§ Episod 18 §

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

[malam]

Kelihatan semua pelajar mula menuju ke bilik masing-masing untuk tidur memandangkan hari semakin malam

Satu persatu bilik di asrama mula terpadam lampunya membuatkan suasana Akademi itu semakin sunyi dan gelap,hanya lampu jalan sahaja yang menyinari tempat itu

Tetapi lampu di bilik latihan nampaknya terbuka menandakan masih ada penghuni di dalam bilik itu

Dan penghuni itu adalah Gempa dan Yuki

Mereka masih berlatih untuk Ujian kedua besok yang akan menentukan sama ada mereka layak ke Ujian akhir atau tidak

"Baiklah,itu sahaja untuk hari ni. Dah semakin malam ni,mari kita ke bilik masing-masing" kata Gempa lalu memasukkan kertas itu ke dalam beg yang selalu dia bawa

Kertas itu mereka mengunakan tadi untuk merancang strategi mereka

Mereka pun menuju ke pintu lalu membuka pintu itu dan terus keluar dari situ

Sebaik sahaja pintu di tutup,lampu bilik latihan itu terus terpadam

Mereka berjalan menuju ke bangunan asrama lelaki dan perempuan,mereka melimpasi taman yang tak jauh dari bangunan asrama itu

Tiba-tiba..

Siuhh~~

Angin malam meniup lembut ke arah mereka,terasa sejuk sahaja.

Serentak langkah Gempa dan Yuki terhenti,mereka terus menoleh ke arah taman

Bulan malam bersinar indah menjadi lampu yang menerangi taman itu,di tengah-tengah taman itu terdapat pondok tempat Gempa,Yuki,Zen dan Zui duduk pagi tadi

Tapi kali ini,mereka melihat bayangan dua orang sedang berada di pondok itu,seorang duduk dan seorang lagi sedang berdiri

Yang duduk itu seorang perempuan manakala yang berdiri seorang lelaki memakai hood ungu menutupi kepalanya

Perempuan itu sedang memandang ke arah bulan yang bersinar terang,dia berambut hitam dan memakai baju hitam dengan skaf merah

"Hermmm...." Kelihatan Yuki memandang tajam ke arah lelaki yang berdiri itu,begitu juga dengan Gempa

Mereka merasakan sesuatu,sesuatu yang membuatkan suasan di sekeliling mereka terasa sangat menyeramkan

Gelang di tangan Yuki bersinar membuatkan Yuki menggenggam tangannya tetapi Gempa cepat-cepat memegang tangan Yuki,menyuruhnya untuk bertenang

Tiba-tiba,perempuan itu menoleh ke arah Gempa dan Yuki,mata merahnya bersinar indah apabila terkena sinaran cahaya bulan malam

Perempuan itu diam sebentar tapi tak lama lepas itu dia tersenyum nipis,pandangannya kelihatan hangat memandang ke arah mereka

Deg

Gempa dan Yuki terus tersentak,suasana yang mereka rasakan menyeramkan itu terus beruba serta merta

Tak lama lepas itu,

Gempa pun terus menunduk hormat begitu juga dengan Yuki dan tundukkan mereka di balas oleh perempuan itu

Lelaki yang berdiri di sebelah perempuan itu memandang Gempa dan Yuki dingin,dia tidak membalasnya kerana dia tahu penghormatan itu bukan untuk dia

Gempa dan Yuki terus pergi dari situ,berjalan ke dalam bangunan asrama

Gempa menggenggam perlahan tangan Yuki,dia tahu siapa perempuan itu

Walaupun ini kali pertama dia bertemu perempuan itu

Dia adalah Ka-Azu Yanita,Guru perlatih yang akan dia lawan di Ujian kedua besok

Aura perlatih itu,terasa sangat tenang dan penuh dengan kehangatan

Yuki yang berada di sebelah Gempa pun merasakan sama seperti Gempa

Kerana itulah,mereka terus menunduk hormat ke arah perempuan itu

Tetapi....

Gempa dapat rasakan Aura lain selain Aura kehangatan dari perlatih itu

Aura itu ada pada diri pembantu dia

Sebab sewaktu Gempa berada di situ,mata Gempa dan Yuki bertembung dengan mata merah lelaki itu

Dan itu membuatkan suasana di sekeliling mereka menjadi suram sehingga Gempa susah untuk bernafas dengan betul

Gempa tak pasti siapa dia tapi..Dia tidak boleh kalah di tangan lelaki itu besok

————
————

Keesokannya,Gempa dan Yuki sudah berada di bilik pertempuran. Ujian kedua untuk mereka akan di mulai

Keenam-enamnya peserta yang berjaya ke Ujian kedua juga sudah memulaikan perlawanan mereka tetapi di bilik yang berlainan

Zen dan Zui juga berada di situ ingin menyaksikan perlawanan mereka. Tak jauh dari tempat mereka,kelihatan Hali dan Taufan yang juga berada di situ

Ka-Azu Yanita dan Shadow Faz juga sudah berada di situ,pertandingan pun di mulai

"Saya tak sangkah bahawa orang yang akan kami lawan adalah kamu,sedang kita baru sahaja bertembung semalam" kata Yanita dingin

Sikap dia beruba 360 tetapi itu tidak membuatkan Gempa dan Yuki terkejut kerana mereka memang sudah menjangkakannya

"Saya memang sudah mengetahuinya dan sebelum kita mulakan pertarungan..boleh saya tanyakan satu soalan?" Tanya Gempa

Yuki memandang tajam ke arah Shadow,dia menggenggam kuat tangannya..dia tak suka dengan aura yang ada pada lelaki itu

Gelangnya bersinar terang,menandakan lelaki di depannya adalah ancaman..tapi..Gempa menyuruhnya untuk bertenang jadi dia terpaksa diam

"Ya silakan" kata Yanita membenarkannya

Gempa memandang tajam ke arah Shadow dan Shadow membalas pandangan itu

"Magic Protection,Sihir pertama"

Serta merta mata Gempa bertukar keemasan,dia menyeruh sihirnya di dalam hati

"Perisai pelindung"

lalu terus menuju ke arah Shadow membuatkan Shadow terkejut

"Apa..sebenarnya kau ini?" Tanya Gempa yang sudah berada di depan mata Shadow

"Magic Butterfly,sihir pertama" Shadow cuba menyentuh Gempa tetapi tidak boleh kerana perisai yang melindungi Gempa

"Serangan Rerama" tangan Gempa mengeluarkan cahaya lalu dia terus menumbuk Shadow

Dush!

Yanita yang melihatnya terus terbang menuju ke arah Gempa

"Tumbukan padu!" Katanya lalu menghalakan tangannya menuju ke arah Gempa

"Yuki!" Panggil Gempa lalu mengelak daripada serangan itu

Pergerakan Yanita di tahan oleh Yuki yang memegang tangannya dan itu membuatkan Yanita terus mengundur ke belakang

Shadow yang berlindung disebalik dinding Bayangnya terus keluar dari situ

"Jadi..itu pertanyaan kau?" Tanya Shadow memandang Gempa dingin

Shadow membuka sarung tangannya,kukunya yang tajam berwarna biru dihalakan ke arah Gempa

"Jadi..cubalah teka" kata Shadow dan terus menuju ke arah Gempa

"Baiklah" balas Gempa dingin

"Aktifkan perterusan Magic Protection,Sihir pertama" mata Gempa bertukar keemasan

"Perisai pelindung" dan dia terus menuju ke arah Shadow

"Serangan Rerama" dan terus menghalakan tangannya ke arah Shadow

[TBC]

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro