66

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

                           AKHIRNYA, majlis selesai dengan baik. Usai mandi dan menukar ke baju tidur satin berwarna hitam aku melangkah keluar dari bilik air. Tongkat yang diletakkan di tepi pintu dicapai sebelum diselitkan ke lengan. Muncul senyuman lebar dibibirku saat melihat ke arah Brayan yang sedang duduk di birai katil, menatap gambar-gambar sewaktu majlis perkahwinan tadi.

Bibirnya tak lekang dari senyuman bahagia. Tak puas melihat satu gambar, dia melihat gambar yang lain pula. Turut sama reaksinya.

"Awak tengok apa?" Sengaja aku menegur ingin tahu.

Dia yang ralit melihat gambar-gambar itu terus berpaling memandangku yang terhegeh-hegeh berjalan menuju ke katil. Tanpa banyak soal, dia terus meletakkan gambar-gambar itu ke tepi lalu bangun mendapatkan aku. Kedua-dua belah tangannya memegang erat lenganku memastikan tubuhku seimbang semasa berjalan.

"Kenapa tak panggil aku?" Soal Brayan, ada nada risau kedengaran. Perlahan-lahan dia membawa aku ke ketil sebelum sama-sama melabuh punggung di situ.

"Saja. Saya cuba nak berdikari sendiri." Balasku. Takkan sampai bila-bila aku hendak harapkan pertolongan daripada Brayan? Namun lelaki itu geleng kepala tidak setuju. Matanya sedikit mengecil merenung.

"Aku takkan biarkan kau jalan tanpa aku.  Selagi belum sihat, kau tak boleh berdikari." Ujarnya. Jelas satu arahan. Dia tidak mahu kaki yang cuba untuk pulih itu menjadi makin teruk pula.

Aku sekadar mengangguk kepala tanda faham. Brayan tersenyum kecil. Lantas, sebelah tangannya naik menggosok kepalaku sebelum beralih mencapai gambar-gambar tadi semula.

"Tengok ni." Brayan menghalakan gambar yang diambil diatas pelamin tadi kepadaku. Menunjukkan aku dan dia sedang berdiri bertatapan antara satu sama lain sambil berpegangan tangan. Indah senyuman kami berdua waktu itu. Dikelilingi pula dengan hiasan bunga mawar putih disekeliling menambahkan seri pada gambar yang diambil.

"Kau nak tahu apa yang aku rasa waktu gambar ni diambil?" Soal Brayan, dia menatapku pula.

Aku geleng kepala tidak tahu. Namun, dalam masa yang sama rasa ingin tahu aku membuak-buak. Apa agaknya yang dia fikir waktu itu? Jika aku, memang penuh dengan gementar dan gugup saat kami saling berpandangan. Bukannya sekejap. Hampir 2 minit juga jurugambar itu menyuruh kami dalam keadaan begitu.

"I think I fell into your eyes." Luahnya, tepat merenung ke mataku. Lama. Aku tidak tahu bagaimana ingin respon. Namun, jantungku sudah berdegup kencang saat ini. Mujur sahaja aku sudah duduk, jika tidak pasti kakiku sekarang sudah tidak kuat untuk berdiri.

Aku hanya mampu tersengih-sengih. Kekok.

"Really? Ermm... tapi majlis tadi berjalan dengan lancarkan? Maksud saya tiada perkara buruk yang berlaku. Kawan saya Elly dengan Mel tu tak habis-habis puji pasal makanan. Diaorang asyik tanya saya awak beli daging apa? Tapi saya cakap tak tahu. Sebab awak yang uruskan bahagian tu. Adik-adik saya pun suka! Awak beli daging apa ya?"

Laju aku mengubah topik untuk menutup rasa tidak keruan di hati. Entah Brayan dengar atau tidak semasa aku sedang bercerita tadi. Macam tak berikan perhatian pun ada. Matanya sibuk bergerak-gerak memerhatikan rambut panjangku, ke seluruh wajah dan kemudian ke bibirku. Selepas itu tangannya naik pula mengusap lembut pipiku. Dapat aku lihat juga halkumnya yang turut bergerak-gerak saat dia menelan air liur.

Walaubagaimanapun aku tetap kena tenangkan diri.

"Aw... Awak?"

"Hmm?" gumannya. Anak matanya naik melihatku yang sedikit kaku.

"Awak dengar tak apa yang saya cakap?" Soalku, sekadar ingin memastikan dia dengar atau tidak. Kemudian, Brayan angguk kepala. Tangannya kini bergerak menjalar dirambutku. Rambut yang menutup sebahagian wajah disebabkan ke belakang telinga buatkan aku semakin gugup.

"Aku dengar. Betul ke diaorang nak tahu tu daging apa?" Soalnya.

Aku angguk kepala.

"Ya."

"Untuk apa?"

"Maybe diaorang nak masakkan untuk keluarga mereka?"

Brayan tersenyum sinis.

"Jadi aku takkan beritahu." balas Brayan. Dia menarik tangannya semula, gambar-gambar yang berada di atas paha itu di kutip lalu dia bangun menuju ke meja solek. Meletakkan semuanya di situ.

Keningku berkerut memandang dia yang sedang membelakangiku. "Kenapa?"

"Sebab tak elok untuk makan setiap hari. Lagipun... mereka takkan mampu miliki daging semahal tu." Ujar Brayan, dia mengemas sedikit alatan yang berada di atas meja solek itu agar kelihatan kemas.

"Saya hampir terlupa satu lagi. Tentang Aryan..." Aku bersuara lagi.

Brayan masih lagi mengemas. Entah apa yang bersepah di atas meja solek itu pun tidak tahu. Namun, matanya masih tepat memerhati ke cermin yang menampakkanku di belakang.

"Kenapa dengan Aryan?" Soal Brayan.

Aku mengetap bibir. Patutkah aku tanya atau tidak? Sesekali aku menyentuh dada. Merasakan debaran kuat saat ingin mengeluarkan soalan itu dari mulutku.

"Kalau saya tanya... awak jangan marah ya?"

Brayan angguk kepala.

Aku menelan air liur sebelum memulakan soalan.

"Betul ke... aw... awak marahkan saya sebab minta awak jemput Elly, Mel dengan keluarga saya datang ke majlis perkahwinan kita?" Tergagap-gagap aku bertanya. Punyalah gugup!

Tangan Brayan yang sedang menyusun alatan di atas meja terus berhenti. Dia tidak menoleh. Masih membelakangi aku. Namun entah mengapa aku rasa lebih takut jika dia tiba-tiba tidak bergerak seperti itu. Seakan-akan soalan aku mengundang amarah kepadanya.

"Aku..." Brayan bersuara sepatah.

Sekali lagi aku telan air liur menantikan sambungan ayat itu.

"Tak. Marah." Satu per satu perkataan ditekan menunjukkan bahawa dia benar-benar tidak marah tentang hal itu sebelum memusing menghadapku.

"Kan aku dah cakap, aku buat demi kau."ujarnya. Mengingatkan semula kata-kata sewaktu di majlis tadi.

Ya tak ya. Aku hampir lupa.

"Maaf kalau soalan saya tadi menyinggung awak. Saya cuma nak tahu. Kalau awak marah disebabkan permintaan saya, saya mungkin takkan ulanginya lagi."

Brayan sekadar tersenyum kelat. Dia kembali melabuh punggung di sebelah. Lantas, kedua-dua belah bahuku ditarik menghadapnya lalu dengan perlahan dia mengusap pipiku dengan lembut.

"Aku cuma nak buat kau gembira. Tak adillah kalau kau boleh turutkan permintaan aku tetapi aku tak bolehkan?"

Aku sekadar mengangguk kepala mengiyakan segala bicara Brayan. Dia kemudian berpusing sedikit ke belakang mencapai segelas cawan yang berada di atas meja lalu dihulurkan ke arahku.

"Minumlah. Aku buat untuk kau." Pelawanya.

"Lagi sekali?"

Dia mengangguk. "Selepas ni tiap-tiap malam aku akan hidangkan kau air. Kata doktor, kita kena minum air sebelum tidur. Bagus untuk badan. Lebih tenaga untuk esok pagi." Ujarnya. Siap memberitahu kebaikan minum air sebelum tidur lagi. 

Lambat-lambat aku mencapainya. Kepala menunduk sekilas melihat air di dalam gelas itu. Cuma air teh.

"Awak tak minum ke?" Soalku apabila melihat dia yang sedang memerhati daripada tadi.

"Aku dah minum semasa di dapur tadi."kata Brayan.

Perlahan aku mengangguk kepala tanda faham. Lantas, air teh itupun diteguk sedikit demi sedikit. Tidak sampai habis. Aku tinggalkan separuh kerana tidak mahu air terlalu banyak dalam badan. Kemudian, aku hulurkan semula gelas itu kepada Brayan.

"Tunggu sekejap, aku nak letak gelas ni." Pesan Brayan. Dia bingkas bangun dari katil bersama gelas tadi lalu diletakkan ke meja yang jauh sedikit dari katil. Setelah itu, dia kembali semula ke katil. Selimut ditarik menyuruh aku untuk masukkan kaki je dalamnya.

"Kena tidur sekarang. Esok ada temu janji dengan doktor."

Tanpa berikan alasan, aku akur dengan arahannya. Perlahan-lahan kakiku masukkan  ke dalam bawah selimut sebelum baringkan diri ke katil. Lantas, Brayan menarik selimut itu sampai ke paras dadaku. Setelah selesai, dia bergerak menuju ke ruang kosong di sebelahku lalu merebahkan diri di situ.

Lampu utama bilik ditutup. Tidak mahu terlalu gelap, dibiarkan lampu meja di sisinya sahaja yang terbuka.

"Turn to me." arahnya apabila aku baring menghadap ke siling. Lalu, aku pun mengubah posisi tidur menghadap ke arahnya. Sama-sama merenung wajah dalam suasana yang agak suram.

"Sweet dreams." Ucapnya, siap mengucup dahiku. Dielus rambutku buat beberapa saat. Kemudian dia menarik sebelah tanganku lalu dibawa rapat ke dadanya dan digenggam erat sebelum dia memejam mata.

Melihat dia yang sudah tidur, buatkan aku turut sama merasakan mengantuk. Perlahan-lahan kelopak mata yang terasa semakin berat ini menutup dengan rapat.

Seminit...

Dua minit...

Dia buka mata semula. Merenungku yang sudah pun dibuai mimpi.























Cadang nak habiskan cerita ni sebelum raya. Doakan saya banyak idea😌

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro