§ Episod 9 §

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Kelihatan cahaya matahari yang bersinar terang menandakan pagi telah pun tiba,cahaya matahari kelihatan malap sahaja disebabkan awan yang menutupi salji itu

Gempa yang dari tadi lagi sudah bangun kelihatan sedang mengemas sesuatu di biliknya

Dia memasukkan beberapa bahan sihirnya ke dalam beg kecilnya lalu mengambil sarung tangan di meja tepinya dan terus memakai sarung tangan itu

Kelihatan dia memakai pakaian berwarna hitam bergaris keemasan dengan warna tambahan iaitu coklat di bahagian bawa [boleh tengok gambar dia di part 'watak' atau cover book,cuma pedang tak ada huhu]

Rantai di lehernya dia pakai kemudian dia masukkan ke dalam baju untuk menyembunyikan rantai itu

Rantai itu adalah simbol rasmi Seveny Kingdom dan ini bermaksud hanya orang yang memiliki kaitan dengan keluarga di raja Seveny Kingdom sahaja memiliki rantai ini

Gempa tak nak bila dia sampai di akademi itu nanti,orang terkejut melihat rantai di lehernya dan itu pasti membuatkan orang tertanya-tanya akan diri Gempa

Ya,hari ini adalah hari di mana Gempa akan ke akademi pahlawan. Hari di mana dia akan memulakan sebuah perjalanan yang baru

Gempa pun memakai beg yang berada di kerusinya lalu berjalan ke pintu,sempat dia menoleh untuk memandang biliknya buat kali terakhir sebelum keluar dari situ

Bam!

Pintu pun ditutup dan bilik itu terus menjadi kosong..hanya di temani cahaya matahari yang masuk ke dalam melalui tingkap

————
————

"Datuk..Yuki..pagi!" Kata Gempa dari atas tangga,dia pun memandang Datuk Takashi yang sedang berada di ruang tamu bersama Yuki

Seperti biasa dia pun melompat dari tangga ke bawa dan dia mendarat dengan selamatnya di bawa

Dia pun berjalan ke arah mereka dan duduk di situ lalu memakan makanannya

"Kamu sudah kemas apa yang perlu?" Tanya Datuk Takashi

"Erm! Dah" kata Gempa sambil mengangguk

"Tapi..tak apa ke Gempa hanya mengusai setengah sihir sahaja?" Tanya Gempa,kelihatan raut wajah risaunya

"Asalkan kamu dapat menguasai kesemua sihir Protection pun dah cukup..lagipun tiga sihir teratas itu agak susah untuk kamu kuasai"

"Walaupun..Datuk sangat ingin kamu untuk kuasai sihir kedua Magic Sword" kata Datuk Takashi lagi

"Sihir kedua..? Oh! Pedang berapi?"

"Ya sebab..Datuk ingin kamu untuk memberikan tenaga kepada Yuki..kamu tahu bukan,Yuki hidup dengan menyerap tenaga haba" kata Datuk Takashi

Gempa yang mendengarnya pun membuat wajah terkejut dan tak percaya

Nak kuasai sihir pertama Magic Sword pun dah susah ni kan sihir kedua dia! Tapi tak apa..demi Yuki,Gempa akan cuba untuk kuasai huhu

Itulah yang ada di fikiran Gempa sekarang,dia pun mengunyah habis makanan di mulutnya lalu bersuara

"Baiklah,Gempa akan cuba untuk kuasai sepenuhnya sihir kedua Magic Sword"

"Gempa dan Yuki pergi dulu. Kalau ada masa,kami akan pulang"

Mereka sudah berada di luar rumah,dalam perjalanan mahu masuk ke hutan dan menuju ke pinggir pembatasan Snowing Kingdom untuk ke Seveny Kingdom

Datuk Takashi hanya diam,berat hati sekali dirinya ingin melepaskan kedua-dua cucunya itu

Walaupun kedua-duanya tiada kaitan darah dengannya tetapi dia sudah menganggap Gempa dan Yuki sebagai cucu sebenarnya

Dia pun memegang bahu Gempa dan sebelah tangannya lagi mengusap rambut hitam Yuki

"Baiklah...jaga diri kamu berdua. Gempa..jaga diri kamu dan jaga Yuki..Datuk harap kamu akan baik..ba-" kata-kata Datuk Takashi terhenti apabila air mata jatuh membasahi pipinya

Gempa yang melihatnya pun terkejut dan tak lama lepas itu dia tersenyum sedih..serta merta dia terus memeluk Datuk Takashi

"Gempa janji akan jaga Yuki baik-baik..dan juga diri Gempa..Gempa akan hapuskan sumpahan yang ada pada Yuki dan Gempa pasti akan menjadi salah satu pahlawan tertinggi"

"Ya,Datuk pasti kamu boleh Gempa...semoga berjaya,Datuk akan sentiasa menyokong kamu" kata Datuk Takashi membalas pelukan Gempa

"Uuu..." Yuki yang juga berasa sedih pun ikut memeluk Datuk Takashi

"Jaga diri kamu berdua,Datuk pasti kamu berdua akan berjaya.."

——
——

[Pembatasan,hujung kerajaan Snowing Kingdom]

Siuh~~

Angin sejuk meniup lembut di situ sebaik sahaja Gempa dan Yuki berjalan keluar dari hutan Snowing Kingdom

Mereka pun lalu berjalan mendekati perisai 'pembatasan' itu

Gempa dan Yuki pun berdiri di hadapan tembok perisai itu

Dia menangkat tangannya ingin masuk ke dalam tetapi tiba-tiba dia teringat akan sesuatu

"Oh..apa kau boleh masuk ke dalam? Rasanya perisai ni terbuat untuk menghalang makhluk seperti iblis dan raksasa masuk" kata Gempa kepada Yuki

Yuki yang mendengar kata-kata Gempa pun diam sebentar dan kemudian dia mengangguk

Dia lalu mengangkat tangannya dan terus memasukkan tangannya ke dalam tembok perisai itu

"Oh!kau boleh masuk..baguslah" kata Gempa sedikit terkejut dan kagum

"Uuu!" Yuki mengeluarkan semula tangannya lalu menunjuk gelang tali 'pembatasan' di tangannya itu

"Oh..jadi..gelang tu yang buat kamu boleh tembusi perisai ni" kata Gempa mengangguk faham

Tak lama lepas itu,dia pun memegang tangan Yuki

"Baiklah kalau macan tu ayo kita masuk" kata Gempa lalu tersenyum

"Erm!" Balas Yuki sambil mengangguk

Dengan serentak mereka melangkah satu tapak ke hadapan dan terus masuk ke dalam perisai itu

Cahaya terang membuatkan Gempa mengecilkan sedikit matanya

Rasa panasnya matahari mula terasa oleh Gempa dan dia terus membesarkan matanya apabila merasa sudah terbiasa dengan cahaya yang terang itu

Gempa terkejut memandang kagum apabila dirinya sudah pun sampai di Seveny Kingdom,dia sedang berdiri di sebuah jambatan batu yang merupakan pintu masuk Seveny Kingdom

"Uuu!!" Yuki pun mengangkat tangannya teruja menandakan dia juga berasa gembira kerana telah sampai ke sini

Gempa pun turut tersenyum sambil memandang ke arah Yuki

"Yuki!"

Tiba-tiba seseorang memanggil Yuki membuatkan Gempa terus memandang ke hadapan

Kelihatan seorang pakcik dalam lingkungan 40-an sedang melambai ke arah mereka di jambatan itu

"Uuuuu!!" Yuki pun melepaskan pegangan tangan Gempa lalu berlari ke arah pakcik itu dan terus memeluknya erat

Gempa yang kebingungan pun menuju ke arah mereka

"Maaf tapi,Pak cik ni...? Erm siapa?" Tanya Gempa membuatkan pakcik itu terus memandang Gempa

"Oh kamu pasti Gempa bukan?"

"Ah Ya,saya"

"Nama pakcik Hoseki,ayah Yuki"

[TBC]

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro