• Episod 2 •

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Ayee! Hello!!~

akhirnya aku kembali huhu:v
mcm aku ckp kat ep sebelumnya,aku tukar ep 2 ni dan seterusnya tapi! tujuan dia tetap sama mcm d sinopsis >wO

ENJOY!~


-
-
-

[ THE SECRET OF INDERA KEENAM ]

-
-
-



















[Flashback | Petir: 10 tahun | Cahaya : 8 tahun]

Bruk!!

"Tak!! Petir tak nak!!"

Peti kecemasan itu terjatuh ke lantai menghasilkan bunyi bising disertai suara seorang budak lelaki berumur 10 tahun,barang di dalam peti kecemasan terus berselerak ke serata tempat

"Petir dengar du-"

"Petir cakap..-" mata merah itu tajam menikam ke arah sang ibu di hadapan lalu dia meneruskan kata-katanya

"-tak"

"Petir!"

Si kecil Petir menoleh ke arah sang ayah yang sudah meninggikan nada suara lalu tanpa buang masa dia terus berlari menaiki tangga menuju ke arah biliknya dan mengunci rapat pintu itu

Tanpa memperdulikan suara ibunya yang memanggil dia di luar,dia berjalan ke katil lalu menarik selimut untuk menutup seluruh tubuhnya. Badannya menggigil ketakutan dengan anak mata merahnya meliar memandang sekeliling

Bunyi bisikan membuatkan dia semakin tidak senang..

"Aku mohon...Jangan ganggu aku.."

------

------

"Petir! Bangun!"

Suara gadis kecil kedengaran diikuti selimut yang membaluti tubuh Petir ditarik kasar, cahaya tingkap yang entah sejak bila di buka menusuk masuk ke mata budak lelaki itu membuatkan dia serta merta bangun dan mencari sang pelaku

Wajah itu terus memasang reaksi terkejut bercampur geram apabila matanya tertumpu pada seorang gadis beza dua tahun darinya berambut keemasan berdiri di tepi katil sambil bercekak pinggang,mata hijau jernih si gadis kecil memandang ke arah Petir

"Apa kau buat dekat bilik aku hah!"

"Kenapa tak boleh ke?"

"Ini bilik aku tau tak?"

"Sebab aku tau lah aku masuk"

"A-apa!?"

"Aku ada kunci bilik kau tau! Ingat tu" [jgn tanya mcm mn dia bole ada🤣]

"Cis! Aku tak ada mood sekarang,pergi lah"

Petir cuba menarik semula selimut itu tetapi nampaknya si gadis kecil enggan memberikan selimut itu,matanya fokus memandang ke arah mata biru Petir yang sudah kembali normal

Namun bukan itu yang menarik perhatiannya melainkan bahagian bawa matanya yang bengkak seperti...dia baru habis menangis

"Kau nangis ke?"

"Bukan urusan kau"

Pandangan Petir sungguh kosong memandang ke arah lantai di tepi katil,dia pun terus memeluk lututnya di atas katil. Rasa bersalah atas kejadian tadi masih tidak boleh dilupakan oleh dia,risau akan ibunya yang sedih kerana dirinya

"Petir,nak tak ke belakang rumah aku? Mommy ada buat taman bunga mini"

"Cahaya..aku tak ada mood sekarang. Jadi biarkan aku sendi-"

"Tak nak! Aku nak ajak kau juga! Jom!"

Tanpa rasa bersalah,tangan Petir di tarik kasar oleh Cahaya membuatkan si iris biru itu turun dari katil lalu mereka berjalan keluar dari bilik itu menuju ke tempat yang di tuju

----------

----------

"Hehe! Tengok! cantik kan? Bunga ni aku yang tanam tadi"

Petir memasang wajah masam sambil menatap sebal ke arah gadis kecil di depannya yang sedang sibuk memperbetulkan kedudukan bunga matahari di situ. Dengan malas,dia terus duduk di tanah sambil menampung dagunya

Matanya sesekali melirik ke arah Cahaya yang sibuk memetik beberapa bunga di situ lalu duduk di hadapannya dan tangannya mula mengikat tangkai bunga itu untuk membentuk mahkota bunga. Sayu-sayu kedengaran suara nyanyian keluar dari bibir si gadis kecil

"Cahaya"

Yang dipanggil hanya menggumam tanda dia menyahut,mata dan tangannya sibuk ke arah bunga yang dia kumpulkan tadi

"Kau rasa...aku ni pelik ke?"

Pergerakan Cahaya mengikat hujung tangkai bunga terhenti,dia menoleh ke arah Petir yang sedang memandang ke arah bunga-bunga indah tak jauh dari tempat mereka

"Setiap kali benda tu jadi..aku jadi takut sangat. Aku tak boleh bezakan sekeliling..aku tak boleh mengenali kau juga" Mata biru itu melirik sesaat ke arah Cahaya

"-dan aku risau kalau perkara ni semakin teruk" dia melanjutkan kata-katanya

"Apa yang harus aku lakukan supaya tidak menyusahkan Ibu? supaya tak menyusahkan ayah? Supaya tak menyusahkan kau? Mommy Thorny dan Daddy Lar? Apa aku har-"

Percakapan Petir terhenti apabila dia merasakan sesuatu di atas kepalanya dan automatik itu tangan dia bergerak ke atas,menyentuh benda di kepalanya

"Petir jangan cakap macam tu,kau tak menyusahkan diorang pun. Kerana sayanglah mereka ambil berat"

Wajah Cahaya kelihatan di tepinya, sangat dekat dengan wajahnya membuatkan rona merah kelihatan di pipi itu. Lalu si gadis kecil itu pun membungkuk di hadapan Petir,kedua pipi Petir dia pegang lalu senyuman terukir di wajah sang gadis

"Bagi kami semua,Petir tak pelik tetapi.. Istimewa"

Cahaya pun bangun lalu membantu Petir untuk bangun sekali,dia berlari kecil ke arah tengah-tengah taman mini itu sambil tersenyum ceria. Si gadis kecil mengangkat satu tangannya ke atas lalu bersuara [rujuk gmbr pling atas]

"Mulai sekarang,jangan pernah rasa takut mahupun risau. Oke?"

Siuh~~

Bisikan suara kedengaran,warna mata dia bertukar dari biru ke merah dan... gadis kecil di hadapannya itu mula bertukar wujud

Aura bunga-bunga yang indah keluar dari tubuh Cahaya,rambut keemasan perlahan bertukar warna ke merah jambu diikuti warna mata dan perhiasan berbentuk bulatan di atas kepala serta lambang kecil di bahagian dahi

Dulu..Petir takut melihat wujud Cahaya disaat bisikan itu kedengaran,dia takut untuk memanggil nama gadis itu banyak kali tetapi rasa takut tersebut semakin lama semakin hilang

Sebuah senyuman nipis terukir di bibir Petir lalu dia pun bersuara



"Terima kasih..Cahaya"




























[ TO BE CONTINUE ]

Sebenarnya ada byk lgi wujud Cahaya UwU,bukn itu je hehe

Kalau nk tau,nantikn d next episod Ow<✨

*terjun dari tingkat 100*

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro