§ Episod 25 §

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Ayeah!~ author mood baik sekrng ..mungkin 🌝✨

Nak cakap sikit huhu,ada beberapa ep lagi mungkin ep ke-30 baru tamat

Btw,nak cakap sesuatu ni

Sebenarnya, untuk buka kunci kertas tu bukan senang woi! Susah! Susah! *acah2 muka serius😾

Mcm mn susah dia?

Susah dia tu sampai 'susah' juga author nak terangkan HAHAHAHAHAHA

Sebenarnya ada cara yg mudah utk bukanya lebih cepat iaitu jika keturunan dari kertas itu yg sendiri membukanya

Hanya dengn memasukkan kuasa mereka ke dalam ayat kuno itu dan dengn mudah kuncinya bakal terbuka

Tahu kan,jika salah seorng dari keluarga diraja Worldering yg membukanya seperti Ratu sebb dia isteri kepada Raja Worldering [dan ya,Gempa mungkin juga bole]

Jgn risau kertas itu akan terbuka juga nanti khu khu

Mcm mn?

Aku kan penulisnya HAHAHAHA

————————————————————————
[Pada masa yang sama di episode 24]

Melihat Blaze dan Taufan yang berusaha tenangkan Yuki itu itu membuatkan keadaan di luar medan pertarungan menjadi riuh

Di tambah lagi Hali yang sudah di campak oleh Yuki,mereka berasa lega kerana Hali tidak mengalami luka teruk kerana Thorn datang menolongnya

Penonton semua berasa risau dan hairan

Iyalah,empat pahlawan terkuat termasuk Thorn turun untuk selesaikan masalah tu woi! Mana penonton tak risau dan bingung

"Zen,patutkah kita masuk tolong Gempa?" Zui memandang Zen,wajahnya kelihatan risau

"Jangan,biarkan 'yang tertinggi' uruskannya" kata Zen datar dan dia maksudkan pahlawan tertinggi itu

Zen diam,dia juga risau tetapi..dia tahu yang budak seperti mereka tidak sesuai ikut campur urusan ini

Lagipun,berada di luar medan pertarungan lebih selamat memandangkan mereka dibatasi oleh sebuah perisai agar orang di luar tidak terkena serangan dari dalam medan itu

"Abang rasa..'tertinggi' boleh tenangkan Yuki ke?" Bisik hati Zui berkomunikasi dengan Zen melalui telepati

Mereka adik-beradik jadi mestilah mereka boleh berhubung melalui fikiran dan hati antara satu sama lain

"Abang pun tak pasti tapi..dari getaran di sekeliling kita..abang tak sukakannya" Zen membalas

Mestilah Zen mengenali siapa Yuki,dia juga tahu siapa diri sebenar Yuki

Dia mempunyai kuasa gelombang,jadi dia mempunyai deria pendengaran yang sangat tajam dan boleh merasakan getaran di sekelilingnya

Dia tahu Yuki itu monster kerana dari getaran gadis itu dan suara dia juga

Selain Zen,Zui iaitu adik kembarnya juga tahu kerana mereka mempunyai kuasa yang hampir sama

Jadi kelebihan Zen juga ada pada diri Zui

Pada mulanya mereka tertanya-tanya tapi mereka tahu Gempa pasti ada sebabnya dan mereka akan tanya Gempa jika ada peluang nanti

Zen memandang kearah seorang lelaki yang berdiri tak jauh dari dia dan adiknya berada

Orang itu adalah Solar

Macam yang aku cakap,Zen tahu Yuki monster dan diri gadis itu jadi dia juga tahu bahawa Yuki ada seorang abang

Ya,dia tahu Solar adalah abang kepada Yuki kerana mereka mempunyai nama yang sama lagipun nama keluarga 'Hoseki' sangat jarang ada dan kalau ada pun ianya dalam kumpulan yang sangat kecil

Tapi dia pelik,kenapa Solar tidak turun membantu untuk tenangkan adik dia sendiri?

————
————

Solar memandang ke arah Hali dan Thorn yanh sedang sibuk bercakap itu lalu dia melihat Hali memandang ke arahnya

Dia tahu,nama dia sedang dibicarakan tadi tetapi dia cuba untuk abaikannya

Mungkin betul apa yang Hali katakan di episode sebelumnya,Solar masih diliputi rasa bersalah

Rasa bersalah dengan apa yang telah terjadi 7 tahun lalu..yang menimpa adiknya Yuki

Dia akui dia adalah pengecut dan teruk

Kerana dia lah punca Yuki di sumpah menjadi monster...

"Abang! Jangan pergi!!"

Solar menutup matanya,cuba melupakan kan masa lalunya yang suram itu

Solar pun memandang ke arah Yuki yang sedang sibuk berlawan dengan Blaze dan Taufan

Dia tidak ingin masuk campur kerana dia tidak mahu mencederakan Yuki..seperti..dulu

"Maafkan Abang.." Solar berbisik berlahan

————
————

"Maafkan Abang.."

Deg

Yuki terus mengundur kebelakang apabila mendengar suara orang yang sangat dia kenal melalui telepati

Matanya membesar dan wajahnya terkejut lalu dia terus memandang sekeliling mencari dari mana kah arah suara itu

Dan tiba-tiba...

"Sangkar Petir!"

Pedang petir mengelilingi dia lalu bertukar menjadi sebuah sangkar dan itu membuatkan Yuki terkejut

Dia mengundur cuba untuk tidak menyentuh pedang petir itu kerana dia tahu jika dia menyentuhnya,dia akan terkena rejatan elektrik

Hali berjalan melimpasi Blaze dan Taufan lalu berhenti di hadapan Yuki

"Grghh!!"

"Kau yang mahu cara kasar jadi akan ku berinya" Hali berkata dengan dingin

"Aku tidak suka mengunakan kuasa aku tetapi terpaksa kerana tidak ingin kau hilang kawalan"

Yuki diam mengabaikan Hali,dia mengelilingi sangkar itu..cuba mencari Solar

Dia sangat pasti yang Solar berada di sini! Kalau tidak,macam mana dia boleh mendengar suara Solar

Mereka adik-beradik jadi mereka boleh berkomunikasi dari hati dan fikiran seperti Zen dan Zui

"Abang...abang!!" Yuki memanggil Solar melalui telepati

Tetapi malang kerana Solar mengabaikannya dan nampaknya Hali menyedari kelakuan Yuki

"Kau mencari abang kau?" Yuki terus memandang ke arahnya

"Kau tahu..aku tidak sepatutnya guna kekerasan memandangkan dia ada di sini"

"Err!" Betul,Yuki betul yang Solar memang ada di sini

"Tetapi disebabkan dia ada di sini jugalah aku terpaksa gunakan kuasa aku..aku tak faham kenapa abang kau tidak turun untuk tenangkan kau!"

"Kenapa dia boleh jadi seteruk itu?"

"Erghh!! Arghh!!!" Yuki menjerit marah menandakan dia tidak suka Hali menghina abangnya

Dia pun cuba memegang sangkar itu ingin melepaskan dirinya dan mencari abangnya

"Tunggu! Rejatan nya sangat kua-"

BZZZZ!!!

"Aghhhh!!!!"

"Erghh!!!"

Hali mengangkat tangannya lalu mengundur kebelakang,dia terlambat menghalang Yuki dan sekarang Yuki sudah terkena rejatan petir itu

"ARGHH!!!"

Jeritan Yuki kedengaran kuat membuatkan Gempa dan Yanita bahkan Thorn yang juga menolong Yanita menoleh

Solar terus terkejut apabila melihatnya dan tersedar sesuatu sehingga membuatkan Solar berlari masuk ke dalam medan

"Tak guna!" Kata Hali cuba untuk menarik kembali sangkar petirnya itu

Tetapi pergerakan dia terhenti apabila dia melihat sangkar petir yang Yuki sentuh perlahan-lahan menghilang

"Eh..?" Taufan dan Blaze terkejut kerana melihatnya juga

"Korang!! Bahaya! UNDUR!" Solar menjerit kuat

Deg!

Hali,Blaze dan Taufan dengan pantas mengundur

BOOM!!

Yuki lagi sekali menggunakan kuasanya,kuasa yang sepatutnya sudah tidak wujud

Suara yang boleh menyerap apa-apa sahaja sama ada tenaga,haba,kuasa dan..jiwa

Dia menyerap pedang petir Hali dan menghasilkan sebuah letupan petir bercampur racun di tangannya

[TBC]

BAIKLAH,ep seterusnya Gempa akan beraksi Ayeah!~

Korng rasa apa akan jadi? Iyalah,kuasa racun pun dh bahaya dan teruknya dia serap pula pedang Hali

Pastu dia buat letupan petir yang mengandungi racun jadi jika orng terkena cerpihannya,racun itu pasti masuk ke tubuh mereka huhu

Jadi,apa pendapat korng..apa yang akan terjadi nanti..komen lh ^^

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro