§ Episod 26 §

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Ayeah!~~ author back semua TvT..lepas post cerita ni tolong bagi author rehat

Btw semua! Follow lh ig author [@ lynne_lie9] Author tengh belajar melukis tpi masi belum post..mungkin besok post kot TvT

-------------------------

BOOM!!

"Arkk!!" Letupan kuat terjadi membuatkan Hali,Taufan dan Blaze terjatuh kebelakang

Hali bangun cuba menahan rasa sakit di tubuhnya,kali ini kecederaan yang dia alami agak teruk

Luka di pipinya kelihatan dan baju di bahu kirinya sedikit terkonyak

Dia memandang ke arah Taufan dan Blaze yang terbaring tidak sedarkan diri akibat letupan petir tadi

Ya, tadi itu adalah letupan petir dari kuasanya sendiri dan Hali bernasib baik kerana letupan itu tiada efek terhadap dirinya

Tetapi...

"Cough! Cough!" Hali pun terus batuk sambil menutup mulutnya

Matanya membesar apabila melihat darah keluar dari mulut dia. Dia..batuk berdarah

"Darah..? Aku sakit ke..kejap,tak..ini racun.." bisik hati Hali lalu terus menuju ke Taufan dan Blaze

"Tak guna! Mereka juga terkena racun!" Bisik hati Hali apabila melihat kulit Taufan dan Blaze perlahan-lahan menghitam

Hali pun memandang ke arah Gempa,Yanita dan Thorn

Mereka bertiga tidak apa-apa disebabkan Gempa sempat mengunakan sihir Protection dia dan itu membuatkan Hali lega

Bzz! Bzz!

Suara rejatan elektrik kedengaran dan itu membuatkan Hali memandang ke depan semula

Yuki mengerakkan tangan dia seperti sedang mengeluarkan pedang dan serentak itu kelihatan satu pedang berbentuk halilintar di tangan dia

Pedang yang sama seperti dimiliki oleh Hali,cuma bezanya warna pedang petir itu berwarna hitam. Ianya begitu disebabkan campuran racun

Yuki berhenti di depan Hali membuatkan Hali memandang dia

Yuki mengangkat pedang dia ke atas ingin menghayunkan pedang itu ke arah Hali

Hali membesarkan matanya,dia tidak sempat mengelak dan itu membuatkan dia menundukkan kepala dia

Dushh!!

Satu letupan kedengaran di situ

Hali yang tidak merasakan apa-apa terus membuka matanya lalu memandang ke depan

Pedang Yuki bertembung dengan pedang milik Solar

Yuki yang terkejut terus mengundur

"A-abang..?" Kata Yuki melalui telepati

"Aku memang sudah agak ini akan terjadi. Kau tidak sepatutnya kembali Aoi" kata Solar dingin

Pedang milik dia dihalakan kearah Yuki

"A-apa..apa maksud abang?" Yuki memandang wajah sedih,pedang di tangannya jatuh

"Solar..suruh dia berhenti" kata Hali sambil menahan rasa sakit di tubuhnya,racun itu mula bertindak

"Tidak! Aku sudah fikirkannya. Mungkin betul aku rasa bersalah dengan apa yang terjadi 7 tahun lepas" Solar memandang tepat ke mata Yuki

"Aku sepatutnya tidak benarkan kau berkawan dengan dia tetapi...ini memang sudah terlambat ya?" Sebuah senyuman sedih terukir di bibir dia

Yuki mengalirkan air mata,berasa kecewa dengan kata-kata abang dia

"7 tahun lalu,mari kita akhiri semua ini seperti mana kita lakukan 7 tahun lalu" kata Solar tiba-tiba dengan nada dingin

Yuki yang mendengarnya mengenggam tangan dia

"Kenapa abang..kenapa cepat sangat menyerah...Yuki tak akan lakukannya..Yuki tak akan berlawan dengan abang.." Yuki menundukkan kepala dia

"Baiklah,kalau macam tu..biar aku yang lakukanya"

Solar menundukkan sedikit badannya,bersedia untuk berlari ke arah Yuki. Pedang di tangan dia angkat ke atas

"Hentikannya! Apa yang kau buat!" Kata Hali cuba untuk bangun

"Aku melakukan benda yang kita lakukan 7 tahun lalu" kata Solar membuatkan Hali terdiam

----

----

"A-apa yang dia mahu lakukan itu.." kata Gempa yang melihatnya dari tadi

Sebuah cahaya terang membuatkan Gempa memandang ke arah Yanita dan Thorn

"Eh! Yaya! Kenapa kau aktifkan penyerahan jiwa..itu untuk keluarga diraja!" Kata Thorn dengan nada risau

"Aku tahu apa aku buat. Thorn,kau boleh tolong Hali. Biar aku uruskan yang selebihnya" kata Yanita

Dengan berat hati,Thorn bangun lalu terus pergi dari situ

"Gempa..berikan aku tangan kau" kata Yanita

Gempa yang hairan pun hanya mengikut kata Yanita. Dia mengangkat tangan dia ke depan,ke arah Yanita

Yanita terus mengambil tangan Gempa lalu membuka sarung tangan Gempa

Gempa yang terkejut serta merta menutup lambang di tangannya

"A-apa yang kakak mahu lakukan?!" Tanya Gempa dengan nada terkejut

Yanita tidak menjawab,dia terus menarik paksa tangan Gempa sehingga ternampak lambang di tangannya

"Anak kepada Worldering Kingdom dan aku penjaganya..bukakan kunci dari kertas ini dan serahkan jiwa Dia untuk diberikan kepada anak ini!" Lambang di tangan Gempa bercahaya

Satu portal berbentuk bulat keluar dari kertas itu dan terus berada di hadapan mereka

"Kau tak akan sedar lepas ini tapi aku janji akan suruh Dia untuk rahsiakan identiti kau" kata Yanita

Belum sempat Gempa bercakap,Yanita terus memasukkan tangan Gempa ke dalam portal itu

DEG!

----

----

"Solar hentikannya!" Jerit Thorn berlari ke arah Solar

Kelihatan Solar menghayunkan pedang dia ke arah Yuki manakala Yuki sedaya upaya mengelak

Dia tidak ingin melawan..dia tidak lakukannya seperti..7 tahun lalu

"Akar pengikat!" Thorn mengangkat tangan dia ke atas,menuju ke arah Solar

Akar berduri keluar dari belakang Thorn menuju ke arah Solar lalu mengikat tangan dan kaki Solar

"Apa yang kau lakukan! Lepaskan aku!"

"Hentikannya Solar! Jangan lakukannya!" Kata Thorn lalu memegang kedua-dua bahu Solar

"Apa yang kau buat ni! Dia adik kau!" Kata Thorn lagi sambil mengerakkan bahu Solar

"Aku sudah fikirkannya Thorn..aku akan tamatkan semua ini seperti yang aku lakukan 7 tahun lalu" kata Solar perlahan

"Tak tunggu! I-ini belum terlambat! Kita pasti boleh ca-"

"LAGI SATU TAHUN! Dan hari itu akan tiba...Sampai sekarang!! Kita tak berjaya cari dia!!"

"Bila hari tu tiba,Aoi yang kita lihat sekarang bukan lagi dia" kata Solar menundukkan kepalanya

Yuki yang mendengar kata Solar terus mengalirkan air mata

Thorn menurunkan tangan dia dan Solar terus memusingkan pedang dia sehingga akar yang mengikat dia terputus

"Tu-tunggu Solar..I-ini masih terlalu awal.." kata Thorn memegang lengan Solar

"Ini lebih baik daripada membiarkan jiwa dia di ambil" kata Solar membuatkan Thorn menundukkan kepalanya

"Betul apa yang Solar cakap" Thorn menoleh,memandang tak percaya pada Hali

"Lebih baik lakukannya sekarang daripada menunggu hari itu tiba" kata Hali lalu berdiri

"Pedang Halilintar!" Kelihatan pedang di tangan Hali,di pemegang pedang itu terdapat satu lambang petir

"Hali..jangan..kamu dua..kita..masih ada masa.." kata Thorn

"La-lagipun! Yaya tengah buka kertas tu jad-"

"Ianya tak ada gunanya Thorn. Kertas itu hanya untuk tenangkan dia seperti apa yang dikatakan oleh bonda aku" kata Hali

"Tak! Aku tak benarkan kamu berdua dekati dia! Aku percayakan Aoi! Aku pasti dia boleh menahannya!"

Thorn terus menuju ke arah Yuki lalu mengeluarkan akar berdurinya

"Kalau macam tu,baiklah" kata Solar dengan dinginnya

Thorn terkejut mendengar kata Solar dan Yuki memandang sedih kearah Solar

"Mari kita lihat,sama ada pemegang Zio lencana emas seperti kau boleh mengalahkan pemegang mytic lencana emas seperti kami"

Thorn mula teragak-agak tetapi dia tetap teguh di tempatnya

"Aku tak akan mengalah! Seperti 7 tahun lalu dan sekarang! Walaupun suatu hari nanti yang aku lihat bukan lah dia lagi,aku tetap percayakan dia"

"Seperti 7 tahun lalu..kita hentikan dia tujuh tahun lalu..jadi kita mungkin boleh hentikan lagi dia" kata Thorn membuatkan Yuki memandang dia

"Ermm..." kuku Yuki mula kembali ke asal lalu dia terus memegang lengan Thorn

Ianya seperti dulu..7 tahun lalu

Mereka berempat...

Kembali seperti 7 tahun lalu....

"Tolong..hentikannya"

Tap..tap..tap..

Langkah kaki berjalan dengan perlahan ke arah mereka berempat membuatkan mereka terus menoleh

Gempa berjalan ke arah mereka

Rambutnya beruba menjadi warna putih,matanya berwarna biru seperti berlian. Gempa yang mereka lihat sekarang seperti bukan dirinya

Zen dan Zui yang merasakan getaran dari Gempa terus terkejut

"Apa ni? kenapa..tekanan dalam diri dia sangat kuat" kata Zen sambil memegang telinganya

"Tolong..hentikannya" kata Yanita lagi yang berdiri di sebelah Gempa

Thorn terus memasukkan semula akar berduri dia

"Kuasa dari kertas tu ke?" Bisik hati Hali

"Tak..kami akan tamatkan semua ini sekarang..di sini juga" Gempa memandang ke arah Hali

"Jadi jangan..ganggu kami" kata Hali lagi

"Hentikannya" kata Gempa,nada dia sangat dingin dan berbeza dari biasa

"Kau tak boleh sesuka hati menyuruh kami berhenti"

"Kenapa begitu?" Cara bicara Gempa juga lain

"Sebab itu sama sahaja kau mengajak kami bertarung" kata Solar mengangkat pedangnya

"Baiklah jika itu yang kau katakan" kata Gempa membetulkan sarung tangan dia

"Tu-tunggu..anda pasti kah?" Yanita bertanya

"Jika aku tak buat,mereka tak akan berhenti" kata Gempa dingin

Thorn mengundur membuatkan Yuki ikut berundur,Yuki memandang pelik Thorn

"Itu bukan dia" kata Thorn kearah Yuki

"Tadi Yanita melakukan penyerahan jiwa jadi..yang depan kita sekarang bukan Gempa" kata Thorn membuatkan Yuki terkejut

Hali dan Solar mengangkat pedang mereka,bersedia untuk berlawan

"Sebelum itu..apa kamu pasti untuk berlawan dengan aku?" Gempa bertanya

"Bagaimana kami boleh tak pasti jika yang di depan kami sekarang adalah pahlawan lencana Perak yang baru belajar?" Kata Solar dingin

Hali hanya diam,entah kenapa dia berasa tidak sedap hati

"Lencana Perak? Jadi..dia baru masuk" kata Gempa tiba-tiba sambil mengenggam tangannya

"Itu tidak mengapa,kuasa aku dan tubuh dia cukup untuk buat kamu berhenti" kata Gempa lagi membuatkan Solar dan Hali memandang pelik ke arah dia

"Apa..maksud kau? Kenapa kau mengelar diri kau sendiri 'dia' ?" Tanya Hali

Gempa tersenyum nipis

"Kalau kamu mahu tahu,cubalah bertarung sekejap dengan aku" kata Gempa

Gempa mengangkat tangannya ke atas

"Kemarilah! Pedang Inferno!" Satu pedang berwarna silver dengan pemegang berwarna coklat

Terdapat lambang di pedang itu..ianya lambang yang membuatkan Solar dan Hali terkejut

"Itu..lambang Worldering Kingdom.." kata Hali perlahan

"Jadi kau gunakan kuasa dari kertas tu..boleh tahan" kata Hali lagi

"Bukan hanya kuasanya" kata Gempa sambil tersenyum penuh makna

Pedang di tangan dia putar lalu dia angkat ke hadapan,ke arah Solar dan Hali

"Mari" kata Gempa

Hali terus mengangkat pedang dia dan serta merta menuju ke arah Gempa

Satu persatu serangan Hali berjaya di elak oleh Gempa dengan mudah

"Macam mana boleh? Sedangkan tubuh dia juga terkena racun..bahkan lebih teruk dari aku" bisik hati Hali memberikan satu lagi serangan

Solar yang tidak tinggal diam pun terus menuju ke arah Gempa

Mereka berdua memberikan serangan serentak ke arah Gempa tetapi malangnya serangan itu dengan mudah Gempa elak

Apa yang di lihat oleh orang sekeliling mereka sangat tak masuk akal sebab..mereka seperti melihat sebuah latihan pedang

Dan bukan..perlawanan pedang

"Lambat" kata Gempa sambil mengelak ke tepi lalu terus menekan pedang Solar dengan telapak tangan dia menuju ke bawa

Manakala pedang Hali dia elak dengan pedang miliknya

Pedang Solar membengkok ke bawa membuatkan tubuh dia terikut

Solar terjatuh ke bawa dan Gempa terus memijak tubuhnya

"A-apa?!" Solar membesarkan matanya apabila sedar dirinya sudah kalah

Gempa memandang Hali

"Kamu memang handal tetapi..belum cukup handal untuk berlawan dengan lagenda" kata Gempa memutarkan pedangnya

Serta merta pedang Hali ikut terputar sehingga terlepas di tangannya

Gempa mengambil pedang Hali lalu dia halakan ke leher lelaki itu

Manakala pedang Infernonya,dia halakan ke arah Solar

Solar dan Hali terdiam

Dia tak percaya yang mereka kalah dengan sangat-sangat mudah di tangan lelaki yang memegang lencana Perak?!

"Game..over" kata Gempa sambil smirk

"Hentikan dengan jenaka bodoh ini!" Hali memegang pedang miliknya itu

Pedang bertukar tangan,sekarang pedang miliknya itu kembali semula pada dia

Dia menghalakan pedang miliknya ke arah Gempa,seperti yang Gempa lakukan pada dia tadi

Yanita yang melihatnya terkejut

Gempa dan Hali berpandangan

[TBC]

Wow..panjangnya TvT

Tk apa lah..korng yg nak HAHAHAHA

Ini utk dua episod ya

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro