§ Episod 24 §

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Thorn menghulurkan tangannya ingin membantu Hali untuk bangun dan dengan pantas Hali menyambutnya

Hali berjalan menuju ke arah Taufan dan Blaze yang masih cuba untuk tenangkan Yuki

Thorn pula berada di belakangnya,mengikuti langkahnya

Hali berhenti memandang sekeliling kawasan tempat Blaze dan Taufan

"Dia masih tak nak keluar ke..?" Tanya Hali kepada Thorn

"Ha? Oh..ya" Thorn menjawab dengan perlahan

Hali pun memandang ke luar medan perlawanan,melihat ke arah seseorang yang masih tetap berdiri di situ dan tidak ikut serta mereka

"Aku..boleh paksa dia kalau kau mahu"

"Tak perlu, biarkan dia dengan rasa bersalah dia itu" Hali membalas dengan pantas

"Erk!" Hali meringis perlahan sambil memegang perutnya yang terasa sakit

Mungkin kerana hentakan di dinding tadi

"Kau tak apa-apa ke?" Tanya Thorn mula risau

"Ya,aku hanya mengalami luka hentakan"

"Aku boleh guna kuasa penyembuh aku kalau kau mahu"

Hali diam tanda berfikir dengan kata-kata Thorn

"Luka hentakan aku tak teruk mana dan aku rasa ada baiknya kau guna kuasa kau untuk budak tu" kata Hali memandang tepi dia

Memandang ke arah Gempa yang sedang terbaring tak jauh dari tempat dia dan Thorn berada

"Kau tahu bukan kuasa aku tidak berkesan kepada mereka yang terkena racun kegelapan "

"Tak salah mencuba,kau pergi lah sembuhkan dia,biar kami bertiga tenang kan gadis itu"

"Tapi kapte-"

"Jika tak boleh!" Hali dengan pantas memintas kata-kata Thorn,tidak ingin Thorn memanggilnya dengan panggilan itu

"Sekurang-kurangnya tolonglah Yaya untuk buka kunci kertas itu"kata Hali lagi

Thorn terkejut mendengarnya lalu memandang ke arah tepi

Dia memandang ke arah Yanita,di situ terdapat segulung kertas dan keluar cahaya keemasan dari kertas itu

Kelihatan Yanita sedang sibuk menyusun ayat-ayat kuno yang keluar dari kertas tersebut,seperti ingin membuka kunci dari kertas itu

Thorny terus terkejut apabila mengenal kertas yang berada di tangan Yanita itu

"Itu!..bukan kah itu 'Sihir Rasmi diraja'? Bagaimana boleh ada di situ?" Thorny memandang ke arah Hali,minta penjelasan

"Ratu memberikan kertas gulungan tersebut kepada gadis bernama Yuki itu"

"Apa..? Bagaimana boleh? Kau tahu bukan itu kertas apa?! Dan! ianya tidak boleh diberikan kepada sebarangan orang!"

"Bagaimana pula jika Yuki.. bukan 'sebarangan orang' kepada Ratu?" Hali bertanya kembali dan itu membuatkan Thorn diam

Thorn diam dan berfikir dan tak lama lepas itu dia memandang ke arah Hali

"Tak mungkin..jadi Aoi lah yang di maksudkan oleh Ratu!?"

————
————

Yanita masih sibuk menyusun setiap ayat-ayat kuno yang depannya itu,matanya bercahaya menandakan dia menakrifkan 'tanda kunci' di dalam tubuhnya

Sebenarnya kertas gulungan itu hanya boleh di buka kepada mereka yang dipilih oleh Ratu sahaja

Yanita,Thorn dan Sakura merupakan tiga penjaga kepada 'Sihir Rasmi diraja' itu

Memandangkan Thorn dan Sakura adalah keturunan diraja jadi mereka dapat memahami ayat-ayat kuno untuk membuka kunci kertas itu

Yanita pula,Ratu memilih dia kerana Ratu mempercayai gadis itu

"Kak Yanita..maaf menganggu tapi lama lagi kah?" Tanya Gempa

Tangannya yang menyentuh luka di perut bersinar keemasan menandakan dia memberikan sihir 'Heal' kepada lukanya

Walaupun dia tahu sihir dia tidak akan menyembuhkan luka di perutnya tapi sekurang-kurangnya racun itu boleh lambat merebak

"Aku pun mahu minta maaf Gempa,sudah bertahun lama aku tidak menyentuh kertas ini"

"Lagipun,untuk membuka kunci dia bukan lah senang" jawab Yanita masih sibuk menyuruh ayat-ayat di kertas itu

"Seharusnya ia memerlukan tiga penjaga iaitu aku,Sakura dan Thorn tetapi rasanya mereka tiada di sini"

"Jika mereka ada,mungkin kunci kertas ini akan terbuka cepat"

"Tapi mereka tiada jadi aku terpaksa mengunakan sihir penuh untuk membuka sendiri kunci dia" mata Yanita bersinar semakin terang begitu juga dengan cahaya dari kertas itu

Yanita menyeruh mengunakan bahasa kuno lalu mengangkat ayat-ayat di kertas itu ke atas

"Kamu boleh menunggunya lagi bukan?" Tanya Yanita

"Ya,saya boleh menunggu" Gempa tersenyum

"Aku sebenarnya terkejut apabila melihat kau mempunyai kertas ini sedangkan kertas ini tidak boleh di berikan oleh sembarangan orang"

"Tapi bila kau mengatakan Ratu berikan kertas ini kepada Yuki,baru lah aku mengerti dan faham kenapa"

"Boleh saya tahu sebab kenapa Ratu berikan kertas itu..?" Tanya Gempa

Yanita diam lalu memandang ke arah Gempa tapi tak lama lepas tu dia teringat sesuatu

"Oh,aku hampir lupa yang Yuki tidak boleh bercakap"

"Baiklah,begini..Sepatutnya ia diberikan kepada Shadow memandangkan Shadow mempunyai sihir kegelapan dan racun itu juga"

"Tapi tiba-tiba Ratu mengatakan sesuatu..dia beritahu bahawa kertas itu dia berikan kepada seorang gadis"

"Pada mulanya aku terkejut..tapi lepas mendengar penjelasan Ratu barulah aku faham.."

"Kertas ini bukan lah 'sihir Protection' walaupun kamu nampak lambang di kertas ini adalah Protection"

"Lambang di kertas hanya membawa makna bahawa kuasa di dalam kertas ini boleh di jadikan senjata untuk kalahkan kuasa jahat"

"Kuasa di dalam kertas ini adalah sihir yang sangat kuat dan berbahaya bahkan satu-satunya sihir yang berjaya mengalahkan kuasa kegelapan"

"Kalau kamu mahu tahu Ratu pernah gunakan kertas ini untuk mengalahkan kuasa jahat yang cuba untuk hancurkan kerajaan dia dulu" Yanita tersenyum nipis

"Kertas ini bukan lah rasmi dari Seveny Kingdom tetapi ianya dari Worldering Kingdom"

"Dicipta oleh pemimpin dari kerajaan itu,dia mengambil kuasanya lalu menukar kepada sihir"

"Kuasa pemimpin itu boleh menyerap kuasa pihak lawan bahkan jiwa mereka sekali lalu ditukarkan kepada tenaga"

"Sepatutnya..kuasa seperti itu tidak wujud lagi memandangkan Worldering Kingdong...dah lama musnah" Yanita memasang wajah sedih

"Tapi kelihatan Yuki memiliki kuasa yang sama di miliki oleh pemimpin itu cuma bezanya Yuki tidak boleh menukarkan kuasa dan jiwa pihak lawan kepada tenaga"

"Ratu memberikan Yuki kertas ini atas dua sebab"

"Pertama kerana dia takut Yuki mungkin mengunakan kuasanya sembarangan"

"Kedua,kerana Ratu masih memegang pada janji yang diberikan kepada suami dia"

"Suami..? Apa suami Ratu..Raja kepada Seveny..?" Bisik hati Gempa

"Apa suami Ratu adalah Raja kepada Seveny Kingdom?" Gempa bertanya

Yanita diam,dia menurunkan tangannya berfikir sama ada harus beritahu atau tidak

Dia jadi teragak-agak untuk memberitahu Gempa memandangkan dia sudah tahu bahawa Gempa adalah Putera yang hilang itu

Tapi tak lama lepas tu,dia pun bersuara

"Tidak..Seveny Kingdom di bina setelah kematian suami Ratu dan sewaktu kelahiran Putera tunggal Ratu"

"Kerajaan ini baru di bina 18 tahun lalu..."

"Sebelum Ratu menjadi pemimpin di sini,dia berada di kerajaan suaminya"

"Betul kah? Di mana?" Gempa bertanya lagi

"Worldering Kingdom,pemimpin yang mempunyai kuasa paling kuat itu adalah suami Ratu" Gempa memasang reaksi terkejut

"Dan nama dia adalah Raja Saikyo Rynko"

"Dan juga dia adalah ayah kepada Putera tunggal kerajaan ini" bisik hati Yanita memandang ke arah Gempa

[TBC]

Yow2 author kembali Ayeah!~ sebenarnya author dah siapkan cerita ni beberapa hari lepas

Saje author biarkan sebb nak berhabuk sikit HAHAHAH

Btw,korang patut hafal nama keluarga Raja Worldering tu iaitu suami Ratu KHA KHA KHA sebb nama dia tu akan muncul lagi lepas ni

Saje nak suruh korng hafal supaya korng bole tahu watak baru nanti HAHAHA

K BYE Ayeah!~

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro