31: MISTERI MIMPI XENDER

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

1800 tahun yang lalu...

Faiq Elhasiq menyingkap dedaun lebar yang menghalang pemandangannya. Tatkala dedaun diselak ke tepi, bibir lelaki itu mengorak senyuman lebar. Seorang gadis yang sedang melihat sesuatu di atas pokok membuatkan jiwa Faiq meronta-ronta untuk cuba mendekati.

Namun pada masa yang sama , Faiq sedar status dirinya. Sejak seminggu yang lalu, Faiq sudah mengikuti kelibat gadis ini tanpa kebenaran si pemilik sendiri. Diam-diam Faiz mengintip, diam-diam Faiq tersenyum. Jujur, hatinya sudah terpana pada kecantikan yang dimiliki oleh si dia.

Sehingga sekarang, Faiq tak cukup keberanian untuk mendekati. Dia risau jika... Jika kehadirannya membuatkan si gadis melenting. Hajat Faiq ikhlas untuk berkenalan, bukan untuk berkelahi.

Tatkala itu, mata Faiq tiba-tiba mengecil ke arah si dia. Gadis yang diminati dalam diam itu tampak cuba mencapai sesuatu dari atas pokok. Dia tak sedar kakinya hampir berada di penghujung gaung. Faiq mulai rasa tak sedap hati. Tanpa sedar, kakinya melangkah setapak.

Berbalik pada situasi 04, dia cuba menggapai tumbuhan aneh yang tumbul di celah pokok. Tak silapnya, tumbuhan tersebut mengeluarkan cecair hitam yang sepatutnya mengeluarkan cecair putih memandangkan hutan ini merupakan milik DIA.

Disebabkan terlalu mengikut nafsu hati, 04 tak sengaja terpijak batu kerikil yang berada di penghujung gaung lalu hilang keseimbangan.

"Arghhhhh!! "

04 menjerit nyaring. Dan di situlah bermulanya kisah hidup ia yang penuh tragis. Seorang lelaki bertopi lebar menyambut tangannya sampaikan 04 sendiri terkedu tanpa suara.

"Pegang kuat-kuat! "

04 diam tak membalas. Dibiarkan makhluk terus meraih tangannya sementara 04 masih tertanya-tanya. Saat jari-jemari mereka hampir terlerai, detik itu barulah 04 sedar dia akan jatuh ke dalam gaung tersebut.

"Awak! "

04 mengangkat wajah memerhati si empunya suara. Mata mereka berlaga. Mata yang dimiliki sang jejaka kelihatan indah dengan warna hazel bundar.

"Awak kena percayakan saya!"

Percaya? 04 tak sedar sejak bila kedua-dua tangannya sudah berada dalam genggaman lelaki misteri tersebut. Si dia mengerahkan segala tenaga untuk membantu 04. Hasilnya berjaya. 04 berjaya dinaikkan semula ke atas darat.

Yang lebih 'baiknya' , gadis tersebut naik dan mendarat betul-betul di atas riba Faiq. Faiz rasa janggal ditambahkan pula mata 04 seolah-olah merenungnya dengan tajam.

"Erhh... Awak boleh tahan berat juga ye. Banyak dosa kut," selamba Faiq menegur.

Kiranya nak berkenalan. Elok sangat cara makhluk ni berkenalan.

04 cepat-cepat berdiri lalu cuba menghadiahkan sepakan pada dada Faiq, namun lelaki itu pantas mengelak. Dia bangkit sambil sempat lagi membersihkan pasir yang melekat pada belakangnya.

"Wow, macam tu cara awak berterima kasih? " senyum Faiq.

04 mencebik. Figura Faiq ditenung atas bawah. Selama dia hidup, tak pernah sekalipun dia melihat pakaian pelik yang dikenakan oleh Faiq. Lusuh sesuailah dengan status orang miskin. Tapi masalahnya... Aura dia lain sangat. Tak sama macam makhluk biasa.

"Hai! Saya Faiq," sapa Faiq, riang.

04 mengerutkan dahinya. Nampak gaya, Faiq masih tak kenal dia. Persoalannya, kenapa Faiz tak kenal 04 sedangkan 04 memang sangat terkenal di dunia ni? 01 , 02, 03 , 04, 05 memang tak asing lagi menjadi buah mulut makhluk ramai.

Lelaki ni tinggal mana? Siapa dia? Kenapa dia ada aura luar biasa? Dan kenapa dia berani tegur makhluk menakutkan seperti 04?

"Dan awak? "

04 tak menjawap. Matanya masih merenung tajam pada Faiq. Melihat gadis di hadapannya diam membatu, Faiq tafsirkan mungkin 04 tak faham soalannya.

"Oh, maaf. Maksud saya nama awak. Awak pasti ada nama. Semua orang ada nama," ikhlas Faiq berbicara.

04 tergamam. Nama? Baru 04 sedar dia....takde nama. Semua makhluk memanggilnya 04 dan DIA kata 04 dinamai sempena subjek DIA yang keempat. Secara teknikalnya, dia takde nama. Dia sekadar subjek yang bernombor.

"Awak tak nak kongsi ke? Kalau macam tu biar saya namakan awak sendiri. Apa kata Risha? Nama yang lemah-lembut dan indah. Hmmm... Kalau awak rasa nama tu pendek sangat, awak boleh tambah 'puteri' kat bahagian dia yang bermaksud 'pemimpin'."

"Siapa kau? " .

"Saya? Saya Faiq Elhasiq."

"Bodoh! Kau berani nak tipu aku?! Cakap dengan aku asal usul kau sebenar, makhluk, " bengis 04.

Faiq menjatuhkan matanya ke arah tangan kanan 04. Gadis itu kelihatan ingin mencapai sesuatu dari pinggangnya. Hal ini membuatkan Faiq mengeluh lalu menundukkan kepalanya sedikit. Dia mundur setapak ke belakang.

"Hingga berjumpa lagi, 04."

"Tsk!! Woi tunggu!! "

Faiq berlari laju ke dalam hutan. Dia tidak lagi menoleh ke belakang walau sekali. Biarlah pertemuannya bersama 04 menjadi kenangan yang indah buat hari ini. Sekilas, Faiq tersenyum gembira.

Akhirnya, berjaya juga bertemu dengan gadis yang telah diminatinya dalam diam walaupun 04 sebenarnya hampir nak bunuh dia.

Mimpi. Mimpi yang sama berulang lagi. Xender perlahan-lahan bangkit daripada pembaringan lalu rambut digosok kasar. Kenapa tiap kali dia bangun wajah lelaki itu tiada dalam kotak ingatannya? Hanya 04, hanya Putri Risha saja dia nampak.

Wajah pemuda tersebut kelihatan kabur. Pada mulanya, Xender sekadar buat-buat tak kesah pada mimpi tersebut, namun tak lama kemudian, ia maka melarat saban hari. Hampir tiap malam lena Xender disinggahi dengan mimpi yang sama.

"Faiq Elhasiq... Siapa kau? " monolog dia sendiri.

"Daddy, you're late! "

Suara Putri Risha menyentak lamunan Xender. Malas-malas Xender bangun bersama boxer yang masih tersarung pada pinggang. Putri Risha yang kelihatan menyikat rambut sambil berdiri dipeluknya dari belakang.

Leher si isteri turut dikucup manja. Putih melepak dan langsung tak dimamah usia. Muda remaja lah katakan.

"Hei, kenapa ni? Macam penat je, " tegur Putri Risha, prihatin.

"Penatlah mummy. Boleh tak hari ni daddy nak hadap hari yang normal? Takde musuh, takde kawasan yang perlu dilindungi, tak perlu minta tolong Mikami Brothers untuk hantar gi Instabul sekelip mata. Daddy nak rehat panjang. Hari ni je," rengek Xender bagai budak kecik.

Putri Risha memusingkan belakang menghadap Xender. Hidung lelaki tersebut dicuit manja.

"Hei, Tengku Fazril. Awak tu tzar. Memanglah susah nak dapat rehat. Diorang yang lain pun laksanakan tugas masing-masing. Takkan tzar sorang ni nak tido! " bebel Putri Risha.
Xender tersengih. Dicium-cium dulu serata wajah Putri Risha sebelum membersihkan diri. Ketika kepala dijarak semula, Xender menatap penuh kasih pada anak mata si isteri.

Tapi ia tak mengambil masa yang lama. Dahi ketua tzar tersebut berkerut menahan sakit hingga membuatkan dia hampir tumbang.

"Daddy! "

"Kalau macam tu biar saya namakan awak sendiri. Apa kata Risha? Nama yang lemah-lembut dan indah. Hmmm... Kalau awak rasa nama tu pendek sangat, awak boleh tambah 'puteri' kat bahagian dia yang bermaksud 'pemimpin'."

"Daddy, daddy okay tak ni? Daddy sakit ke? Daddy jawaplah! Jangan buat mummy risau! " Putri Risha ingin menangis.

"O...okay. Jangan risau. Daddy okay je. Kepala cuma pening sikit, " sela Tengku Fazril.

Dia melemparkan senyuman pendek lalu menuju ke bilik air untuk mengelakkan diri dari disoal. Putri Risha terkebil-kebil.

Adakah ini taktik Xender untuk tidak bekerja hari ni? Arghh! Lelaki semua sama. Sama handsome.

Nampak tak cara penulis cover balik?

____________________________________

Jauh nun di sana, di suatu lokasi yang jauh daripada kawasan darat, DIA perlahan-lahan timbul daripada air. Mandian darah daripada mangsa-mangsa yang dibunuh oleh para pengikutnya ditukarkan menjadi cecair putih. Tiada warna lain. Putih. Kosong begitu juga dengan perasaannya.

Tubuh yang telanjang bulat perlahan-lahan mara ke dalam bilik peraduan. Dalam kamar yang gelap, DIA bersenandung seram. Lama kelamaan, ia bertukar sedih dan gemersik. DIA menangis darah. Alunan yang didendangkan mampu membuatkan semua makhluk tunduk berasa takut.

"Dia khianat aku."

Tiba-tiba muncul sesusuk makhluk berkepala tiga bersama tanduk dua di kepala masing-masing. Makhluk tersebut melingkari tubuh bogel DIA seakan-akan memberikan DIA ketenangan. DIA tersenyum menyeringai. Setiap detik DIA rasakan amat berharga.

"01, 02, 03, 04, 05 sudah tiba masanya untuk pulang ke pangkuan bonda. "

DIA mengambil sehelai jerami lalu diletakkan pada telapak tangannya. Seterusnya, mulut DIA terkumat-kamit membaca seruan yang sememangnya dimurkai oleh Allah Yang Maha-Esa.

Diiringi senyuman lebar, DIA melemparkan jerami tadi ke atas lantai.

"Bangkitlah dari lenamu, wahai anakku."

Jerami di atas lantai berpusar-pusar ke atas lantas membentuk seekor makhluk yang menyerupai manusia. Sempurna saja ritual yang dibuat, makhluk tersebut tersenyum meringai. Dia menundukkan kepalanya memberikan hormat pada penciptaannya.

"Bonda, engkaulah Tuhan ku. Tiada pencipta lain selain engkau. Engkau penciptaku yang maha esa," sanjung makhluk itu.

"Pergilah. Tunjukkan diri engkau kepada mereka agar mereka tahu akulah yang berkuasa."

Si dia mengherotkan senyuman seram. Akhirnya, dia bangkit semula.

____________________________________

"02?"

Anneliese tersentak. Dia menyeka air matanya lalu cepat-cepat membetulkan belakang baju. Kerutan dahi jelas terpamer wajah ia seusai Irisna masuk ke dalam biliknya. Selamba wanita tersebut menarik tangannya agar menghenyakkan semula punggung di atas katil.

"Awak siapa? "

"Aku sama macam Nanami. Kau masih bersedih atas kisah lampau? " soal Irisna tanpa berbasa-basi.

Anneliese diam. Biarlah jawapan itu hanya dia yang tahu.

"Dengar sini, 02. Untuk menjadi kuat, kau kena bangkit dari masa lampau. "

"Cakap senang. Awak ingat mudah ke nak lupakan perbuatan terkutuk yang saya dah buat? Pada ibu saya, pada ayah.. Pada Frender, " sayu Anneliese membidas.

Irisna tersenyum lembut. Pipi Anneliese diusap seperti mana dia selalu lakukan ketika Mia Aurora bersedih dulu.

"Aku tak minta kau lupakan, 02. Malah, jadikan kisah tersebut sebagai sebab untuk kau berubah. Kau ada kuasa yang sangat kuat. Sayang tak guna. Ingat sayang, kau pengguna pertama dan generasi pertama yang ada kuasa ni. Walaupun ada banyak lagi makhluk yang mempunyai kuasa macam kau, mereka tetap tak mampu menandingi pengguna pertama. Kau tahu kenapa Sofia dan Zakif mati? "

Anneliese tergamam. Dia menundukkan kepalanya saat mata terasa panas. Pasti kejap lagi dia menangis.

"Aku bunuh diorang. Sebab aku, diorang jadi mangsa," pilu Anneliese berbicara.

Irisna menggeleng perlahan. Dia menarik belakang Anneliese ke dalam dakapannya. Dibiarkan kepala 02 bersandar pada payudara yang tersembul ke atas. Entah sebab apa, 02 berasa tenang. Aroma pada tubuh Irisna membuatkan dia rasa bagai ingin terlelap.

"Kau silap 02. Zarif dan Sofia sedar kau jauh lebih bermakna daripada mereka. Kau adalah penyelamat dunia. Sama seperti yang lain," ucap Irisna, syahdu.

"Penyelamat? Bermakna? Hmmm.. Siapa kau, Irisna? "

"Aku maha mengetahui kisah-kisah yang telah berlaku. Itu kuasa aku."

Anneliese diam. Dia mamai dalam pelukan Irisna. Sedar-sedar dia sudah tertidur. Irisna tersenyum seperti ibu yang melihat anaknya walaupun dia tampak muda remaja. Perlahan-lahan tubuh Anneliese diletakkan pada atas katil lalu diliputi dengan gebar.

Selepas itu, dia hilang lalu muncul di tengah ruangan. Nampaknya tak ramai yang ada kat sini. Mungkin selebihnya berada kat luar untuk melaksanakan tugas masing-masing.

Roland juga tidak kelihatan. Yang duduk di sana, cumalah Putri Risha, Mia Aurora, Xender dan juga Nanami. Yang menghairankan, Xender yang sepatutnya keluar ada pula kat sini.

"Muka kau nampak tak sihat. Kau tak cukup tidur ke? " prihatin Nanami menyoal.

"Aku...."

Belum sempat ayat dihabiskan, Irisna datang menerpa Tzar Xender lantas kepala lelaki itu dipeluk tanda kesian. Ternganga terus mulut Putri Risha dibuatnya. Dahlah boobs Irisna besar semacam. Kalah Putri Risha punya. Jealous jap.

"Woi!! "

"Kesian dia. Dapat mimpi ngeri ke? " ikhlas Irisna menyoal.

"Erhhhh... "

Putri Risha mengepal tumbukan. Dengan gigi yang diketap kuat, dia melepaskan buku lima tepat pada kepala Irisna sehingga wanita itu terpelanting jauh dan mendarat pada dinding istana. Sampai hancur dinding tersebut dibuatnya.

"Jangan sentuh dia! " marah Putri Risha.

Nanami dan Mia Aurora mempamerkan riak wajah tenang. Kalau yang tak kenal Irisna, mungkin anggap Irisna tu gatal. Tapi hakikatnya, tak. Irisna maha mengetahui yang berlaku di dunia ini. Irisna memang jenis lembut makhluknya.

"Maaf, 04. Aku lupa manusia ada rasa cemburu, " tutur Irisna sambil menggaru kepala yang tidak gatal.

Dia menghampiri ke arah ruangan utama semula lalu kepala 04 diusap lembut. Putri Risha merengus ala-ala merajuk.

"03, ada seseorang nak jumpa kau. Aku rasa kau patut pergi, " beritahu Irisna, mendatar.

Mia Aurora melangut. Dia diam berfikir.

"Siapa? "

"Kau patut tahu sendiri. Aku akan hantar lokasi tu pada kau sekarang."

Dalam sekelip mata, Mia Aurora mendapat mesej lokasi di dalam sistemnya. Lokasi diperiksa terlebih dahulu lantas dia bangun daripada sofa.

"Tunggu, kau nak pergi? " kerut Putri Risha.

"Dah tu? "

"Roland tahu tak? " sampuk Xender.

"Aku pergi jap je."

"Mia, kau tahu apa dah jadi dengan aku dan Liese. Aku rasa..."

"Kita tak sama, 04. Aku boleh handle raksasa berlevel tu. Lagipun aku sentiasa bawa Alice. Tak susah pun, " yakin Mia Aurora.

"Fine. Kau tahu keadaan kau sekarang. Kalau kau rasa..."

"Okay bye!"

Dan Mia Aurora hilang. Putri Risha pula terkebil-kebil tak percaya. Tak habis cakap lagi, pompuan ni dah blah. Tak guna punya menantu. Hampeh!

"That's so rude," geram Putri Risha.

Nanami memandang Irisna yang sejak tadi tak lekang dengan senyuman manisnya.

"Bertuah kau. Apa je kau cakap, semua 03 ikut. Aku nak tegur sikit, dia dah jeling bagai. Cakap aku sikit pun dia tak nak dengar," Nanami rasa terkilan.

Irisna hanya tertawa kecil. Kali ini kepala Nanami pula jadi mangsa pelukannya.

"Tenang, tenang. 03 memang camtu."

"Hei, hei! Lepaslah! Asal besar sangat boobs kau ni! Suntik guna botox ke? " rungut Nanami.

Irisna tersenyum. Tak sampai sesaat, wajah Nanami ditumbuknya hingga wanita itu terpelanting ke atas langit.

"Maaf terkuat pula. "

Xender dan Putri Risha sudah menelan air liur masing-masing. First time nampak Nanami kena belasah. Bagi Putri Risha, susuk tubuh Nanami dan Irisna tak jauh beza. Kedua-dua tampak seksi dengan pakaian masing-masing. Ditambahkan pula dengan bentuk tubuh yang menggiurkan.

Uwargh!! Putri Risha rasa tercabar! Jealouslahh...

#Aku rasa bangga jap. Rasanya dah ramai readers boleh teka jalan cite ni. Eisk eisk..







Tapi boong!

#100 comments baru aku update ye.

#Aku rasa tertarik baca jawapan-jawapan korang. Tahniah pada yang peka dengan cite ni! Jujur, aku pun kadang-kadang lupa apa yang aku taip sebelum ni. Nasib baik comment korang buat aku ingat balik. Sayonara!

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro