- Bab 3 -

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

________________________________

Kalau ada kesalahan ejaan bagitau  ye.

✨ Happy reading ✨
________________________________

KEESOKKAN HARINYA

Husna mengambil telefonnya yang diletakkan diatas katil. Dia mendail nombor seseorang.

Tut... tut... tut...

"Assalamualaikum Lya"

"Waalaikumussalam, kenapa call aku ni ? Baru je aku nak tidur balik" Balas Lya 

"Tidur apanya, dah pukul 12 tengahari dah ni. Aku nak jumpa kau." 

"Jumpa ? Nak buat  apa ? Bagitau kat dalam telefon dah la. Aku penat la... lagipun harini kan cuti sekolah. Bagi lah aku rehat kejap." Rungut Lya dalam telefon. 

"Kita ada misi, kejap lagi aku share location. Aku dengan Rine tunggu kau kat sana." Ujar Husna. Lya yang mendengar perkataan misi terus hilang mengatuknya.

"Misi ! Finally, dah lama aku nak misi ni. Kejap aku nak bersiap." Ujar Lya bersemangat. 

"Kau ni dengar je perkataan misi terus bersemangat kan. Ok lah, cepat siap. Assalamualaikum." Husna menggeleng kepala walaupun sahabatnya itu tidak boleh nampak.

"Waalaikumussalam." Lya menamatkan panggilan. Lya dengan pantasnya bersiap, shawl berwarna biru yang disangkut elok dalam almari terus diambil. Lya keluar dari biliknya setelah selesai bersiap. 

"Lya nak pergi mana cantik-cantik ni ?" Soal ibu Lya yang kebetulan lalu dihadapan bilik anak daranya.

"Ya Allah, ibu ni... terkejut Lya. Lya nak pergi jumpa kawan kejap dekat Cafe Pelangi tu, dalam pukul 6 petang macam tu Lya balik. Boleh tak ibu ? Lya nak pergi jumpa Rine dengan Una je."  Siapa yang dia nak jumpa ? Pukul berapa dia nak balik ? Ke mana dia nak pergi ? Semuanya telah dia beritahu. Kenal sangat dengan ibunya, mesti akan bertanya. 

"Hmm, ok. Tepat pukul 6 mesti dah balik kalau tidak siap. Ingat !" Ujar Mak cik Fia. 

"Baik bos." Balas Lya sambil tabik hormat kepada ibunya. Kunci motor diambil, tuas pintu dipulas. Lya melangkah pergi ke motornya. 

Selepas sampai ke Cafe Pelangi, Lya mencari-cari kelibat dua rakan baiknya. Rine yang ternampak  Lya tercangak di depan pintu masuk, melambai-lambai ke arah Lya. Lya yang melihat Rine melambai-lambai ke arahnya, tanpa berlengah terus bergerak ke meja itu. Kerusi yang berada berdekatannya ditarik, Lya melabuhkan punggungnya.

"Ok, Apa misi kita kali ni ?" Soal Lya. Air milo yang berada berdekatan dengannya terus disambar tanpa meminta izin kepada tuan air milo itu.

"Wehh... Lya kau nak minum air pergi orderlah... Main sambar je air orang." Rine mengambil semula air milonya.

"Alah, aku minum sikit je pun. Kedekutlah kau ni." 

"Dah tu, misi kita kali ni perlu siasat tentang penjualan dadah di sekolah berhadapan dengan sekolah kita tu. Tuan Syarid dah bagi arahan untuk mulakan operasi ni sekarang."

"Sekarang !" Jerit Lya dan Rine serentak.

"Shhh... Diamlah, malu orang tengok. Ye sekarang, jom ikut aku. Lya kau drive... nah pakai ni." Husna memberikan baju hoodie bewarna hitam, mask dan topi kepada Lya dan Rine. 

"Motor aku macam mana ?" Tanya Lya

"Motor kau tu tinggal jelah kat sini... Suruh abang kaunter tu tengokkan." Balas Rine

"ishh... Kau ni... Kau jelah suruh."

"Apasal aku pulak ? Motor kau kan." Balas Rine kemudian bangun pergi ke kereta mereka.

"Erm... Una kau jelah yang suruh ehh... Bye... Thank you Una. Love you." Lya pergi ke kereta mereka meninggalkan Husna yang sedang menikmati teh aisnya. 

Husna melangkah pergi ke kaunter untuk membayar minuman mereka. "Bang... Abang tolong tengokkan motor yang dekat luar tu boleh tak ? Nanti pukul 5 setengah macam tu kami datang ambil balik." Husna menyerahkan duit kepada abang kauter itu. 

"Boleh je, tapi datang ambik tau sebelum pukul 6... pukul 6 nanti abang dah nak kena balik." Balas abang kauter tu sambil tangannya mengambil baki duit untuk Husna. 

"Ok, terima kasih bang."Ucap Husna "Sama-sama" Husna mengambil bakinya kemudian pergi ke kereta mereka.

Tanpa berlengah mereka terus pergi ke sekolah yang Husna cakapkan tadi. Setelah tiba disana, mereka memakai baju hoodie, mask dan topi yang diberikan Husna tadi. Terpaksa mereka memakai baju dua lapis.

"Sekarang apa plan ?" Tanya Rine

"Kita akan undercover. You understand me right ?"

"Of course. I love it !" Balas Rine dengan teruja. Maklumlah dah lama tak pergi misi ni excited dia lebih sikit.

"Tak payah nak excited sangat. Lya, nanti kau hack sistem keselamatan diorang. Rine, kita akan guna code name. Sekarang aku dan Rine akan masuk ke markas diorang untuk jumpa dengan bos yang uruskan dadah ni. Lya kau duduk dalam kereta mulakan kerja kau. Ok ?" Ujar Husna

"Ok, jom." Ujar Rine dengan Lya serentak.

Husna dan Rine keluar dari kereta kemudian pergi ke markas penjual dadah itu. Pintu depan markas itu diketuk oleh Husna. Kemudian seorang lelaki yang dianggar berusia 18 tahun membuka pintu.

"Korang ni siapa ? Apa korang nak ?" Soal lelaki itu.

"V, E. Kami nak jumpa bos kau." Balas Husna

Lelaki itu memandang Husna dan Rine dari atas hingga ke bawah.

"Apahal dia ni tengok aku... sabar Rine... Sabar." Batin Rine. Lelaki itu ketawa kecil setelah selesai memerhati Rine dan Husna.

"Cehh, perempuan macam korang berdua ni... bos nak jumpa. Jangan cuba tipu aku la." Sindir lelaki itu.

"Banyak mulut jugak kan kau ni. Kalau tak percaya telefonlah bos kau !" Marah Rine

"Erica, bertenang. Cuba kau tanya bos kau." Rine berdecit kemudian memandang tajam lelaki yang banyak mulut itu.

"Ok fine, what is your name again ?" Soal lelaki itu 

"Elehh... nak speaking pulak. Kena jugak dengan aku kang." Batin Husna "I'm Violet... this is Erica. Then, may I know you name... brother ?" Balas Husna

"Ambik kau, kau ingat kau je pandai speaking. Kawan aku pun pandai lah. Sakit pulak hati aku dengan mamat ni." Rine tersenyum puas.

"Hafiz, panggil aku Fiz. Kejap aku nak call bos... korang berdua tunggu kat luar."

BAMM!

Pintu depan itu dihempas kuat oleh Hafiz. Marah kut, kesian pintu tak bersalah tu.

"Geramnya aku, kalau ikutkan hati tadi... dah melayang dah penumbuk ni dekat muka dia tu." Ujar Rine sambil menunjuk penumbuknya kepada Husna.

"Sabar lah, kejap je ni. 4 hari selesai lah. Lily kau dah sedia belum ?" Soal Husna kepada Lya melalui earbuds. Code name untuk Lya adalah Lily.

Hafiz tidak nampak earbuds ini kerana ditutupi hoodie mereka.

"Ready ! Mamat tadi boleh tahan jugak dia kan." Ujar Lya

"Boleh tahan apa ? Handsome ?" Soal Rine kepada Lya. 

"No way lah aku nak kata dia handsome. Dia tu boleh tahan MENYAMPAH." Ujar Lya seraya menekankan perkataan 'menyampah'.

"Bagus, Lily. Erica kejap lagi tempat ni akan diserang oleh polis. Jadi kita perlu selamatkan diorang supaya bos diorang percayakan kita... Faham ?" Ujar Husna dengan nada membisik.

"Faham." Ucap Lya dan Rine. 

Tiba-tiba pintu depan itu dibuka semula oleh Hafiz. Husna dan Rine bersiap sedia untuk masuk. 

"Korang boleh masuk." Ujar Hafiz

"Thank you." Balas Rine dan Husna

"Welcome." Mereka berdua pun masuk ke dalam markas itu. Kelihatan beberapa lelaki memerhati mereka dengan riak wajah yang tegang.

Husna dan Rine berjalan mengikuti Hafiz sehinggalah mereka berhenti di satu bilik. Hafiz membuka pintu tersebut kemudian menyuruh Rine dan Husna untuk masuk ke dalam. Husna dan Rine masuk ke dalam bilik itu, kelihatan seorang lelaki berumur lingkungan 35 tahun ke atas menunggu mereka.

"Muda lagi bos diorang ni. Kenapalah buat kerja haram macam ni ?" Ujar Lya melalui earbuds. Walaupun Lya seorang yang lurus bendul kadang kala perkataan yang keluar daripada mulutnya tajam bagaikan pisau.

Husna dan Rine yang mendengarkan apa yang Lya membebel didalam earbuds itu hanya menahan ketawa. Lebih kurang je dengan Mak cik Fia kuat membebel.

"Kau boleh keluar." Arah bos itu kepada Hafiz.

"Baik bos." Hafiz pun keluar dari bilik itu dengan segera.

"Silakan duduk." Ucap bos itu kepada Husna dan Rine. Tanpa berlengah mereka berdua duduk di atas kerusi berhadapan dengan bos itu.

"Korang ke ahli perempuan terbaik yang dihantar oleh Ariss tu ? Apa nama ?" Soal lelaki itu. Ariss adalah inspektor yang undercover sebagai private assistant lelaki itu.

"Ya, aku Violet."

"Aku Erica, kau perlukan pertolongan apa dari kami ?" Soal Rine kepadanya.

"Bukan ke kumpulan kau ada tiga orang ? Mana lagi seorang ? Tak silap aku seorang lagi tu hacker." Soal bos itu.

"Violet, Erica ! Polis akan sampai dalam masa 60 saat." Ujar Lya. Tangannya ligat menekan papan kekunci laptopnya untuk mendapatkan lokasi polis.

Rine dan Husna bersedia untuk memulakan 'lakonan' mereka. "Ya, seorang lagi tu Lily. Dia pakar hacker tapi hari ni dia tak boleh datang jadi kami berdua sahaja yang datang." Ujar Husna.

"Lily, ok tak apa. Apa yang hebat sangat korang ni ? Kecik je aku tengok." 

"Jangan pandang kami sebelah mata." Ucap Rine. Dia tersenyum sinis kearah bos itu.

Tiba-tiba kedengaran siren polis dari luar. Husna mengaktifkan alat pengesan. Mereka berdua hanya menunggu polis-polis untuk memecah masuk ke dalam markas itu. 

"Bos, nampaknya mereka dah kesan kita. Bos perlu pergi dari tempat ni sekarang !" Kelihatan jelas raut wajah cemas pada lelaki itu.

"Apa ! Macam mana mereka boleh kesan tempat ni ? Violet, Erica korang berdua ikut aku."

"Baik !" Husna berjaya meletakkan alat pengesan ke dalam poket jaket Hafiz tanpa diketahuinya. Mereka bertiga keluar dari pada markas yang telah dikepung itu melalui pintu rahsia. Dalam beberapa minit, mereka telah berjaya keluar tanpa dikesan oleh pihak polis. Mereka bertiga berlari anak ke arah kereta bos itu. Kelihatan 2 lelaki sedang bersandar di kereta Honda berwarna merah itu.

"Haziq, Hakim diorang buat apa kat sini ?" Fikir Husna

"Jangan cakap yang diorang pun.......... Perisik !" Batin Rine

- To Be Continued -

______________________________________________________________

Apa ? Betul ke Hakim dengan Haziq pun perisik

- Nantikan chapter seterusnya  -

Maaf kalau hambar

- Assalamualaikum -

- 1600 Words -

______________________________________________________________

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro