Bab 12

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

SEPANJANG perjalanan, Nayra hanya mendiamkan diri. Luthfi di depan beri konsentrasi penuh pada pemanduan. Nak ajak berbual, tapi mukanya tampak serius semacam. Tak berani aku nak buka suara. Pasti dia ini adalah pekerja yang paling amanah. Kalau aku tak buka mulut, dia pun tak buka mulut. Lebih kepada fokus pada kerjanya.

Namun, saat pandangan Nayra terlempar ke luar tingkap kereta. Dia pelik melihat kawasan sekitar yang dipenuhi dengan pokok-pokok yang meninggi. Kiri dan kanan, cuma ada pokok. Tiada kenderaan lain yang terlihat di laluan ini. Cuma beberapa kali sahaja aku nampak kereta keluar dan masuk. Itu pun mungkin kereta milik pekerja di rumah Tuan Brayan. Nampaknya, memang betullah kawasan itu adalah kawasan private. Hanya orang tertentu sahaja yang boleh masuk. Dan ini mungkin tanah milik Brayan. Tak tahu aku nak gambarkan macam mana rumahnya nanti. Pasti besar gila. Kalau dah dinamakan kaya, semua benda mahal nak dibeli.

"Dah lama ke encik bekerja dengan Tuan Brayan?" Akhirnya aku berani membuka topik setelah lama mendiamkan diri. Aku lihat anak mata Luthfi teralih sekilas ke arah cermin belakang. Tepat memandang aku di belakang. Kemudian, dia mengangguk kepala sebelum mata kembali fokus ke hadapan.

"Ya. Adalah dalam... empat tahun?"

Ooo... Empat tahun. Lama juga tu. Kepala Nayra terangguk-angguk.

"Encik ni driver kepada Puan Elena atau Tuan Brayan?" Aku tanya lagi. Entah celah mana aku dapat soalan banyak sangat. Tadi bukan main senyap lagi.

"Actually, saya driver kepada Tuan Brayan. Tapi dia jarang naik kereta ni. Dia lebih suka naik kereta sendiri. That's why dia arahkan saya untuk jadi pemandu kepada Madam sahaja." Ujarnya.

"Tuan Brayan tu... tua ke muda?" Aku bertanya lagi. Tapi kali ini, dia lebih memilih untuk mendiamkan diri. Kening Nayra berkerut. Salahkah soalan aku tadi? Takkan tanya tua ke muda pun di kira salah?

"Kenapa? Saya tak boleh tanya pasal dia ke?"

"Maybe Cik Nayra patut tengok dia sendiri nanti." balasnya.

Apa bezanya jika aku lihat sendiri atau bertanya sekarang? Ah, lantaklah. Mungkin Tuan Brayan tu dah tua. Itu sebablah dia tak berani nak cakap tua ke muda sebab dia hormatkan big boss.

"Err... jauh lagi ke nak sampai ke rumah Tuan Brayan?" Soal Nayra apabila dia rasa semakin jauh dari laluan bandar. Detik demi detik yang berlalu, kereta ini masuk lebih jauh ke dalam. Sehingga tak nampak lagi mana-mana bangunan tinggi yang mencacak langit dibina. Kenapa jauh sangat rumah Tuan Brayan ini dari dunia luar? Mungkin Tuan Brayan ini seorang yang suka bersendiri dan bencikan suasana yang bising.

Tak sangka, masih ada orang yang suka duduk kawasan jauh dari manusia yang lain. Tak bosankah?

"Tak jauh dah. Lagi beberapa minit kita akan sampai." Jawab Luthfi. Dan memang benar katanya, tak sampai beberapa minit kereta yang dinaiki mereka diberhentikan sebaik sahaja tiba di hadapan sebuah pintu gerbang yang besar. Nayra terpaku sejenak. Memang tak salah lagi tekaannya tadi. Rumah agam yang terbina di dalam sana memang besar, tinggi dan luas. Dengan mengekalkan konsep elegan dan mewah.
Di tengah-tengah ada taman roundabout. Terdapat juga tasik buatan di sebelah kiri rumah dan dibina satu pondok kecil yang dihias dengan tema klasik.

"Selamat tengahari Encik Luthfi!" Sapa pengawal yang menjaga di pintu gerbang. Luthfi tersenyum.

"Selamat tengahari. Boleh tolong bukakan pintu?"

"Boleh, Encik. Sekejap ya." Dia masuk ke dalam pondok guard dan menekan satu butang yang dicipta khas untuk membuka pintu gerbang secara automatik. Sekali tekan, terus ia terbuka secara perlahan-laham. Seolah-olah menyambut kedatangan sebagai tetamu terpaling istimewa.

Dan kereta yang dipandu Luthfi kembali bergerak masuk ke halaman yang luas itu. Semakin membulat mata Nayra, terkaku melihat ke arah garaj yang memanjang itu. Pelbagai jenis kereta mahal disusun dengan kemas. Ada Buggati, Mercedes, BMW dan banyak lagi. Semuanya ada 6 jenis kereta. Fuh! Tuan Brayan ni minat mengumpul kereta mahal agaknya.

"Silakan keluar, Cik Nayra." Terlalu terpukau melihat kereta-kereta di bawah garaj itu sampai tak sedar kereta yang dinaikinya sudah pun berhenti. Pintu di sebelah kanan dibuka oleh Luthfi, mempelawa Nayra untuk keluar.

Tanpa menunggu lama, Nayra terus keluar dari perut kereta.

"Selamat datang, Cik Nayra. Happy to see you here." Seseorang menegurnya. Nayra toleh ke arah tepi. Seorang wanita berumur 40-han namun masih lagi kelihatan menawan. Berambut panjang yang diikat kemas dengan mengenakan kemeja berwarna hitam dan seluar slack. Sedang senyum mesra ke arahku.

Nayra turut membalas senyumannya. Mungkin ini Puan Nora Elena yang aku hubungi semalam.

"How are you, Cik Nayra?" Sampainya begitu mesra sambil tangan kanan dihulur ingin dijabat. Cepat-cepat aku menyambut dengan tersengih seperti kerang busuk. Tak sangka aku bakal bekerja di rumah mewah begini.

"I'm fine! Puan pula?"

"Sama juga macam awak." Jawabnya, kemudian tangan mereka yang sedang berjabat terlerai.

"Saya minta diri dulu." Pamit Luthfi sebelum beredar meninggalkan kawasan itu dengan keretanya.

"Mari kita ke dalam, Cik Nayra." Ajak Puan Nora Elena. Aku akur sahaja. Kami pun sama-sama menapak langkah masuk ke dalam rumah agam besar itu. Mataku tak lepas melilau ke segenap penjuru, ada sahaja yang menarik perhatian. Tepi, kiri, kanan, atas dan bawah semuanya aku lihat macam kanak-kanak baru melihat dunia baru.

"So, macam mana perjalanan ke sini tadi? Encik Luthfi ada ganggu awak ke?" soalnya.

Nayra menggeleng kepala. "Tak ada. Dia senyap lagi adalah. Saya yang asyik buka topik."

"Baguslah. Memang itu sepatutnya kerja dia. Pekerja di sini tak boleh sesuka hati berbual. Sebab itu Encik Luthfi diam sahaja."

"Kenapa macam tu?"

"Sebab Tuan Brayan tak sukakan pekerja yang banyak cakap atau... ramah? Better keep silent." Ujarnya. Nayra terdiam. Jadi maknanya tadi aku dah buat satu kesalahankah?

"Jadi tadi tu saya dah kacau kerja dia ke?" Soalku, takut. Sudahlah Luthfi baru sahaja bagitahu aku yang dia bekerja di sini hampir empat tahun. Takkan gara-gara aku ajak dia berbual, terus dia diberhentikan. Namun, Puan Nora Elena itu boleh pula ketawa.

"Nasib awak baik sebab awak bukan pekerja. Jadi dia takkan disalahkan apa-apa." balasnya.

Aku menghembus nafas lega. Nasib baik. Hampir luruh jantung sekejap tadi.

"Ada apa-apa yang Cik Nayra nak tanya pasal saya tentang kerja ni?" soalnya apabila melihat aku yang membisu secara tiba-tiba. Oh, ya! Aku memang nak tanya sesuatu pun.

"Err... kalau saya kerja dekat sini apa tugasnya? Saya cuma kena kemas aje ke atau kena buat benda lain jugak?"

"Good question. Kalau awak terima untuk berkerja dekat sini, awak akan kerja setiap hari Isnin sampai Khamis. Jumaat, Sabtu dan Ahad awak akan dapat cuti dan diberi kebenaran untuk keluar dari kawasan ni. Tugas awak bukan sahaja kemas rumah, tapi awak reti memasak?"

Aku angguk laju. "Reti! Saya kan bekas pekerja di Perfectionist Restaurant? Sayalah cheff dekat sana."

Dia tersenyum. "More better. Sebab awak memang kena masak dekat sini. Setiap pukul 10 malam sebelum awak tidur."

"Oh, kenapa? Siapa yang nak makan waktu pukul 10 tu?" Soalku ingin tahu.

"Tak ada siapa."

Keningku berkerut. "Kalau macam tu baik tak payah masak. Membazir."

"It's not about that. Kadang-kadang Tuan Brayan balik ke rumah. Kadang-kadang tidak. Jadi dia balik atau tak, awak tetap kena masak. Pasal membazir tu, saya tak rasa ya. Sebab kalau Tuan Brayan tak balik, makanan tu akan diberi pada pekerja di sini sahaja. Jadi Cik Nayra jangan risau."

"Okay, saya faham. So saya akan tinggal dekat rumah tumpangan atau macam mana?" tanya Nayra lagi.

Puan Nora Elena menggeleng kepala. "Tidak. Awak takkan tinggal dekat rumah tumpangan. Awak akan tinggal dalam rumah ni. Bilik pun dah disediakan."

"Habis kalau Tuan Brayan tu balik macam mana? Takkan saya tinggal sekali dengan dia? Kan macam tak manis?" Eh, eh banyak soal pula aku ni. Dah nama pun rumah dia, suka hati dialah nak tinggal dekat mana?

"Kan saya dah cakap. Dia jarang balik. Cik Nayra tak perlu risau apa-apa. Rumah ni pun dah hampir penuh dengan usang sebab dia tak gunakan langsung perabot-perabot dekat sini."

"Sibuk sangat nampak gayanya." Gumamku perlahan. Beginilah kehidupan orang kaya, beli rumah bukan main mewah dan besar tapi tak duduk pun dekat rumah sendiri. Kalau boleh 24 jam melekat di tempat kerja. Patutlah orang kata, kaya tak semestinya bahagia. Kadang-kadang kaya ini pun mungkin menambahkan tekanan dalam hidup sebab terlampau fikirkan tentang pekerjaan dan duit.

"Jadi Cik Nayra nak terima atau tak bekerja di sini?" Soal Puan Nora Elena inginkan kepastian. Kami berhenti melangkah sebaik sahaja tiba di ruang tamu. Dia memusing menoleh ke arahku dengan senyuman lebar.

"Kalau saya terima, bila saya akan start kerja?"

"Lagi awal lagi bagus. Kalau esok awak nak terus bekerja pun, saya sangat alu-alukan. Bilik untuk awak pun saya dah kemaskan siap-siap. Cuma awak kena kemas baju dan pindah ke sini sahaja. Kalau awak sudi bekerja mulai esok, saya akan bagi jadual dan kontrak untuk awak tanda tangan sekejap lagi. Dan ada beberapa peraturan yang awak kena patuhi."

"Peraturan? Apa peraturannya?"

"Maaf. Saya tak boleh bagitahu selagi awak tak tanda tangan pada kontrak perjanjian untuk bekerja dekat sini. Tapi awak jangan risau, peraturannya mudah sahaja. Tak berat mana pun."

Kalau Puan Nora Elena dah berkata begitu, makin kuat hati aku bersetuju ingin bekerja di sini. Lagipun, peluang pekerjaan apa lagi yang ada? kalau aku menolak, kemungkinan besar peluang ini takkan datang lagi. Jadi sebelum ia terlepas ke tangan orang lain, baik aku rampas cepat-cepat! Tempat tinggal pun diberi, makan pun diberi, apa lagi yang tak cukup? Kira untung juga siapa yang bekerja di sini kerana semuanya di tanggung.

Paling penting, jauh dari lelaki bernama Yan itu. Kononnya selalu intip aku kan? Heh, selepas ni jangan harap dia dapat peluang untuk intip aku lagi! Nak masuk ke sini pun bukan main payah.

Kemudian aku angguk kepala tanda setuju. Keputusan aku muktamad. "Saya setuju untuk kerja dekat sini. Saya akan kemas beg selepas balik nanti. Lagipun saya bukannya buat apa pun. Baik saya kerja terus aje daripada bertangguh."

Puan Nora Elena mengulum senyum kecil. "Betullah tekaan saya, awak memang pekerja yang bagus. Sia-sia mereka yang pecat awak sebelum ni. Sekejap ya, saya nak ambilkan surat kontrak dan jadual bekerja." Pamitnya sebelum melangkah ke arah meja kopi yang diperbuat daripada kaca. Di atas meja itu ada beberapa keping kertas bersaiz A4 dan sebatang pen. Dia mengambil semua itu dan kembali meluru ke arahku.

"Ini surat kontrak. Awak boleh baca dulu dan tanda tangan di sini." Dia menunjuk ke arah ruang kosong yang ada di hujung kertas. Aku mengangguk kepala. Lantas, surat kontrak itu dicapai. Aku membaca terlebih dahulu setiap baris ayat yang ditaip kemas pada kertas sambil kepala terangguk-angguk kononnya faham setiap maksud yang disampaikan.

Apa yang aku boleh ringkaskan, setelah aku menanda tangani surat ini ia bermaksud aku bersetuju untuk bekerja dan bakal mendapat gaji rm10,000 sebulan. Dan jika prestasi kerja aku semakin baik, kemungkinan besar gaji aku akan dinaikkan lebih tinggi. Selain daripada itu, aku juga harus patuhi setiap peraturan yang ditetapkan. Sekiranya salah satu peraturan dilanggar, pekerja layak dihukum atau didenda.

Nayra angguk kepala tanda faham. Tanpa menunggu lama, aku terus tanda tangan pada surat itu dan serahkan pada Puan Nora Elena semula.

"Terima kasih, Nayra. Ini jadual kerja awak dan peraturan di sini." Dia menyerahkan pula dua keping kertas kepadaku. Satu jadual kerja, satu lagi kertas yang menyenaraikan semua peraturan yang aku harus patuh. Dan semuanya ada tujuh peraturan.

1. Tidak boleh membawa mana-mana lelaki masuk ke dalam rumah Tuan Brayan

2. Dilarang membawa masuk makanan dari luar tanpa kebenaran.

3. Sentiasa letakkan note di pintu jika mahu keluar.

4. Jangan benarkan lelaki masuk rumah.

5. Sentiasa sediakan makan malam di meja pada pukul 10.

6. Dilarang masuk ke dalam bilik bawah tanah serta bilik Tuan Brayan.

7. Jangan rosakkan sebarang perabot atau barang milik Tuan Brayan terutama sekali lukisan di galeri.

Kening Nayra berkerut seketika saat menyedari peraturan 1 dan 4 sama. Malah aku hanya jongket bahu. Mungkin dia tercopy-paste ayat yang sama? Tapi boleh tahan berat juga peraturan. Buatnya salah satu dilanggar tanpa sedar, entah apalah hukuman yang bakal dikenakan.

"Macam mana Cik Nayra?"

"Saya okay aje. Peraturan tu tak adalah ketat sangat. Tapi kenapa tak boleh bawa lelaki masuk ke rumah ya?"

"Sebab Tuan Brayan tak nak ada apa-apa berlaku benda buruk dalam rumah ni. Awak pun tahu kalau lelaki dan perempuan berdua-duaan apa yang akan jadikan?"

Nayra mengangguk kepala tanda faham. Ya, aku tahu. Pasti Tuan Brayan tidak mahu orang buat maksiat dalam rumah. Selepas itu, tempatnya juga yang jadi kotor nanti.

"And start from now, you just can call me Madam. Tiada apa yang awak perlu risaukan. Tuan Brayan pun tak ada dalam beberapa hari. Jadi mungkin awak tak perlu buat lagi sarapan pada pukul 10. Sebaiknya awak tunggu sahaja saya keluarkan arahan. Just focus on your job and enjoy it."

"Tuan Brayan ke mana?" aku menyoal sekadar ingin tahu. Punyalah panjang lebar dia bercakap, tapi aku lebih tertarik ingin tahu big boss itu ke mana? Sibuk bukan main. Kerja apa agaknya?

"Awak tak perlu tahu tentang tu. Tugas awak cuma jaga rumah ni seperti nyawa awak. That's it." Balasnya.

Terdiam terus Nayra apabila dia berkata begitu. Jaga rumah macam jaga nyawa. Terus jantung diserang debaran yang luar biasa. Entah mengapa tiba-tiba rasa menyesal pula kerana tanda tangan terlalu awal pada kontrak. Ah, tak apalah. Mungkin Puan Nora Elena cuma mahu ajak bergurau.

Nayra buat-buat ketawa sekadar untuk menyembunyikan rasa takutnya. Kekok.

"Ba... Baik. Saya akan jaga sebaik mungkin."

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro