§ Episod 13 §

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Waktu tengah hari telah pun tiba,semua pelajar di Seveny Academy keluar dari bilik untuk menuju ke bilik latihan

Gempa yang berjalan di lorong asrama lelaki itu pun terus menuju ke arah Yuki yang berada di hadapan asrama perempuan

"Uuu!" Kata Yuki gembira terus menuju ke arah Gempa

"Mari" kata Gempa memegang tangan Yuki dan Yuki pun mengangguk

"Maaf ya pasal tadi di bilik latihan,tak sepatutnya aku lepaskan tangan kamu" kata Gempa rasa bersalah

Yuki pun menggelengkan kepalanya tanda tak mengapa

"Baiklah,terima kasih sebab maafkan..kamu memang baik" kata Gempa membuatkan Yuki berasa gembira

"Mari kita bersama-sama berjuang ya?" kata Gempa dan Yuki pun mengangguk

Gempa pun tersenyum lalu mereka terus menuju ke bilik latihan sama-sama

————

Kelihatan bilik latihan yang mula penuh dengan pelajar baru

Hali dan Taufan juga ada di situ,menunggu ketua pelatih iaitu Ritsuna untuk datang

"Hehhh..aku masih rasa kagum dengan apa yang gadis itu tadi katakan. Apa kau mengenalinya Hali?" Tanya Taufan yang duduk di sebelah Hali

Memandangkan dia sangat jarang bertemu dengan Ritsuna jadi dia tidak begitu mengenali gadis itu

"Aku juga terkejut yang gadis kecil sepertinya sudah menjadi ketua pelatih di sini" kata Taufan membebel terus

Hali hanya diam,membiarkan lelaki bermata biru langit itu terus-menerus berbicara

Dia dari kecil lagi sudah ada di sini bahkan sebelum Ritsuna datang..jadi mestilah dirinya mengenali gadis itu

"Aku ada dengar yang dia dulu orang ketiga berjaya mendapatkan lencana emas..di umurnya yang baru 14 tahun pula tu"

"Tapi...kenapa dia berhenti?" Tanya Taufan membuatkan Hali diam memikirkan pertanyaan Taufan

"Dia berhenti di sebabkan kematian kakak dia" kata Hali setelah sekian lama diam

"Bukan itu sahaja,sewaktu kakak dia mati..dia ada di situ dan itu membuatkan dia menjadi trauma"

"Dan juga dia kehilangan kuasa dia disebabkan raksasa itu mengambilnya. Sepatutnya dia mendapat kuasa dari Ratu tetapi dia menolak" kata Hali membuatkan Taufan binggung

"Kenapa pula?"

"Sebab dia rasa bersalah dan dia salahkan diri dia di atas kematian kakaknya"

Taufan yang mendengarnya terkejut dan keadaan pun senyap sebelum mereka mendengar bunyi pintu di buka

Hali memandang ke arah Gempa dan Yuki yang baru sahaja masuk ke dalam bilik latihan itu

"Kita duduk di sini dulu ya Yuki,ketua pelatih masih belum datang" kata Gempa dan Yuki pun mengangguk tanda oke

Mereka duduk tak jauh dari tempat Hali dan Taufan berada,Hali terus teringat kejadian yang berlaku tadi

Bukan apa yang budak itu lakukan tetapi...nama budak perempuan itu..nama keluarga dia..

"Tak mungkin lah.."

"Hali! Apa kau perasan budak berbaju coklat itu sebenarnya sedang bersama dengan monster? :D"

Deg

Hali terus menoleh ke arah Taufan yang tersenyum ceria ke arahnya :D

"Hah? Apa?" Kata Hali terkejut lalu memandang semula ke arah Gempa dan Yuki

"Ya,kau tahu bukan aku boleh melihat aura sekeliling ku?"

"Kenapa kau tak beritahu? Ini berbahay-"

"Tapi!" Taufan cepat-cepat memotong percakapan Hali membuatkan Hali memandang hairan Taufan

"Aku juga merasakan aura manusia di dalam dirinya" kata Taufan tak lepas memandang Yuki

"Bahkan aku merasakan satu aura yang sangat aku tak suka..." Taufan terus menjadi serius

"Semuanya bercampur..tetapi..aura yang paling kuat aku lihat adalah aura yang teruk tu" kata Taufan membuatkan Hali tak faham

"Rasanya...gadis itu terkena satu sumpahan"

Hali diam mendengar kata-kata Taufan

Ya,sumpahan memang ada dan ianya boleh terkena pada manusia tetapi ianya juga sangat-sangat jarang berlaku

"Jadi..apa kita nak buat sekarang?" Kata Hali pada akhirnya

Taufan pun memandang Hali lalu tersenyum

"Kita biarkan dulu..aku rasa tak masalah lagipun aura manusia dia masih ada"

"Hahh..ikut kau lah"

————

Klak

Bunyi pintu kedengaran,kelibat Ritsuna kelihatan memasuki bilik latihan itu membuatkan semuanya terus berdiri

Beberapa pelatih juga ada di belakangnya,mengikutinya masuk

Mereka menuju ke pentas,di mana Hali dan Taufan sudah berada di situ

Semua pelajar pun masuk ke barisan mereka

"Baiklah semua dengar" kata Ritsuna memulakan percakapannya

"Kita akan mulakan latihan ketahanan untuk menguji kekuatan kamu bagi misi yang akan kamu jalankan satu bulan lagi"

Wajah terkejut semua pelajar terus kelihatan..1 bulan?! Bukan besok?

"Ya saya tahu sepatutnya ianya di jalankan besok tetapi...saya telah berbincang dengan pengurus akademi dan kami telah bersetuju untuk melakukan ujian 'ketahanan berperingkat' "

"Ujian ini adalah ujian di mana kamu akan bertarung secara berkumpulan untuk berlawan dengan persaing lain"

"Setiap kumpulan yang berjaya akan mara ke peringkat seterusnya untuk berlawan dengan pelatih dan kemudian akan berlawan dengan dua orang pahlawan tertinggi" kata Ritsuna menunjuk Taufan dan Hali

"Memandangkan kami kekurangan pahlawan tertinggi jadi saya akan menjadi salah seorang yang kamu akan lawan di akhir ujian kamu"

"Peringkat pertama,bertarung dengan kumpulan lain. Peringkat kedua,bertarung dengan pelatih. Dan peringkat akhir,bertarung dengan dua orang pahlawan tertinggi termasuk saya" kata Ritsuna

Dia menghelah nafas perlahan,sebenarnya dia tak ingin masuk campur dalam ujian ini tetapi....

"Kamu ikutlah ya~^^..kita kekurangan ahli tertinggi..lagipun mereka sibuk dengan misi mereka^^..boleh kan? Kakak percayakan kamu Suna"

Terpaksalah..demi kakak dia..dia tak nak buat Kak Ritsana kecewa dengan dia -,-

"Jadi..saya harap kamu faham. Kami juga akan memberikan masa kepada kamu untuk berlatih sementara menunggu giliran kamu bertarung"

"Setiap kumpulan di bahagi kepada dua orang dan ianya akan bermula besok..jadi saya harap kamu semua faham"

"Dan tolong..bermain dengan adil" kata Ritsuna

"Baiklah!" Kata semuanya termasuk Gempa

"Aku pasti boleh! Aku tak akan kecewakan latihan yang telah Datuk Takashi ajarkan"

[TBC]

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro