• Episode 1 •

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

CUACA di pagi hari kelihatan mendung sahaja,awan yang putih bertukar menjadi kelabu menandakan hujan ingin turun

Kelihatan angin mula meniup perlahan membuatkan daun-daun terbang mengikuti angin

Terbang melimpasi sebuah rumah yang besar di situ..

Melalui tingkap,kelihatan dua susuk tubuh di situ

Seorang permuda dan seorang budak lelaki kecil,permuda itu sedang duduk di sofa manakala budak lelaki itu berdiri di sebelahnya

"Ayah!~ ini siapa?"

Jari kecil itu menunjuk ke arah sebuah album yang berada di tangan permuda itu

Dia menunjuk tepatnya ke arah seorang lelaki berkaca mata oren yang sedang berdiri bersama kedua orang tuanya

"Ini Pakcik Solar,Petir pernah jumpa dengan dia waktu kecil"

Petir,pemilik jari kecil tadi itu pun menurunkan tangannya tetapi matanya masih memandang ke arah gambar itu

Dia memerengkan kepalanya menandakan dia tidak mengenali lelaki di dalam gambar itu

"Petir tidak ingat ke?" Tanya Sang ayah,permuda itu lagi membuatkan Petir mendongak memandang ayahnya

Mata birunya yang sama dengan ayahnya itu kelihatan indah seperti warna laut yang terbentang luas

"Hermp!" Petir menggelengkan kepalanya membuatkan Sang ayah ketawa kecil lalu tersenyum

"Baiklah tidak mengapa. Hari ini kita akan berjumpa dengan dia" lalu dia menutup album itu dan meletakan di depan meja

Petir memandang ke arah album yang terletak di meja lalu kembali memandang ayahnya

"Betul ke?" Tanyanya membuatkan ayahnya mengangguk lalu mengangkat perlahan anaknya

"Ya,kita akan pindah ke tempat dia berada dan kalau Petir nak tahu Pakcik Solar ada seorang anak..jadi Petir tahu bukan apa maksudnya?"

Senyuman terukir di wajah si kecil Petir

"Petir akan dapat kawan baru?"

"Hahaha,ya"

Sang ayah pun memusingkan badannya sambil mengangkat tinggi anaknya membuatkan si kecil Petir ketawa gembira

Ketawa riang kedengaran di ruang tamu itu dan tak lama lepas itu kedengaran bunyi tapak kaki berjalan turun dari tangga

Kelihatan seorang wanita berambut hitam berjalan ke arah mereka membuatkan mereka menghentikan ketawa riang mereka

"Ibu!~" panggil si kecil lalu Sang ayah menurunkan dia

Dia berlari menuju ke ibunya lalu memeluk kaki ibunya membuatkan Sang Ibu ketawa

"Lily-chan,kita berangkat sekarang" kata Taufan membuatkan Hali memandangnya

Mata berlainan warna itu memandang tepat ke mata biru Taufan

Hali diam lalu memandang Petir yang sedang tersenyum memandang ke arahnya,kelihatan raut wajah risau terpasang di wajah Hali

"Fa,Apa kau sudah memberitahu Lar tentang perkara ini?" Tanya Hali serius

Taufan mengangguk

Hali mengeluh perlahan lalu dia pun memegang tangan anaknya dan tangan sebelahnya lagi memegang bagasi berwarna hitam

"Baiklah..Mari"

Taufan pun berjalan keluar dari situ diikuti Hali dan Petir dari belakang

Tiba-tiba Petir menghentikan langkahnya membuatkan Hali turut menghentikan langkahnya

"Petir?..kenapa ni?" Tanya Hali risau

"Album..album gambar tertinggal" kata Petir menunjuk album di meja

Hali mengeluh lega lalu menuju ke meja dan mengambilnya..kemudian dia terus menuju ke arah Petir lalu mereka keluar dari situ

Hali pun mengangkat tubuh kecil Petir lalu mendudukkan dia di tempat duduk bahagian belakang kereta

"Ibu,Petir nak album tu" kata Petir dengan tangan terangkat

Hali pun tersenyum lalu memberikan album gambar itu kepada Petir

"Ibu.."

Hali yang sibuk meletakan barang menoleh ke arah Petir

"Ya kenapa sayang?"

"Kakak tu tak ikut ke?"

Deg

Hali memandang Petir terkejut..Taufan yang sudah duduk di hadapan pun terkejut mendengarnya

Hali memegang kedua-dua pipi anaknya,memandang ke arah mata Petir seperti cuba memastikan sesuatu

Tak lama lepas itu dia mengeluh lega lalu tersenyum nipis

"Tak,dia tak ikut"

Petir pun mengangguk faham

Setelah meletakan barang barulah Hali menuju ke hadapan lalu duduk di bahagian depan kereta,dia sebelah Taufan

"Dia belum melihatnya jadi ada baiknya kita pergi dari sini sekarang" kata Hali

Taufan memandang ke arah Hali,terlihat wajah Hali yang risau membuatkan Taufan memegang tangannya

"Jangan risau Lily-chan,semuanya akan jadi baik-baik sahaja lepas kita sampai ke tempat Lar" kata Taufan membuatkan Hali tersenyum

"Aku minta maaf sebab tak beritahu dari awal tentang perkara ni Fa.." kata Hali membalas pegangan tangan Taufan

"Tak apa,yang penting kita belum terlambat"

"Mungkin aku akan memberitahu Petir perkara ini bila dia besar nanti" kata Hali menoleh ke arah Petir

"Ya,Dia akan faham juga nanti" kata Taufan membuatkan Hali mengangguk

Tak lama lepas itu,kereta yang di naiki mereka pun berjalan menuju ke pintu pagar untuk keluar

Petir yang berada di tempat duduk belakang sedang sibuk melihat gambar album lama ibunya

Siuh~~

"Huh?" Tiba-tiba dia mendengar suara bisikan membuatkan dia berdiri lalu menoleh ke belakang

Dia memandang ke arah rumah mereka yang sudah kosong itu

Matanya tiba-tiba memandang ke arah pintu masuk rumah lalu kelihatan bayangan seseorang di situ

Serta merta kedua-dua matanya yang berwarna biru bertukar ke warna merah

Benda di sekelilingnya beruba bentuk menjadi sesuatu yang hanya dia mampu lihat

Dan itu juga membuatkan dia dapat melihat bayangan seorang budak perempuan berdiri di hadapan pintu rumah itu

Seorang budak perempuan berbaju putih dengan sebuah mahkota indah terhias di rambut putihnya

Petir mengukir sebuah senyuman gembira lalu mengangkat tangannya ingin melambai ke arah budak perempuan itu

Budak perempuan itu tersenyum sedih membalas lambaian Petir

Kereta itu berjalan keluar dari pagar meninggalkan rumah itu dengan papan tanda "Di.Jual" tergantung di pagar

Budak perempuan itu menurunkan tangannya,dia memandang kosong pada kereta yang semakin menjauh itu

'Suatu hari nanti,aku pasti..kau akan datang ke sini mencari aku untuk menanyakan tentang kelebihan kau itu'

'Kau adalah yang terpilih,satu-satunya yang mampu melihat dunia kami'

'Aku pasti kau mampu menyelamatkan dunia kami'

'Kerana kau istimewa'

Perlahan-lahan,kelihatan dari belakang budak perempuan itu keluar beberapa lagi seperti dirinya

Memakai baju putih dan berambut putih tetapi tiada mahkota di kepala mereka

'Dan kami akan menunggu kau..Rayo'

[TBC]

Cita ni dah lama dan aku publish balik:V

BTW! aku akn ubah jln cita dia UwU.. maksud aku tujuan dia sama cuma aku percepatkan mereka mengembara terus UwU

AYEEEE *terjun dari tingkat 1000000*

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro