Bab 15

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

                        KELAM-KABUT Nayra berlari ke kiri saat tubuh lelaki yang berkelakuan kurang ajar itu tersembam jatuh ke tanah dengan kuat. Nayra menekup mulut. Baru beberapa minit tadi, aku lihat Yan ditumbuk dan terus tumbang seperti orang yang lemah. Tapi bila dia bangun semula terus lelaki itu dibelasahnya cukup-cukup. Sama seperti pertemuan aku dan dia waktu di lorong dahulu. Dia jadi semakin kuat dan berani apabila melihat aku diapa-apakan. Aku keliru. Apa yang sedang jadi sebenarnya?

Nayra yang terpacak berdiri masih dalam keadaan separa panik. Dapat dia lihat muka Yan yang merah padam. Bengis dan tegang. Nampak seolah-olah dia betul-betul marah kali ini. Sehingga tak berani aku untuk masuk campur. Tapi apabila mata teralih ke arah lelaki yang dibelasah itu sudah semakin lemah.  Aku jadi semakin panik. Takkan nak biar Yan pukul sampai lelaki itu mati?

"Awak, cukup! Sudahlah tu!" Nayra menghalang. Aku cuba memberanikan diri untuk masuk campur. Lengan baju panjang Yan ditarik agar mundur ke belakang. Namun, ditepis kasar membuatkan aku tersentak.

Mataku membulat memandang Yan yang merenung tajam ke arahku dengan nafas turun, naik. Aku telan air liur. Kesat.

"Kau duduk situ diam-diam kalau tak nak terlibat sama." Sepintas lalu sahaja dia berkata sebelum berhadapan dengan lelaki yang dibelasah tadi semula. Nayra terdiam. Kaku. Kata-kata Yan itu satu amaran atau ugutan? Aku tak pasti. Tapi apa yang boleh aku simpulkan, dia tak nak aku untuk masuk campur dalam hal ini atau... aku pun mungkin akan di belasah juga?

Itukah maksudnya?

"Listen here!" Kolar baju lelaki itu dicengkam kasar lalu ditarik rapat ke muka ketatnya. Tubuh si lelaki yang dibelasah itu sudah longlai. Mukanya penuh lebam akibat ditumbuk dan disepak. Namun, dia pasti telinga lelaki itu masih peka untuk mendengar setiap bait bicara amarannya.

"Aku tak nak kau mati depan dia. Lari sejauh mana kau boleh lari lepas ni asalkan jangan bertembung dengan aku. Atau kau sendiri boleh faham nasibnya, kan?" Bisiknya berbaur satu amaran keras.

Dia mengangguk dengan lemah. Yan tersenyum sinis. "Sekarang aku nak kau minta maaf pada dia. Minta maaf!" Suara Yan kembali meninggi. Ditolak tubuh lelaki yang dibelasah itu ke arah Nayra. Nayra sedikit terjerit kecil. Terkejut saat muka lelaki itu hampir menyembah ke hujung kuku kakinya. Mujur aku sempat berundur beberapa tapak ke belakang.  Kalau tidak, tak pasal-pasal dia dapat cium kaki aku!

"Ma... Maafkan abang, dik." Rayunya begitu lemah. Aku hanya mampu mengangguk kepala tanda sudah memaafkan kesalahannya yang mengasari aku tadi. Dengan harapan tidak mahu lelaki itu dibelasah oleh Yan lagi. Harapnya begitu.

Yan tersenyum menyenget. Dia duduk bertinggung di atas tanah. Sekali lagi kolar baju lelaki itu ditarik kasar, memaksa menghadap wajahnya semula.

"You're lucky... she forgave you. But unfortunately not me. Go!" Ditunding dahi lelaki itu dengan kasar sehingga kepalanya sedikit terdongak. Menghalau lelaki itu pergi. Terhuyung-hayang dia bangun mengimbangi diri sebelum terus cabut lari. Tak sampai beberapa minit, susuk tubuhnya lesap dari pandangan mata. Nayra masih lagi tercengang.

Yan mencorek senyum kelat sebelum kembali berdiri. Dia memandang aku yang berdiri kaku. Tak bergerak.

"Kau okay?" Dia menyoal. Kali ini nada suaranya kembali mendatar. Aku tersentak. Terus menoleh memandang wajahnya.

"Kau?" Keningku berkerut tidak faham. Bukankah baru semalam dia bahasakan diriku sebagai 'awak'? Tubuh lelaki itu kelihatan sedikit mengeras saat dia tersedar sesuatu. Dia berdahem.

"Sorry. I mean... awak. Yes, awak okay?" Dia mengulangi soalan. Kedengaran sedikit kekok apabila dia menggunakan perkataan 'awak'. Makin berlapis dahi Nayra melihat perwatakan lelaki yang berdiri dihadapannya sekarang. Tapi diabaikan sahaja. Nayra geleng kepala.

"Saya tak apa-apa. Awak tu yang okay ke tak? Sebab bibir awak tu..."

"I'm fine." Balasnya sambil mengesat darah yang mengalir di tepi bibirnya menggunakan belakang tangan. Macam lap airskrim yang comot dibibir sahaja dia buat. Bagiku nampak teruk kesan luka itu tapi melihat reaksinya seolah-olah menunjukkan yang luka itu langsung tidak memberi apa-apa kesan padanya. Dia nampak tenang.

"Where's your driver? Aku nak jumpa dia."

"Huh?" Aku tak faham. Mata berkedip-kedip memandang Yan yang menatapku penuh serius.

"Dalam kereta tu?" Dia menyoal sambil menunding jari ke arah kereta Rolls Royce Cullinan berwarna hitam yang terparkir tidak jauh dari situ.

"Err... " Belum sempat aku hendak menjawab, kakinya terlebih dahulu melangkah laju ke arah kereta itu. Ah, sudah! Apa dia nak buat? Nayra mula tak keruan. Tanpa menunggu lama, aku pun turut berlari anak mengejarnya. Jangan kata dia mahu belasah Luthfi pula sudahlah!

"Awak nak buat apa? Di... Dia bukan driver sayalah. Dia tu pekerja Tuan Brayan."

"So?"

So? Dengan selambanya dia cakap so? Dia fikir dia siapa mahu belasah si Luthfi itu? Tak! Aku tak boleh biarkan dia jumpa Luthfi. Lantas, aku melajukan lagi langkah dan terus menghalang jalannya. Kedua-dua belah tangan didepa. Dan tak sangka, tindakan aku itu berjaya menghentikan langkahnya serta-merta.

"Kau buat apa ni?" soalnya, tidak puas hati. Geram mungkin kerana aku menghalang jalannya. Ada sedikit rasa gerun apabila ton suaranya berubah garang tapi aku buat-buat berani sahaja.

"Awak tak boleh serang dia. Dia pekerja Tuan Brayan. Dia bukannya driver saya. Bos dia yang suruh tumpangkan saya."

"Sebab itu aku nak jumpa dia. Dia sepatutnya pantau kau. Bukannya duduk sahaja dalam kereta macam makan gaji buta!"

"Siapa kata dia makan gaji buta? Dia tu kerja sebagai driver jadi buat apa dia nak pantau saya?"

"Sebab dia yang bawa aku ke sini!" Dia melangkah ke arah sebelah kanan. Tetap ingin bertemu dengan Luthfi. Dengan pantas, Nayra juga bergerak ke kanan. Jangan harap aku akan biarkan dia jumpa Luthfi! Dia langsung tak ada kena mengena dengan apa yang terjadi tadi. Lagipun, memang salah aku pun. Aku yang cuai kerana jalan tak tengok ke hadapan.

Kedengaran Yan mengeluh seperti sambil sebelah tangannya meraut wajah. "Jangan. Halang. Jalan. Aku. Please." Sepatah demi sepatah dia menyebut dengan nada menahan geram. Namun, Nayra tetap geleng kepala.

"Saya takkan biarkan awak jumpa dia."

"Why?"

"Sebab dia tak ada kena mengena pun! Awak siapa nak jumpa dia? Saya ada hal lagi penting sekarang. Dan saya kena pergi cepat dari sini. Kalau awak belasah dia macam awak belasah lelaki tadi, siapa yang nak hantar saya ke sana? Tempat tu cuma pekerja dia aje yang boleh masuk!"

"You still have me. I can send you there." Selamba sahaja dia membalas sebelum kakinya melangkah ke arah sebelah kiri pula. Nayra juga turut bergerak ke sebelah kiri. Kedua-dua belah tangannya sudah terasa lenguh kerana dari tadi asyik terangkat, kalau diturunkan sikit sah-sah lelaki ini akan terus menerjah ke arah Luthfi.

Dia mengatup mata seketika. Sebelah tangannya sudah dikepal kuat. Nafas ditarik sedalam-dalamnya sebelum dilepaskan secara perlahan-lahan. Cuba untuk menenangkan diri. Dia tidak mahu mengapa-apakan Nayra. Sebaliknya dia cuba untuk berlembut dengan wanita itu sebaik mungkin. Cuma dia tak pasti, sama ada kesabarannya mampu ditahan atau tidak. Nayra belum cukup mengenali siapa dirinya yang sebenar.

"Nayra... kau belum kenal aku sepenuhnya. Jadi jangan buat perkara yang aku tak suka." Dia memberi amaran awal-awal.

"Saya terpaksa. Awak tak perlu pun buat semua ni. Dia tak salah. Tugas dia cuma hantar saya. Dia bukannya pekerja awak pun sampai awak nak marah-marah. Dan siapa saya pada awak sampai awak nak bertindak macam ni?"

"I know who you are for me, Nayra." Suaranya seakan-akan menahan geram. Juga terselit rasa kecewa apabila aku bertanya soalan itu.

Nayra terdiam. Mata berkedip-kedip memandang wajah lelaki itu dengan muka penuh tanda tanya. I know who you are for me? Maksudnya?

Sekali lagi aku nampak dia hembus nafas. Kali ini sedikit berat sebelum dia mara selangkah mendekatiku. Aku telan air liur. Jarak kami saat ini sangat rapat sehingga aku tak dapat untuk bernafas. Nak bergerak seinci pun kaki terasa seperti terkunci. Dia menatap anak mataku dalam-dalam. Sejujurnya, pandangan lelaki itu boleh buatkan aku terselam jauh ke dalam sudut hati. Cepat-cepat aku berpaling ke tepi dan berdahem. Cuba untuk membuang perasaan kekok itu jauh-jauh.

"Awak dah kenapa ni dekat-dekat? Saya tak selesalah." Aku berundur dua tapak ke belakang. Kali ini terasa lega sedikit apabila jarak tak sedekat tadi. Dapatlah aku bernafas semula.

"No one can control me and no one can stop me like this. But you can. You're very important to me. That's the answer for your question, who you are for me." Ujarnya dengan mengukir senyuman penuh makna. Kening Naya berkerut. Mata tak berkelip memandang wajah lelaki itu. Kemudian, Yan mengundur beberapa tapak ke belakang. Sekilas anak matanya mengerling ke arah Luthfi yang masih berada di dalam kereta. Kelihatan si pemandu itu sedang leka dengan telefon bimbitnya. Dia tersenyum menyenget.

"He will be fired." Usai berkata begitu dia terus beredar pergi. Meninggalkan Nayra yang masih berdiri kaku.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro