§ Episod 10 §

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"Jadi kamu mahu ke akademi itu?" Kata Nitsuki lalu memberikan Gempa minuman chocolate panas

Sekarang mereka berada di rumah ayah Yuki yang ada di tengah kota Seveny Kingdom

"Ya pakcik,oh dan saya akan pergi dengan Yuki ke sana" Kata Gempa setelah menghirup minuman panas itu

"Ya pakcik tahu dan pakcik tak kesah pun..sebab pakcik memang mahu dia masuk ke sana"

"Pakcik juga tahu tujuan kamu berdua ke sana dan pakcik harap kamu dapat cari siapakah yang telah menjadikan Yuki raksasa.." kata Nitsuki dengan nada sedih

Dia pun mengusap rambut Yuki yang duduk di sebelahnya

"Mungkin ia agak pelik tapi..pakcik dapat rasakan 'benda' yang menyerang Yuki waktu itu bukan lah raksasa atau iblis biasa"

"Sebab..tiada iblis dan raksasa yang mampu untuk menembusi perisai 'pembatasan' itu walaupun mereka mempunyai kuasa"

"Tapi lepas sahaja pakcik mendengar penjelasan dari Ratu..pakcik diberitahu yang terdapat beberapa makhluk lain yang mempunyai kuasa yang kuat sampaikan mereka dapat menembusi perisai itu"

"Lagipun,Sang Ratu terlalu banyak mengunakan kuasanya sampaikan perisai 'pembatasan' itu boleh dimasuki oleh makhluk yang kuat"

"Jadi,mungkin sebab itulah kenapa Yuki telah di serang waktu itu..pakcik masih berasa bersalah sebab tinggalkan Yuki sendirian di rumah waktu itu.." kata Nitsuki

Wajahnya memandang Yuki yang sedang memeluknya,dia pun mengusap rambut Yuki dan membalas pelukan Yuki

Gempa yang mendengarnya hanya diam,dia merasa marah dan sedih mendengar kisah Nitsuki

Tapi apa dia boleh buat..benda itu sudah terjadi dan kerana itulah dia akan mencari siapakah yang telah mengubah Yuki menjadi raksasa

"Pakcik juga berharap kamu dapat berjumpa dengan Ratu Cristalyna" kata Nitsuki setelah dia melepaskan pelukannya

"Baiklah pakcik,Saya pasti akan cari siapa pelakunya dan terima kasih" kata Gempa sambil tersenyum

"Akademi itu tak jauh dari sini,kamu hanya perlu ikut laluan utama di sana dan kamu pasti akan jumpa akademi itu"

"Ianya terletak di tengah-tengah kota ini dan bila kamu sampai ke sana..pakcik harap kamu boleh bertemu dengan anak lelaki pakcik" kata Nitsuki membuatkan Gempa menjadi bingung

"Pakcik..ada seorang anak lelaki?"

"Ya,pakcik ada dua orang anak. Dia abang kepada Yuki" Gempa pun mengangguk faham,dia baru teringat yang Datuk Takashi juga ada memberitahunya tentang abang Yuki

Dia kata sifat dan perangai Gempa serupa dengan abang Yuki dan itu yang membuatkan Yuki seperti menganggap Gempa abang dia

"Dan dia merupakan salah satu dari peringkat pahlawan terkuat" kata Hoseki membuatkan Gempa terkejut

"Dan nama dia adalah.."

"Hoseki Solar"

———

———

Shing!

Kayu panjang di depan lelaki berambut perang itu terus terbahagi dua apabila dia menghayunkan pedangnya

"Oii!Solar!"

Lelaki itu terus memandang ke tepi apabila namanya di panggil,dia pun menurunkan pedangnya dan memandang datar orang yang memanggilnya

Kelihatan seorang lelaki berambut hitam dan mata hijau cerah sedang melambai dengan cerianya ke arah dia

Lelaki itu pun berjalan ke arah Solar,lelaki berambut perang tadi

"Thorn,berapa kali aku nak cakap,panggil aku dengan nama •Karui"

[•Karui membawa maksud 'cahaya' dalam bahasa Jepun]
[ia juga merupakan nama khas yang diberikan kepada pahlawan tertinggi di akademi itu]

"Aku pelik lah kenapa kau tak suka nama asli kau,nama tu bagus kot" kata Thorn menyilangkan tangannya

"Lagipun aku tak suka orang panggil aku dengan nama •Shoku sebab aku nak orang panggil nama asli aku" kata Thorn lagi

[•Shoku membawa maksud 'daun' dalam bahasa Jepun]

Solar diam sebentar dan tak lama lepas itu dia pun mula bercakap

"Aku cuma..tak suka orang panggil nama asli aku" kata Solar dingin lalu mengangkat pedangnya

"Kau kawan aku Solar,my childhood friend. Tak salah untuk aku panggil nama asli kau bukan?"

"Hahh..ikut kau lah" kata Solar mengalah pada akhirnya membuatkan Thorn tersenyum

Solar pun menghayunkan pedangnya,membuat latihan yang dia selalu lakukan

"Sudah,pergilah dari sini. Aku nak berlatih"

Thorn pun mengeluh lalu menyandarkan badannya ke tiang besar di tepinya,dia tahu yang Solar tak suka di ganggu oleh sesiapa pun bila sedang berlatih

Dia pun tak tahu kenapa tapi sejak peristiwa itu..perangai Solar telah beruba..

Peristiwa di mana...adiknya Aoi beruba menjadi raksasa...

"Iyalah aku faham. Oh ya,aku ada nak bagitahu kau sesuatu ni" kata Thorn

"Cakap cepat dan pergi" kata Solar yang sedikit pedas itu tetapi itu tidak membuatkan Thorn terasa sedikit pun

Dia sudah sangat-sangat masak dengan perangai Solar dari mereka kecil lagi

"Apa kau tahu,yang Aoi dah kembali ke sini?"

Deg

Nama adiknya yang keluar dari mulut Thorn berjaya membuatkan fokus Solar hilang serta merta

Pedang dengan simbol cahaya di turunkan,dia pun memandang ke arah Thorn yang sedang tersenyum ke arahnya

"Oh,ini kali pertama aku melihat kau hilang fokus Haha" tawa Thorn membuatkan Solar memandangnya bengang

"Jadi? Kenapa kalau dia kembali?" Kata Solar kembali kepada percakapan mereka yang tadi

"Apa maksud kau? Dia kan adik kau,kau..tak rindu dia ke?"

"Lagipun..kau masuk ke sini pun disebabkan dia bukan? Maksud aku,kita berdua masuk sini sebab nak cari siapa yang buat Aoi jadi raksasa" kata Thorn lagi

Solar diam memikirkan akan kata-kata Thorn

Senyuman,ketawa dan wajah gembira Yuki terus terpancar di fikiran Solar

"Aku tahu tapi...aku tak sanggup nak jumpa dia sekarang..." kata Solar menutup matanya

Thorn tahu yang Solar masih rasa bersalah dan dia tahu yang Solar masih tak boleh memaafkan dirinya

"Sebenarnya,bukan itu yang aku nak bagitahu" kata Thorn membuatkan Solar terus memandangnya

"Aku dapat tahu adik kau kembali pun sebab kan aku ternampak sesuatu.."

"Sesuatu yang pasti akan buat kau sangat terkejut" kata Thorn sambil smirk

"Berita yang sebenarnya adalah.."

"Aku ternampak nama adik kau..Yuki Aoi di papan pendaftaran pagi tadi" kata Thorn membuatkan Solar tersangat terkejut

———

———

Gempa pun berdiri di sebuah bangunan tinggi dengan nama 'Seveny Academy' di atas papan masuk bangunan itu

Dia pun menarik nafas perlahan lalu memegang tangan Yuki yang berdiri di sebelahnya

"Ingat,bila masuk nanti jangan lepaskan tangan tau..dan jangan tunjukkan wajah asli kamu..faham Yuki?" Kata Gempa

"Kalau ada orang bercakap dengan kamu jangan bersuara,kamu tepuk je bahu aku oke?"

"Erm!" Kata Yuki mengangguk faham

"Bagus" kata Gempa membuatkan Yuki tersenyum gembira

Mereka pun lalu masuk ke dalam akademi itu

Kelihatan begitu banyak orang di situ membuatkan Gempa berasa sedikit cemas,ini kali pertama untuk dia berada di tempat sesak penuh dengan orang sebegini

Dia hanya terbiasa dengan pohon-pohon yang banyak di hutan dan bukan manusia-manusia yang banyak huhu

Mereka semua pun masuk ke dalam bangunan itu dan terus masuk ke dalam sebuah bilik yang sangat luar seperti padang

Gempa dapat rasakan bilik ini adalah bilik latihan

Shing~~

Tiba-tiba Gempa dapat rasakan rantai di lehernya bercahaya dengan sangat terang membuatkan Gempa terus mengeluarkan rantai itu tanpa orang sekeliling menyedarinya

"Kenapa ni..?" Kata Gempa kehairanan

Tiba-tiba dia teringat kata-kata Datuk Takashi yang memberitahu kepada dia tentang rantai ini

Jika rantai ini bersinar bermakna rantai ini mengesan bahaya yang semakin dekat tetapi jika tidak,bermakna rantai ini mengesan sisa kuasa yang sama dengannya

Gempa pun mengangkat tangan Yuki yang terdapat gelang itu,dia ingat yang Datuk Takashi beritahu dia bahawa gelang Yuki adalah pemberian dari Ratu Crisalyna

Jadi pasti gelang ini mempunyai sisa-sisa kuasa dari kuasa di rantainya tetapi...

Gempa pun membuat riaksi hairan apabila sedar yang gelang Yuki tidak mengeluarkan cahaya

Dia lalu memandang sekelilingnya,mencari kalau-kalau terdapat mahkluk jahat di situ tetapi tiada

"Kenapa rantai ni bersinar..?" Tanya Gempa hairan,dia memandang rantai itu..menggenggam simbol di rantai itu yang masih bersinar

Klak

Pintu terbuka membuatkan orang di bilik latihan tersebut memandang ke arah pintu

"Mereka dah sampai,salah satu dari pahlawan terkuat" kata salah seorang di bilik latihan itu

Kelihatan beberapa pengawal berjalan masuk ke dalam dan di belakangnya terdapat beberapa wanita dan lelaki yang merupakan orang yang akan mengurus mereka

Dua orang lelaki berpakaian seperti baju pahlawan juga ada di situ

Satu berbaju hitam berjalur merah dengan mata merahnya yang sangat dingin dan satu berbaju biru gelap dengan mata biru laut cerah

Gempa memandang terkejut ke arah mereka,matanya tak lepas dari memandang mereka

Tak,Gempa terkejut bukan sebab mendengar mereka adalah pahlawan terkuat

Tetapi..

Shing~~

Dia terkejut sebab melihat rantai yang ada pada salah satu dari mereka itu

Lelaki berbaju hitam berjalir merah itu mempunyai rantai yang sama sepertinya

"Lelaki yang memakai rantai diraja tu anak Ratu Cristalyna bukan?" Kata salah seorang pahlawan di situ membuatkan Gempa semakin terkejut

"Apa..?"

Tiba-tiba,mata coklat Gempa bertembung dengan mata merah lelaki itu

Rantai di leher kedua-duanya pun bersinar terang,seperti memberitahu mereka telah bertemu semula setelah sekian lama berpisah

[TBC]

Apa?! Anak Ratu Crisalyna?!😱😂mesti korang terkejut bukan? Jadi tu maknanya Gempa ada abang?

Entahlah..kalau nak tahu tunggu lah ep selanjutnya khu khu

Atau korng boleh cari d part 'watak' sebab author dah keluarkan khu khu tetapi tentang siapakah dia author belum tulis

Author juga ada tambah sikit info Gempa dan Yuki

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro