Bab 13

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

                      “LAJUNYA you accept tawaran tu Nayra. You betul-betul dah fikir masak-masak ke?" Soal Mel sambil tangannya menyusun baju ke dalam beg bagasiku. Elly pun turut ada membantu aku mengemas barang-barang yang penting untuk dibawa ke rumah Tuan Brayan nanti. Sewaktu aku hubungi mereka dan cakap yang aku terima tawaran tu. Mereka terus bergerak ke rumah aku, kononnya perjumpaan kali terakhir sebelum aku berpindah ke rumah agam itu.

Nayra mengangguk kepala dengan yakin. "Aku dah tak ada pilihan lain lagi, Mel. Lagipun, Puan Nora tu bukan scammer macam yang kau cakap sebelum ni. Dia betul-betul serius tentang kerja ni."

"I know... tapi you tak rasa pelik ke? You dapat tawaran tu tepat pada masanya you diberhentikan. I takut kalau Puan apa entah namanya tu... tipu you or pergunakan you!"

Nayra tersenyum kelat memandang Mel yang jelas mengambil berat tentang dirinya. Mel tunduk kepala ke bawah sambil bibir dicebik.  Merajuk lah tu!
Nayra cuba menahan diri dari ketawa. Beg bagasi di atas katil aku tolak ke tepi lalu aku dekatkan jarak dengan Mel. Bahu Mel dipegang.

"Mel... Puan Nora tu baiklah. Takkan dia nak pergunakan aku pula? Untuk apa?"

"Yes, I tahu dia baik. Tapi dia muncul secara tiba-tiba you faham tak?"

"Mungkin inilah yang dinamakan rezeki, Mel. Lagipun, kalau aku tolak tawaran tu. Kerja apa lagi yang aku ada? Aku dah tak ada masa nak tangguh-tangguh benda macam ni. Aku perlukan duit. Family aku tu pun bukannya terurus sangat."

"Kenapa you tak nak pinjam duit I je untuk sementara waktu?" Soal Mel. Aku mengeluh kecil.

"Kau pun tahu aku tak suka meminjamkan, Mel? Aku tak nak ada hutang dengan sesiapa. Kau jangan risaulah. Aku pandai jaga diri dekat sana. Kerja housemaid aje pun."

Dia mencebik lagi. Kali ini aku dah tak mampu menahan tawa. Terus tergelak melihat reaksi yang ditunjukkan oleh Mel. Aku cuit pipinya berkali-kali sehingga muka masamnya itu berubah ceria semula.

Dan akhirnya perbuatan itu berjaya membuatkan dia gembira. Senyuman kembali terukir dibibir Mel. Aku turut senang.

"Nayra!" Panggil Elly.

Nayra sedikit tersentak. Terus aku menoleh ke belakang memandang Elly yang sedang berlari anak ke arahku sambil matanya masih tertumpu pada skrin telefon bimbit milikku. Dia melabuh punggung di tengah-tengah antara aku dan Mel. Mukanya berkerut. Dalam masa yang sama penuh tanda tanya. Dia mengalihkan skrin telefon itu kearahku, menunjukkan mesej yang baru masuk dari nombor seseorang yang tidak dikenali.

Finally mine.”

“Finally mine.”

“Finally mine.”

Mesej itu dihantar berkali-kali dengan ayat yang sama. Aku pandang wajah Elly.

"Siapa orang ni? Kenapa dia hantar mesej macam ni dekat kau?" Tanya Elly, mulai curiga. Sengaja dia memeriksa telefon bimbit milik Nayra tadi dan tak sangka tiba-tiba mesej ini masuk bertubi-tubi. Hatinya pun turut berdebar. Takut, gelisah semuanya bercampur baur. Risau jika pengirim mesej ini adalah orang yang 'bahaya'.

"Entah. Dia memang selalu hantar mesej macam tu. Jangan dilayanlah. Biar je."balasku selamba.

"Biar aje? Hei, Nayra... aku yang baru tengok mesej dia ni pun dah naik meremang kau tahu tak? Semua mesej-mesej lama dia aku dah scroll baca tadi. Ayat-ayat yang dia bagi semuanya maksud tak berapa nak jelas. Tapi, dia macam nak sampaikan sesuatu yang dia akhirnya dah dapat kau. Ish, hati aku tak sedaplah!"

"Haah lah, you tengok ayat yang ini pula!" Mel menunding jari ke arah mesej yang dihantar pada pukul 12 malam semalam. Serentak mereka melihat kearah mesej yang ditunjuk.

I can't wait to meet you, My lady."

“Why does the clock move so slowly, My treasure?"

Kini Elly dan Mel memandangku pula menantikan penjelasan. Entah apa aku nak cakap. Bagiku, mesej itu biasa sahaja. Tiada apa yang perlu ditakutkan. Dulu pun mak pernah pesan, kalau dapat mesej bukan-bukan. Abaikan sahaja. Jika diabai, orang tu pun mungkin dah penat hantar mesej.

"Alaa... kauorang ni jangan risaulah. Nanti dia stop lah hantar mesej macam tu."

"Mana kau tahu, Nayra? Aku tengok dia dah hantar mesej dekat kau berkali-kali. Hampir setiap hari pulak tu! Means, dia takkan berhenti hantar mesej dekat kau."

Mel mengangguk laju tanda setuju. Dia turut berpendapat begitu. Jika pengirim mesej ini sengaja hantar untuk menakut-nakutkan Nayra, mungkin dia akan hantar beberapa kali sahaja. Tapi ini hampir setiap hari. Tidak nampak seperti ada tanda-tanda mengalah dari pengirim sehinggalah Nayra akan menjadi miliknya.

Nayra mengeluh. "Habis kau nak aku buat apa? Cari dia? Dekat situ pun dah jelas-jelas unknown number. Macam mana aku nak jejak dia? Biarlah dia... budak-budak aje Kut?"

"You ingat budak-budak boleh tulis ayat macam ni ke?" Soal Mel.

"Budak zaman sekarang banyak yang dah berubahlah. Entah-entah IQ diaorang lagi bijak dari kita yang sekarang. Eh, sudahlah... aku nak sambung kemas. Karang Encik Luthfi tu dah sampai rumah, tak pasal-pasal aku buat dia menunggu pulak." Bebelku, kemudian bangun dari birai katil melangkah ke arah meja solek. Alat-alat solek dan segala krim wajah yang berada di atas meja aku masukkan ke dalam beg khas untuk meletakkan barangan makeup.

Tatkala Elly dan Mel masih lagi curiga dengan mesej-mesej yang dihantar oleh pengirim misteri itu. Mereka terus scroll skrin itu ke atas, melihat setiap mesej yang dihantar sebelum ini. Dan tiba-tiba, satu lagi mesej masuk. Cepat-cepat mereka turun ke bawah semula.

"Don't interfere."

GULP! Elly dan Mel laju-laju berpaling memandang muka sesama sendiri. Gugup.











                     SEKEPING cek ditolak ke arah Puan Fatimah. Bersinar anak matanya melihat angka yang tertulis di atas cek itu. Benarlah, wanita itu tidak menipunya. Lambat-lambat dia mencapai cek itu dengan senyuman yang tak lekang dari bibir sejak tadi. Dalam hati dah melompat-lompat gembira. Rasa macam nak jerit sepuas-puasnya betapa gembiranya dia hari ini mendapat duit seperti yang dijanjikan. Selepas ini, tak perlulah dia nak bersusah-payah meminta wang dari Nayra lagi.

"Cukup?" Soal Puan Nora Elena apabila melihat Puan Fatimah yang masih lagi terkesima melihat cek yang dipegangnya. Sedangkan Puan Fatimah mengangguk laju. Tipulah kalau dia kata duit sebanyak lima ratus ribu itu sikit. Hampir setengah juta tu!

"Cu... Cukup. Terima kasih sangat-sangat, Puan!"

Puan Nora Elena tersenyum sinis. Dah agak Puan Fatimah bakal menyukai jumlah wang yang ditawarkan. Jika dia minta ingin ditambah pun, itu tak menjadi masalah. Big bossnya tak pernah berkira sedikit pun tentang duit. Janji, apa yang dimahukan dapat. Itu sahaja.

"Jadi mana barang yang saya minta tu?"

"Oh, ada! Ada!" Lekas Puan Fatimah bangun dari sofa, berlari tergedek-gedek ke arah almari kaca yang berada di sebelah kanan. Satu fail plastik dibawa keluar lalu dia kembali ke arah Puan Nora Elena yang masih setia duduk di ruang tamu. Suhail, Najmi dan Jiha pula cuma duduk di atas karpet. Melihat sahaja tetamu itu dengan pandangan kosong. Mereka masih terlalu muda untuk berfikir apa yang Puan Fatimah lakukan sekarang.

"Ini dia. Segala dokumen pasal anak saya, saya dah masukkan dalam ni. Surat beranak pun ada sekali." Ujar Puan Fatimah sambil menghulur fail plastik itu kepada Puan Nora Elena. Dia menyambut dengan senyuman lebar.

"Terima kasih, Puan. Saya harap lepas ni semuanya dah selesai. Kalau Puan rasa duit tu tak cukup, hubungi aje saya. Saya akan suruh bos saya untuk transfer ke akaun Puan."

"Ish, dah terlebih cukup dah ni! Buat susah-susah aje. Tapi boleh tak saya nak tanya sesuatu?"

"Apa yang Puan nak tanya?" Soalan berbalas soalan.

"Err... Bos puan tu nak buat apa sebenarnya dekat anak saya?" Tanya Puan Fatimah dengan nada sedikit perlahan. Tidak mahu anak-anaknya yang lain dengar. Dia memandang Puan Nora yang tersenyum sinis.

"Jangan risau. Dia takkan buat apa-apa yang buruk pun pada anak Puan. Lagipun, kita dah berjanji. Setelah selesai semua ni, Puan dah takkan ada kena mengena dengan dia lagi."

"Saya tahu benda tu cuma... di... dia bukannya nak bunuh, kan?"

Puan Nora Elena tergelak kecil. Tergeleng-geleng kepalanya mendengar soalan Puan Fatimah yang jelas takut jika niat Bosnya itu adalah jahat. Tapi apa yang dia dapat simpulkan, niat Bosnya bukan ingin mencederakan wanita itu. Dia cuma mahu wanita itu sentiasa berada dekat dengannya. Atau lebih tepat, ingin 'menjaga' buat selama-lamanya.

"Dia takkan buat perkara macam tu pada anak Puan. Puan boleh percayakan saya." Ujar Puan Nora Elena. Dia mengeluh kecil. Baguslah jika anak perempuannya tidak di apa-apakan. Dia pun risau juga sebenarnya.

"Kalau dah tiada apa-apa, saya minta diri dulu?" Pamitnya.

"Eh tak nak minum air dulu?"

"Tak apa. Saya kena cepat." Kemudian dia bangun dari sofa. Begitu juga dengan Puan Fatimah. Mereka sama-sama melangkah ke arah pintu utama. Kelihatan pemandu peribadinya sudah sedia menunggu di luar pagar. Setelah sahaja dia melangkah keluar dari kawasan perumahan ini, bermakna apa-apa urusan dengan keluarga kecil ini sudah pun tamat.

"Terima kasih sekali lagi sebab sudi beri kerjasama." Usai berkata begitu, dia terus berlalu masuk ke dalam perut kereta. Puan Fatimah hanya mampu mengangguk dan melambai ke arah kereta Rolls Royce Cullinan yang berlalu meninggalkan kawasan perumahannya.

Cek ditangan ditatap sekali lagi. Betulkah keputusan yang dia buat ini? Baru sekarang dia terfikir.

"Mak jual Kak Nayra ke?" Jiha bertanya. Hatinya kuat ingin tahu tentang perjanjian Puan Fatimah dan tetamu tak dikenali itu. Apa yang dia dengar tadi, lebih kepada duit dan juga kakaknya.

Puan Fatimah menoleh ke belakang. Mukanya tampak geram dengan soalan yang keluar dari mulut budak kecil itu.

"Hei, kau apa tahu? Ini hal orang tua! Jangan masuk campur!" Tempik Puan Fatimah secara tiba-tiba. Dia mendengus sebelum berlalu masuk ke dalam bilik.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro