§ Episod 27 §

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

[Gempa pov]

Aku melangkahkan kaki ku setapak ke hadapan. Mata ku masih sibuk memerhatikan sekeliling tempat ini

Aku tak tahu aku ada di mana tetapi tempat ini di penuhi dengan kristal yang besar dan ketinggiannya hampir sama dengan aku

Bukan hanya itu tetapi di dalam kristal itu terdapat banyak bayangan orang-orang yang aku kenal

Seperti ini adalah memori aku...

Aku berhenti di salah satu kristal lalu memandang pada gambaran di kristal itu

Seorang wanita kelihatan di kristal itu,dia seperti tersenyum ke arah ku tetapi sebenarnya tidak disebabkan aku melihat bayangan tangan kecil menyentuh wajahnya

Aku kenal rupa wanita ni kerana aku pernah melihatnya di mimpi ku {rujuk ep 5}

Dia adalah Ratu Crisalyna, Ratu kepada Seveny Kingdom

Tetapi kali ini mata dia tidak ada luka

Mata dia..sangat cantik

Berwarna-warni..sekilas lihat aku boleh nampak warna merah,oren,biru kemudian bertukar warna ke kuning dan hijau

Tetapi..warna yang paling jelas kelihatan adalah coklat. Seperti warna mata ku

Aku mengangkat tangan ke hadapan..ingin menyentuh kristal di depan ku ini..ingin mengusap pipi wanita di depan ku ini....

Entah kenapa aku berasa rindu dengan dia..

"eghh..ma!"

Suara bayi kedengaran dari dalam kristal itu disertai senyuman kegembiraan dari Ratu Crisalyna

"Ya anak bonda..ini bonda"

Ratu Crisalyna memegang tangan kecil yang menyentuh pipinya itu. Suara ketawa dari bayi kedengaran

Jika betul ini adalah memori aku..dan suara bayi itu adalah aku jadi..Ratu Crisalyna memang ibu aku....

Aku memegang rantai di leher ku apabila mata ku terpandang seutas rantai yang sama di leher Ratu Crisalyna

Aku pun mengukirkan satu senyuman nipis sambil memandang ke arah dia

Tap..tap..tap

Bunyi langkah kaki dari arah belakang ku membuatkan aku serta merta menoleh

Kelihatan seorang lelaki berjalan ke arah ku. Dia memakai pakaian diraja

Dan lebih mengejutkan..rupa dia hampir sama dengan aku!! Wajah dia,mata dia,gaya rambut dan warna rambut

Cuma...dia kelihatan lebih tua dari aku dan ketinggian dia sedikit melebihi diri ku manakala warna mata dia adalah biru

Sekilas di lihat matanya seperti berlian berwarna biru. Biru gelap

Pandangan mata dia sangat tajam memandang mata ku membuatkan suasana di sekeliling menjadi suram

"S-siapa?" tanya ku terus kepada dia

Dia tidak menjawab melainkan dia memberikan aku satu senyuman

"Kau tahu siapa aku" kata nya membuatkan aku bingung

Aku diam cuba berfikir maksud dari kata-kata dia dan tak lama lepas itu barulah aku bercakap

"Kau..adalah aku?" jawab ku yang lebih kepada pertanyaan untuk dia

"Pfttt! Hahaha! Bagaimana kau boleh memikirkan jawapan sebegitu" Dia ketawa membuatkan aku terkejut

Dan tak lama lepas itu..aku memberikan reaksi datar kepada dia

Aku tak sangkah..wajah dingin yang tadi aku lihat dari dia bertukar ke wajah gembira yang sedang mengejek aku -,-

"Kita mempunyai rupa yang hampir sama jadi tak hairan jika ayat itu yang terlintas di fikiran ku" jawab ku membuatkan dia berhenti ketawa

"Itu kerana kau adalah darah daging ku sendiri" jawabnya

Apa..? Apa..maksud dia..?

"Haha..baiklah rasanya kau memang tidak mengenali aku. Lagipun kau masih tidak pasti apa betul Crisalyna adalah ibu kau" katanya lagi sambil ketawa perlahan dan memandang belakang ku

Dia memandang kearah kristal di belakang ku yang terdapat bayangan Ratu Crisalyna

Entah kenapa..aku melihat sebuah perasaan rindu yang ada di sebalik matanya itu

"Saikyo Rynko" katanya secara tiba-tiba

"eh?" aku memberikan reaksi tidak mengerti

"Itu nama aku. Aku adalah Raja Rynko,Raja kepada Worldering Kingdom"

Aku terus membesarkan mata ku dan memandang tak percaya kepada dia

"Be-betul ke!? Eh! Ma-maksudkan saya! Salam dan Selamat kepada Raja Saikyo Rynko dan Kerajaan Worldering"

Aku melutut dengan satu di hadapan nya dan menundukan kepala ku memandang lantai

"bangunlah,kau tak perlu untuk buat begitu"

Aku mengangkat kepala ku memandang dia lalu berdiri

Dia tersenyum nipis kearah ku lalu memegang sebelah bahu ku

"Aku tidak suka orang sekeliling ku memandang tinggi diri ku terutama keluarga ku sendiri" kata Raja Rynko ku

Suasana yang suram serta merta beruba apabila aku melihat senyuman lembut yang dia berikan kepada ku

Deg...

Dia tiba-tiba memeluk ku membuatkan aku tersentak dan terkejut

"Aku tak percaya kau sudah sebesar ini sedangkan dulu kau masih tersangat lah kecil" katanya dengan nada perlahan

Aku diam tidak membalas..tangan ku perlahan-lahan mula membalas pelukannya

Ini tidak lah membingungkan aku lagipun jika Ratu Crisalyna adalah ibu aku jadi Raja Rynko pasti ayah aku

Walau bagaimanapun..aku masih meraguinya....

"Jadi...kamu memang betul Raja Saikyo Rynko" Tanya ku

Dia melepaskan pelukannya

"Ya dan..Tak"

Aku membuat reaksi bingung

"Aku hanya sebahagian dari jiwa dia kerana sebahagian nya lagi-" dia menghentikan percakapannya lalu mengangkat tangan ke hadapan

kelihatan satu kristal menuju ke arah kami lalu membentuk sebuah imej

"-sedang mengawal tubuh kau" sambungnya membuatkan aku terkejut

Di kristal itu kelihatan imej diri ku sendiri yang sedang bertarung dengan dua orang pahlawan terkuat!?

"A-apa! Bagaimana bisa! Sebab itu saya ada di sini!?"

Aku memandang Raja Rynko tak percaya

"Keluarkan saya sekarang"

Raja Rynko memandang ku

"Tak boleh"

"Apa maksud kamu?"

"Kalau kau keluar..kau tidak akan dapat tahan racun yang merebak di tubuh mu itu"

"Bukan kah itu maksudnya diri kamu juga tidak dapat menahannya?"

"Diri aku masih boleh mengawal rasa sakit racun itu kerana..aku juga pernah terkena racun kegelapan itu"

"Tap-"

"Tolong..jangan membantah"

Aku diam mendengar kata-kata dia dan tak lama lepas itu aku menggenggam kuat tangan ku

"Saya ada hak untuk membantah! Ini adalah tubuh saya dan saya ada tanggungjawab untuk saya lakukan!" Dia memandang ke arah ku

"Duduk diam dan hanya biarkan orang lain melakukannya bukan lah cara saya!"

Kelihatan kristal di sekeliling ku mula bercahaya dan membentuk sebuah imej yang serupa iaitu Ratu Crisalyna

"Hanya diam dan tidak melakukan apa-apa itu bukan lah cara beta!" Suara Ratu Crisalyna kedengaran

"Saya tidak kesah jika nyawa menjadi taruhan kerana yang saya kesah tanggungjawab saya untuk Yuki dan janji saya untuk sentiasa jaga dia"

"Beta tidak perduli jika nyawa menjadi taruhan kerana yang beta perduli adalah tanggungjawab untuk mejaga rakyat dan keselamatan mereka semua!"

Aku memandang Raja Rynko dan tidak memperdulikan langsung suara Ratu Crisalyna.. seperti aku sudah terbiasa dengan kata-kata dari Sang Ratu

Aku melihat Raja Rynko terdiam memandang kristal di sekeliling kami

"Ini tanggungjawab beta kepada Rakyat! Dan janji daripada Rynko" suara Ratu kedengaran lagi

Aku melihat Raja Rynko tersenyum nipis memandang ke arah imej Ratu di kristal itu

Tak lama lepas itu,dia pun memandang ke arah aku

"Keberanian, semangat, baik hati dan.. bertanggungjawab memang sudah ada dalam diri kau rupanya." Dia bersuara

"Kau memiliki rupa seperti aku dan sifat seperti Crisalyna"

"Seperti yang aku harapkan" sambung lagi

Aku tersenyum membalas senyuman dia

[TBC]

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro