§ Episod 14 §

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"Magic Diamond, sihir pertama" mata Gempa bertukar warna kewarna biru kristal

Dia pun mengangkat kedua-dua tangannya

"Serangan Diamond!" Katanya dan terus keluar beribu-ribu tusukan Diamond dari tangannya menuju ke arah patung di depannya

Patung itu terus jatuh sebaik sahaja terkena cerpihan Diamond dari Gempa

Dia pun tersenyum dan lega apabila sihir pertamanya berhasil

"Wuuu!!"kedengaran sorakkan dari tepi membuatkan Gempa menoleh dan ketawa

Dia pun menuju ke arah Yuki lalu mengusap rambut nya

"Aku akan berlatih dengan lebih kuat lagi,mari kita berlatih sama-sama!" Kata Gempa dan Yuki terus mengangguk

Pada setiap pagi,Gempa akan bangun awal untuk berlari di padang 10 pusingan

Ianya bukan senang kerana padang itu sangat luar

Gempa bahkan sudah berasa penat sewaktu masuk ke pusingan ke-6

Tetapi..Yuki..

"Hahh..hahhh" Gempa cuba mengatur nafasnya dan meneruskan lariannya itu

"Sikit..lagi..." katanya dengan keringat yang bercucuran di dahinya

Tap! Tap! Tap!

Bunyi langkah kaki berlari di belakang membuatkan Gempa menoleh dan..

"Eh!"

Siuh!

Kelihatan Yuki berlari dengan laju melintasi Gempa membuatkan Gempa memandangnya tak percaya

Yuki terus berlari dan berlari tanpa ada rasa penat pun di dalam dirinya

"Ceh,tahulah monster-,-"kata Gempa sedikit kesal

Yuki hanya ketawa apabila mendengar kata Gempa

"Tunggu aku! Aku akan kejar kamu!" Kata Gempa lalu berlari laju

Yuki pun terus mempercepatkan lariannya tetapi Gempa tetap dengan mudah dapat mengejarnya

Mereka terus berkejar-kejaran di padang yang luas itu sehingga matahari semakin naik ke atas

Setiap hari Gempa terus berlatih dan berlatih,cuba mengingat semua latihan yang Datuk Takashi ajarkan

Dia bahkan menyuruh Yuki untuk bertarung dengannya kerana dia tahu Yuki juga pernah di ajar oleh Datuk Takashi

Pada mulanya Yuki tidak mahu memandangkan dia di ajar untuk tidak sakiti manusia

Tetapi selepas di pujuk oleh Gempa akhirnya dia mahu melakukannya

Mereka akan berlatih di awal pagi dan berhenti apabila matahari mula naik

Gempa memandang tajam Yuki yang sedang menatapnya datar

Kedua-duanya mengundur kebelakang lalu

Siuh!

Terus laju berlari ke hadapan

Gempa sedang melakukan latihan kecepatan jadi ini maknanya dia harus melakukan dengan pantas sebelum pihak lawan menyerangnya

Yuki melompat tinggi lalu menuju ke arahnya,dia mengarahkan tangannya ingin memukul tengkuk Gempa

"Erk!" Dengan cepat Gempa menunduk untuk mengelak lalu

"Magic Butterfly,sihir kelima" matanya bertukar warna ke warna putih

"Libasan" sebaik sahaja dia berkata begitu..angin kuat meniup menuju ke arah Yuki membuatkan Yuki terus terlempar jauh

"Errrk!" Yuki menoleh memandang ke tanah lalu mengimbangkan badannya dan terus mendarat dengan selamat di situ

Yuki menarik nafas perlahan lalu terus berlari ke arah Gempa lagi

Gempa dengan pantas mengundur selangkah apabila Yuki cuba menendangnya

Siuh!

Tendangan dari Yuki meleset tetapi angin kuat terasa oleh Gempa akibat tendangan Yuki yang kuat itu

"Tenaga dia..sangat kuat" bisik hati Gempa lalu melompat kebelakang

"Dia bahkan belum gunakan tenaga dia sepenuhnya.." bisik hati Gempa lagi

Yuki pun berlari laju ke arah Gempa,ingin melakukan serangan itu lagi

"Haha..Hebat!" Kata Gempa teruja

Yuki pun lalu memberikan beberapa pukulan dan tendangan tetapi dengan pantas Gempa mengelak setiap serangannya

Tanpa mereka sedar,sebenarnya mereka dari tadi lagi di perhatikan oleh seseorang

Orang itu adalah Ritsuna

Dia berada di biliknya,sedang memandang ke padang di mana Gempa dan Yuki berada

"Jadi betul..dia gunakan sihir" kata Ritsuna

Dan kemudian,dia pun lalu menutup tingkapnya

"Hah! Baiklah! Mari kita tamatkannya" kata Gempa lalu menunduk apabila Yuki cuba memukulnya

Sebaik sahaja Gempa menunduk dia terus mengucapkan satu sihir

"Magic Diamond,sihir ketiga" matanya bertukar ke warna biru kristal

Dia mengeluarkan sesuatu di poket tepinya

"Letupan" katanya lalu melempar benda itu membuatkan Yuki terus melompat tinggi untuk mengelak

"Magic Protection, sihir kedua" mata bertukar keemasan dan dia pun mengangkat satu tangannya

"Kurungan"

sebaik sahaja dia mengatakannya terlihat satu dinding mengeliling Yuki lalu memerangkap Yuki ke dalam

Yuki cuba memukul dan menendang dinding berkotak lutsinar itu tetapi tidak berjaya dan akhirnya dia pun menyerah

"Fuhh-,-" keluh Yuki membuatkan Gempa ketawa kecil

Dia pun memetik jarinya dan kurungan itu terus hilang begitu juga dengan warna matanya yang kembali ke asal

"Btw,letupan tadi tu palsu sebab ianya bahaya untuk gunakan di sini" kata Gempa membantu Yuki bangun

Yuki yang mendengarnya terus marah dan memukul Gempa

"Hahaha,maaf2 ya lah,tak kan nak guna di sini..hahaha" tawa Gempa cuba mengelak lagi dari pukulan Yuki

"Ughhh!!!💢" Kelihatan Yuki tidak perduli dan terus mengejar Gempa

Mereka pun berkejar-kejaran di situ sampailah matahari naik ke atas

————

Sabtu iaitu hari ke-5 adalah giliran Gempa dan Yuki untuk bertarung dengan kumpulan lain

Memandangkan mereka satu kumpulan dan Gempa rasa bersyukur kerana mereka satu kumpulan

Dia di beritahu yang mereka adalah bahagian terakhir untuk ujian pertama

Dia dan Yuki di pilih masuk ke bahagian B iaitu yang terakhir

Memandangkan pelajar tersangat banyak jadi mereka bahagikan juga kepada dua bahagian

Bahagian A

Bahagian B

12 kumpulan di bahagian A yang menang akan mara ke peringkat akhir untuk berlawan dengan 12 kumpulan di bahagian B

Bahagian A mempunyai 24 kumpulan begitu juga dengan Bahagian B yang mempunyai 24 kumpulan

Dan bahagian A telah dimenangi oleh 12 kumpulan yang Gempa tidak tahu

Jadi ini maknanya,dia harus menang melawan 1 kumpulan termasuk 1 kumpulan yang menang di bahagian A

Untuk memasuki ujian kedua iaitu bertarung dengan salah seorang pelatih dari keenam-enam pelatih

Memang banyak tetapi akademi ini pun tak kalah besar juga jadi tak jadi masalah untuk mereka

Ditambah lagi mereka akan bertarung di bilik pertarungan dan bukan bilik latihan

Gempa pun menghelah nafas perlahan,cuba untuk bertenang..dia sekarang berada di depan bilik pertarungan

"Yuki..ingat ya,tolong jangan tunjukan wujud asli kau sewaktu kita bertarung dengan persaing" kata Gempa dan Yuki mengangguk

Dia pun memegang tombol pintu tetapi peliknya dia tidak membuka pintu itu

Entah kenapa dia berasa sedikit gementar tetapi..satu tangan memegang tangannya membuatkan Gempa menoleh

"Uuu!"

Gempa tersenyum melihat Yuki yang seperti menyuruhnya untuk bertenang dan jangan gelisah

Dia pun membalas pegangan tangan Yuki lalu mengangguk

"Baiklah! Terima kasih! Mari kita berjuang bersama-sama!"

Klak

Dia membuka pintu itu lalu mereka terus masuk ke dalam

[TBC]

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro