§ Episod 28 §
Flashback Episod 26...
"Cukup dengan semua jenaka bodoh ini!"
-----
Hali dan Gempa berpandangan. Masing-masing memberikan tatapan dingin dengan reaksi yang sukar untuk di fahami
Suasana di medan pertempuran itu menjadi tegang dan mencengkam membuatkan orang disekeliling mereka hanya mampu diam untuk menunggu pergerakan selanjutkan dari mereka berdua
"Pergerakan yang menarik. Kamu pasti di latih oleh Cristalyna bukan?" kata Gempa sambil smirk
Pedang Hali semakin mendekati leher Gempa
"Jaga percakapan kau. Dia adalah seorang Ratu" Nada suara Hali kedengaran sungguh dingin
Gempa diam seketika tapi tak lama lepas itu,dia kembali berbicara
"Baiklah..ianya salah aku,maafkan aku"Kata Gempa menunduk sedikit
Mata biru kristalnya tiba-tiba ternampak rantai di leher Hali dan serta merta dia terus memandang ke tempat lain sambil memasang reaksi terkejut
"Dia ni..Rynn ke? Tak! Rynn tidak mempunyai rantai Crisalyna jadi mustahil dia ni Rynn" bisik hati Gempa sambil dia mengangkat kepalanya
"Jadi.. siapa dia ni? Aku bahkan tidak dapat merasakan kuasa miliknya dan hanya mampu merasakan kuasa milik Crisalyna"
"Mungkin kah..dia salah satu mangsa Rynn enam tahun lalu...?"
"Rasanya..kita patut akhiri semuanya di sini" kata Gempa lalu memegang pedang Hali yang berada di lehernya
Aliran tenaga elektrik dari pedang itu terserap masuk ke tangan Gempa dan serta merta racun bahkan luka di perut Gempa hilang
Pedang Hali terus menghilang membuatkan Hali mengundur kebelakang dan memandang terkejut Gempa
"Jangan risau,aku menukarkan kuasa di pedang kau ke tenaga untuk menyembuhkan diri ku" kata Gempa menghilangkan pedang dia juga
"Permainan yang sungguh menyeronokkan. Mungkin jika aku kembali ke sini kita boleh berlatih lagi"
Gempa tersenyum ceria memandang Hali
"A-apa!? Permainan!? Kau!" Hali tidak dapat meneruskan percakapannya,dia terkejut dan geram bahkan tak percaya dengan apa yang baru dia lihat
Di tambah lagi,aura Gempa yang tadi kelihatan suram dan mencengkam serta merta beruba menjadi ceria
Gempa menuju ke arah Blaze dan Taufan yang masih tidak sedarkan dirinya dan racun yang ada di tubuh mereka berdua masih merebak
"Racun yang mereka kena agak teruk juga tetapi dengan kuasa yang aku serap dari pedang kau tadi sudah cukup untuk menyembuhkan mereka" kata Gempa kepada Hali
Solar bangun dan memandang pelik Gempa. Bukan hanya Solar malah Hali dan kesemua yang berada di luar medan pertempuran itu juga pelik
Yanita,Thorn dan Yuki hanya diam sahaja.
"Apa!? Apa semua tu,kenapa sifat dan aura dia boleh dengan begitu cepat beruba!?" Kata Ritsuna yang dari tadi melihatnya
Ritsana hanya diam,dia tahu apa yang berlaku pada Gempa tetapi dia rasa ada baiknya tidak memberitahu Ritsuna
"Mestilah dia boleh,itu adalah diri sebenar dia" Kata Ritsana tersenyum nipis
Dia mahu berjumpa dengan Raja Rynko yang sekarang berada di tubuh Gempa tetapi rasanya sekarang bukan masa yang sesuai
"Suatu hari nanti mungkin.." bisik hati Ritsana
"Tch! Suna tak kesah! Sekarang Suna nak ke sana"
Sebaik mengatakan itu,dia terus keluar dari bilik itu dan berlari turun menuju ke bilik medan pertarungan itu
Gempa mengangkat kedua-dua tangan dia ke arah Blaze dan Taufan
"Pemberian Tenaga"
Satu aliran kuasa berwarna biru keluar dari tangan Gempa lalu perlahan-lahan menuju ke arah Blaze dan Taufan
Serta merta racun di tubuh mereka berdua hilang begitu juga dengan luka-luka kecil yang ada
Gempa bangun lalu berdiri di antara Yanita,Thorn dan Solar. Dia melakukan benda yang sama seperti tadi iaitu memberikan kuasa tenaganya
Yanita mengangkat tangan nya, melihat luka-luka di tangan dan lengan dia perlahan-lahan menghilang
Rasa sakit bahkan letih juga mula hilang di dalam diri dia
"Jadi..inilah salah satu kuasa dia. Bukan hanya menyembuhkan luka tetapi juga memberikan kami tenaga" bisik hati Yanita
"Bawa lah mereka berdua itu ke bilik rawatan" kata Gempa menunjuk Blaze dan Taufan
"Baikla- tunggu! bagaimana dengan Shadow?" Kata Yanita lalu bertanya
Dia serta merta menuju ke arah Shadow yang masih tak sedarkan diri dia
Gempa diam memandang aura yang keluar dari tubuh Shadow
"Kuasa kegelapan? tak.. ianya sihir. Dia juga ada Racun tapi..racun itu mula hilang" kata Gempa perlahan dan hanya didengari oleh dia sahaja
"Rasanya..dia terlampau kekurangan tenaga disebabkan racun di tubuh dia mula hilang. Dan jika aku berikan dia tenaga aku pun,dia tidak akan sembuh" kata Gempa lagi..kali ini Yanita dapat mendengar kata-katanya
Raut wajah sedih dan cemas kelihatan di wajah Yanita sebaik sahaja dia mendengar penjelasan Gempa,dia pun memegang pipi Shadow
"Aku sudah berjanji pada Kaizo untuk menjaga kau seperti nyawa ku tetapi nampaknya aku cuai dan..gagal" Kata Yanita dengan suara sayu
"Maafkan aku....maaf..." Kata Yanita lagi lalu memeluk Shadow
Tanpa sedar,air mata mula jatuh ke pipinya
"Aku belum habis cakap,ada cara untuk menyembuhkan dia" Kata Gempa tiba-tiba
Yanita menoleh ke arah Gempa dan kelihatan permuda itu menuju ke arah Yuki
Mereka berhadapan
Mata biru kristal Raja Rynko memandang tepat ke mata biru pudar Yuki
Ianya terjadi lagi..sama seperti tujuh tahun lalu
Mereka berdua yang dulu berjumpa di alam bawa sedar tujuh tahun lalu
Tetapi.. sekarang mereka berhadapan di dunia sebenar
dan bukan di alam bawa sedar lagi
[TBC]
Nanti author post lagi :'). Sorry kalau lambat update:')
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro