Bab 45

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

                     KELIRU. Aku tak pasti apa yang telah terjadi kepada Brayan. Bangun sahaja daripada tidur, Puan Nora Elena terus mengajak aku ke hospital. Kelam-kabut juga situasi tadi. Semasa di dalam kereta, aku dapat melihat kenderaan lain dipotong dengan laju. Satu demi satu dipotong. Tak kira bahaya yang menanti. Jelas mereka begitu tergesa-gesa ingin ke hospital.

Kini, aku hanya tercongok di sisi katil pesakit. Menatap wajah Brayan yang pucat masih belum sedarkan diri dengan kepala berbalut. Kenapa agaknya Brayan jadi begini?

"Bila bos saya akan sedar doktor?" Suara Puan Nora Elena menjengah ke telinga. Jelas sekali kerisauan. Aku menoleh ke hujung katil, memerhati Puan Nora Elena yang berdiri di hadapan doktor lelaki itu. Menantikan jawapan.

"Saya tak pasti. Sepatutnya Tuan Brayan dah boleh sedar sekarang. Maybe sekejap lagi. Puan jangan risau ya?" kata doktor itu. Puan Nora Elena mengeluh berat. Bagaimana dia tak risau jika melihat keadaan Brayan yang masih lagi tidak sedarkan diri? Sekilas dia menoleh memandang Brayan yang terbaring di atas katil pesakit. Lelaki itu serupa mayat hidup sudah dimatanya. Hanya kaku tak bergerak.

"Tapi sebelum tu..."

Puan Nora Elena kembali memandang doktor itu.

"Kenapa doktor?"

"Perkara yang melibatkan mencederakan diri sendiri ni, pihak hospital mewajibkan kami untuk buat mental health test kepada pesakit. Mungkin bila dia dah sedar nanti, kami akan adakan sedikit uji kaji tentang mental health Tuan Brayan. Sebab Puan kata, Tuan Brayan tiba-tiba sahaja cederakan diri tanpa sebab. Kemungkinan besar Tuan Brayan ada penyakit berkaitan dengan mental. Perkara ni tak boleh dibuat main."

Puan Nora Elena hampir sahaja ketawa mendengarnya. Apa yang doktor ini cuba sampaikan? Nak kata Tuan Brayan ni gilakah?

"Doktor cuba nak kata bos saya ni gila ke?" soal Puan Nora Elena sedikit tidak puas hati. Sedangkan doktor itu menggeleng menafikannya.

"Tak semestinya penyakit mental ini adalah gila, Puan. Kadang-kadang disebabkan stress, trauma, or genetic boleh menyebabkan seseorang itu kemungkinan besar ada masalah dengan kesihatan mental. Kalau boleh, kami cuba rawat sebaik yang mungkin. Kalau dibiarkan sahaja berlarutan tanpa melakukan fisioterapi, amalkan ubat... benda ni akan jadi makin teruk. Lagi-lagi kalau Tuan Brayan memiliki bipolar atau dissociative identity lagilah perkara ni harus diambil serius."

"Kenapa pula?'

"Bimbang jika halusinasi mereka akan menghantui setiap masa. Pesakit akan lebih rasa tergganggu dan ada kemungkinan besar untuk mereka cuba bunuh diri sendiri atau bunuh orang lain."

Puan Nora Elena terdiam sejenak.

"Sekurang-kurangnya, kalau kita dapatkan rawatan. Psikiatri boleh bantu untuk hilangkan apa yang mengganggu mereka sedikit demi sedikit supaya mereka boleh jadi seperti orang normal semula." Sambung doktor itu.

Suasana tiba-tiba sahaja menjadi sunyi. Puan Nora Elena kematian kata. Apa yang doktor itu katakan semuanya masuk akal. Apatah lagi nak dibandingkan bidangnya dan bidang doktor itu memang jauh beza. Perawat lebih mengetahui apa yang mereka harus lakukan jika seseorang itu mengalami sakit. Dia pula? Langsung tak tahu apa-apa.

"Saya minta diri dulu jika dah tiada apa-apa lagi." Pamit doktor itu, mengatur langkah ke pintu keluar.

"Sekejap doktor!" halang Puan Nora Elena. Langkah doktor itu berhenti di pintu. Dia memusing memandang Puan Nora Elena yang meluru ke arahnya.

"Saya ada beberapa soalan lagi nak tanya doktor tentang DID."

"Kalau macam itu, kita boleh berbual di luar. Bagi ruang untuk Tuan Brayan berehat." Cadangnya. Puan Nora Elena mengangguk setuju. Kemudian, dia memusing memandang Nayra yang berada di sisi katil.

"Cik Nayra duduk sini dulu ya. Saya nak keluar sekejap." Pinta Puan Nora Elena.

Aku mengangguk akur.

"Baik, Madam."

"Jangan ke mana-mana." Pesannya sekali lalu sebelum melangkah keluar daripada bilik sakit. Kini cuma tinggal aku sahaja bersama Brayan yang masih lagi belum sedarkan diri. Suasana sepi dan sunyi. Hanya bunyi kipas berpusing sahaja yang kedengaran.

Sesekali aku menguap. Mengantuk. Dah pukul berapa agaknya sekarang? Anak mata melilau ke segenap bilik, tercari-cari jam jika ada. Namun malangnya tiada. Aku mengeluh kecil.

"Baik aku pergi basuh muka. Pasti lama lagi dekat sini." Gumamku seorang diri. Aku mengundurkan kerusi roda ke belakang.

"Huh?!" Terkejut bukan kepalang tatkala ada tangan yang lain menyambar pergelangan tanganku secara tiba-tiba. Erat sungguh genggamannya.  Laju aku mengangkat wajah memandang si empunya badan.

Mata membuntang terkejut.

"Aw... Awak dah..."

"Syhh!" Sebelah tangannya terus menekup mulutku. Melarang aku mengeluarkan sebarang bunyi bising. Sekilas dia menoleh ke arah pintu, tiada tanda-tanda doktor atau misi yang menuju ke bilik ini. Dia kembali memandangku.

"Don't make some noise, my treasure. I hate doctors. I don't want to meet him." Bisik Aryan. Melihat aku yang kaku tak berkutik, perlahan-lahan Aryan menjatuhkan tangannya daripada menekup mulutku.

Aku terdiam tak mampu berkata apa-apa. Dalam disudut hati, aku sudah menggigil takut. Namun, sedaya-upaya aku cuba untuk mengawal diri agar tidak menunjukkan reaksi negatif itu. Aku pasti, Aryan akan marah jika dia lihat aku pandang dia serupa jumpa hantu.

"Finally, saya boleh jumpa awak lagi. Hari ni dah tiga kali saya jumpa awak. Kan bagus kalau tiap-tiap hari macam ini." Aryan tersenyum sambil menongkat dagu memandangku.

Aku masih lagi tak bersuara.

Aryan mengeluh.

"Awak marahkan saya ke tentang hal tadi? Baiklah, saya minta maaf. Saya tak ada niat nak buat awak takut dengan saya. Apatah lagi nak ragut maruah awak. Saya cuma... tak suka bila orang anggap saya ni cuma halusinasi Brayan. Jadi saya harap, awak tak cakap benda tu lagi."

"Kenapa awak buat Brayan macam ni?" Soalku, langsung tidak ada kena-mengena dengan apa yang Aryan sedang bicarakan.

Kening Aryan berkerut. Raut wajahnya terus bertukar.

"Saya buat apa?"

"Awak dekat hospital. Jadi awak rasa?" soalan dibalas soalan.

Aryan diam seketika cuba untuk memproses maksud wanita itu. Kemudian, dia berdecik dengan senyuman sinis.

"Maksud awak... saya cedera Brayan?" Aryan meneka. Dia ketawa kecil. Malahan aku masih lagi merenungnya dengan pandangan serius.

"Awak dah mula ambil berat tentang dia? Seriously, My treasure?" Soalnya seolah-olah tak percaya.

"Bukan itu yang saya nak dengar..."

"Dan saya pun tak nak dengar tentang Brayan." Laju Aryan memotong.

Aku terdiam.

"Satu benda yang saya paling tak suka, adalah tentang dia. Apatah lagi kalau awak sebut nama dia depan saya, Nayra. Awak sendiri tahu, saya dengan dia tak ubah macam musuh dalam selimut. So why did you ask about him at me?" Soalnya begitu beremosi sekali.

Air liurku telan. Masih lagi cuba berlagak tenang walaupun sudah melihat muka Aryan yang memerah. Rahangnya terketap-ketap. Dia dah mula marahkah?

Relax Nayra. Jangan takut. Omelku di dalam hati.

"Kalau Brayan ada peraturan, saya pun ada peraturan juga. Pertama jangan sebut pasal Brayan depan saya. Kedua, jangan cakap yang saya ni tak wujud atau cuma halusinasi."

"Sudahlah, awak jangan nak merepeklah Aryan!"bentakku dalam masa yang sama sebelah tanganku turut dihayunkan ke mukanya. Ingin mengembalikan Brayan semula. Namun, tangan Aryan lebih pantas menangkap pergelangan tanganku. Aku tergamam. Mata membulat.

Seluruh tubuhku sudah menggigil. Alamak! Tak kenalah pula. Apa aku nak buat ni? Air liurku telan. Kesat. Tatkala melihat anak mata hijau itu merenung ke dalam anak mataku dengan tajam. Semakin berdebar aku dibuatnya. Aryan turun dari katil, kini dia sudah berdiri terpacak di hadapanku. Perlahan tubuhnya membongkok, menyamakan ketinggiab. Wajahnya mendekat. Nafasku terasa semakin kencang.

"Nombor tiga, jangan cuba untuk gantikan saya dengan Brayan. And look what are you trying to do now? Do you miss Brayan, my treasure?"

Aku geleng kepala.

Dia senyum senget.

"Jadi kenapa awak nak tampar saya? Hmm?"

"Tak. Sa... Saya bukan nak tampar awak. Ta... Tapi..." Otakku cuba memproses idea. Cepatlah fikir otak oi! Aku semakin cemas. Tak sampai sesaat, tiba-tiba aku terfikir sesuatu. Seolah-olah ada lampu mentol menyala di tepi kepala, begitulah otak aku berfungsi sekarang. Pantas!

"Nyamuk! Ada nyamuk dekat pipi awak tadi." Ujarku dengan pembohongan klise. Ah, janji ada juga alasan kenapa aku nak tampar dia tadi.

Bawah bibirku gigit saat anak matanya mengecil merenungku serupa tak percaya.

"Kenapa? Awak ingat saya suka Brayan? Pleaselah! Saya tak pernah suka dia. Dia tu selalu sakitkan saya. Daripada saya jumpa dia, baik saya jumpa awak. Sekurang-kurangnya, awak jaga saya dengan baik. Awak tak pernah lukakan saya. Jadi saya tak perlu terseksa bila awak yang muncul." Aku mula menyusun ayat.

Bibir Aryan tercoret senyuman sedikit. Jelas, dia percaya dengan kata-kata aku. Pegangannya juga terasa semakin longgar.

"Tipu!"

"Lah! Buat apa saya nak tipu? Awak ada nampak muka saya ni macam penipu ke? Saya tak kesahlah kalau Brayan tu tak muncul. Biar awak yang ambil alih tubuh dia sampai ke esok pun saya tak kesah. Saya lagi suka!"

"Really?"

Aku angguk kepala dengan bersungguh-sungguh.

"Then I will stay until tomorrow." katanya dengan tersenyum lebar.

Aku tersengih.

"Baguslah. Ada jugalah peneman saya. Kalau tidak saya mesti kesunyian. Bilik Brayan tu dah lah sepi. Asyik dengar bunyi nyamuk aje setiap kali nak tidur. Bingit sampai saya rasa nak tampar macam ni!"

PAP!!

Laju tangan aku singgah ke pipinya. Kuat. Sehingga terteleng kepalanya ke kiri. Aku senyum menang.

"Arghh... stop slaping me like that or you want to die!" Marah Brayan. Dia menggosok pipinya yang memerah akibat ditampar. Rasa membahang sahaja.

"Awak sendiri cakap kalau saya tampar Aryan, awak tak kesah." Ujarku mengingatkan semula apa yang dia pernah katakan kepadaku malam tadi. Aku peluk tubuh.

"Kau tampar Aryan?" Soalnya.

Aku mengangguk kepala.

"Okay. Aku tak kesah." Balasnya selamba. Tangannya kembali jatuh ke bawah. Tak ada lagi reaksi sakit daripadanya. Malah, Brayan nampak tenang seperti tiada apa-apa yang berlaku sebentar tadi.

Aku terlopong. Cepat sungguh dia bertukar reaksi?

"Macam itu aje?" Keningku berkerut tak percaya.

"What?"

"Awak langsung tak peduli lepas saya kata saya tampar Aryan?"

Brayan menjuih bibir.

"Aku tak kesahlah tentang dia. he's not my problem."

"Tapi awak adalah dia."

"Aku bukan dia!"

"Maaf." Aku tunduk kepala ke bawah. Terlepas cakap pula.

Brayan menjeling menyampah. Dia memeluk tubuh. Sekilas anak mata mengerling ke segenap bilik. Rasanya ini bukan bilik tidur di rumah agamnya tetapi macam bilik...

Brayan jadi gelabah.

"Aku dekat mana ni?!" Soal Brayan, tak henti memandang sekeliling ruang bilik itu seperti orang gila.

"Dekat hospitallah. Tak rasa ke kepala awak tu pedih sebab luka?"

"Kepala?" Brayan sentuh kepala. Baru tersedar kepalanya dibalut dengan kain. Terus fikirannya memainkan semula apa yang terjadi di dalam bilik air sehingga menyebabkan dia pengsan. Ah, tak guna kau Aryan! Brayan ketap bibir. Tanpa berfikir panjang, terus pembalut di kepalanya itu ditanggalkan.

Aku tergamam.

"Awak nak buat apa tu?"

"Aku tak nak duduk sini. Aku nak keluar! Kau kena ikut aku."

"Huh? Pergi mana?"

"Mana-mana sahaja asalkan bukan tempat yang dinamakan hospital!" Terus kain pembalut luka itu dicampakkan ke lantai. Luka di dahinya juga kelihatan sudah kering. Tanpa menunggu lama, dia terus menolak kerusi rodaku menuju keluar daripada bilik sakit dengan pantas. Aku terpinga-pinga. Ke mana pula dia nak bawa aku pergi ni?

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro