bab 46

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

            “KITA nak buat apa dekat sini?" Aku mendongak memandang Brayan yang masih lagi gigih menolak kerusi rodaku. Suasana tasik yang sunyi dan sepi. Hanya lampu jalan sahaja yang menyelurusi setiap jalan mereka. Toleh ke kanan, aku dapat melihat ada beberapa lelaki dan wanita yang sedang meregangkan badan. Tak faham aku mengapa ada orang suka membuat aktiviti senaman diwaktu gelap begini.  Tak mengantuk ke? Sedangkan kelopak mata aku sudah terasa seperti menahan sebongkah kayu sahaja. Hendak sahaja ditutup. Tapi kerana Brayan, aku gagahkan juga untuk celik mata.

"Awak... apa kata kita balik aje? Dah pukul berapa ni?" Rengekku. Entah sampai bila Brayan nak jalan-jalan dekat tasik ni. Bukannya ada aktiviti menarik pun di sini. Ada pun, cuma menyaksikan anak-anak muda dating di kawasan yang sedikit gelap. Itu pun sekadar berkongsi dan bertukar kisah pahit manis serta gelak tawa.

Ah, membosankan.

"Brayan awak dengar tak apa saya cakap ni?"

"Aku tak ada duit. Macam mana kita nak naik grab? Lagipun sekarang dah lewat sangat. Aku tak rasa ada lagi grab waktu ni."

"Habis awak nak stay dekat sini sampai esok huh?"

Brayan cebik bibir sambil menjongket bahu.

"Aku tak kesah." Balasnya selamba. Jatuh rahangku mendengarnya. Tak kesah dia kata? Kelopak mata aku dah berat mengalahkan gajah tahu tak? Takkanlah dia sendiri tak rasa mengantuk?

Aku mengeluh kecil. "Dah elok kita dekat hospital tadi, tiba-tiba nak lari pulak. Apa yang awak takut sangat dengan hospital tu? Bukannya doktor-doktor tu nak belah dada awak, curi organ!"

"Bukan sebab tu aku lari."

"Habis tu?"

"Aku tak nak Aryan keluar lagi." Jawabnya.

Aku menjuih bibir. Tak ada beza sangat Aryan dan Brayan ini rupanya-rupanya. Dua-dua tidak sukakan hospital. Jika Brayan tidak sukakan hospital kerana Aryan, agaknya Aryan sebab apa pula ya?

Aku peluk tubuh sambil tersenyum menyenget. "Awak dengan Aryan ni tak adalah beza sangat rupanya ya? Lebih kurang aje..." Ujarku. Tanpa sedar kerusi rodaku bergerak semakin perlahan. Dan akhirnya berhenti ditengah-tengah lampu jalan. Keningku berkerut pelik. Kenapa tiba-tiba berhenti di sini? Aku menoleh ke belakang, memandang Brayan yang menekur memandang ke bawah. Langsung tak berkutik.

"Kenapa berhenti dekat sini?" Soalku, sedikit gugup.

"Awak fikir saya sama dengan dia?" Soalan dibalas soalan. Perlahan Brayan mengangkat wajah, memandangku dengan cerlungan penuh membunuh. Aku tergamam. Bulu roma automatik mencanak ke atas. Aku mula resah. Air liur ditelan. Kesat.

Berpeluh-peluh sudah dahiku saat ini. Bagaimana Aryan boleh keluar semula?

"Ar... Aryan?" Tergagap-gagap aku menyebut nama itu.

Melihat muka Nayra yang berubah pucat ketakutan terus Brayan meletuskan tawanya. Terkekek-kekek dia ketawa macam nak terkeluar anak tekak! Takut juga Nayra dengan Aryan rupanya?

Aku mendengus geram. Hampir luruh jantung aku tadi dibuatnya! Kurang ajar sungguh si Brayan ni. Buat aku takut sahaja! Terus aku berpaling wajah ke lain. Bibir dimuncung panjang. Menayang muka cemberut.

"Aku dah boleh nampak sekarang."

"Nampak apanya? Tak nampak apa-apa pun! Tak kelakar langsung apa yang awak buat tadi! Saya mati-mati fikir yang Aryan keluar. Mujur tak tampar terus aje tadi."herdikku, geram.

Brayan tersenyum-senyum. Dia membongkok sedikit, menyamakan ketinggiannya denganku. Kemudian, bibir didekatkan dengan cuping telinga kiriku. Rapat.  Sehingga aku dapat merasakan deruan nafas hangatnya mengena kulit.

"Nampak yang kau lebih sukakan aku berbanding Aryan."Bisiknya dengan tersenyum nakal.

Aku menjuih bibir dengan muka menyampah. Perasan sungguh!

"Awak memang suka buat andaian sendiri ke? Saya tak pernah kata pun yang saya suka awak."

"Jadi kau suka Aryan huh?" soalnya sedikit keras. Terselit rasa tidak puas hati apabila Nayra berkata begitu.

"Saya suka awak ke? Saya suka Aryan ke? Yang saya tahu, dua-dua tiada beza sebab awak dengan dia orang yang sama. Tak guna sekalipun kalau saya buat pilihan."

"No way!" Protes Brayan. Terhinjut bahu aku mendengar suaranya yang tiba-tiba meninggi. Jelas tidak setuju dengan kenyataan yang keluar daripada mulutku sebentar tadi. Dalam tak sedar, Brayan sudah berdiri di hadapanku. Memandang aku dengan bibir terketap-ketap, geram. Daripada cahaya lampu jalan, aku dapat melihat dengan jelas wajahnya yang bertukar merah padam.

Marah sungguh nampaknya.

"Kau tak boleh samakan aku dengan dia! I'm not him! Dan kau tak boleh terima dia sebab itu salah satu peraturan yang kita dah janji! Kau dah lupa huh?"

"Saya tak pernah lupa punlah." Aku menggurutu sambil menunduk kepala ke bawah.

"Baguslah kalau kau tak lupa. Sebab kau harus ingat peraturan tu sampai bila-bila."

"Dah macam sekolah pula, kena ikut peraturan satu demi satu. Kenapa awak tak berbaik sahaja dengan Aryan? Tak perlu saya bersusah payah bencikan awak dan dalam masa yang sama kena sukakan awak? Saya bukan macam Madam yang dah sebati dengan kehidupan penuh peraturan awak tu!"

"Sebab dia langsung tak sama dengan aku. Sifat dia berlawanan. Cara pemakaian pun dah lain, apatah lagi personaliti." balas Brayan sambil memeluk tubuh.

"Bukan ke itu normal? Dah nama pun split personaliti mestilah berlainan sifat?"

Brayan menggeleng kepala menafikan kata-kataku.

"Dia bukan personaliti yang baik."

"Sebab dia ikut tuan punya badan." Sempat lagi aku mencelah menyindirnya. Tajam renungan Brayan memanah ke arahku. Penuh tak puas hati. Aku tersengih-sengih.

"Saya gurau aje. Janganlah pandang macam tu." Bibirku muncung sambil kepala menekur ke bawah. Tak berani ingin bertentangan mata.

Brayan tarik nafas dalam-dalam lalu hembus sebelum kembali bersuara.

"Aryan dah banyak rosakkan hidup aku. Awal-awal dia muncul pun, dia dah buat banyak masalah. Semua yang dia nak, akan rosak apabila berada ditangan dia. Apatah lagi kalau aku serahkan kau kepada dia." Ujar Brayan, serius.

Aku hanya diam memasang telinga. Perlahan kepala mendongak memandang Brayan yang menatapku penuh mendalam.

"Sampai mati pun aku takkan biarkan dia dapatkan kau. Kau cuma milik aku. Walaupun harus bermusuhan dengan diri sendiri, aku tak kesah. Janji kau ada dengan aku."luah Brayan.

"Saya tertanya sesuatu, kenapa awak pilih saya ya? Sedangkan dalam dunia ni, ramai lagi wanita yang lebih layak untuk awak. Saya bukan siapa-siapa pun untuk awak gilakan saya macam ni." Rungutku. Hendak bandingkan darjat dia dengan aku, ibarat langit dengan bumi. Apa yang menarik tentang aku yang buatkan dia tergila-gila sampai sekarang? Hingga sanggup melakukan apa sahaja semata-mata ingin mendapatkan seorang wanita biasa seperti aku.

Brayan mengukir senyuman kecil. Lenguh berdiri. Dia melutut dihadapanku. Anak mata hijaunya tak lepas merenung wajahku. Malahan aku pula nampak seperti tenang sahaja walhal di dalam hati sudah berkocak hebat. Pandangan Brayan sungguh menikam ke dada membelah jiwa. Kebencian yang aku tanamkan sebelum ini seolah-olah sudah dikorek semula dan dibuang jauh-jauh. Pelik tapi itulah yang aku rasakan sekarang.

"Sebab kau adalah orang pertama yang ambil berat tentang aku walaupun cuma untuk beberapa minit. Jadi sekarang giliran aku pula untuk ambil berat tentang kau buat setiap detik. Maybe I'm not a good guy, but I'm sure... I will be a good husband to you." luah Brayan penuh ikhlas. Malahan aku hanya membisu. Tak mampu membalas apa-apa. Luahannya menyentuh ke hati. Hampir membuat aku merasa sebak. Kepala ditunduk ke bawah.

"Itupun... kalau kau patuh dalam setiap peraturan aku." Sambung Brayan. Kali ini suaranya berubah serius. Aku kembali mengangkat wajah memandangnya. Kening berkerut. Reaksi Brayan kelihatan berubah 360 darjah. Ketat dan tegang.

Perasaan sebak yang melanda hati tadi terus lenyap. Kini berganti pula dengan persoalan. Luahan Brayan tadi satu kata-kata benar atau sekadar satu penipuan? Aku masih ingat, Brayan seorang yang mudah berubah reaksi dan pandai memainkan emosi agar orang sekelilingnya percaya. Dan kini, aku tak pasti sama ada dia benar-benar serius atau hanya ingin memainkan hati dan perasaan aku.

Ah, mengapa sukar untuk aku menebak setiap maksud reaksi pesakit mental!

"Awak bukan gunakan saya untuk penyakit awak, kan?" entah bagaimana soalan itu boleh terpacul keluar daripada mulutku. Walaubagaimanapun, aku tetap menanti jawapan daripadanya.

Brayan corek senyum senget.

"Kau fikir aku gunakan kau?"

"Saya tak boleh nak tafsir setiap maksud awak sebab saya tahu awak bukan orang normal. Saya tak tahu bila awak jujur atau bila awak permainkan saya? Sebab itu saya tanya. Itu pun belum pasti awak jawab dengan betul atau satu pembohongan."

Brayan ketawa kecil. Tergeleng-geleng kepalanya mendengar kata-kataku.

"Ya, aku memang gila. Tapi kau boleh percayakan orang gila macam aku. Sebab aku takkan pernah mainkan kau. Aku bukan macam Aryan."

"Macam mana saya boleh percayakan awak?"

"Be my wife and I will show you everything."

Automatik wajahku berkerut pelik mendengar ayatnya.

"Apa maksud awak?"

"What? I said I will show you everything? Jaga kau, lindungi kau... kenapa?"

Meruap malu mukaku saat ini. Oh, aku hampir fikir yang bukan-bukan tadi! Laju aku palingkan wajah ke lain. Menyembunyikan reaksi wajahku yang mula memerah menahan malu sendiri.

Bibir Brayan naik sedikit. Sinis. Mata mengecil.

"Wait? Do you think I want..."

"Tak! Tak pernah fikir pun! Eh, sampai bila ya kita nak duduk sini? Saya dah mengantuk. Saya nak balik!"

"Yeah, you really think about that. Oh my god. I thought you're innocence but..."

"Saya nak balik! Cepatlah!" Cantasku. Tak sanggup ingin mendengar ejekan daripada Brayan. Salah sendiri juga sebab fikir yang bukan-bukan. Nak buat macam mana? Dah memang itu yang muncul di fikiran aku saat dia berkata begitu.

Brayan tak berhenti ketawa.

Makin lama makin meruap pula mukaku mendengar dia mengekek ketawa. Entah apa yang lawak sangat. Bibirku ketap. Mata menjeling menyampah.

"Sudahlah tu. Bukannya saya buat persembahan maharaja lawak mega pun sampai awak nak ketawa sampai macam itu sekali!"

"Aku ketawa bukan sebab gelakkan kau. Tapi sebab aku bahagia dengan kau. You are my happiness."

"Ceh, ya lah tu..." Aku berpaling memandang ke lain. Melihat ke arah seseorang wanita yang dipapah oleh suaminya menuju ke arah kerusi batu yang berada di sebelah kanan. Jelas aku mendengar suara suaminya yang sedang membebel sesuatu. Nak kata marah tidak, nasihat pun ada juga. Terjengkek-jengkek wanita itu berjalan dengan sebelah kakinya. Dan saat anak mataku jatuh ke lututnya, rupa-rupanya ada kesan luka akibat terjatuh.

Ini pasti isterinya lari laju sangat sehingga tinggalkan suami di belakang.

"Udah gue bilangkan? Lari itu harus hati-hati! Goblok!"

"Eh, nak tolong tapi marah! Baik lepas aje, saya boleh jalan sendiri!"

Aku hampir sahaja tergelak mendengar pentengkaran mulut mereka. Gaduh-gaduh manjalah katakan.

"Kau tengok apa?" Brayan menjenguk sedikit melihat ke arah sepasang suami isteri itu. Sedar Aryan bakal keluar jika Brayan melihat darah pada kesan luka wanita itu, laju tanganku bergerak menutup matanya.

"Jangan tengok!!"










Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro