Bab 16

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

                        SEPANJANG perjalanan menuju ke rumah Tuan Brayan, Nayra hanya membatu sahaja. Fikirannya tak berhenti berfikir tentang Yan. Malah wajah lelaki itu tak hilang dari bayangannya. Kata-katanya sering kali berlegar-legar di dalam kepala. Dia kata aku penting dalam hidup dia? Apa maksudnya? Adakah aku pernah kenal dia sebelum ini? Ah, tak mungkin! Waktu kali pertama aku bertemu dengan dia adalah di lorong. Aku tak pernah kenal pun siapa Yan sebelum ini.

Tapi kenapa lelaki itu pelik sangat? Cara perwatakan dia sekejap berubah-berubah. Kadang-kadang baik, kadang-kadang mencurigakan. Ada waktu dia asyik senyum sepanjang masa, ada waktu dia buat muka ketat, bengis, tegang dan garang.

Siapa Yan yang sebenarnya?

"Cik Nayra okay?"

Bahu Nayra sedikit terhinjut ke atas saat mendengar suara Luthfi menegurnya. Terus dia angkat kepala memandang Luthfi dari cermin belakang. Dia lihat anak mata lelaki itu memandangnya menantikan jawapan. Nayra tersengih nampak gigi sambil membetulkan juntaian rambutnya yang sedikit serabut.

"O... Okay."

"Saya tengok muka Cik Nayra macam bermasalah sahaja. Ada apa-apa yang tak kena ke?"

Nayra pantas menggeleng kepala menafikannya. "Eh, tak adalah. Saya okay aje. Cuma pening sikit."

"Pening?" Sepasang kening Luthfi terangkat ke atas.  Kemudian aku terasa kereta bergerak dengan perlahan. Sebelah tangan Luthfi masih kemas menggenggam stereng kereta, manakala sebelah lagi meraba-raba ke dalam dashboard mencari sesuatu. Keningku berkerut. Apa pula yang Luthfi sedang cari? Kemudian sepapan penadol dikeluarkan lalu dihulur kepadaku.

Oh, dia cari penadol untuk aku rupanya. Baik sungguh hati pekerja Tuan Brayan ni. Aku tersenyum.

"Makanlah. Air pun ada."

"Terima kasih." Aku mencapai sepapan penadol itu.

"Jangan terima kasih dekat saya." Dia berkata sebelum kembali menumpukan perhatian pada pemanduan. Sekali lagi dahiku berkerut. Tak faham dengan maksud ayatnya. Tapi aku malas nak fikir lebih-lebih dan lupakan sahaja. Sebiji penadol masuk ke dalam mulut lantas air mineral diteguk perlahan-lahan.

"Sebab semua barang dalam kereta ni milik Tuan Brayan bukan saya." Sambung Luthfi. Hampir tercekik aku mendengarnya. Mata membulat besar memandang lelaki itu yang hanya menayang senyum tak bersalah. Terbatuk-batuk aku saat ini. Ditepuk dada berkali-kali, menghilangkan rasa senak akibat tersedak tadi.

"Ke... Kenapa awak bagi dekat saya penadol ni kalau semua barang dalam kereta ni milik bos? Kalau dia tahu yang saya guna barang dia, tak ke dia marah nanti? Atau... awak sengaja nak saya kena marah dengan dia?"

Luthfi tertawa kecil. Jauh betul wanita itu berfikir. Takkanlah dia sengaja nak sabotaj Nayra pula. Entah-entah belum sempat dia hendak mengenakan Nayra, nyawanya terlebih dahulu melayang ke langit.

"Bukanlah, Cik Nayra. Barang dalam kereta ni dah lama tak digunakan. Kan saya pernah cakap, Tuan Brayan jarang naik kereta ni. Dia akan naik bila waktu penting sahaja. So dari biarkan benda tu terperap lama dekat dalam dashboard, baik saya bagi Cik Nayra telan satu."

"Tapi itukan barang big boss? Mana boleh guna sesuka hati walaupun dia jarang masuk kereta ni sekalipun."

"Eh, tidak. Salah satu peraturan yang ditetapkan dalam buku The rules Tuan Brayan adalah melayan tetamu dengan sebaik mungkin. Termasuk bila Cik Nayra sakit kepala, itu tanggungjawab saya untuk ambil peduli." Terangnya dengan jelas. Nayra mengeluh kecil.

"Tapi saya bukan tetamu, saya pun akan jadi pekerja dekat rumah Tuan Brayan. Dah tanda tangan dah pun..."

"Esokkan baru mula kerja? Bukannya hari ini. So, Cik Nayra masih lagi digelar tetamu." Ujar Luthfi. Aku geleng kepala. Apa-apa ajelah. Kalau aku kena marah dengan Tuan Brayan nanti sebab makan penadol dia, memang aku cekik si Luthfi ni!

"Saya lupa nak tanya... Tuan Brayan tu kerja apa ya? Besar betul rumah dia. Siap ada tanah sendiri lagi." Aku mengubah topik kepada yang lain pula. Sengaja aku ingin tahu. Lihat kawasan perumahannya yang begitu luas dan mewah buatkan aku tertanya-tanya Tuan Brayan itu bekerja sebagai apa?

"Cik Nayra pernah dengar tentang muzium art N e'mio?"

"Macam pernah."

"Itulah muzium milik Tuan Brayan. Dekat situ ada lukisan Tuan Brayan yang hampir cecah ribuan dollar. Dia juga ada buat pameran patung lilin. Nanti mungkin Cik Nayra berpeluang untuk tengok. Kerja dia terlampau banyak sebab itulah Tuan Brayan jarang ada dekat rumah dia sendiri."

"Ooo..." Terangguk-angguk kepala Nayra mendengar Luthfi bercerita. Patutlah bukan main sibuk lagi orangnya.

"Mesti Tuan Brayan tu bujangkan?" Nayra sekadar meneka. Kalau dah begitu sekali sibuknya, celah mana nak cari teman wanita? Malah Luthfi menggeleng kepala. Eh? Salahkah tekaan aku tadi? Maknanya Tuan Brayan tu dah ada bini ke?

"Dia dah ada isteri ke?"

"Will be." Ringkas sahaja dia menjawab.

"Girlfriend dia pernah ke datang rumah Tuan Brayan tu?"

"Tak."

"Habis macam mana awak tahu yang dia 'bakal' ada isteri?"

"Khabar angin. Dulu, ada seorang pekerja Tuan Brayan ni pernah pecah masuk ke dalam bilik kerja dia. Dan dalam bilik tu penuh gambar 'perempuan' tu. Dengar cerita... dia kenal perempuan tu sejak zaman sekolah menengah." Ujar Luthfi. Aku tersenyum sendiri. Kiranya crush lamalah ni? Oh, so sweet. Sanggup tunggu dari zaman sekolah sehingga ke dewasa. Setia sungguh!

"Tak sangka sibuk-sibuk pun ada masa lagi nak bercinta."

"Well, he's Brayan. And he will get what he wants."












                           USAI mengeluarkan semua beg bagasi milik Nayra, bonet kereta pun ditutup. Kemudian Luthfi memusing memandang Nayra yang berdiri di sebelah kiri pintu kereta. Dia mengukir senyuman lebar.

"Hati-hati ya Cik Nayra. Yalah, duduk seorang diri aje kan dekat dalam rumah ni nanti? Kalau ada apa-apa yang tak kena. Cik Nayra boleh call saya." Ujarnya seraya menghulurkan sekeping kad yang tertulis nombor telefonnya di situ. Tak fikir lama, aku terus mengambilnya.

"Terima kasih. Awak janganlah risau. Bukannya ada orang jahat pun dalam rumah ni."

"Saya cuma cakap aje. Kita tak tahu 'bahaya' yang akan datang, kan?"

Nayra angguk kepala mengiyakan kata-kata Luthfi itu. Memang benar. Tiada siapa boleh tahu 'bahaya' yang akan menimpa kepada diri seseorang. Kadang-kadang, sedang beristirehat pun boleh ditimpa perkara buruk. Kuncinya cuma satu, perlu bersedia dengan apa yang akan kita lalui nanti.

"Apa-apa pun, saya seronok berkenalan dengan Cik Nayra. Maaflah kalau sebelum ni saya macam sombong sikit nak layan Cik Nayra. Saya cuma jalankan kerja sahaja. Tak ada niat langsung nak menyombongkan diri."

"Eh, tak apalah. Saya faham. Saya pun suka bercakap dengan awak. Maybe kita boleh jadi kawan rapat pula selepas ni?" Cadangku.

Dia jongket sebelah kening ke atas.

"Kenapa perlu selepas ni kalau boleh sekarang?" Soalnya dengan nada bergurau. Aku ketawa. Betul juga katanya. Kalau boleh sekarang aku dan dia menjadi kawan, mengapa perlu tunggu nanti? Lama-lama jadi bestfriend juga.

"Baiklah. Kalau macam saya perkenalkan diri sekali lagi. Saya Nayra Rausa. Boleh panggil Nayra." Ujarku memperkenalkan diri sekali lagi sambil sebelah tangan kanan dihulur ke arah Luthfi. Dia tersenyum.

"Saya Mohamad Luthfi..." Saat anak matanya mengerling sekilas ke arah tingkap kaca sebelah kanan yang berada di tingkat tiga, terus bicaranya mati dengan sendiri. Raut wajah yang tadinya gembira terus bertukar cuak. Cepat-cepat dia menarik tangan yang hampir menyalami tangan wanita itu. Oh  god! Dia terlupa sesuatu.

Kening Nayra turut berkerut melihat reaksi Luthfi yang berubah terlalu pantas. Kenapa ni? Ada yang tak kenakah?

"Sa... Saya minta diri dulu, Cik Nayra." Tergesa-gesa dia meminta diri untuk pergi sebelum berlari masuk ke dalam perut kereta. Langsung tak sempat untuk aku mengucapkan apa-apa, pacuan empat roda itu sudah menghilang. Mengapa agaknya dia terus berubah takut? Dia ternampak sesuatu ke?

Nayra mendongak ke atas memandang ke arah yang Luthfi lihat tadi. Tiada apa-apa pun ditingkat itu. Cuma langsir yang bergerak-gerak ditiup angin.

"Cik Nayra dah sampai?" Sapa Puan Nora Elena, dia mengatur langkah menghampiri Nayra. Terus pandangan Nayra teralih ke arahnya. Sekelip mata dia lupakan apa yang terjadi tadi.

"Haah, baru je Madam." Jawabku.

"Kalau macam tu marilah masuk. Saya tunjukkan bilik Cik Nayra." Pelawanya, aku mengangguk kepala. Lantas, beg bagasi milikku ditariknya. Padahal aku sudah meminta untuk membawanya sendiri, tapi Puan Nora Elena tetap bertegas ingin tolong. Jadi aku akur sahaja dan mengekor langkahnya dari belakang menuju masuk ke dalam rumah agam itu. Mulai saat ini, aku sudah masuk ke satu alam yang baru. Alam dimana penuh dengan peraturan Tuan Brayan. Moga-moga semuanya berjalan dengan lancar.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro