§ Episod 19 §

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Kelihatan seorang wanita berumur 20 tahun berjalan di lorong bangunan akademi itu,di belakangnya terdapat seorang lelaki berumur 13 tahun memakai hood ungu menutupi kepala

Wanita itu adalah Ka-Azu Yanita,salah satu Guru Pelatih termuda di 'Academy Seveny' dan lelaki di belakangnya adalah pembantunya iaitu Shadow Faz

Mereka sedang menuju ke bilik pertempuran memandangkan mereka merupakan salah satu yang akan berlawan dengan pelajar di Ujian ke-2

Sesampainya mereka di bilik pertempuran,Yanita pun membuka pintu bilik itu lalu terus masuk ke dalam diikuti pembantunya Shadow

Mata Yanita memandang ke arah Gempa dan Yuki yang sudah berada di dalam medan pertempuran

Dan dia terus teringat akan kejadian kelmarin

[Flashback]

Tap! Tap! Tap!

Klak!

Pintu bilik itu terbuka kasar oleh seseorang dari luar ,Ka-Azu Yanita masuk ke dalam bilik itu diikuti Shadow Faz

Kelihatan tigs orang sedang duduk di kerusi dalam bilik itu,di tengah-tengah bilik itu terdapat meja

"Yaya,kau sudah sampai?"

Yanita memandang ke arah seorang lelaki bermata hijau yang melambai ke arahnya sambil tersenyum ceria

"Apa maksud semua ini Thorn? Kenapa kau menyuruh Shadow untuk mengikuti ujian itu?" Tanya Yanita geram

"Bertenang dan duduk dulu Yanita" kata Ritsuna yang juga berada di situ

Yanita pun duduk di salah satu kerusi di situ begitu juga dengan Shadow

"Tolong jelaskannya,aku tidak kesah jika aku di suruh mengikutinya tetapi! Aku terkejut ketika kamu menyuruh Shadow untuk mengikutinya sekali!" Kata Yanita tegas

Shadow hanya diam,dia tidak rasa itu adalah waktu yang sesuai untuk dia berbicara jadi dia hanya membiarkan Yanita berbicara

"Kami tahu Yanita tetapi kami mempunyai sebab" kata seorang wanita yang duduk di sebelah Thorn,berambut hijau dengan sebuah mahkota terhias di kepalanya

Wanita itu bernama Rinkito Sakura,kakak kepada Thorn dan mahkota di kepala wanita itu menandakan bahawa dia adalah keturunan keluarga diraja

Ya,Kawan baik Yuki iaitu Thorn adalah seorang keturunan diraja

Yuki dan abangnya memang sudah mengetahui memandangkan mereka dahulu berkawan baik

Tujuan Thorn masuk ke Akademi ini bukan sahaja untuk mencari siapa punca Yuki menjadi monster tetapi juga ingin menjadi pelindung kepada kerajaan dia iaitu Frost Kingdom

Itulah juga tujuan Sakura,kakak Thorn. Dia merupakan seorang Guru pelatih di akademi itu dan salah satu pahlawan yang melindungi kerajaannya

"Jadi beritahu lah,apa sebabnya?" Kata Yanita

"Semuanya bermula apabila aku memberitahu kakak ku tentang seorang pelajar kita yang hanya mengunakan sihir sebagai senjatanya"

"Kakak ku tidak terlalu tertarik tetapi setelah aku memberitahu pelajar itu menggunakan sihir kesucian,dia tiba-tiba ingin aku memasukkan sekali Shadow ke dalam Ujian itu"

"Aku menanyakan kenapa? Dan dia mengatakan dia ingin melihat Shadow menggunakan sihir kegelapannya untuk berlawan dengan pelajar itu"

"Memandangkan pelajar itu menguasai sihir kesucian,kakak ku ingin melihat apa yang akan terjadi jika sihir kegelapan dan sihir kesucian bertembung" kata Ritsuna lagi

"Kerana dia juga ingin melihatnya seperti mana kau pernah melihat pertarungan itu" kata Ritsuna lalu memandang ke arah Yanita

Yanita diam mendengar apa yang Ritsuna katakan

"Sejujurnya Yanita,apabila aku mendengar kata-kata kakakku..aku juga terfikir ingin melihatnya" kata Ritsuna tersenyum

"Bukan hanya aku tetapi..semua yang ada di akademi ini juga ingin melihatnya" kata Ritsuna lagi

Yanita terus memandang ke arah Ritsuna,dia terkejut mendengarnya..dia pun memandang ke arah Shadow

"Ratu! Jangan lakukannya! Kalau tidak...Ratu akan menjadi buta selama-lamanya...!"

"Ritsuna,kau tahu bukan apa yang terjadi kepada Ratu setelah pertempuran itu?" Kata Yanita tegas

"Kami tahu Yanita teta-"

Bam!

Yanita berdiri lalu menghempaskan tangannya di meja,dia ingat semuanya pada hari itu kerana dia ada di situ

Dia hanya lah seorang pembantu biasa di kerajaan Seveny dahulu dan itu membuatkan dia termasuk ke dalam pertempuran itu

"Shadow mungkin tidak tercedera tetapi! Pelajar itu pasti akan tercedera teruk! Sihir kegelapan terlalu kuat..kerana itulah...Ratu kehilangan penglihatannya..." kata Yanita sedih

"Pelajar itu hanya mengunakan sihir sisa dari kuasa Ratu dan nyawanya mungkin akan terancam" kata Yanita lagi

"Yanita bertenang" kata Sakura perlahan

"Bagaimana aku ingin bertenang? Apa kamu tidak fikirkan akan nyawa pelajar itu? Racun dalam badan Shadow saja mungkin akan membunuhnya sebelum Shadow sempat menggunakan sihir kegelapan!" Kata Yanita tegas

Keadaan di bilik itu terus menjadi tegang,nafas Yanita kelihatan naik turun..dia berasa marah,dia tidak ingin kejadian dulu berulang lagi

Tiba-tiba satu tangan memegang tangan Yanita membuatkan dia terus menoleh ke tepi

"Kak Yaya,bertenang lah..dengar dulu penjelasan mereka..ya?" Kata Shadow perlahan

Yanita diam melihat tangannya yang di pegang dan tak lama lepas itu dia mengeluh perlahan lalu kembali duduk

"Baiklah,aku sudah bertenang" kata Yanita membuatkan mereka tersenyum lega

"Begini Yaya,sebenarnya sebelum Ketua kita memberi arahan itu,dia sempat bertanya kepada Ratu dan Ratu membenarkannya" kata Thorn

"Lagipun,tidak mungkin ketua suka-suka memberikan arahan tanpa meminta kebenaran dulu kan?"

"Setakat ini,kami mengetahui pelajar itu mempelajari tiga sihir iaitu Magic Protection,Magic Butterfly dan Magic Diamond"

"Dia mungkin akan mengunakan perisai pelindung jadi kau tidak perlu terlalu risau jika dia terkena racun Shadow"

"Tapi kau juga harus berjaga-jaga,aku bukan mahu mengatakan apa tetapi mungkin Shadow akan tiba-tiba hilang kawalan seperti dulu" kata Thorn memandang ke arah Shadow

Shadow hanya diam lalu menunduk

"Saya akan berhati-hati" kata Shadow perlahan

"Baiklah" kata Thorn tersenyum

"Sekarang,kami hanya tinggal meminta kebenaran kepada penjaga Shadow iaitu kamu,Yanita" kata Sakura

Yanita diam sebentar dan tak lama lepas itu dia pun mengeluh perlahan

"Baiklah,aku benarkan..dan maafkan ke tidak sopankan aku tadi" kata Yanita mengalah pada akhirnya

"Tapi..boleh aku tahu nama pelajar itu dan bagaimana rupanya?"

"Warna rambut dia adalah brown,memakai baju coklat berjalur keemasan dengan beg kecil di belakangnya"

"Jika kau perasan,akan ada seorang gadis yang selalu berada di sisinya,berambut hitam panjang dan bermata biru..nama gadis itu adalah Yuki Aoi"

"Jadi..siapa nama pelajar tu?"

"Nama dia adalah...Gempa"

[End Flashback]

Yanita tersenyum nipis,dia sudah berjumpa dengan lelaki dan gadis itu semalam di taman

Dan jujur Yanita katakan,mereka memang baik

Tapi...

Yanita juga sedar yang mereka tidak suka dengan kehadiran Shadow dan itu membuatkan Yanita sedikit risau

Dapatkah mereka menamatkan perlawanan itu dengan baik?

[TBC]

Yanita ~> Yaya

HAHAHA,itu nama panggilan dia dan author hanya ambil NAMA Yaya dari Boboiboy galaxy sahaja bukan character dia jadi jgn tanya kenapa dia tk pakai tudung huhu :v

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro