§ Episod 20 §

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Ritsuna berjalan masuk ke dalam sebuah bilik,dia pun menuju ke tingkap lalu melihat ke bawa

Tepatnya ke arah perlawanan di bawanya itu

Kelihatan perlawanan antara Gempa dan Yuki sudah berlangsung dari tadi lagi memandangkan Ritsuna melihat luka yang begitu banyak pada diri Gempa

———————
———————

"Sihir ketiga,Tusukan"

Kelihatan tusukan berbentuk bayangan keluar dari belakang Shadow menuju laju ke arah Gempa

Gempa mengundur kebelakang apabila tusukan itu semakin dekat menuju ke arahnya

Krak!

Dinding perisai Gempa retak membuatkan Gempa terkejut

"Pembatasan!" Kata Gempa lalu keluar sebuah perisai yang besar membuatkan tusukan itu terus hilang

"Hahh..Hahh.." Gempa menunduk lalu mengelap darah yang mengalir di pipinya

"Heal.." katanya perlahan lalu darah di pipinya terus berhenti mengalir

Dia memandang dingin ke arah Shadow lalu membetulkan sarung tangannya

"Aku agak terkejut kau berjaya mematahkan sihir perisai aku" kata Gempa tersenyum

"Sihir kepunyaan ku terlalu kuat untuk kau kalahkan" kata Shadow lalu menuju ke arah Gempa untuk menyentuhnya

"Sihir keempat,Tumbukan"

Dush!

Shadow menghalakan buku limanya ke arah dinding pembatasan di hadapan Gempa

"Erk!" Gempa meringis perlahan apabila dinding pembatasannya mengeluarkan suara yang sangat kuat

Dinding itu hilang lalu Gempa terus mengangkat tangannya ingin memberikan tumbukan kepada Shadow pula

"Aku tak faham apa yang kau maksudkan tapi aku tak akan kalah di tangan kau!" Kata Gempa

Dush!!

Dia menumbuk tepat di perut Shadow membuatkan Shadow terus jatuh kebelakang

Keadaan di situ terus menjadi bising,masing-masing berasa kagum dengan apa yang mereka saksikan

"Yey! Gempa!" Teriak Zui dan Zen hanya diam

Shadow meringis penahan sakit di bahagian perutnya,dia memandang marah pada Gempa

Yanita yang melihatnya terus memandang ke terkejut ke arah Gempa

Ini kali pertama dia melihat ada orang yang berjaya melukai Shadow

Perasaan risau terus meliputi dirinya tetapi semuanya terus hilang apabila Yuki kembali menyerangnya

Shadow menggenggam kuat tangannya lalu bangun dan memandang dingin ke arah Gempa

"Sihir kedua,jejari bayang" Shadow mengangkat kedua-dua tangannya

Bayangan berbentuk tangan keluar dari kaki Shadow lalu menuju ke arah Gempa dan terus memegang kaki dan tangan Gempa

Gempa terkejut lalu cuba melepaskan dirinya

Shadow berjalan mendekati dia

"Lepaskan aku!" Kata Gempa memandang tajam Shadow

Mata emasnya memandang tajam ke mata merah menyala Shadow

Gempa tidak boleh menyeruh apa-apa sihir yang boleh melepaskan dia,melainkan...Magic Sword

Tapi..sihir itu terlalu kuat untuk dia guna

"Bukan kah aku sudah cakap"

Gempa menoleh ke arah Shadow

"Kau tidak akan boleh kalahkan aku" kata Shadow tersenyum sinis

"Kesemua sihir kau tidak berguna untuk kau lepaskan diri dari jejari bayang aku"

"Lagipun..bukan kah kau sudah kehabisan tenaga..?"

"Jadi katakan sahaja lah yang kau menyerah" kata Shadow

Mata Gempa yang keemasan terus hilang menandakan dia telah mematikan Sihir Perterusannya

Gempa menunduk kan kepalanya,tidak memandang ke arah Shadow membuatkan Shadow menjadi hairan

Keadaan di situ terus dipenuhi dengan suara bisikan

"Dia menyerah ke?"

"Sayangnya"

Begitulah suara-suara dari bisikan itu

Yuki memandang ke arah Gempa,rasa sedih mula meliputi dirinya

Tetapi..

"Aku.." tiba-tiba Gempa bersuara membuatkan keadaan menjadi senyap

"Tak akan kalah! Walau bagaimana sekali pun!" Kata Gempa mengangkat kepalanya memandang ke arah Shadow

"Aktifkan Sihir Gabungan,Magic Protection dan Magic Diamond" Matanya bertukar keemasan dengan warna biru di dalam

"Pisau Kristal!" Kelihatan pisau kristal biru keluar dari tangan Gempa lalu dia terus memotong jejari bayang itu

Gempa jatuh ke bawa tetapi dengan cepat dia membetulkan kedudukannya dengan tangan sebelah memegang lantai

Gempa melihat pisau kristal di tangannya,dia tersenyum apabila akhirnya berjaya menyeruh sihir keenam Diamond

Salah satu sihir Diamond yang dia sebenarnya tidak boleh kuasai

Shadow memandang geram pada Gempa yang berjalan ke arahnya

"Sihir ketiga,Tusukan" kata Shadow lalu bayangan berbentuk tusukan tajam menuju ke arah Gempa

"Cengkaman" kata Gempa lalu keluar batu kristal besar di kiri dan kanan Gempa membuatkan bayangan Shadow dicengkam oleh batu itu

Shadow terkejut dan memandang marah pada Gempa,dia rasa sangat marah sekarang

Gempa pun menuju ke arah Shadow lalu menghalakan sebuah tumbukan

"Sihir keenam,perisai bayang" bayangan keluar dari belakang Shadow lalu menutupi Shadow

Gempa yang melihatnya terus mengetap kuat giginya

Dia tidak boleh kalah dan dia harus tamatkannya sekarang

Kerana dia telah mengunakan tenaga yang sudah banyak

"Pisau kristal berganda!" Kata Gempa lalu keluar ratusan pisau kristal biru di kiri dan kanan Gempa

DUSH!

Perisai Bayang itu hancur lalu kelihatan Gempa di hadapan mata Shadow membuatkan Shadow terkejut

Buk!

Gempa memberikan beberapa tumbukan ke atas Shadow lalu tumbukan terakhir itu berjaya membuatkan Shadow terundur kebelakang

"Letupan" lalu dia membuang sesuatu ke arah Shadow

Bom!

Shadow mengundur kebelakang tetapi cebisan letupan itu berjaya mengenai wajah Shadow

Shadow memegang pipi nya yang berdarah dan tak lama lepas itu..

Tik

Darah keluar dari mulut dia

"Shadow!" Yanita yang melihatnya terus berlari ke arah Shadow tetapi di halang oleh Yuki

Shadow diam memandang darah yang keluar dari mulutnya

Dia tak percaya dengan apa yang dia lihat dan ini membuatka dia sangat marah

"Erghh!!!!" Shadow mengetap kuat giginya sambil menggengam tangannya

Dan tak lama lepas itu,aura kegelapan mula keluar dari tubuhnya

"Berani...kau sakiti aku.." kata Shadow dengan suara yang menyeramkan

Gempa mengundur,suasana di sekelilingnya terus beruba membuatkan Gempa susah untuk bernafas

Tapi dengan tenang dia menarik nafas perlahan lalu menghembusnya

Shadow membuka hoodnya lalu membuka lagi sebelah sarung tangannya

"Mari aku tunjukan kau,apa itu kematian" kata Shadow lalu terus menuju laju ke arah Gempa

Gempa mengundur selangkah dan terus mengangkat tangannya

"Dinding pembatasan!"

DUSH!!

Asap keluar membuatkan penglihatan mereka terus menjadi kabur

"Apa dah jadi?"

"Dah tamat ke?"

Bisikan kedengaran

Yuki dan Yanita terus menoleh apabila melihat asap tebal bertiup melimpasi mereka

Keadaan pun menjadi senyap apabila asap itu semakin menghilang

Kelihatan Shadow berdiri memandang datar kepada Gempa yang sedang memegang perutnya menahan sakit

Darah membuak-buak keluar dari perut Gempa,dinding pembatasan di hadapan Gempa sudah sedikit retak

"Heal.." kata Gempa perlahan lalu darah di perutnya berhenti mengalir tetapi rasa sakit masih belum hilang

Gempa terduduk,dinding pembatasan hilang begitu juga dengan matanya yang kembali ke asal

Gempa memandang ke arah Shadow,dia terus terkejut apabila melihat mata Shadow yang bertukar ke warna hitam

"Apa..apa yang kau dah buat...?" kata Gempa

Dia melihat ke arah perutnya yang bertukar ke warna hitam

Dia tahu..Shadow telah meracuni dia

"Menyerah lah" kata Shadow perlahan

Gempa bangun sambil memegang perutnya dan memandang dingin ke arah Shadow

"Bukan kah aku sudah cakap.." Shadow memandang hairan Gempa

"Aku tak akan menyerah! Walau bagaimana sekali pun!" Jerit Gempa kuat

Keadaan pun senyap sebelum kedengaran ketawa perlahan dari Shadow

"Baiklah.."

Shadow terus memegang leher Gempa lalu mengangkatnya

Urat-urat Gempa kelihatan sehingga ke wajahnya menandakan racun itu mula masuk ke dalam tubuh Gempa

"Jadi..mati.."

Lalu dia melepaskan Gempa dan tubuh Gempa terus jatuh

"Argh..ARGHH!!!" Yuki yang melihatnya menjerit kuat

"Manusia yang lemah,terlalu banyak mengunakan tenaga hanya membuatkan kau kalah"

Gempa mendongakkan kepalanya memandang ke arah Shadow,dia terlalu lemah untuk bangun

Tenaga dia dah sampai ke limitnya

"Sekarang..giliran kau" kata Shadow memandang ke arah Yuki

"Err.." Yuki menggenggam tangannya

Dia berjalan dengan perlahan menuju ke arah Shadow

Yanita yang melihatnya terus terbang menuju ke arah Yuki,ingin menghentikan dia

"Tumbukan padu!"

Dush!

"Ark!" Yanita meringis kesakitan melihat Yuki yang memegang tangannya

"Lepaskan!" Yanita melepaskan tangannya

Lengannya menjadi biru membuatkan Yanita terkejut

"Erghh!! Kau memang nak kena!" Kata Yanita lalu menghalakan tumbukan ke arah Yuki

Tetapi..

Tak!

"Arkk!"

Yuki tiba-tiba memukul tengkuk Yanita membuatkan Yanita terus pengsan lalu jatuh ke lantai

Dia pun melompat lalu terus memberikan tendangan ke arah Shadow tetapi dengan pantas Shadow mengelak

Krak!

Lantai medan pertarungan retak membuatkan Gempa dan Shadow terkejut

"Y-Yuki..tidak..." kata Gempa dengan suara kecil

Gempa terlalu lemah sampaikan tidak boleh mengeluarkan suaranya dan dia pasti Yuki tidak akan dapat mendengar suaranya

"Errr...!!" Mata Yuki yang biru pudar bertukar ke warna biru gelap

Mungkin betul yang manusia mempunyai limitnya dan mereka akan menjadi lemah bila sudah mencapai limit mereka

Tetapi...

Bagaimana pula dengan Yuki?

Yuki bukan manusia

Dan bila dia marah,kemarahan dia itu pasti akan sama seperti Shadow

Atau mungkin..lebih dari itu

[TBC]

Bonus episode utk Our memories dah di update

Fikir nak post 2020 nanti tapi author nk umumkan sesuatu tentang cerita tu jadi harap korang baca

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro