§ Episod 12 §

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"Cukup"

Kata Hali memandang dingin ke arah mereka membuatkan mereka semua terus diam

"Kami semua ada di sini bukan untuk melihat pergaduhan kamu"kata Hatori Ritsuna yang berdiri di sebelah Hali

"Di tambah lagi kamu telah pun melanggar peraturan SV kod 5 di akademi ini. Seorang pahlawan,tidak di benarkan bergaduh sesama rakan..ia menghancurkan hubungan kamu sebagai saudara/saudari" kata Ritsuna tegas

Dia memandang gadis itu membuatkan gadis itu rasa tak percaya dan kesal

"Kamu tak boleh mengawal kemarahan kamu dan itu membuatkan kamu tak layak berada di sini."

"Jadi sebagai permulaannya,saya akan berikan amaran pertama kepada kamu" kata Ritsuna tegas

Semua orang terus bising,terkejut dengan apa yang Ritsuna katakan tetapi dia tak kesah kerana dia juga lah yang menguruskan semuanya

Selain kakaknya,Hatori Ritsana yang merupakan pengurus kepada Academy Seveny

"Ini! Ini tak adil! Aku marah sebab dia abaikan aku!" Kata gadis itu geram

"Ya tetapi bukan kah lelaki itu sudah cakap yang dia abaikan kau sebab lelaki itu suruh lagipun dia tak boleh bercakap"

"Erghhh!!! Ianya bukan salah aku! Aku tak tahu yang dia tak boleh bercakap!"

"Betul dan kamu sudah di beritahu. Tapi..kenapa kamu masih menyerang dia?"

"Kamu bahkan tidak berfikir dengan betul sampai sanggup mengunakan kuasa kamu di kawasan yang penuh dengan orang ramai ini"

"Dan aku rasa berterima kasih pada lelaki itu kerana mengunakan sihirnya untuk melindungi semua orang" kata Ritsuna tersenyum ke arah Gempa

Gadis itu diam,dia terus terkelu mendengar apa yang Ritsuna katakan..memang betul apa yang Ritsuna katakan itu

"Aku...aku masih tak boleh terima! Aku tak nak terima surat amaran tu!"

Ritsuna memandang geram gadis itu,dia cuba untuk tersenyum tetapi matanya menunjukan amarah yang besar

Kenapa perjumpaan pertama sudah kecoh macam begini...fuhh..

Itulah yang hatinya bisikkan sekarang

Dia tak nak sebenarnya berada di perjumpaan ini tapi terpaksa kerana kakaknya,Hatori Ritsana sedang berada di istana Ratu Crisalyna sekarang

Dia boleh dikatakan mempunyai sifat seperti gadis ini ..cepat berasa marah dan tak suka mengalah

"Kalau kamu rasa marah..cubalah untuk bertenang dan tarik nafas perlahan"

Ritsuna terus teringat akan kata-kata kakaknya pun menutup matanya lalu menarik nafas perlahan

Mungkin dia memang cepat rasa kesal dan marah tetapi dia masih mempunyai batas dalam mengawal kemarahannya

Dia membuka matanya lalu memandang gadis itu dengan tatapan tenang

"Baiklah,kalau masih berdegil..kamu boleh mengambil jalan mudah.."

"Iaitu..pergi dari sini" kata Ritsuna dingin

"Kau! Arghhh!! Kamu semua akan terima balasannya!" Teriak gadis itu lalu berjalan keluar dari bilik latihan

Bam!

"Seseorang yang ingin menjadi pahlawan tetapi bersikap sebegitu sangat tidak layak berada di sini."

"Kamu semua berada di sini bukan untuk bersenang-senang tetapi untuk melindungi negara kamu"

"Cuba untuk bersikap tabah dan bersabar serta menerima semuanya. Sebab itu adalah apa yang ingin saya mahu dalam diri kamu"

"Tetapi jika sikap kamu seperti gadis tadi..tolong ubah atau..pergi dari sini"

Semua terus diam mendengar kata-kata tegas dari Ritsuna

Taufan yang baru kali pertama mengenal Ritsuna terus terkejut,sekarang dia faham kenapa Ritsuna boleh menjadi ketua pelatih dalam usia yang baru 19 tahun

Hali? Dia dah lama kenal gadis ini,dia juga tahu gadis ini lah orang yang ketiga menjadi pahlawan tertinggi di akademi ini selepas kedua-dua kakaknya

Mereka bertiga adalah tiga bersaudara yang telah berjaya menjadi pahlawan berpangkat emas di hari yang sama

Ya,Ritsuna berjaya menjadi seorang pahlawan berpangkat emas di umur 14 tahun

Sedangkan Hali dapat menjadi pahlawan berpangkat emas di umur 16 tahun

Tetapi..kakaknya iaitu Hatori Ritsana dan dia berhenti 4 tahun lalu

Mereka berhenti sebaik sahaja kematian pahlawan berpangkat emas pertama iaitu..kakak pertama mereka

Hatori Ri-Yuna

Ianya memang tragis,kematian kakaknya yang di sebabkan oleh raksasa

Ianya semakin tragis apabila raksasa jahat itu memakan kakaknya sehingga tiada sisa langsung

Dia kenal Ritsuna sebagai gadis yang sangat ceria dulu dan secara jujurnya..dia sangat rapat dengan gadis itu dulu

Mestilah dia ada di pengebumian itu juga,dia dan Bonda,Ratu Crisalyna ikut ke pengebumian itu

Dan itu adalah pertama kalinya..Hali melihat air mata yang jatuh membasahi wajah ceria gadis itu

"Kakak!!!!"

Hali mengerutkan dahinya,dia tak suka bila mengingat masa lalunya..dia pun memandang Ritsuna sekilas lalu memandang ke arah lain

"Kalau kamu semua faham,kita akan teruskan perjumpaan pertama ini" kata Ritsuna

Gempa diam memandang Ritsuna,kata-kata gadis itu membuatkan Gempa rasa kagum

Usianya masih muda..tapi dia dah menjadi salah seorang pelatih

Itulah yang hatinya bisikkan

Gempa pun menarik Yuki lalu mereka terus menuju ke barisan mereka

————

Perjumpaan pertama pun selesai,semua pelajar dia itu di arahkan menuju ke bilik masing-masing

Sebelum mereka pergi,mereka akan di berikan sebuah lencana berwarna Perak yang menandakan peringkat mereka

Mereka berada di peringkat paling bawah iaitu Perak

Mereka di beritahu bahawa terdapat 5 teringkat

Emas
Biru
Ungu
Merah
Perak

Dan Perak adalah level paling rendah manakala emas level paling tinggi

Dalam satu peringkat akan ada 10 pencapaian,jika mereka berhasil mencapai melebihi had mereka akan serta merta naik ke level yang seterusnya

Sebenarnya sekarang ini telah ramai yang sedaya upaya untuk mencapai level teratas iaitu emas

Sebab,mereka di beritahu..hanya tinggal satu sahaja tempat untuk 7 pahlawan tertinggi

Di tambah lagi untuk mencapai level emas bukan senang kerana sebaik sahaja mereka mencapai peringkat lencana biru

Misi yang akan mereka terima juga akan semakin susah

Ramai yang terkorban disebabkan mereka terlalu memaksa diri mereka untuk mencapai level lencana emas

Bahkan pahlawan tertinggi mengambil masa 5/6 tahun untuk berjaya berada di level paling teratas

Dan itulah apa yang Gempa dengar sewaktu perjumpaan itu

Dia melihat lencana yang diberikan olehnya,dia pun memasang lencana itu di bajunya

Hari ini iaitu tengah hari nanti mereka akan diuji ketahanan mereka

Untuk misi besok..

Dia mengeluh perlahan,dia rasa teragak-agak sekarang

Boleh kah dia mendapatkan level emas? Sedangkan ianya tinggal satu?

Dia sekarang sedang berjalan menuju ke blok asrama lelaki

Dia berhenti di antara dua lorong asrama itu,satu menuju ke blok perempuan dan satu blok lelaki

Asrama lelaki dan perempuan terpisah jadi dia terpaksa berpisah dengan Yuki di sini

"Jumpa nanti,Yuki nanti tunggu di sini ya?" Kata Gempa kepada Yuki

Yuki pun mengangguk lalu terus berjalan masuk ke dalam asrama perempuan

Gempa yang melambai pun terus menurunkan tangannya

Dia terus menggenggam tangannya

Tak apa,dia pasti boleh! Demi menghapuskan sumpahan Yuki dan demi mencari tahu tentang diri dia!

[TBC]

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro