§ Episod 11 §

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"Di mana mak ayah kamu?"

"Mereka..dah tiada.."

"Begitu kah..kasihannya,maafkan saya"

"...."

"Jadi..kamu mahu tak jadi anak saya?"

"B-boleh kah?"

"Mestilah,Saya pun macam kamu.. kehilangan seorang anak.."

"O-oh..kalau macam tu..sa-saya nak"

"Baguslah..mulai sekarang nama kamu-"

"Museigen Halilintar"

Hali menggengam perlahan lantai bersimbol perisai di tangannya

"Hali! Kau pun ikut sekali ke?"

Hali terus memandang ke arah suara itu dan terlihat seorang lelaki berbaju biru tua melambai ke arahnya

Kajinto Taufan,lelaki berbaju biru tua dan bermata biru langit

Hali hanya diam memandang datar Taufan lalu terus berjalan menuju ke bilik perjumpaan membuatkan Taufan laju mengejarnya

"Hey tunggu lah,mari kita masuk sama-sama"

"Erm" Hali hanya mengumam tanda 'oke'

Mereka pun berdiri di belakang pelatih-pelatih wanita dan lelaki itu

Shing~

Hali memandang hairan rantai di lehernya yang bersinar tiba-tiba

Pelik,kenapa ia bersinar. Takkan lah ada aura jahat di sini?

Itulah yang hatinya bisikkan sekarang

Hali pun hanya membiarkannya sahaja

Pengawal di depan mereka membuka pintu lalu mereka terus masuk

Pandangan mereka bertembung sebentar sebelum Hali mengalihkannya,mereka semua pun berjalan naik ke atas sebuah pentas di situ

Gempa memegang kuat rantainya yang masih bersinar itu,dia rasa tak percaya dengan apa yang dia dengar

Anak kepada Ratu..?

Peliknya..Datuk cakap Ratu hanya ada satu anak

Tapi..betullah..lagipun mustahil aku anak dia..

Itulah yang hati Gempa katakan,ayat itu terus menerus berulang-ulang mengatakannya

Gempa mengeluh perlahan lalu memasukkan rantainya semula ke dalam baju

"Baiklah semua diminta untuk berdiri di barisan masing-masing" kata salah seorang pelatih wanita

Gempa pun menoleh ke tepi ingin memegang tangan Yuki yang terlepas tadi

"Yuki ma-"

Tetapi tiba-tiba Yuki tiada di sebelahnya membuatkan dia terus memandang sekeliling

"Yuki!" Jeritnya sedikit kuat

Tiada tanda-tanda Yuki kelihatan di situ

"Yuki!" panggilnya lagi dengan suara risau

"Hoseki Yuki Aoi!" Jerit Gempa membuatkan orang sekelilingnya memandang dia pelik

"Uis kenapa tu?" Tanya Taufan kehairanan

Hali yang berdiri di sebelah Taufan hanya diam,dia juga berasa hairan di situ

"Hoseki?" Bisik hatinya mengenali nama depan itu

"Hali,tengok tu!" Kata Taufan menunjuk ke arah satu kawasan yang terdapat ramai orang di situ

Hali pun memandang ke sana dan terkejut melihat apa yang telah terjadi

Gempa masih terus mencari Yuki ,wajahnya sangat risau

"Arkk!"

Suara Yuki kedengaran tak jauh dari Gempa membuatkan Gempa terus menuju ke arah sana

Dia melimpasi beberapa orang yang kelihatan berkumpul di situ

Apa dah jadi? Tak! Jangan sesiapa tahu tentang wujud dia..!

Tak boleh,jika ada orang sedar siapa Yuki..dia akan di bunuh!

"Yuki!" Jerit Gempa sebaik sahaja dia dapat melintasi ombak manusia yang banyak itu

Deg

Dia memandang terkejut pada Yuki yang jatuh di lantai,pipinya tergores sehingga darah mengalir turun dengan banyak

"Heh! Lain kali jangan nak sombong sangat tak tegur orang..kan dah terima padah"

Gempa terus memandang ke arah suara itu

Kelihatan seorang gadis sedang berdiri tepat di hadapan Yuki sambil tersenyum sinis,pisau kecil berbentuk kristal kelihatan di tangan gadis itu

Di situ Gempa tahu,bahawa gadis itu mengunakan kuasanya untuk melukai Yuki

"huh.."

Yuki bangun lalu memandang kosong gadis itu,darah terus berhenti mengalir membuatkan orang sekeliling terkejut

Dia pun menepuk bajunya yang kotor dan terus diam di situ

Dia tak boleh sakiti manusia,Datuk Takashi dah beritahu dia dan gelang di tangannya tak bersinar jadi itu tandanya dia tak boleh cederakan gadis di depannya

"Hey! Kau dengar ke tak?" Kata gadis itu bengang

Yuki masih diam,memandang kosong gadis itu

"Grghmm!" Gadis itu mengetap giginya kuat,dia tak suka kalau ada orang mengabaikannya

"Kau memang betul-betul nak kena!" Kata gadis itu mengeluarkan pisau kristal dari tangannya lalu melempar pisau kristalnya

Pisau itu laju menuju ke arah Yuki

"Y-Yuki!" jerit Gempa

Tetapi ia kelihatan sangat-sangat perlahan di mata Yuki membuatkan Yuki dengan mudah mengelak ke tepi

Gempa terus menuju ke arah Yuki membuatkan Yuki terus gembira

"Yuki okey tak? Luka ni,kena disembuhkan" kata Gempa tetapi Yuki terus menggeleng

"Oh..aku lupa dia boleh sembuhkan diri dia sendiri" bisik hati Gempa

"Argh! Berani kau cabar aku!" Jerit gadis itu lalu mengeluarkan pisah kristal yang banyak

"Tunggu! Bukan salah dia tak tegur awak..saya yang suruh untuk abaikan kalau ada orang menegur dia"

"Lagipun..dia..dia tak boleh bercakap sebab itulah"kata Gempa lagi mengangkat tangannya,menyuruh gadis itu untuk berhenti

"Erghh!! Aku tak perduli! Aku rasa sangat marah sekarang!"

"Aku akan hancurkan kamu berdua di sini!"

Gadis itu terus melemparkan pisaunya ke arah Gempa dan Yuki

"Bahaya! Tempat ini terbuka dan kalau aku mengelak pun orang di belakang akan kena" bisik hati Gempa memandang sekelilingnya yang di penuhi orang ramai

"Aku terpaksa guna sihir..sekarang!"

Dia terus menarik Yuki kebelakang lalu mengangkat satu tangannya

"Magic Protection,Sihir pertama"

"Dinding Perisai!"sebaik sahaja dia mengatakannya

Matanya terus bertukar keemasan lalu sebuah dinding lutsinar keluar di hadapannya

Ting! Ting!

Pisau kristal itu berlanggar dengan dinding lutsinar membuatkan ia terjatuh lalu lenyap

"Ak!" Gadis itu memandang terkejut dengan apa yang dia lihat

Dinding perisai terus hilang,Gempa menurunkan tangannya

Matanya yang keemasan memandang tajam gadis itu

"Tolong..berhenti" kata Gempa dingin

Orang sekeliling yang juga melihatnya terkejut apabila melihat berubahan di dalam diri Gempa

"Wouh kejap apa?!" Kata Taufan turut terkejut

Kelihatan seorang gadis berambut perang dan berbaju biru keungunan yang berada di atas pentas itu terkejut melihat sihir yang Gempa guna

Gadis itu bernama Hatori Ritsuna

"Dia guna sihir?..macam..aku?" Bisik hati Ritsuna memandang Gempa

"Erghh!!! Kau! Be-"

"Cukup"

Satu suara dingin di atas pentas membuatkan semua memandang ke arah sana

[TBC]

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro