§ Episod 23 §

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"Cik adik"

Yuki menoleh dan memandang pelik pada Blaze yang berada di belakangnya,berdiri tak jauh dari tempat dia berada

Kelihatan juga Hali dan Taufan yang berdiri di sebelah Blaze

Mata Yuki sekarang berwarna hitam pekat jadi sesiapa sahaja tidak akan dapat melihat mata aslinya iaitu mata raksasa

"Tolong hentikan semua ini,perlawanan kamu telah tamat" kata Hali berjalan mendekati Yuki

Yuki melepaskan Shadow,dia hanya menyerap separuh dari racun dalam tubuh Shadow

Kukunya yang bertukar kehitaman itu dia genggam kuat

"Tolong berhenti sekarang" kata Taufan pula mengangkat tangannya,ingin Yuki menyambut tangan dia

"Erghh!!" Yuki cuba menepis tangan Taufan tetapi dengan cepat Taufan menarik kembali tangan dia

Kalau Taufan tidak menarik tangannya,racun di tangan Yuki mungkin sudah mengenai tangannya

"Dengar sini,kami tidak ingin cederakan kamu kerana 'dia' ada di sini" kata Blaze mengeluh perlahan

"Jadi sekarang kamu pilih,nak berhenti dengan cara yang baik atau cara kasar" kata Blaze lagi

Deg

Yuki tiba-tiba menghalakan tendangan ke arah mereka bertiga membuatkan mereka mengundur kebelakang

"Hampir saja.." kata Blaze terkejut

"Jadi kau nak cara kasar" kata Hali memegang pedang di tepi pinggangnya

"Cik adik betul-betul nak hentikan ini dengan cara kasar? Fikirkan betul-betul" kata Blaze masih tidak menyerah

"Erghh!!"

Yuki yang berada geram kerana asyik di tanya terus cuba menghalakan tangannya ke arah Blaze,ingin meracuni dia

Tetapi dengan cepat Taufan menahan tangan Yuki mengunakan kuasa anginnya

"Ini bukan diri dia Blaze! Aku tidak dapat melihat aura manusia dalam diri dia" kata Taufan membuatkan Blaze terkejut

"Tolong sedarkan diri kau! Jangan macam begini" kata Taufan ke arah Yuki

"Ergh! Arghh!!" Yuki cuba menarik tangannya tetapi dengan cepat Taufan memegang kedua-dua tangan Yuki

"Tolong! Sedarkan diri kau!" Kata Taufan lagi

Gempa yang berada di situ memandang pelik ke arah mereka bertiga

"Apa mereka buat..?" Tanya Gempa membuatkan pergerakan Yanita terhenti

"Perlawanan ini sepatutnya sudah tamat dan mereka sekarang cuba untuk hentikan Yuki"

"Gempa,kalau kita tidak hentikan Yuki sekarang..medan perlawanan ini mungkin akan hancur"

"Racun kegelapan itu bukan hanya mampu menghancurkan tubuh seseorang"

"Tapi juga mampu mengeluarkan satu kuasa kuat yang boleh meletupkan sebuah bangunan besar" kata Yanita lagi membuatkan Gempa terkejut

"Tak! Kita kena cepat Kak Ergh!!" Gempa memegang perutnya kesakitan

"Baiklah,hanya tinggal sedikit sahaja lagi" kata Yanita masih sibuk melakukan sesuatu

Gempa pun memandang ke arah Yuki,raut risau kelihatan di wajahnya

Dia tahu yang itu bukan Yuki dan dia juga tahu yang Yuki tidak mampu mengawal kemarahannya

"Yuki..tolong jangan lakukannya"

——

Yuki memandang tajam Taufan sambil cuba lagi melepaskan tangannya

"Tolong jangan macam ni! Aku tahu kau masih boleh dengar aku! Tolong sedar!" Kata Taufan kuat

"Arghhh!!!!" Yuki menjerit kuat,urat-urat kelihatan di kiri dan kanan matanya

Taufan memandang terkejut ke arah mata Yuki yang semakin pekat itu

Yuki masih cuba lagi menarik tangan dia dari cengkaman kuasa angin Taufan

"Ku-kuatnya dia" bisik hati Taufan masih sedaya upaya menahan Yuki

"Gerggg!! Arghhh!!!"

Deg

Yuki berjaya melepaskan tangannya lalu dengan cepat dia memberikan sebuah tendangan ke arah Taufan

Duk!

Taufan lambat mengelak sehingga tendangan itu mengenai lututnya dan dia terjatuh

"Taufan!"

Taufan meringis perlahan menahan sakit di lututnya

Yuki berjalan mendekati dia lalu mengangkat kakinya cuba memijak Taufan tetapi dengan cepat Blaze menghalangnya

"Bebola api!"

Yuki mengundur kebelakang dan itu membuatkan Hali terus menolong Taufan berdiri

"Memandangkan aku tidak ingin cederakan kau dengan kuasa jadi aku akan berlawan dengan tangan kosong" kata Hali

Dia pun menurunkan tangannya dari memegang pedang di pinggangnya itu

"Aktifkan perisai perlindung" kata Hali memegang rantai di lehernya

Perisai lutsinar kelihatan lalu tak lama lepas itu terus menghilang

Yuki yang melihatnya terkejut tapi tak lama lepas itu dia memandang tajam Hali lalu terus menuju ke arah Hali

Yuki menghalakan tangannya ke arah Hali tapi dengan cepat Hali mengelak

Setiap serangan yang diberikan oleh Yuki dengan mudah Hali elak

Hali menghalakan pukulan perlahan di leher Yuki,ingin dia pengsan tetapi dengan cepat dia mengelak

"Agak susah untuk aku,seseorang harus mengikatnya" Hali mengerakkan anak matanya ke arah luar medan perlawanan

Dia memandang ke arah dua orang yang dia kenal sedang berdiri situ

"Keluar lah!" Panggil Hali geram

"Aku beri kamu berdua peluang terakhir!"

Semua memandang Hali pelik,tidak faham kenapa Hali seperti bercakap sendiri

"Apa kamu mahu membiarkan dia begini?"

"Apa kamu berdua tidak risau?" Tanya Hali lagi

"Kamu berdua mahu dia hancurkan semuanya kah?"

"Adakah itu yang sebenarnya kamu berdua mahu?..!!"

Salah satu yang berdiri di situ mengenggam kuat tangannya,dia tahu Hali maksudkan mereka berdua

"Jika kamu betul-betul mahu lindungi dia..KELUARLAH!!" Kata Hali semakin meninggikan suaranya

Deg

Yuki tiba-tiba menghalakan tumbukan ke arah perut Hali,memang betul ada perisai yang melindungi Hali tetapi..

Buk!

Tumbukan Yuki terlalu kuat sampaikan perisai Hali tidak dapat bertahan dan itu membuatkan Hali terlempar kebelakang

Hali memandang kebelakang,dirinya terlempar jauh dan semakin dekat dengan dinding di hujung sana

Dia pun cuba mengawal keseimbangan badannya

Duk

"Ark!"

Walaupun dia berjaya mengawal keseimbangan badannya,dia tetap tidak boleh mengawal kekuatan tumbukan itu sehingga membuatkan badannya terhempas perlahan ke dinding

Hali pun terjatuh ke bawa dan mula terhempas ke lantai

Tetapi..

"Daun menjalar"

Tiba-tiba tubuhnya dilingkari daun membuatkan dia tidak jatuh ke lantai

Hali pun di turunkan perlahan ke bawa

Dia memegang perutnya yang terasa sedikit sakit,dia berasa lega kerana tidak mengalami luka teruk

"Terima kasih..aku tahu kau pasti akan tolong" Hali tersenyum perlahan

"Thorn" dia pun mengangkat kepalanya memandang ke arah Thorn yang tersenyum ke arahnya

[TBC]

Ayeah!~ author kembali!~ setelah beberapa hari tak on huhu 🗿

Btw kepada sesiapa yg ada baca 'Our memories' dan tk tau yg cerita tu dah ada season 2 haa boleh lh baca ya🗿👌🏻✨[sementara korng tunggu cerita author yg lain update lh khu khu]

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro