53: BERSUA

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

#Vote and comment.

Poseidon. Poseidon merupakan seorang ketua dewa air dan dikenali sebagai dewa yang terkenal bersama tongkat trisulanya. Wajah Poseidon yang berjanggut lebat dan berambut kerinting mempamerkan riak yang garang.

"Tunggu! "

Poseidon berhenti daripada melancarkan ombak airnya tepat-tepat di hadapan Mia Aurora. Wanita itu menelan air liur lalu tersengih lebar.

"Kau boleh ambik mata aku sebagai balasan," tawar Mia Aurora.

Poseidon berhenti. Dia diam sebentar mempertimbangkan tawaran Trivago Mia Aurora. Lima enam saat fikir, arghhh! Poseidon tak nak!

"Mata kau tak hebat macam aku! "

"Tapi mata aku cantik. Hijau. Campur dengan mata biru kau, confirm tambah cantik, " puji Mia Aurora melangit. 

Poseidon kembali diam. Kalau dia dapat mata 03, bagus juga! At least, dia akan ada dua mata dan Mia tinggal satu mata. Okay, okay Poseidon setuju.

"Baiklah, aku terima. Bak sini biji mata kau, " minta Poseidon.

Mia Aurora menarik nafas lega. Ketika dia ingin mencabut mata kirinya, tiba-tiba dahi dia berkerut berlapis-lapis. Aksinya membuatkan Poseidon turut hairan.

"Apa tu?! " tunjuk Mia Aurora ke arah belakang Poseidon.

Sang dewa air terus menoleh ke belakang. Kosong. Takde apapun. Sewaktu dia kembali melihat ke depan, figura Mia Aurora sudahpun hilang dari atas batu! Poseidon tercengang!

"HAHAHA! Orang tua tak guna! Kau ingat sesenang nak dapat mata aku?" gelak Mia Aurora seraya berlari pantas naik ke darat.

Dia bergegas bersembunyi di belakang Eiji lalu menjelirkan lidah pada Poseidon.  Ini dah kali kedua, Poseidon kena tipu hidup-hidup oleh 03! Arghhh!! Meluap-luap kemarahan Poseidon dibuatnya.

"Apa? Apa?  Nak bertumbuk? Mehlah datang dekat," cabar Mia Aurora, temberang.

Asal dia berani cabar Poseidon? Sebab Poseidon tak boleh jejak darat. Pasal tu Mia berani kutuk dewa ni.

"03! Makhluk tak guna! " tengking Poseidon.

"Takut cakap arh. Aku ada 01 lah, " angkuh Mia Aurora, namun dia masih sibuk bersembunyi di belakang Eiji yang tak tahu apa-apa.

Yang lain sudah tergeleng-geleng dengan sikap Mia. Boleh-boleh pompuan tu kelentong seorang dewa. Tahu tak dewa tu melambangkan hati yang baik. Berani pula Mia buat hal.

"Mia, " tegur Roland, serius.

Mia Aurora mempamerkan riak wajah naif lalu berjalan ke belakang Roland. Bahu si suami dicuit manja. Dia berharap sangat Roland akan bela dia. Tapi renungan tajam Roland menyakinkan Mia yang suaminya takkan bela dia.

"Kau curi mata dia? " bisik Roland, tajam.

Mia Aurora menggangguk sambil buat muka kesian.

"Saya jual. "

"Asal kau jual? "

"Erhh.. "

"Apesal kau jual mata aku?!" giliran Poseidon meninggikan suaranya.

Mia Aurora menggaru kepala yang tak gatal. Dia sibuk bersembunyi di belakang Roland daripada ditatap bengis oleh Poseidon.

"Saya kalah judi lepas... "

"Judi?! Kau main judi?! "

Hampir meletup jantung Roland dibuatnya. Sejahat Roland, sejahat Alex dan sejahat diorang semua ni, diorang tak pernah libatkan diri dalam perjudian. Mia yang nampak naif ni pula pernah berjudi.

Apa lagi yang Roland tak tahu pasal Mia? Kalau macam ni, Roland boleh mati terkejut sat lagi.

"Asal kau berjudi weh?" tegur Ryan, geli hati.

"Saja hilangkan bosan. "

Kepala Mia Aurora ditolak kasar oleh Tasya. Baginya, jawapan 03 langsung tak realistik. Mentang-mentang bosan, sesenang macam tu je dia curi mata orang lain? Bukan takat curi tapi main lepastu jual.

Mia Aurora buat-buat tak rasa bersalah. Dia meminta Roland agar si suami membela nasibnya. Roland kan sayang dia. Mesti Roland sanggup buat apa je untuk Mia. Sweet gitchew.

"Aku tak nak terlibat," Roland menjauhkan diri daripada Mia Aurora lalu mendekati Tengku Lily.

Mia Aurora terkebil-kebil tak percaya. Roland tak nak bela dia weh! Uwarghh!! Apa salah dia?

"Mari sini mata kau! "

Poseidon terbang melulu ke arah Mia Aurora bersama ombak air yang memainkan peranan sebagai sokongan kakinya. Hampir saja wajah Mia disentuh, datang pula satu lagi suara dari dalam air.

"Dah berapa kali sayang kata jangan takutkan manusia! "

Poseidon terkedu. Sesusuk wanita cantik muncul dari air lantas terbang menuju ke arahnya. Dekat saja dengan Poseidon, kepala dewa air itu ditolak kasar di hadapan semua orang.

"Masuk balik dalam air! " garang Diana mengarah.

"Tapi sweetheart, pencuri yang dah curi mata saya... "

"Tak kesahlah dengan mata awak! Awak dah janji dengan saya tak nak keluar daripada air! Awak nak DIA tahu lokasi kita ke? "

Diana yang merangkap isteri kepada Poseidon bercekak pinggang memarahi sang suami.

"Tapi tu 03," kata Poseidon, meminta belas kasihan.

"0...3?"

Diana terus menoleh ke arah tepi. Betul, 03 ada kat sini dan apa yang jauh lebih menarik bekas ahli-ahli pejuang DIA turut hadir. Perlahan-lahan Diana mendarat dan menjejakkan kakinya di atas tanah.

Tak seperti Poseidon, Diana bila-bila masa boleh lepak kat darat. Oh, ya Diana tu duyung sama macam Jasmine. Tapi Poseidon jatuh cinta dekat Diana disebabkan Diana berketurunan anak raja.

Dahlah cantik, pandai pula menyanyi. Cinta melangit punya pasal, diorang telah dikurniakan 8 anak. Amacam? Hebat tak?

"Bukan ke pihak yang duduk kat Istana Alfa Kegelapan dah khabarkan kita pasal ketibaan diorang?" toleh Diana pada Poseidon.

Poseidon buat-buat tak dengar. Memang pihak istana ada bagitau pasal kedatangan diorang berlima dan sebab tu juga Poseidon dah awal-awal tunggu 03. Bila 03 pijak je air, Poseidon dah dapat rasakan tenaga makhluk tersebut.

"Jadi, korang betul-betul dah hilang ingatan? " soal Diana, lembut.

"Haah. Diorang tak berguna sekarang," selamba Mika menjawap.

"Wow, bro. Tu agak menyakitkan, " jeling Eiji.

Diana tertawa kecil. Berdasarkan pemerhatiannya, diorang berempat memang nampak naif serupa manusia sebenar. Tapi bukan 03!

Sebenarnya, Diana dah banyak dengar pasal 03 dan kebanyakannya perkara-perkara jahat yang 03 dah buat termasuk curi mata Poseidon. Tapi tu dulu. Diana bukanlah jenis makhluk yang berdendam.

"Maafkan suami saya sebab buat korang semua takut. Dia tak berniat..."

"Tak berniat? Huh! Makhluk tak guna tu curi mata... "

Zappp!!

Poseidon tak jadi berbicara saat mata si isteri tajam menjeling. Nak tak nak, terpaksalah Poseidon mengalah jua. Walaupun dia adalah dewa air yang sangat kuat, namun dia sangat lemah bila berhadapan dengan Diana.

"Aku rasa kau tak patut curi mata dia,  03. Kalau boleh, aku nak kau pulangkan mata Poseidon semula," lembut Diana meminta.

"Dia dah jual mata tu, " baiknya hati Grey menjawap.

Diana mengangguk faham. Takpelah, benda dah lama. Dia tak simpan pun harapan tinggi untuk dapatkan mata tu balik dari 03.

"Mia, minta maaf dengan diorang sekarang, " ujar Roland, tegas.

Mia Aurora menggeleng laju. Dia nak minta maaf? Fuh, memang taklah. Korang pernah nampak Mia minta maaf kat makhluk lain ke?

"Dia cuba bunuh saya, R.  Dia yang patut minta maaf! " bentak Mia, tak nak mengalah.

"Kau curi mata dia, Mia. Kalau kau tak nak minta maaf, kau ganti balik mata dia, " garang Roland.

Diana diam memerhati Roland. Dia tersenyum mendengar perbualan antara suami isteri tersebut. Tak sangka, 03 yang kejam dulu telah berjaya dikawal oleh seorang manusia. Diana dapat simpulkan 03 sangat bahagia.

"Fine! Aku minta maaf. Tapi aku tak nak bagi mata aku memandangkan mata ni aku guna untuk goda Roland setiap malam, " sombong Mia Aurora berbicara lalu menghulurkan salam perdamaian.

Diana menoleh pada Poseidon. Nampak sangat dewa tu tak sudi nak sambut salam 03. Alih-alih Diana juga yang tolong sambutkan. Tatkala telapak tangan mereka bersatu, Diana tergamam.

Matanya dilontarkan ke arah Roland yang turut melihatnya dengan wajah yang tenang.

"Kau... mengandung? " saja Diana bertanya. 

"Ya."

"Aku dapat rasa roh manusia dari badan kau. Jaga diri baik-baik, " pesan Diana.

Selepas beberapa minit berlalu, Diana menarik tangan Poseidon untuk masuk ke dalam air semula. Keadaan kembali reda tapi bukan Roland. Dia melipatkan tangannya merenung Mia Aurora.

"Judi? "

"Well, kitorang lebih maju daripada manusia.  Sebelum manusia kenal judi, kitorang dah lama buat, " cerita Mia Aurora, takut-takut.

Roland menarik nafas cuba mencari ketenangan dalaman. Kalau diorang kat bilik ni sekarang, dah lama Roland denda Mia. Luar biasa sangat perangai minah sekor ni. Haih, sabar je lah. Nasib baik tu kisah lama.

"At least Mia dah bertaubat, " Putri Risha cuba meredakan perasaan tak senang Roland.

"Bila masa aku cakap dah bertaubat? " balas Mia Aurora, yakin.

Roland menghampiri Mia dengan berura-ura ingin menarik rambut si isteri. Dia bukan dayus erk. Dia saja nak takutkan Mia tapi malangnya Mia tak takut! Minah tu boleh pula bersembunyi di belakang Xender sambil tersengih malu.

"Sabar bro! Sabar! Tak lari gunung dikejar! " tahan Ethan.

Tubuh Roland ditarik ke depan agar berjauhan daripada Mia Aurora. Kalau tak ditarik, mahu bergaduh laki bini tu. Yang sekor tak habis-habis nak berletiaq, yang lagi sekor lagi jenis tak ambik kesah.

Sepanjang mereka dalam perjalanan menuju ke istana, Anneliese lebih banyak bersenandung. Suaranya yang merdu sedikit sebanyak memberikan ketenangan terutama pada Roland yang tengah sakit hati sekarang!

Bila Mia datang mendekat, Roland cepat-cepat menjauhkan diri. Malas nak layan perangai Mia. Banyak betul simpan rahsia. Tapi bagi Mia dia ada motto hidup sendiri. Selagi tak ditanya, dia takkan bagitau. Senang!

Kini, mereka sedang melewati sebuah perkampungan makhluk biasa tanpa kuasa. Ada yang berbadan kuda, tak jauh juga ada yang berbulu binatang. Grey dan Ryan berdiri rapat dengan Aden memandangkan iman mereka taklah kuat mana.

Sewaktu mereka berjalan beriringan, dapat Putri Risha dan Eiji rasakan ada renungan tajam daripada semua makhluk. Anneliese dan Tasya juga terdengar nama 01, 02, 03, 04 dan 05 menjadi bahan bisikan mereka.

Rasa macam kehadiran mereka tak disambut dengan baik. Actually, diorang tak jangka apa-apa pun. Dah diorang yang jahat. Siapa sudi nak berkawan?

"Woi!"

Sepantas kilat mereka semua memandang ke belakang bila terdengar suara Zalikha menjerit. Hanya dalam sekelip mata, suasana bertukar kacau-bilau. 

"Kau sape nak tampar dia?! "

Zalikha menghalang tubuh seseorang dari mendekati Mia Aurora. Disebabkan kudratnya hanya manusia, tubuh Zalikha pula yang terdorong ke belakang.

"Apa pula ni? " monolog Xender, perlahan.

Mia Aurora diam tak membalas walaupun pipinya baru ditampar secara mengejut sebentar tadi. Dia juga membiarkan kolar bajunya direntap kasar oleh seorang wanita.

"Bagi balik mak aku!! Kau pembunuh! Pembunuh!"

Rambut Mia ditarik kuat kali ini. Miko dan Ciko cepat-cepat menahan tubuh si makhluk manakala Roland menarik Mia ke dalam dakapan. Roland rasa macam tak percaya dengan suasana sekarang.

Asal semua makhluk kat sini benci sangat dengan 03?

"Saya tak berapa rapat dengan makhluk-makhluk kat sana. "

Roland tersentak. Sekarang semuanya dah masuk akal! Mia tahu apa yang akan jadi bila dia masuk kat sini. Sebab tu Mia beria tak nak ikut.

"Kau bunuh mak aku! "

Hampir leher Mia Aurora dicekik, namun Alice tiba-tiba datang lalu memberikan sebuah penumbuk pada wanita tersebut. Makhluk yang berada di sekitar menutup mulut masing-masing.

Diorang dah agak kedatangan bekas pejuang-pejuang DIA hanyalah sekadar ingin membawa bencana!

Si wanita masih berdegil ingin menyerang. Disebabkan itu, Alice menendang wanita yang bernama Marissa itu sehingga dia jatuh terguling di atas tanah.

Sorang pun daripada mereka tak berani menghalang tindakan Alice. Alice pula semakin bertindak jauh. Di hadapan semua makhluk, kepala Marissa dipijak kuat seolah-olah Marissa makhluk yang hina dimatanya.

"Kau sentuh tuan aku, aku bunuh kau! "

"Ko... Korang semua memang tak guna. Dengan kuasa yang korang ada, korang tindas makhluk yang lemah, " nangis Marissa.

Tasya terasa hati. Tu dulu tapi sekarang diorang dah berubah.

"Aku cuma minta kau sembuhkan penyakit mak aku tapi kau bakar dia! Sekalipun kau tak nak tolong, KAU TAK PERLU BUNUH DIA! "

Kepala Marissa semakin dipijak oleh Alice. Xender yang rasa simpati memandang Mia Aurora yang sekadar berdiam diri. Menantunya kelihatan tak ingin bersuara.

"Korang memang semua tak guna! Pergi mampus dengan DIA! "

Alice merengus bengang. Hampir penumbuk mautnya ingin dilancarkan, tiba-tiba Mia Aurora membuka mulut.

"Alice, lepaskan dia... "

Alice terkejut.

"Tuan?"

"Lepaskan dia. Makhluk macam dia tak layak dengan kita, " perintah Mia Aurora.

Alice berdecit tak puas hati.

"Tuan dah berubah. Makhluk macam ni selayaknya mati di tangan kita! "

"Cukup Alice!"

Alice merengus sebal lalu mengangkat kakinya daripada kepala Marissa. Sejenak, Marissa bangun lalu terduduk sambil teresak-esak. Dia cuma nak ibu dia balik. Tu je.

"Apa salah aku pada kau,  03? Sampai kau sanggup bakar rumah aku. Aku cuma minta satu. Sembuhkan mak aku sebab aku percaya kau penyembuh yang ada belas kasihan, " rintih Marissa.

Mia Aurora diam. Dia berjalan bersama Roland tanpa memandang Marissa. Sewaktu dia melimpasi Marissa, wanita itu membuka suara lagi.

"Aku harap sangat kau dapat balasan setimpal dengan perbuatan kau. Aku harap kau dapat penyakit yang boleh bawa mati! " sumpah Marissa.

Mia Aurora berhenti tepat-tepat di hadapan Marissa. Penyakit yang boleh bawa mati? Sebenarnya, dia tengah bawa sekarang tanpa pengetahuan yang lain. Tak lama lagi, dia akan mati. Jadi Marissa tak perlu risau.

"Aku dah dapat hukuman aku sendiri," ujar Mia Aurora perlahan lalu melangkah bersama ahli keluarganya.
Roland antara dengar tak dengar. Dia tekun menilik pipi Mia Aurora yang berubah merah. Ikutkan hati, dia nak melenting sama macam Alice tapi dia tak nak keruhkan keadaan.

Roland tak nak 03 terus dibenci oleh semua makhluk. Tapi situasi tadi sudah membuatkan makhluk yang berada di sekitar memandang serong pada isterinya.

"Sakit? "

Roland mengusap lembut pipi Mia Aurora. Kalau dia ada kat belakang tadi, mungkin dia sempat lindungi Mia dari ditampar oleh Marissa.

"Pompuan tu makhluk biasa. Awak ingat tamparan dia boleh buat nyawa saya menurun? "

Roland tak membalas. Kali ini, dia takkan lepaskan Mia sorang-sorang. Sambil berjalan, dia terus merangkul pinggang Mia Aurora sambil memerhati sekeliling. Jelas sangat ramai makhluk yang tak puas hati dekat diorang.

Eiji, Putri Risha, Anneliese dan Tasya terkadang nampak tak selesa dengan renungan-renungan tersebut. Walaupun diorang nampak tenang, namun jauh di sudut hati mereka rasa berdebar.

"Takut? " bisik Aden dekat pada telinga Anneliese.

"Sikit. Diorang jeling sayang macam sayang ada hutang dengan diorang," balas Anneliese, resah.

Aden tergelak kecil. Boleh terima ke perumpamaan tu?

"Kita dah sampai! "

Pintu pagar dibuka oleh penjaga istana. Ternganga mulut Triple Han dan Triple Ko melihat bunga-bunga ros yang hidup diperbuat daripada permata.

Sepanjang mereka berjalan menuju ke halaman istana, rasa takjub tak dapat dibuang jauh. Apakan tidak, hiasan dan segala tumbuhan aneh menangkap perhatian bagi yang baru melihat pertama kali.

Di atas udara, ada tentera yang sibuk berlatih sambil menunggang kuda terbang. Pelik dan unik. Tapi semuanya nampak cantik dah serba mewah. Istana yang bakal mereka huni juga jauh lebih besar dan kaya berbanding istana kat dunia manusia.
Tak ketinggalan juga, terdapat barisan tentera yang memberi tunduk hormat menyambut kedatangan mereka sekeluarga. Layanan kat sini jauh lebih baik daripada kat luar.

Detik yang ditunggu-tunggukan akhirnya tiba! Pintu istana dibuka dari dalam sebaik sahaja mereka semua melangkah masuk. 

Maisara yang teruja berjalan terlebih dahulu bersama riak kegembiraan.

"Perkenalkan... Dia yang setia. "

Seorang wanita elegan lengkap berpakaian gaun labuh memusingkan tubuhnya sekali gus memberikan ucapan mesra.

"Selamat datang, bakal para pejuang Alfa Kegelapan. "

Dia tersenyum.

"Ros... Rosilia?! "

#Ya wak, Rosilia.

#Yang tak ingat tu, korang boleh rujuk Miss Destroyer atau The Chosen One. Watak Rosilia wujud kat dua-dua cite tu.

#Ada soalan? Lemparkan.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro