§ Episod 29 §

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Pembetulan: 6 Tahun ~> 7 Tahun

pfttt! sorry semua..ada kesilapan di ep sebelumnya..tujuh tahun ya bukan enam tahun

____________________________________________

Raja Rynko diam sekejap,reaksi dia sekarang jelas kelihatan bahawa dia kecewa dan sedih

Dan tak lama lepas itu,dia pun bersuara

"Yuki..Yang terpilih dan satu-satunya gadis berjiwakan kristal Blue Flower"

Solar memasang reaksi terkejut

"Bagaimana dia boleh tahu Aoi berjiwakan kristal Blue Flower? Hanya ayah,Ratu Cristalyna dan aku sahaja yang tahu!" bisik hati Solar

"Apa kau telah lupa dengan apa yang aku katakan kepada kau tujuh tahun lalu? Aku memilih kau dan bukan Gempa kerana keistimewaan kau"

Mata Raja Rynko bercahaya, pandangan mata dia terus bertukar dingin begitu juga dengan aura dia

"Keistimewaan Kuasa dalam jiwa kau yang boleh memberikan orang lain power infinity"

"Sungguh sayang aku membiarkan kau hidup kerana kau hanya merasakan kebencian dari orang yang kau sayang" nada Raja Rynko bertukar sedih,dia memandang Solar

"Bahkan Rynn yang paling rapat dengan kau dulu pun mengkhianati kau kerana dia hanya mahukan kuasa di dalam jiwa kau" Raja Rynko menutup matanya dan mengeluh perlahan

Serta merta bayangan seorang budak lelaki bermata biru kristal seperti dia kelihatan sedang melambai ke arah dia sambil tersenyum ceria

"Rynn seorang anak yang baik..dia cuma tidak boleh terima aku lebih memilih Gempa.." kata Raja Rynko dengan nada perlahan,hanya di dengari oleh Yuki sahaja

Yuki diam sambil memandang Raja Rynko mendengar perjelasannya

"Dia juga tak boleh terima yang aku menjadikan kau yang terpilih dan bukan dia" Sambung raja Rynko

"Bila aku sedar..yang kau dilakukan sebegitu oleh kedua orang yang paling kau percaya..aku menjadi teragak-agak" Raja Rynko memandang ke arah Yuki

"Tuanku..saya tak kesah dengan apa yang akan mereka lakukan pada saya"

Raja Rynko memasang wajah bingung lalu bertanya "apa..maksud kau?"

"Sebenci mana dan sedendam mana pun mereka..saya masih boleh merasakan perasaan sayang di sudut hati mereka"

"Lagipun..jika kasih sayang dari abang saya dan persahabatan saya dengan Rynn semakin hilang...." Yuki memandang Thorn lalu memandang Raja Rynko

Melihat ke arah Raja Rynko yang sekarang berada di dalam tubuh Gempa

"Saya masih boleh mendapatkan kasih sayang seorang abang dari Gempa dan persahabatan dari Thorn"

Raja Rynko seketika terdiam mendengar kata-kata Yuki tapi tak lama lepas itu dia tersenyum

"Haha..aku mengharapkan kau dan Gempa mempunyai hubungan yang lebih dari seorang abang dan adik sebenarnya" kata Raja Rynko sambil ketawa perlahan

Aura dan Sifat di dalam dirinya sekali lagi beruba

Yuki mengedip-gedipkan kedua-dua matanya dengan laju..cuha memproses maksud permuda di depannya ini

"Ermmm..mungkin..suatu hari nanti" kata Yuki dalam hati,dia masih tidak memahami maksud sebenar Raja Rynko

Raja Rynko mengangguk

"Baiklah..Kalau macam tu tolong pulangkan semula racun yang kau serap itu dan kuasa milik dia" kata Gempa lalu menunjuk Shadow dan menunjuk Hali

"Tunggu! Tolong guna kuasa kristal blue flower,kau masih mempunyai sedikit sisa kuasanya kan?"

Yuki mengangguk lalu mengangkat tangan nya ke atas

"Athchóiriú cumhachta!!"

Yuki menyerunya dari dalam hati lalu serta merta dua aliran kuasa yang berlainan keluar dari kiri dan kanan lengannya

Kanan aliran kuasa berwarna merah milik Hali dan kiri aliran kuasa berwarna ungu gelap milik Shadow

Kedua-dua kuasa itu lalu menuju ke arah Hali dan Shadow

Aura Hali dan Shadow kelihatan dengan begitu jelas mengikut warna kuasa milik mereka

Hali mengangkat tangannya dan melihat seluruh luka dan rasa sakit di dalam tubuhnya mula menghilang

Dia berasa seperti suatu kuasa yang kuat mengalir di dalam dirinya. Matanya yang berwarna merah bercahaya

Tetapi perlahan-lahan cahaya di matanya dan aura di tubuhnya mula menghilang

Yanita seketika terpegun melihat apa yang terjadi tetapi lamunannya terus hilang disebabkan gerakan dari Shadow

"arkk! cough! cough!!" Shadow terus memegang lehernya lalu bangun

"A-apa? apa dah jadi..?" tanya Shadow perlahan

Yanita mengukirkan sebuah senyuman gembira dan lega dan dia tanpa buang masa terus memeluk Shadow

"K-kak Yaya? kenapa ni....?" Tanya Shadow sedikit terkejut dengan perbuatan Yanita

Sebab Yanita dah lama tak peluk dia...

"Syukurlah...hisk..aku ingatkan kau tak akan bangun lagi. Sebab..hisk kalau itu terjadi,aku tak akan dapat maafkan diri sendiri" kata Yanita dengan nada sedih

"Aku dah janji dengan Kaizo. Jaga kau,lindungi kau dan sentiasa berada di sisi kau seperti yang dia lakukan.." kata Yanita lagi

Shadow diam mendengar kata-kata Yanita dan tak lama lepas itu,dia pun tersenyum nipis lalu mula membalas pelukan Yanita

------

Hali terkejut dengan apa yang terjadi tadi. Tenaga kuat dari dalam dirinya sudah tidak lagi dia rasakan

"A-apa bendanya tadi tu....?" Soalnya pada diri sendiri

"Itulah power infinity. Kuasa yang sangat-sangat diincar oleh kesemua demon dan monster selain 7 Elemental power" kata Solar membuatkan Hali memandang nya

"Jadi..betullah apa yang bonda katakan..Yuki lah orang tu..." Kata Hali perlahan

"Bonda?Jadi kau memang anak Crisalyna"

Hali dan Solar mengangkat kepala,memandang ke arah Gempa yang berjalan ke arah mereka berdua

"Bukan kah aku sudah katakan tadi. Jaga percakapan kau kerana kau tiada hak menyebut namanya seperti itu" nada Hali kedengaran dingin

Gempa tidak memjawab dan hanya tersenyum penuh makna membuatkan Hali bingung

"Baiklah..masa aku di sini hampir habis. Pemilik tubuh ini mahu tubuhnya semula" kata Gempa tiba-tiba sambil mengusap belakang rambutnya

"Apa anda..tidak ingin berjumpa dengan Ratu dulu?" Tanya Yanita yang menuju ke arah Gempa

Gempa seketika diam mendengar kata-kata Yanita

"Yah memang dah 17 tahun tak berjumpa dia dan aku ingin melihat wajahnya" Kata Gempa yang sedang membelakangi mereka semua

Hali dan Solar diam tidak mengerti maksud Gempa manakala Thorn,Yuki dan Shadow hanya diam

"Adakah matanya masih seindah dulu? senyuman dia? apa dia semakin berumur sedangkan diri ku ini tidak akan pernah menua" kata Gempa lagi

"Sebenarnya...Ratu telah kehilangan mata dia sewaktu peperangan itu.." kata Yanita sedikit teragak-agak

Gempa terus tersentak mendengar kata-kata Yanita

Keadaan di situ senyap tanpa ada satu dari mereka pun berbicara

Tapi tak lama lepas itu...

"Begitu ke...? Sayangnya.." kata Raja Rynko,nadanya kedengaran perlahan dan sedih

Dia pun memusingkan badannya menghadap ke arah mereka semua

"Tapi...-" sebuah senyuman terukir di bibir Raja Rynko

"Aku pasti wajah dia masih tetap cantik walau macam mana sekali pun. Walaupun dia semakin menua,dia tetap cantik di mata ku seperti dulu dan..selamanya"

Yanita tersenyum nipis mendengarnya begitu juga dengan Thorn dan Yuki

Hali diam mendengar kata-kata permuda di depannya itu

Entah kenapa..dia mula memahami situasi ini

Dia mula tahu siapakah orang di depannya itu

"Lagipun,aku datang ke sini untuk melakukan kerja ku jadi sampaikan sahaja diriku kepada dia" Kata Raja Rynko lagi

Dia pun memandang ke arah Hali yang sedang memandang dia

"Aku pasti Crisalyna mempunyai sebab menjadikan kau sebagai anak angkatnya. Walau apa pun alasan dia,aku terima"

Hali mula tersenyum nipis dan Raja Rynko membalasnya

"Kamu semua masih mempunyai masa 1 tahun,jangan menyerah dan carilah lagi Rynn serta Cristal blue flower"

Thorn mengangguk dan Solar menundukan kepala tanda faham

"Terima Kasih dan selamat tinggal"

Sebaik sahaja dia mengatakan nya,mereka berenam serta merta melutut dengan sebelah kaki menghadap dirinya

Satu cahaya biru keluar dari badan Gempa dan terbang masuk ke dalam kertas gulungan itu

Gempa membuka perlahan matanya dan pandangan pertama yang dia lihat adalah Yuki yang sedang berlari ke arah dia sambil tersenyum gembira

Deg...

Gempa terpegun melihat senyuman manis yang terukir di bibir gadis itu dan perlahan-lahan rona merah kelihatan sedikit di pipinya

Sebuah pelukan diberikan kepada Gempa

"Selamat kembali..Gempa"







































































The End?

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro