32:KEBANGKITAN (1)

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

#100 comments baru aku update.

#Semoga anda dapat bersabar dalam chapter kali ni.

Pakkk!!

"Bodoh punya kapak! "

Faiq yang bersembunyi di balik batu besar tertawa kecil dengan aksi bengis daripada 04. Tampak sangat takde kesabaran. Benda kecik nak marah. Sepanjang seminggu lebih mengintip 04, Faiq dah boleh teka gadis itu akan berada kat sini.

Berlatih untuk mengasah kemampuannya dengan melemparkan kapak ke arah barisan pokok bertubuh kuat, besar serta tinggi lampai. Mustahil mana-mana makhluk berjaya menumbangkan salah satu pokok tersebut jika tiada kuasa.

"5 je?! Arghh!! Kapak tak guna! Susahkan aku! Pokok macam ni pun kau tak boleh tumbangkan?! " maki 04, bengang.

Faiq tak mampu menyembunyikan tawanya lagi. Akhirnya, dia tergelak besar hingga menangkap perhatian 04.

"Siapa tu?! Keluar sebelum akuu bunuh! " ugut 04, serius.

Faiq akur. Dia tahu 04 tak main-main dengan setiap ayatnya. Saat dia keluar, dahi 04 kelihatan berkerut menahan marah.

"Awak ni memang panas baran en? Kapak dengan pokok tu tak salah. Cara awak lempar tu yang salah, " tegur Faiq, lembut.

04 berdecit jelek. Dia merapati Faiq bagai ingin membunuh pemuda tersebut sekarang juga. Namun, ayat Faiq tiba-tiba membuatkan dirinya seolah-olah tercabar. Siapa Faiq untuk mengajar dia? 04 lagenda yang ditakuti ramai makhluk.

Ini dah kedua kali Faiq muncul secara mengejut di hadapannya. Dan setiap kali lelaki itu datang, pasti senyuman tak lekang daripada bibir ia. 04 pasti Faiq akan mati di tangannya. Lagipun, makhluk biasa macam Faiq tak layak berbual walau sepatah dengan dia. Dahlah langsung tak beri tunduk hormat.

Mana mungkin makhluk baru. Semua makhluk yang tinggal di alam kedua ini, semua dikenali oleh angkatan DIA.

"Siapa kau untuk berani mengajar aku? " kasar 04, menyoal.

"Saya kan dah bagitau. Nama saya Faiq, " mesra Faiq memperingati.

"Bodoh! Kau jangan cuba nak main-main dengan akulah sial! Bila-bila masa aku boleh bunuh kau dengan satu jari aku, " gertak 04, bengis.

Faiq tersenyum sinis. Yakin sangat ayat 04 tu. Sikit pun Faiq tak ambik serius.

"Cara awak bercakap tak sesuai dengan kecantikan yang awak ada. Perlu ke nak baran tiap saat? Cubalah cakap elok-elok. Itu baru ciri-ciri wanita solehah, " sempat pula Faiq selitkan nasihat.

Makin sakit hati 04 dibuatnya. Faiq yang sedang ralit berceloteh ditatap tajam. Tanpa lelaki itu sedar, 04 melemparkan kapak tadi ke arahnya dengan harapan kapak tersebut dapat memenggal kepala Faiq.

Namun, hal sebaliknya pula terjadi. Bersama mulut yang masih sibuk memberi nasihat, Faiq berjaya menangkap kapak tersebut dengan sebelah tangan tanpa ragu-ragu.

"Hmmmm daya awak tak berapa nak kuat. Ia menyebabkan kelajuan pada kapak yang awak lemparkan menjadi perlahan. Awak nak saya ajar cara lempar yang betul ke?" tawar Faiq, baik hati.

04 terkebil-kebil. Serius, dia tergamam. Takde sape yang boleh tangkap lemparannya melainkan 01, 02 ,03 dan 05. Sape Faiq sebenarnya?

"Meh saya ajarkan. "

Tak cakap apa-apa lagi, Faiq sudah mencapai kapak yang dilemparkan oleh 04 tadi lalu bergerak ke belakang 04. Kapak tersebut diberi pada 04 lalu pergelangan tangan gadis itu disentuh lembut.

04 terkedu saat tubuh belakangnya terasa bersentuhan dengan dada Faiq. Selamba lelaki itu berbisik sambil tangannya ditarik ke belakang.

"Semakin ke belakang tangan awak, semakin jauh lemparan awak boleh buat, " bisik Faiq.

Ye ke? 04 tertanya-tanya dalam hati. Selepas itu, Faiq menunjukkan bukti ajarannya dengan melemparkan kapak tersebut tepat ke arah barisan pokok bersama tangan yang masih erat memegang pergelangan tangan 04.

Usai kapak tersebut terlepas dari tangan 04, mata 04 terbuntang luas. Sebanyak 10 pokok yang dikatakan amat berkuasa telah tumbang menyembah tanah. Ini merupakan rekod terbaharu bagi 04!

"Hebat untuk cubaan awak yang pertama ni. Mulai sekarang, awak dah tahu cara lempar yang betul, " senyum Faiq.

04 tak menjawap.Dia masih setia dengan wajah bengisnya.

"Awak tahu... Kita boleh jadi kawan. "

Kata-kata tersebut berjaya menyentak perhatian 04. Terus dia menoleh tajam ke arah Faiq. Berkawan? Siapa Faiq nak berkawan dengan makhluk hebat sepertinya? Kawan 04 cuma 01, 02, 03 dan 05. Takde yang lain.

"10 pokok? Aku boleh buat lebih, " sombong 04 berbicara.

"Haah? Berapa? "

"15."

"Ohh, saya dah pernah tumbangkan pokok yang lebih kuat daripada pokok ni. Tapi taklah sehebat macam awak, " janggal Faiq berkata sambil menggaru kepala yang tidak gatal.

"Kau? Hahaha! Ada hati nak tumbangkan pokok yang lebih kuat daripada ni? Berapa kau mampu tumbangkan? 1 hmm 2? 1 pun mungkin kau tak mampu, " perlekeh 04.

"Tak banyak. Dalam satu lemparan tu dapat tumbangkan 100 pokok je. "

Naniiii?!!

04 terbatuk pura-pura tak terkejut. 100? Dalam satu lemparan? Lebih kuat daripada pokok ni?! Tak mungkin!

Ini tak boleh jadi! 04 serius dah rasa tercabar! Mana boleh makhluk lain menandingi kekuatannya lagi-lagi makhluk yang nampak hina!

"Katakan pada aku. Kau ciptaan DIA yang baru? " curiga 04.

Jangan-jangan DIA cipta makhluk baru tapi rahsiakan daripada 01, 02, 03, 04 dan 05. Huh, ini tak boleh jadi! Mereka berlima adalah keutamaan DIA. Mana mungkin DIA akan cipta makhluk lain menandingi kuasa mereka berlima.

"DIA? Apa tu? "

Apa tu? Rasanya soalan Faiq patut lebih kepada 'siapa'. 04 semakin syak. Mungkin juga Faiq tengah berlakon.

"DIA Alfa Cahaya. Kau boleh panggil dia Alfa Kesucian juga, " angkuh 04 berkata.

"Menarik! Kalau macam tu saya pun nak nama macam tu. Hmmm.. Apa kata Alfa Hitam. Eish, tak sesuailah. Hmmm Kesucian erk...Hah! Apa kata kalau Alfa Kegelapan? Sesuai tak? " cadang Faiq, teruja.

04 mengerutkan dahi. Tak lama kemudian, dia tersenyum sinis. Macam tak betul je laki ni. Ada hati nak samakan diri dengan Alfa yang teragung. Boleh mimpilah!

"HAHAHA! Tak sedar diri!"

Faiq diam. Sikit pun dia tak terasa bila 04 mengutuknya, malah dia lebih tertarik terhadap senyuman yang terpamer pada wajah 04. Sekurang-kurangnya dia dapat tengok 04 tertawa disebabkan dia.

Xender tersentak dari tidur yang panjang. Cepat-cepat dia bangun lalu memicitkan hujung kepala yang agak terasa sakit. Faiq, nama lelaki itu meniti pada bibir.

Kenapa dia tak ingat siapa Faiq? Kenapa ingatannya samar-samar mengenai lelaki itu? Bahkan, wajah Faiq dia tak pernah ingat. Kabur dan sangat tak jelas. Persoalannya sekarang, kenapa Faiq perlu muncul dalam mimpinya? Siapa Faiq?

Woi, penulis! Siapa Faiq?!

Tiber marah penulis. Anjay.

_____________________________________

Roland melangut memerhati asap-asap hitam yang bebas bergerak di atas langit. Dia mengangkat tangannya lalu telapak tangan dibuka luas. Dia gagal menghirup udara segar walaupun dia cuba mengatakan dunia ini masih sihat seperti dulu.

Sewaktu Roland diam menenangkan diri daripada kacau bilau yang berlaku di sekitar, tiba-tiba jantungnya terasa berdegup kencang. Matanya terbeliak luas manakala bibirnya berdecit bengang.

"Tak guna!! Triple Han balik dengan aku sekarang! Grey, Ryan sediakan laporan tempat ni! " arah Roland, terdesak.

Triple Han terkebil-kebil namun akur. Fail kerja diserah kepada Grey dan Ryan lantas mereka turut berlari lalu masuk ke dalam kereta tentera yang dimasuki oleh Roland. Hanya satu lokasi Roland sekarang.

Istana Tzar Malaysia!

__________________________________

Amerika, 2027

Mia Aurora menarik nafas. Rasanya dah dekat 2 minit dia menunggu 'seseorang' yang Irisna katakan ingin berjumpa dengannya. Sementara menunggu, Mia Aurora memandang sekeliling.

Kelakar. Amerika yang terkenal dengan teknologi moden sekelip mata saja dah hancur. Sama macam keadaan negara-negara lain, puff! Dikuasai oleh DIA. Teruk sangat. Nampak nazak pun ada.

Mia Aurora rasa bosan. Dia mengelilingi persekitaran buat sementara waktu. Kebetulan dia melihat sebatang pokok yang telah mati. Hatinya menjadi sakit. Tumbuh-tumbuhan ialah simbolnya. Tak mungkin Mia Aurora berdiam diri.

Dia melangkah lalu kuasa hijaunya dijalarkan kepada pokok yang dah mati. Sekejap saja pokok tersebut sembuh dan hidup bersama dedaun hijau merimbun. Baru senang hati Mia.

Dia memusingkan tubuh semula. Usai badan ditoleh, Mia Aurora terkejut melihat seorang lelaki sudahpun berdiri tak jauh daripadanya.

"Kau buat apa kat sini? " soal Mia, janggal.

"Aku yang patut tanya soalan tu, " jawap A-13, suami kepada arwah A-5, kakak kembar kepada Mia Aurora.

"Aku kat sini sebab Irisna yang suruh, " beritahu Mia, mendatar.

A-13 mencebik. Dia pun menerima mesej yang sama daripada Irisna. Nampaknya A-13 dapat mengagak tujuan Irisna. Wanita itu sengaja ingin mereka bertemu. Kononnya nak diorang 'berbaik'.

"Irisna kata ada seseorang nak jumpa aku. So, kau orangnya? "

Sebenarnya Mia Aurora agak janggal untuk berbicara bersama A-13 memandangkan pertemuan kali terakhir mereka ditamatkan dengan pergaduhan. Selain itu, A-13 juga merangkap abang iparnya.

"Tsk, pompuan tu memang nak kena, " omel A-13, perlahan.

Mia Aurora buat-buat tak dengar. Maksudnya Irisna saja nak kenakan dia. Eish, eish balik nanti confirm ada yang makan kaki Mia.

"Memandangkan kau kat sini, aku nak ucap tahniah. Aku dengar kau mengandung," ucap A-13 tanpa perasaan.

Mia Aurora tak menjawap. Entah mengapa dia rasa bersalah. Arwah kakaknya dulu disahkan mengandung ketika bertarung dengan The Master. Tapi hasil daripada pertarungan tersebut, nyawa A-5 berakhir dengan tragis.

Dia mati bersama anak yang dikandungkannya. Anak A-13. Teringat Mia pada bebola kristal biru dahulu. Dalam kristal tersebut, A-13 dah janji dengan A-5 untuk lari jauh-jauh daripada DIA dan mulakan hidup yang baru. Hidup yang bahagia.

Malangnya, tak sempat hasrat tersebut tercapai, A-5 dah meninggalkan mereka semua. Maka, impian A-13 terpaksa dipadamkan.

"Aku minta maaf, " tutur Mia tiba-tiba bersama kepala yang ditundukkan.

A-13 faham apa yang cuba dituturkan oleh si adik ipar.

"Aku tak nak ingat. "

__________________________________

Istana Malaysia, 2027

"Miaaa!!

Nanami, Irisna, Xender dan juga Putri Risha menoleh ke arah Roland yang datang menerpa secara mengejut. Riak wajah lelaki itu kelihatan garang semacam. Muncul bersama Triple Han sambil menjerit-menjerit mencari Mia Aurora.

"Along buat apa kat sini? Daddy dengar ada banyak masalah kat kawasan Utara. Dah siap urus ke? "

"Isteri along... Isteri along mana? "

Roland tak keruan. Matanya melilau mencari kelibat Mia Aurora, namun hasilnya gagal. Akhirnya, dia menjerit hingga Triple Han terpaksa menarik tubuhnya untuk duduk bertenang.

"Sabar, manusia. 03 selamat. Dia sedang berjumpa dengan A-13, suami Efrosina. Aku atur perjumpaan mereka supaya... "

Tak habis lagi ayat Irisna, Roland sudahpun memotong.

"Atur perjumpaan? Tanpa pengetahuan aku? "

Irisna dan Nanami saling berpandangam. Dua-dua diam tak membalas.

"Pasang helogram sekarang. "

"Aku jamin 03 se... "

"Pasang sekarang! " suara Roland naik seoktaf sekali gus membuatkan yang lain turut terperanjat.

Irisna terpaksa ikutkan saja permintaan sang manusia. Helogram terpasang lalu mempamerkan 03 sedang berbual bersama A-13.

"Lihat. 03 selamat. Kau tak perlu risau pada dia, manusia," geleng Nanami.

Pandangan Roland bertukar dingin. Tajam dia memerhati helogram yang berada di atas udara.

"Kenapa aku rasa tak sedap hati?" usul Putri Risha, takut-takut.

Pantas Nanami dan Irisna melihat ke arah Putri Risha. Diorang tahu kebolehan 04. 04 boleh merasakan bahaya. Adakah bahaya berada di sekitar mereka sekarang?

Sementara itu pula, Tasya tengah berbicara dengan Zack mengenai masalah yang timbul baru-baru ini. Ketika memikirkan idea, tiba-tiba satu penglihatan melintas dalam benaknya. Dia jatuh namun berjaya disambuti Zack sebelum menyembah bumi.

"Weh, Tasya! Asal dengan kau ni? Kau okay tak? " panik Zack.

Mata Tasya terketar-ketar manakala wajahnya menjadi pucat. Dia mengigil tak tentu arah.

"Za... Zack... Suruh... Suruh diorang semua balik sekarang. Mia dalam bahaya."

"Apa? Kenapa dengan Mia, Tas? Bagitau aku! "

"Dia kembali! Dia yang dah mati dah kembali. Kita kena balik Zack. Sekarang! "

_____________________________________

Amerika, 2027

A-13 mengerutkan dahi apabila mendengar bunyi aneh datang daripada arah belakangnya. Perlahan-lahan dia merapati Mia Aurora lalu pergelangan tangan wanita itu disentuh lembut. Dia menarik Mia agar bersembunyi di belakang ia.

"Kenapa? " bisik Mia, sangsi.

"Ada benda pelik kat sana, " balas A-13 turut dalam bisikan.

Mia Aurora faham. Pasti raksasa berlevel datang memburunya. Tolonglah. Setakat raksasa macam tu, kacang buat Mia.

Lama sangat menunggu kemunculan entiti aneh tersebut, A-13 membuat keputusan untuk memeriksa.

"Tunggu sini. Jangan pergi mana-mana, " arah A-13 tegas lalu berlari ke lokasi yang dianggapnya pelik.

Mia Aurora sempat mencebik. Boleh pula A-13 layan dia macam budak-budak. Dia tak ingat ke 03 ni lagenda pada 1800 tahun yang lalu? Power daripada dia. Ceh!

"Mentang-mentang aku mengandung, semua nak layan aku macam lemah, " monolog Mia Aurora, tak puas hati.

"0....3..."

Mia Aurora mengerutkan dahi. Rasanya A-13 jalan kat depan, asal suara dia kat belakang pula? Malas-malas Mia Aurora menoleh ke belakang.

Namun, apa yang dilihatnya membuatkan dia tergamam. Seperti Tasya, tubuh dia juga menggeletar. Sedar tak sedar, dia terundur setapak ke belakang. Ia bukan raksasa berlevel, malah entiti tersebut jauh lebih menakutkan!

"Aku kembali 03. Hehehe... "

"Ta...tak mungkin. Kau patut dah mati.. "

The Master tersenyum menyeringai.

#Chapter sebelum ni kita dah dapat tahu DIA bangkitkan siapa.

#Makin lama, aku percaya readers boleh teka apa yang akan jadi seterusnya.

#Awat Master hidup balik hang kata? Tak mencabarlah cite Babyfik nanti.

#100 comments baru aku update tau.

#Aku penulis, aku sendiri geram dengan cite ni. Tiber...

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro