54: RAHSIA TERBONGKAR

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

#Vote and comment

"Tu Mak Maisara! "

"Mak mentua aku! "

Maisara mengusap belakang tengkuknya.  Rasa bersalah pula nak ngaku. Mahu tak mahu, Maisara kena juga bagitau hal yang sebenarnya.

"Rosilia sebenarnya bukan mak aku. Kitorang terpaksa berlakon supaya dapat lindungi Risha masa Risha hilang ingatan dulu, " terang Maisara. 

"Serius? Patutlah tak nampak dia masa kita nikah, " faham Miko.

Rosilia tersenyum lebar. Dia mendekati kumpulan manusia tersebut yang masih setia berdiri di hadapan pintu. Nampak sangat terperanjat. Mentang-mentanglah Rosilia nampak muda.

"Jadi, kaulah dia yang setia pada Alfa Kegelapan sebelum alfa tu mangkat? " soal Xender, teliti.

Rosilia mengangguk mengiyakan.  Takde sebab lagi dia nak terus menafikan benda yang dah terang-terang kat depan mata.

"Aku makhluk ter... "

"Hahaha! Ayla, kejar aku! Kejar aku! "

"Nain, makan tu elok-elok! Jangan sampai makanan tu tumpah kat atas lantai! "

Berterambur terus ayat Rosilia bila tubuhnya dilanggar oleh dua anak-anak kecil.  Zulkanain dan Adelaide Ayla nampaknya sedang berkejaran di ruang istana sekali gus membuatkan yang lain terkebil-kebil.

"Erhhh...guys, rasanya yang baru lari tu... "

"Nain! Ayla! Nenda kan dah kata tak baik lari masa makan! "

Tok Mariam datang dari tepi seraya menyingsingkan hujung baju lengannya sehingga ke siku. Melihat hal tersebut, Rosilia menutup mata sambil menarik nafas dalam.

Okay, pertama dia tak cakap apa-apa lagi. Yang kedua, diorang semua langsung tak tahu bebudak ni telah dibawa ke sini. Diorang ingat anak masing-masing tengah duduk dengan Tok Mariam. Ketiga, diorang masih tak tahu Tok Mariam dah lama kenal Rosilia.

Eloknya Rosilia susun ayat nak jelaskan pada diorang semua, alih-alih bebudak ni boleh pula muncul pada waktu yang langsung tak  sesuai!

"Mar! Mar! "

Rosilia berbisik nyaring pada Tok Mariam bila wanita itu masih ralit cuba menangkap Zulkanain dan Ayla. Diorang bertiga langsung tak perasan kehadiran yang lain.  Ikutkan perbincangan semalam, Tok Mariam serta anak-anak yang lain perlu bersembunyi terlebih dahulu dan muncul selepas Rosilia panggil.

Ni tak! Mangkuk ayun punya kawan baik! Boleh pula biarkan dua budak ni main kejar-kejar.

"Hubby... Tu Nain kan? " soal Tengku Nurfaiza, tak percaya.

Eiji tak menjawap. Sekarang,  dia dah tak tahu nak bezakan realiti dan ilusi. Dia takut dia cuma bermimpi disebabkan terlalu rindu pada Zulkanain. Tu je yang masuk akal.

"Ay... Ayla! Anak mama!" teriak Anneliese, tak sabar.

Adelaide Ayla yang ketika itu bermain dengan Zulkanain tersentak bila suaranya dipanggil oleh Anneliese. Dia terperanjat. Setahun lebih tak bersua, akhirnya Anneliese muncul bersama Aden.

"Mama? Papa? "

"Ayla... "

Ayla berlari mendapatkan ibunya. Peluk saja, kedua anak-beranak tersebut menangis kuat. Aden tersenyum nipis. Dia melutut bagi menyamai ketinggian sang anak lalu tubuh dua insan yang dicintainya didakap penuh kasih.

"Papa! Mama! Ayla rindu!! " rintih Ayla, terharu.

"Papa mama pun rindu Ayla," nangis Anneliese.

Aden mengucup kepala Adelaide Ayla berulang kali. Last Ayla tengok mama dia masa Anneliese jadi jahat. Lepastu diorang terpaksa berpisah demi keselamatan Ayla sendiri.

"Anak papa sihat? "

"Sihat... Papa dah tunaikan janji bawa mama balik."

Aden mengangguk sambil tersenyum. Dalam pada itu, Tazaki Zulkanain pula terlompat-lompat berlari mendapatkan ibu bapanya. Eiji tak bermimpi. Bila dia dan Faiza memeluk Zulkanain, dia dapat rasakan tangisan anak kecil tersebut.

"Apa yang bising-bising ni? "

Xendra anak ketiga Putri Risha dan Xender serta Raisha anak kepada Alex dan Tasya muncul dari dalam lift lalu melihat ke arah tepi. Sejenak, jantung masing-masing mula berdegup kencang. Tak mungkin! Hari yang diorang tunggu-tunggu selama ni, akhirnya tiba jua.

"Daddy! Mummy! "

"Mama!  Papa! "

Satu persatu mulai keluar dari dalam lift dan saling berpelukan melepaskan kerinduan masing-masing. Mia Aurora yang belum lahirkan anak lagi hanya mampu tersenyum nipis lagi-lagi bila Xendra dipeluk oleh Roland dan Riley silih berganti. Gembira sangat diorang.

Tiba-tiba perut Mia Aurora berasa sakit.  Mia cuba bertahan, namun kerutan di dahinya tak mampu disembunyikan.  Tak guna! Masa ni rasa sakit dia nak datang.

Kebetulan, Rosilia yang sibuk membebel dengan kawan baiknya, Tok Mariam mengalihkan perhatian kepada Mia Aurora.

Dia cepat-cepat mendapatkan Mia Aurora lalu belakang 03 diusap perlahan.

"Hei, kenapa ni? " soal Rosilia.

Mia Aurora tak menjawap. Malah, dia tumbang diiringi jeritan kesakitan sampaikan semua orang memerhati ke arahnya.

"Arghhhh!! Alice!! Bu... Buat sesuatu!!"

"Tuan! "

Baru selangkah diatur, Alice terkedu melihat peratusan nyawa Mia Aurora.
40%

Sepantas itu nyawa Mia Aurora turun?

Roland mendapatkan isterinya. Pipi Mia Aurora disentuh perlahan, namun wanita itu segera menepis. Mia terus menjerit kesakitan dan mencengkam kuat perutnya.

"Alice!! Sakit!! Buat sesuatu!!"

Seperti biasa, Alice akan memijak di kawasan ia berdiri lalu membentuk satu bulatan untuk tuannya. Pabila bunga-bunga muncul, tumbuhan tersebut mengeluarkan aura hijau dan meresap ke dalam tubuh Mia Aurora.

Tetapi, kali ini berbeza! Kuasa yang sepatutnya tingkatkan peratusan nyawa Mia bagai tidak ingin memberi kerjasama. Malahan, ia turun semakin cepat.

Alice yakin. Mia Aurora kini berada dalam bahaya! Kuasa yang Alice salurkan pada Mia Aurora tak lagi berkesan.

"Alice, buat sesuatu sekarang! " desak Roland, panik.

Dia tahu Mia tak nak sesiapa sentuh dia. Jadi, Roland memaksa diri untuk menjarakkan diri dari Mia agar isterinya tidak berasa tertekan.

"Alice!!"

Dah takde cara lain. Alice terpaksa gunakan kuasa istimewanya sebagai penjaga. Mata ditutup erat lalu mulut Alice terkumat-kamit menyeru sesuatu. Tak lama kemudian, muncul dua lagi ahli pengikutnya di sisi Mia Aurora.

"Sihir ke-10!"

Dua pengikut tersebut mengangguk faham. Alice dan mereka berdua menaikkan tangan lantas membuat mantera yang mengelilingi Mia. Buat pertama kalinya, mereka melihat simbol-simbol pelik tertera dalam bentuk bulatan lalu mengeluarkan aura hijau yang lebih banyak.

Semakin kuat jeritan kesakitan Mia Aurora, semakin kuat bacaan Alice dan dua lagi pengikutnya. Bahasa yang diseru oleh ketiga makhluk tersebut kedengaran asing. 

Berkat tindakan pantas Alice, akhirnya nyawa Mia Aurora kembali meningkat secara perlahan demi perlahan. Mia Aurora yang jatuh melutut tadi kini bangkit perlahan-lahan bersama kesakitan yang semakin hilang.

"Cu.. Cukup,  Lice. Aku dah okay, " kata Mia,  lemah.

Alice faham. Sebaik saja nyawa Mia kembali normal, dua pengikut tadi lesap entah ke mana. Mereka merupakan tentera Alice. Penjaga juga ada kuasa khas. Diorang ada bala tentera yang sangat ramai kecuali Eryn dan Maisara.

Keistimewaan tersebut hilang selepas mereka melanggari hukum alam iaitu makhluk seperti mereka tak dibenarkan untuk bersatu dengan manusia.

Rosilia yang cuba membantu Mia Aurora ditolak oleh wanita itu sendiri.

"Aku tahu kau boleh baca fikiran makhluk lain, " kata Mia Aurora.

Dia hanya membenarkan Roland saja yang menyentuhnya. Kala mereka berpelukan, Rosilia menggelengkan kepala. Mungkin Mia tak sedar, Rosilia dah sentuh belakang dia tadi masa 03 terjerit kesakitan.

"Anak yang kau kandungkan sangat bahaya, 03. Kalau kau berhasrat untuk simpan anak tu, kau akan mati."

Kata-kata Rosilia mengejutkan semua orang terutama Roland.  Perlahan-lahan Roland merungkaikan pelukannya pada Mia Aurora.

"Apa maksud Rosilia, Mia? "

Mati? Perkataan yang paling Roland anti sekali. Apatah lagi melibatkan nyawa insan yang dia sayang. Mia Aurora tak tahu nak cakap apa. Dia tunduk dalam rasa bersalah.

"Rosilia, apa maksud kau? Kenapa dengan Mia?" garang Roland menyoal.
"Sabar Roland. "

"JANGAN SURUH AKU SABAR! Aku nak tahu keadaan bini aku sekarang! " herdik Roland tanpa sedar.

Rosilia menghela nafas.

"Kau keturunan manusia Roland. Begitu juga anak yang 03 tengah kandungkan sekarang.  Semakin anak tu membesar, semakin sakit 03. Tubuh dia tak sesuai untuk bawa anak tu.  Kalau perkara ni dibiarkan terus berlarutan, nyawa Mia dalam bahaya dan ia akan berakhir dengan kematian, " jelas Rosilia.

Roland terundur ke belakang. Dia menguak kasar rambutnya ke belakang tak percaya.

"Kenapa kau tak bagitau aku Mia? "

"Awak, saya... "

"KENAPA KAU TAK BAGITAU AKU?!"

Roland merentap kasar bahunya apabila cuba dipujuk oleh Ryan. Semua orang cuma menyabarkan dia tapi Roland dah tak tahan. Dia menuju ke Mia Aurora lantas bahu si isteri dicengkam.

"Aku siapa kat mata kau? Anak ni anak aku tapi kau rahsiakan masalah ni sorang-sorang. Kenapa kau buat aku macam ni Mia? Kenapa? " sayu Roland berbicara.

"Saya tak nak awak risau," balas Mia, sedih.

"Risau? Kau buat aku terseksa! Aku ni tak penting ke dalam hidup kau sampai kau nak rahsiakan pasal anak ni daripada aku?!"

"Awak... Saya minta maaf... Saya... "

Roland menepis tangan Mia Aurora. Disebabkan kemarahan yang tak mampu dibendung lagi, Roland beredar daripada istana meskipun dia tak tahu dia harus ke mana.

Yang dia hanya mampu dengar, jeritan Mia Aurora diselang-seli jeritan ahli keluarganya untuk meminta dia berpatah balik.

Roland terus berjalan tanpa memandang ke belakang. Setiap dedaun besar yang menghalang tubuhnya ditepis kasar. Sedar tak sedar, dia sudah hampir berjalan 30 minit jauh daripada istana. 

Langkahnya terpaksa dihentikan bila dia terlihat sebatang sungai jernih lebih kurang 20 meter dari lokasinya. Trauma punya kes, Roland berhenti dan menyandar pada pokok rendang.  Dia berhasil mencari ketenangan berkat udara bersih dan nyaman di persekitarannya.

Sambil-sambil itu, Roland berfikir panjang. Mia akan mati sebab anak di dalam perutnya? Gila! Roland boleh jadi gila. Takkan nak suruh Mia gugurkan kandungan tu? Memang taklah! Dua-dua Roland sayang sama rata.

Kalau pun dia diberi pilihan sama ada Mia ataupun anak diorang, Roland tetap takkan pilih. Roland harap sangat dia boleh buat sesuatu. Kalau boleh dia ingin memindahkan tenaga manusianya pada anak mereka.

Tapi dia tak mampu. Dia sekadar insan biasa yang dikategorikan sebagai makhluk lemah mengikut kelas sosial antara makhluk.

"Psttt.. Roland? "

Roland tersentak bila bahunya dicuit lembut oleh seseorang dari belakang. Usai dia menoleh, dia berkerut melihat Jasmine bersama seorang lagi gadis berkaca mata tengah memandangnya.

"Awak sesat lagi? " hairan Jasmine.

"Kau buat apa kat sini?" soalan dibalas soalan.

"Erhh, rasanya saya yang patut soalan tu. Alam ni tempat tinggal saya, " jawap Jasmine.

Roland sekadar mengangguk. Dia sedar gadis empat mata yang berada di sisi Jasmine merenungnya tanpa berkedip.

"Oh, ya. Ini kawan saya. Nama dia Nancy. Nancy ini pula Roland. Dia manusia dan dah berpunya, " senggol Jasmine.

Nancy tersentak. Dia membetulkan kaca matanya lalu menundukkan kepala sebagai salam perkenalan.

"Awak sesat macam manusia yang lain juga ke? " lembut Nancy menyoal.
Roland menggeleng tapi otaknya sempat memproses ayat Nancy. Manusia lain?

"Ada orang lain yang sesat ke? " selidik Roland.

Nancy dan Jasmine mengangguk serentak.

"Selepas awak dah balik, lebih banyak manusia jatuh ke sini. Dan tiap kali tu juga saya kena selamatkan diorang daripada lemas, " keluh Jasmine, penat.

Pada mulanya, Roland tak faham. Tapi diiyakan saja sebab tak nak panjangkan cerita. Yang penting manusia tu diselamatkan oleh Jasmine dan pasti dibawa oleh gadis itu untuk pulang ke dunia manusia sama seperti apa yang Jasmine lakukan padanya sebelum ini.

"Awak buat apa kat sini? " ulang Jasmine.

"Jumpa Rosilia. "

"Ohh, awak dah jumpa dia ke? Dia tu hebat. Dia satu-satunya makhluk yang berada di samping Alfa Kegelapan masa baginda mangkat dulu, " cerita Jasmine tanpa dipinta.

Maksudnya Jasmine pun tahu pasal Rosilia? Nampak gayanya, Rosilia sangat terkenal.

"03 mana? "

Tak sempat Roland buka mulut, tiba-tiba muncul seseorang dari atas pokok. Gadis tersebut mendarat tepat-tepat di hadapan Roland lalu merenung tajam ke arah Jasmine.

"Alice? Kau buat apa kat sini? "

"Tuan suruh balik sebelum dia bunuh kau, Tuan Roland," serius Alice menjawap.

"Hah?! "

"Tak, tu saya tipu. Tuan suruh saya jaga Tuan Roland supaya Tuan Roland tak dimakan oleh makhluk kat sini, " perbetul Alice.

Roland diam. Malas nak banyak soal.

"Dan saya nampak ada bahaya kat sini, " tenung Alice merujuk kepada Jasmine dan Nancy.

"Jangan nak perasanlah! Kitorang kat sini sebab terserempak je tau. Apapun, mana 03?"

Tersengguk-sengguk kepala Jasmine mencari kelibat idolanya. Nancy pula sekadar berdiam diri. Sebelum ni, Jasmine dah ceritakan pengalamannya berjumpa dengan bekas-bekas pejuang DIA kat alam manusia.

Walaupun agak menyeramkan tapi Jasmine bersyukur sebab dapat kenal manusia. Melalui pengalamannya sendiri, dia tahu khabar angin pasal kejahatan manusia hanyalah sekadar rekaan semata-mata. (Jasmine sebenarnya tak pernah nampak lagi manusia yang jahat. Dia tak tahu perompak, perogol, pembunuh bukan mitos. Kesian. )

"Asal kau tak sama-sama dengan tuan kau? " tanya Jasmine lagi.

"Tuan aku bergaduh dengan Tuan Roland."

"Gaduh? Hah, cite-cite. Meh duduk. "

Roland menggeleng. Dia tak nak babitkan sesiapa dalam masalahnya dan dia juga sangat yakin Alice tak nak bagitau sesiapa mengenai hal kesihatan tuannya kepada makhluk luar.

"Macam ni cite dia.. "

Anjay!! Alice dah mulai bercerita sambil melabuhkan punggung di atas rumput diikuti Jasmine dan Nancy. Mereka bertiga duduk dalam bulatan dan Alice pula menceritakan kisah pahit Roland ft. Mia Aurora dari A-Z dengan penuh emosi.

Sesekali Roland menepuk dahinya bila Jasmine dan Nancy menangis berpelukan. Kononnya dapat merasakan kesakitan hati Roland dan perasaan Mia Aurora yang cuba menyembunyikan perihal anak mereka. Sungguh menyayat hati!

"Uwarghh! Nancy, aku dah kata manusia pandai buat kita menangis! " raung Jasmine.

"Uwargh! Kesian diorang! "

Alice terangguk-angguk sambil memejam mata. Kesian, kesian, kesian.

"Aku harap cerita diorang macam cerita sepupu kita, April.  April kahwin dengan manusia lepastu dia nak mati sebab mengandung anak manusia. Tapi akhirnya, dia tak mati pun sebab suami dia selalu bagi April minum darah dia. Uwarghhh!!" nangis Jasmine, tersedu-sedan.

Roland mengerutkan dahi seketika. Darah? Sepupu Jasmine tentu seekor duyung juga. Dia kahwin dengan manusia dan mengandungkan anak manusia. Tapi dua-dua selamat sebab anak yang April kandungkan disantap dengan darah manusia. Itu yang boleh Roland simpulkan.

"Hei, Jasmine. Kau kata sepupu kau selamat?" Roland mula berminat pada cerita mereka bertiga.

Dia turut duduk di sebelah Alice dengan wajah yang terdesak nak tahu.

"Eisk eisk.. Ha'ah. Sepupu kitorang tu duyung juga. Dia dapat lahirkan anak dia yang berketurunan manusia secara normal."

"Tu semua sebab suami dia! Tiap hari suami dia biarkan April hisap darah dia. Kan Jasmine, kan? "

Roland tercengang. Lambat-lambat dia menoleh ke arah Alice yang turut memandangnya. Umpama faham keseluruhan jalan cerita Jasmine dan Nancy, Alice tahu apa yang difikirkan oleh Roland.

"Alice, kau tahu tak apa maknanya ni?"

"Ya, aku tahu duyung tu sebenarnya vampire. "

Prakkk!

Aduh! Bengaplah penjaga sekor ni!

"Bukanlah! Kita boleh selamatkan Mia! Guna darah aku! "

Alice tergamam manakala Jasmine dan Nancy terkebil-kebil cuba mentafsirkan ayat Roland. Sejenak, mereka berfikir. Jasmine dan Nancy saling berpandangan faham.

"Kau faham tak, Lice? " soal Roland, meminta kepastian. 

Otak Alice tu bukan boleh dijangka. Ada masanya dia bijak,  ada masa dia jadi bodoh. Sama macam tuan dia.

"Faham! " angguk Alice.

"Apa yang kau faham? "

"Sepupu diorang bukan vampire."

Roland pasrah. Dia tak nak bercakap dengan Alice buat masa sekarang. Silap hari bulan, otak Roland boleh meletup.

"Tapi kita tak tahu kalau ia berhasil. Saya dengar cara tu hanya berhasil pada sesetengah makhluk, " ragu Jasmine.

Roland meletakkan jari telunjuk dan ibu jari pada dagunya seolah-olah berfikir.

"Kita cuba dulu. "

"Tapi macam mana nak bagi tuan hisap darah Tuan Roland? Tuan tak nak buat seandainya ia boleh jejaskan kesihatan Tuan Roland sendiri," sampuk Alice yang akhirnya faham arah perbualan mereka.  

Mereka bertiga cuba mencari idea masing-masing. Kebetulan Nancy yang sejak tadi berdiam diri memeriksa sesuatu di dalam sistemnya. Bahagian minuman yang tersedia dengan pelbagai aneka perisa dibelek lambat-lambat.

Selang beberapa saat, akhirnya Nancy memilih minuman berperisa blueberry. Segelas minuman yang berbentuk kertas dan ada penyedut di atasnya muncul setelah Nancy menekan butang yang tersedia.

Ketika Nancy menyedut air dengan rakus, dia merasakan suasana yang aneh. Sepi. Perlahan-lahan kepala didongak lantas dia melihat Roland, Alice dan Jasmine sedang melihatnya dengan senyuman seram.

"Ap... Apa? Korang pun nak ke? " takut-takut Nancy menyoal.

Apa yang lebih menakutkan, ketiga-tiga mereka saling berpandangan lalu tergelak serentak. Nancy menelan air liur. Sah,  diorang dah gila!

"MUA.. MUAHAHAHAHA! "

#Harap-harap cara ni boleh selamatkan Mia.

#Rosilia bukan mak Maisara ye. Kalau tak faham, baca sampai faham. Tiber.

#Ada soalan,  lemparkan. Sayonara!

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro