§ Episod 21 §

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Krakk!!

Shadow memandang ke arah lantai yang retak itu lalu beralih memandangnya Yuki

Yuki mengetap giginya dalam diam [dia tutup mulut] sambil menggenggam kuat tangannya

Dia pun menuju laju ke arah Shadow lalu memberikan sebuah tendangan lagi

"Tendangan kau tidak akan dapat mengalahkan aku" kata Shadow dingin

Dia mengangkat tangannya

"Jejari bayang" lalu keluar bayang berbentuk tangan menuju ke arah Yuki

Pergerakan Yuki terhenti,bayang itu memegang kaki dan tangan Yuki

"Ergg!!!!" Yuki cuba menarik tangan dan kakinya tetapi tidak berhasil

Shadow berjalan ke arah Yuki lalu memandang sinis dia

"Kau sama seperti lelaki itu" Yuki memandang ke arah Shadow

"Dua-dua lemah" kata Shadow membuatkan Yuki terdiam dan terkejut

"Erghh!!!! ARGHHH!!!" Jeritan Yuki bergema di dalam medan pertarungan membuatkan Shadow terkejut

Tak!!

Yuki menarik kuat tangannya membuatkan jejari bayang Shadow terputus lalu menghilang

Yuki terus menuju laju ke arah Shadow lagi lalu memberikan sebuah tumbukan

Dush!

Tumbukan kuat menuju ke arah perut Shadow membuatkan Shadow terundur kebelakang lalu menghentam dinding

"Erk!" Shadow meringis kesakitan lalu terjatuh,darah keluar dari mulutnya

"Berani kau!" Kata Shadow geram lalu berdiri

"Tusukan!" Lalu kelihatan bayangan berbentuk tusukan menuju ke arah Yuki

Yuki mengangkat tangannya lalu memegang bayangan itu dan serta merta ia terserap masuk ke dalam tangan Yuki

"Apa.. kau serap sihir aku!" Kata Shadow terkejut

Dia tak sangkah ada orang yang mampu menyerap tenaga kegelapan sedangkan tenaga itu terlalu kuat

Yuki memandang dingin Shadow lalu menghalakan tangannya ke arah Shadow dan keluar bayangan tusukan itu menuju ke arah Shadow

"Pelindung!" Kata Shadow cepat lalu bayang melompati dirinya dan terbentuk sebuah perisai bayang

Tusukan itu menghilang apabila mengenai perisai bayang Shadow

Shadow pun menurunkan tangannya dan serta merta perisai itu hilang

Deg

Mata hitam Shadow memandang ke arah Yuki yang sudah berada di hadapannya

Shadow pun mengundur kebelakang ingin menjauh tetapi..

Yuki lebih cepat bertindak dengan memegang kedua-dua bahu Shadow lalu menghentakkan badan Shadow ke dinding

BAM!

"ARK!" Darah keluar lagi dari mulut Shadow

Dinding di belakang Shadow rentak

"Erghh!!!!" Yuki memandang marah ke arah Shadow

Shadow cuba melepaskan diri tetapi tidak boleh disebabkan cengkaman Yuki di bahunya yang terlalu kuat

Deg

Shadow memandang terkejut pada mata Yuki yang sudah beruba

Mata berbentuk seperti kucing itu dan berwarna biru gelap

"Ka-kau..demon..?" Kata Shadow dengan suara perlahan,yakin hanya didengari oleh Yuki sahaja

Yuki tidak menjawab,dia sangat marah sekarang sehingga dia hampir mengeluarkan separuh dari tenaganya

Dia tahu yang dia tidak sepatutnya mencederakan Shadow dengan teruk tetapi! Mendengar apa yang Shadow katakan dan melihat apa yang Shadow buat

"Ini sudah melampau!" Bisik hati Yuki

Dia terus memegang leher Shadow membuatkan Shadow terkejut

Dan tak lama lepas itu..

"Ark!!ARGHHH!!!" Shadow menjerit

Aura hitam Shadow bergerak ke tangan Yuki menandakan Yuki sedang menyerap racun di dalam badan Shadow

Gempa yang melihatnya terus cuba untuk berdiri

"Tidak!!" Semua orang memandang ke arah Gempa

"Jangan Yuki..JANGAN SERAP KUASA DIA!!" Jerit Gempa kuat sehingga kedengaran di medan pertarungan itu

Keadaan di sekeliling terus menjadi bising dan kelihatan semua orang terkejut dan cemas apabila mendengar apa yang Gempa katakan

Yuki diam,dia terlalu marah sehingga tidak mendengar suara Gempa memanggilnya

Perlahan-lahan,mata dia mula beruba ke warna hitam dengan kuku tajam berwarna biru gelap

"Aku akan tunjukan kau kematian yang sebenar-benarnya!" Bisik hati Yuki

————
————

Ritsuna berdiri apabila melihat pertarungan di hadapannya yang sudah beruba

Wajahnya menjadi risau

Dia pun berjalan ke pintu tetapi langkahnya terhenti apabila mendengar satu suara

"Tunggu suna,kamu mahu ke mana?"

Ritsuna memandang ke arah seorang perempuan berambut pink,dia memandang ke arah Ritsuna sambil tersenyum

"Suna harus ke sana,ini sudah menjadi sesuatu yang berbahaya!"

"Tidak perlu"

"Apa..?"

Perempuan itu adalah kakak Ritsuna,Ritsana tersenyum memandang ke arah medan pertarungan di bawa

Dia melihat ke arah Yuki dan Shadow lalu memandang ke arah Gempa yang sedang cuba untuk bangun

"Tak perlu risau sebab semuanya akan baik sahaja nanti"

"Tapi Kak-"

"Percayakan kakak Suna,jangan risau" kata Ritsana sambil tersenyum

Ritsuna diam lalu tak lama lepas itu dia mengeluh dan mengangguk

Dia pun memandang ke bawa,melihat ke arah Yanita yang masih tidak sedarkan diri

'Yanita,cepatlah sedarkan diri kau..'

————
———
——

[Yanita pov]

Aku terkejut apabila melihat darah yang keluar dari mulut Shadow

Bukan kerana ini kali pertama aku melihat dia terluka

Tapi..

Setelah bertahun lamanya

Untuk kali keduanya

Ada orang yang berjaya melukai Shadow seteruk itu

Selain daripada abangnya..

Aku melihat ke arah Gempa

Dan hati aku berbisik:

'Apa itu dia..?'

Dan dia yang aku maksudkan adalah..


'Putera Kaicho,anak tunggal kerajaan Seveny'

Aku terkaku..dan ingatan ku pada anak Ratu Crisalyna sewaktu dia masih kecil terus aku ingat dengan jelas

Walaupun umur ku waktu itu baru 3 tahun

Tapi aku masih boleh ingat pada wajah kecil anak Ratu

Ibuku adalah penjaganya

Dan ibuku terkorban sewaktu ingin menyelamatkan Tuan Putera..

Aku tak salahkan sesiapa..kerana aku tahu..itu memang tugas ibu..

Aku memandang ke arah Gempa dan hati aku keras mengatakan:

'Itu dia! Tuan Putera! The Missing Prince of Seveny Kingdom'

Kekuatan dan semangat dari budak itu sangat kuat..

Seperti Ratu...

"Bukan kah aku sudah cakap.."

"Bukankah beta sudah katakan"

"Aku tidak akan mengalah! Walau bagaikan sekali pun!"

"Beta tidak akan mengalah..walau bagaimana sekali pun!"

Kata-kata daripada budak itu sewaktu dia sudah hampir kalah membuatkan aku teringat akan kata-kata Ratu dulu

Aku yang berumur 3 tahun berlindung di belakang Sang Ratu waktu itu..

Aku ingat dengan jelas semuanya

Sebab aku ada pada kejadian itu..

Peperangan yang berlaku ke atas kerajaan Saveny Kingdom

Ratu telah kehilangan penglihatannya tetapi dia tetap kuat mempertahankan kerajaannya

Bahkan dia sanggup menarik aku bersembunyi di belakangnya..

Bila aku melihat Gempa,aku menjadi sangat pasti

Itu adalah dia..

Tapi aku menjadi risau dan takut..

Kerana Shadow telah hilang kawalan

Dan aku takut nyawa budak itu akan terancam

Ditambah lagi aku sekarang berada di dalam keadaan tidak sedar

Akibat pukulan daripada budak perempuan bernama Yuki itu

Aku tidak boleh bangun..

"Yaya!"

Siapa..siapa yang memanggil ku..?

"Bangun Yaya! Cepat bangun!"

Ka-Kaizo..? Kau ke..?

"Ya,bangun lah dan halang mereka"

Aku..tidak boleh..

"Yaya! Aku tahu kau boleh..bangun lah dan cuba tenangkan keadaan"

Tap-

"Aku tahu kau boleh..aku percayakan kau Yaya.."

......

Baiklah..

Aku cuba mengerakkan mata ku

Ayuh! Bangun Yaya! Kau tidak selemah ini!

Kau harus bangun

Dan cuba untuk tenangkan Shadow!

————
———
——

[End Yanita Pov]

"Ark!" Yanita membuka matanya lalu memegang tekuknya yang sakit

Kelihatan luka di pipi dan di bibirnya tetapi dia biarkan kerana ada sesuatu yang lebih penting harus dia lakukan

Dia cuba untuk bangun tapi tak lama lepas itu dia kembali jatuh

"Hahh..Hahh..Arkk!.."

Badannya rasa sakit sangat sekarang dan itu membuatkan dia susah untuk bangun dengan betul

Dia pun memandang sekeliling mencari seseorang lalu tak jauh dari tempat dia berada dia melihat Gempa yang terbaring

Dan kemudian

"Ark!!ARGHHH!!!"

Bunyi jeritan dari tepinya membuatkan dia menoleh dan dia terus membesarkan matanya

Kelihatan Yuki sedang memegang leher Shadow dan mengejutkan aura gelap dari badan Shadow berpindah menuju ke arah Yuki

Yanita memandang ke arah berubahan di dalam diri Yuki

"Tidak!!" Yanita memandang ke arah Gempa

"Jangan Yuki..JANGAN SERAP KUASA DIA!!"

Yanita terkejut lalu memandang ke arah Yuki tak percaya

"Apa..apa yang sebenarnya sudah terjadi..?"

[TBC]

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro