korang komen erk. Tapi takpe.  Memandangkan aku free,  aku update.

#100 comments baru aku update ye.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro