§ Episod 30 §

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

The End? no I'm just joking HAHAHAH

tpi..cerita ni memang nk tamat dh

_______________________________________________

"Setelah kau bangun,kau tak akan ingat tentang pertemuan kita di alam bawa sedar ini"

-------
-----
---
-

"Ermm...."

Gempa membuka matanya lalu meringis apabila merasakan denyutan di dahinya

Pandangan dia menjadi kabur dan keadaan di sekelilingnya bagaikan bergerak dengan begitu perlahan

Dia sedang terbaring di katil tetapi dia tidak tahu dirinya ada di mana sekarang

Sayu-sayu suara dari tepi membuatkan dia menoleh dan mengerutkan dahinya bingung

Kelihatan Zen dan Zui berdiri di situ tetapi dia tidak dapat melihat wajah mereka dengan jelas disebabkan pandangannya yang masih tidak jelas

"Ge..pa..ka..tak apa..ke?" suara Zui kedengaran sayu-sayu di telinganya

Gempa terus menunduk lalu mengerakan kepalanya ke kiri dan kanan. Cuba menghilangkan sakit di kepalanya dan pandangan kaburnya

"Ermm..?"

Satu tepukan lembut hinggap di bahunya membuatkan Gempa mengangkat kepala dan matanya terus bertembung dengan mata Yuki

"Gempa..okey?"

Deg!

Bisikan suara seorang gadis kedengaran membuatkan Gempa menjadi terkejut dan cuba mencari pemilik suara itu

Yuki kelihatan tersenyum nipis kearah dia dan bibirnya tidak menunjukan bahawa dia bersuara

"Gempa..kenapa ni?"

Sekali lagi,suara gadis kedengaran membuatkan Gempa memandang ke arah Yuki. Entah kenapa dia merasa pemilik suara itu adalah Yuki

Tetapi..dia tidak mengeluarkan suara jadi..bagaimana mungkin Yuki boleh bersuara?

"Gempa..kau okey tak?" Tanya Zen menyentakkan Gempa

"Ha-Hah? oh! Ya,aku okey je. Cuma pening sedikit"

"Fuhh Syukurlah..kami dari tadi panggil kau tapi kau tak jawab pun" kata Zui pula

"Maaf lah..aku dari tadi terdengar suara gadis.." Kata Gempa memegang kepalanya

Zui dan Zen berpandangan,mereka tahu maksud dari kata-kata Gempa. Kuasa mereka pengawal gelombang kot,mestilah boleh merasakan getaran di sekeliling mereka

"Maksud kau,suara Yuki?" Tanya Zen yang sudah kembali duduk

"Apa maksud kau?"

"Suara yang kau dengar tadi adalah suara Yuki"

"Mustahil! Yuki tak boleh bersuara,jangan sembarangan bercakap" kata Gempa, kelihatannya dia sedikit marah dengan kata-kata Zen yang seperti jenaka untuk dia

"Yuki memang tak boleh bercakap. Yang Gempa dengar ni adalah suara hati Yuki"

Suara itu kedengaran lagi disertai tepukan perlahan di bahu Gempa lalu dia menoleh dan melihat ke arah Yuki yang tersenyum ke arah dia

"Ba-bagaimana...?" Gempa kelihatan mula bingung

"Mungkin sebab dia berikan kau sedikit cebisan kuasa miliknya sebab tu boleh boleh mendengar suara Yuki" jawab Zen

"Dia? Siapa yang kau maksud kan?"

Pertanyaan dari Gempa membuatkan mereka bertiga terdiam

"Gempa tak tahu?"

"Kau tak ada berjumpa dengan dia ke?"

Gempa cuba mengingat nya tetapi itu hanya membuatkan kepalanya semakin sakit

"ark!..tak,aku tak ingat" jawab Gempa memegang kepalanya semula

"Begitu ke.. kalau begitu kami pun tak boleh beritahu" kata Zen

"Apa maksud kau? Beritahu aku siapa dia yang kau cakapkan tu?"

"Suatu hari nanti kau pasti akan mengetahuinya kerana sekarang bukanlah masa yang sesuai" kata Zui

Gempa hanya diam lalu dia pun menganggukkan kepalanya tanda faham

"Tunggu! Macam mana dengan yang lain? Shadow okey ke? Kak Yanita macam mana? Pahlawan yang tertinggi? mereka di mana?"

Bertubi-tubi soalan Gempa berikan kepada mereka bertiga

"Semuanya baik-baik sahaja,kau yang terakhir tidak sedarkan diri selama 1 bulan lebih"

Suara dari pintu membuatkan mereka berempat menoleh dan kelihatan Ritsuna berdiri di situ

Gempa membesarkan matanya tanda dia terkejut apabila mendengar kata-kata Ritsuna

"sa-satu bulan!?"

"lebih" sambung Zui membuatkan Gempa semakin tak percaya

"Kau terus tak sedarkan diri sebaik sahaja berada di dekapan Yuki" kali ini Zen pula menyambung

Gempa mengusap kasar wajahnya dan memasang wajah bingung

"Tapi.. kenapa rasa seperti baru beberapa jam tak sedarkan diri..?"tanyanya pada diri sendiri

"Dah kalau koma memang macam tu" kata Zen dengan selambanya

"Kau adalah yang paling lama tak sedarkan diri. Pahlawan tertinggi iaitu Blaze dan Taufan sedarkan diri setelah lima hari" Kata Zen

"Kak Yanita hanya berehat di sini tiga hari. Shadow pula berehat di sini selama seminggu" sambung Zui

"Hali,Thorn dan Abang dah pergi dari sini pada hari itu"

"Sekarang ini,Yanita kembali ke kerjanya sebagai pelatih diikuti Shadow begitu juga dengan kelima-lima pahlawan tertinggi yang kembali meneruskan misi mereka" sambung Ritsuna

"Begitu kah..Terima kasih beritahu" kata Gempa memberikan sebuah senyuman nipis

-------

-----

---

-

Pada malam itu, kelihatan Gempa sedang duduk di pondok yang berada di taman itu

Kesemua penghuni asrama telah pun terlelap dan masuk ke alam mimpi termasuk Zen dan Zui. Mungkin Yuki juga sama

Gempa memandang lambang di tangan nya itu lalu menyentuh lambang itu

Dia bersyukur kerana tiada siapa mengetahui identiti dia selain Yuki,Zen dan Zui

Yah..Zen dan Zui dah beritahu kepada dia sewaktu di bilik rawatan tetapi itu tidak membuatkan dia risau

Kerana dia yakin dan percaya yang Zen dan Zui pasti boleh menjaga rahsia dia

"Kenapa kau masih di sini? Bukan kah besok adalah misi pertama kau?"

Gempa terus tersentak lalu menoleh ke arah suara itu dan kelihatan seseorang berjalan ke arah dia

Gempa terus bangun apabila melihat orang itu adalah Hali,salah satu pahlawan tertinggi

"Yang Tertinggi, sebenarnya saya masih belum merasa letih" jawab Gempa menundukan sedikit kepalanya

Dia cepat-cepat memakai semula sarung tangan dia

Hali pun duduk di sebelah Gempa dan mengarahkan dia untuk turut sama duduk

"Boleh aku tanya sesuatu?"

"Ya,boleh..silakan lah"

"Apa sebab kau masuk ke academy ini?Apa kau juga ingin mencari punca siapa yang menyebabkan Yuki menjadi begitu?"

Gempa diam seketika mendengar pertanyaan Hali dan tak lama lepas itu dia bersuara

"Ya,itu adalah salah satu sebab saya masuk ke sini"

"Jadi kau mempunyai banyak sebab. Apa sebab lainnya mengenai..diri kau?" Tanya Hali semakin mengecilkan suaranya

"Begitulah..."

Hali pun tidak bertanya lagi,dia menunduk lalu memandang pada sebuah lencana di tangannya yang dari tadi lagi dia bawa

Lencana berwarna Perak dengan jalur keemasan di setiap sudutnya

"Lencana kau belum diberi semula bukan?"

Gempa mengangguk sambil memandang Hali yang sudah pun berdiri membuatkan dia turut sama berdiri

"Lencana saya telah musnah sewaktu di medan pertempuran itu"

Hali memandang lencana di tangannya lalu mengangkat lencana itu ke hadapan,memberi Gempa melihatnya

"Ini lencana peringkat pertama milik aku dulu,ianya istimewa kerana buatan tangan dari..Ratu. Tapi sekarang aku akan berikan pada kau"

Hali terus memakaikan lencana itu pada tepi baju Gempa

"E-eh!? Tak apa ke?" Tanya Gempa,dia berasa segan menerimanya

"Tak apa,kau layak menerimanya" kata Hali dan Gempa hanya diam,dia tidak memahami maksud lelaki di depannya itu

"Tolong jaga lencana ini baik-baik,ianya akan beruba warna dan peringkat mengikut sejauh mana kekuatan mu"

"Terima kasih Yang tertinggi!" Gempa menundukan kepalanya

"Tolong.Panggil sahaja aku...Hali"

Sebaik sahaja mengatakannya,dia terus mengusap rambut Gempa membuatkan Gempa tersenyum gembira

"Baiklah,Hali"

Sekilas di lihat, mereka seperti abang dan adik yang mempunyai sebuah hubungan keluarga yang besar dan tinggi

Sebesar dan setinggi gunung dan tiada siapa boleh memusnahkannya

--------

------

---

Hali berjalan masuk ke dalam istana itu,ingin menuju ke biliknya

Dia dan Gempa ada berborak kosong sewaktu berada di pondok taman itu

Hali mula melihat diri dan sifat sebenar dari lelaki itu.

Kesemuanya yang ada pada diri Gempa membuatkan Hali teringat akan seseorang

Seorang Wanita yang Hali panggil..bonda

Gempa mempunyai sifat yang sangat sama dengan Ratu Crisalyna

Hali menghentikan langkahnya apabila melihat seorang wanita sedang duduk di kerusi menghadap ke tingkap istana

Hali pun terus menunduk hormat

"Hali,kamu dah balik?" Tanya Ratu Crisalyna cuba memastikan orang di depannya itu

Matanya yang sudah tidak berwarna itu memandang ke arah bayangan seseorang di depannya

Hali berjalan ke arah Ratu lalu melutut di hadapan Ratu. Dia mengambil lembut tangan Sang Ratu dan dia dekatkan ke pipinya

"Ya,Hali dah pulang bonda"

Ratu tersenyum gembira lalu memegang kedua-dua pipi Hali,mengusap pipi anak angkatnya itu dengan penuh sayang

"Apa Hali baru pulang dari misi?"

Hali menggelengkan kepala

"Hali pergi berjumpa dengan seseorang"

"Siapa?"

Hali mengukirkan satu senyuman lalu memegang kedua-dua tangan Sang Ratu yang berada di pipinya

"Seseorang yang istimewa untuk bonda"

Sang Ratu terdiam mendengarnya tetapi tak lama lepas itu dia mengukirkan senyuman

"Begitu kah?..Terima kasih memberitahunya"




[TBC]

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro