- Bab 4 -

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"Jangan cakap yang diorang pun.......... Perisik !" Batin Rine

"Wehh Una ! Rine ! Apahal mamat-mamat tu ada kat situ ?" Tanya Lya. Dia melihat semuanya melalui dron mini.

Haziq dan Hakim bergerak beberapa langkah ke depan.

"Hai Cik kak, nak pergi mana tu ?" Soal Hakim. Sudah tersedia gari ditangannya.

"Bos, kau pergi dulu biar aku dengan Erica yang halang diorang." Ujar Husna

"Jangan sampai kalah ! Aku pergi dulu."

"Jangan risau bos. Esok petang kami jumpa kau lagi." Ucap Rine kepada bos itu. Husna sempat memasukkan satu lagi alat pengesan ke dalam beg galas bos mereka.

"Hoi ! Nak cakap tu slow lah sikit. Tak takut kantoi ke." Jerit Haziq

Bos mereka dengan pantas berlari masuk ke dalam kereta. Haziq dan Hakim cuba menghalang bos itu dari membolos masuk ke dalam kereta, namun Husna dan Rine dengan pantas menghalang mereka berdua. Tanpa berlengah bos itu terus pandu kereta meninggalkan Rine dan Husna. 

"Serah diri jelah... Aku malas nak berlawan dengan perempuan." Ujar Hakim. 

"Kau ingat perempuan ni lemah ke ?" Ujar Rine. Mukanya hanya menahan amarah kerana dipandang rendah. 

"Hmm, ye kut." Balas Hakim, tanpa rasa bersalah. Haziq hanya membiarkan sahabatnya itu, matanya setia melihat gerak geri Husna.

"Lemah ye ! Ambik ni !" Rine dengan pantas berlari kearah Hakim dan menendangnya perut Hakim. Hakim terpelanting ke belakang. 

"Aduh, kuat jugak kau ni kan." Hakim memegang perutnya yang ditendang oleh Rine. Baru sikit tu, nasib baik tak tendang kuat lagi.

"Okey, korang nak lawan kan." Ujar Haziq. Dia berlari ke arah Rine baru sahaja ingin menumbuk Rine tangannya ditendang oleh Husna.

"Yo, kawan aku dah ada partner nak berlawan. Apa kata kau jadi lawan aku. Aku takde partner nak bertumbuk ni." Ujar Husna sambil menunjukkan penumbuknya.

"Fuhh, cool lah kawan-kawan aku ni. Go... Go... Go !" Lya bersorak di dalam kereta seorang diri setelah menyaksikan movie aksi tak berbayar yang dilakonkan oleh kawan-kawannya. Siaran langsung lagi, rugi kalau tak tengok.

"Tch... Serah diri jelah !" Ujar Haziq

"Ermm... Serah diri ehh ? Kalau enjoy dulu boleh tak ? Lama aku tak berlawan ni." Ujar Rine yang masih tidak puas berlawan. "Kau, cepat ahh... lembab ahh kau ni." Ujar Rine kepada Hakim.

Hakim yang berasa tercabar terus bersedia dalam posisi berlawan. "Kau mula dulu." Ujar Hakim. 

"Betul ni ? Tak menyesal ?" Rine sengaja ingin membuat lelaki itu berasa tercabar. Siapa suruh buat dia marah kan. Padan muka, dah lah marah dia dekat mamat Hafiz tu pun tak habis lagi.

"Tch, jangan berlagak lah perempuan." Hakim maju ke hadapan. Begitu juga dengan Rine, dia juga bersedia menerima serangan daripada Hakim. 

Hakim cuba untuk menendang pinggan Rine. Rine dengan pantas menepis kaki Hakim. Mereka berdua saling berlawan. Haziq dan Husna ? Takkan lah nak tengok je kan. Mereka berdua pun join Hakim dan Rine berlawan. Sehinggalah Rine dan Husna ditegur oleh Lya melalui earbuds.

"Wehh, serius ahh. Sampai bila korang nak bertumbuk ni ? Tuan Syarid dah tunggu ni." Ujar Lya. 

"Alah, baru nak main lagi." Rine membuat muka cemberut apabila dia disuruh berhenti berlawan.

"Cukuplah Erica, nanti-nanti kita enjoy lagi ehh. Lily pun mesti nak join kan ?"

Hakim dan Haziq yang melihat Husna dan Rine leka bersembang melalui earbuds mengambil kesempatan untuk menggari mereka.

"Wehh, cepat gila korang buat kerja." Ujar Rine. 

"Hahaha... Biasalah. Tengok oranglah." Balas Hakim. Puji diri sendiri nampak. Diorang ni lawan ke kawan ehh ? 

"Jalan cepat !" Marah Haziq kepada Husna dan Rine.

"Ok, ok... tak payah lah tolak-tolak aku boleh jalan sendirilah." Ucap Husna

"Buka mask dengan hoodie korang tu !" Arah Hakim

"Kau ni terlebih pandai betul lah. Macam mana kami nak buka dah tangan kena gari !" Sindir Rine. Lain kali nak cakap tu fikir dulu kan dah kena setepek.

"Betul jugak, hehehe." Hakim tersengih malu.

"Apalah kau ni, buat malu je. Biar je mask diorang tu... sekarang ni kita kena bawak diorang pergi ke ibu pejabat." Ujar Haziq. Dia menggeleng kepala melihat kawannya, buat kerja tak pernah nak serius... Haih.

"Hehehe, sorry lah." Mereka berempat menaiki kereta yang dinaiki Haziq dan Hakim. 

Setelah Husna dan Rine dimasukkan ke dalam kereta, kelihatan Aiman yang seronok bermain laptop didalam kereta. Bukan seronok main game ye, seronok hack sistem markas penjual dadah.

"Lambatnya korang ? Bosan tahu tak duduk dalam kereta sorang-sorang." Rungut Aiman.

"Aiman pun ! Geng Mr. Hot ni perisik jugak rupanya." Bisik hati Husna

"Diorang ni lah... Nak berlawan bagai." Ujar Hakim.

"Dah... dah... aku nak gerak dah ni." Tutur Haziq.

Enjin kereta dihidupkan. Posisi mereka, Haziq di kerusi pemandu... tepi Haziq... Aiman, belakang Aiman...Hakim...tepi Hakim, Husna tepi Husna, Rine. Dalam perjalanan ke ibu pejabat, Husna membuka gari mereka tanpa diketahui oleh 3 jejaka didalam kereta itu menggunakan sepit rambut yang ada dibelakang poket seluarnya. Setelah sampai ke ibu pejabat mereka keluar dari kereta pergi ke pejabat Tuan Syarid.

Tidak lupa juga Lya. Selepas mereka manaiki kereta Haziq, Lya juga mengekori mereka dari belakang. Lya juga turun mengikuti kawan-kawannya pergi ke pejabat Tuan Syarid.

"Duduk sini diam-diam !" Jerit Hakim

"Kitorang duduk la, tak payah lah jerit-jerit. Sakit telinga tau tak." Ujar Rine seraya menghadiahkan tatapan tajam kepada Hakim.

"Sekarang kita nak buat apa kat sini ?" Tanya Aiman.

"Tunggu Tuan Syarid." Balas Haziq

"Una, Rine aku dah ada kat luar pejabat Tuan Syarid. Kita balas diorang dalam kiraan 3. Aku gari Aiman, Una kau ambik Haziq, Rine kau ambik Hakim."Ucap Lya melalui earbuds.

"Okey." Balas mereka berdua.

"Apa yang ok ?" Tanya Haziq. Dia mengerutkan dahinya. Rine dan Husna dipandang pelik olehnya.

"Satu !"

"Korang kira apa ?" Tanya Hakim pula.

"Dua !"

"Diamlah !" Marah Haziq

"Tiga !"

"Kenapa ni ?" Tanya Aiman yang bersandar di depan pintu.

"Sekarang !" Mereka bertiga mengilas tangan ketiga-tiga lelaki itu kemudian menggari mereka.

"Aduduhh" Jerit mereka bertiga.

"Siapa ni ? Lepaslah." Ujar Aiman. Tiba-tiba sahaja dia diserang.

"Baru korang tahu kan. Padan muka." Ucap Rine. Puas hatinya dapat membalas perbuatan Hakim.

"Violet, Erica, Lily lepaskan diorang" Suara garau menegur mereka dari depan pintu masuk pejabat.

"Baik Tuan !" Serentak mereka bertiga melepaskan Aiman, Hakim dan Haziq.

"Tuan !" Jerit tiga lelaki itu serentak. Terkejut beruk mereka mendengar perkataan 'Tuan' keluar dari mulut orang yang mereka tangkap.

"Bisinglah korang ni ! Dari tadi menjerit je kerja." Ujar Husna

"Light, Dark, Blue perkenalkan ini Violet, Erica, Lily. Mereka juga spy seperti kamu semua." Ucap Tuan Syarid.
 
"Assalamualaikum, Aiman, Haziq, Hakim. Tak sangka korang pun spy rupanya" Ucap Lya sambil membuka hoodie dan masknya.

"Lya, jadi diorang ni ?" Tanya Aiman. Dia menunjuk kearah Husna dan Rine

Husna dan Rine membuka mask dan hoodie diorang. Terlihatlah wajah mereka berdua.

"Husna ?"

"Rine ?"

"Nampaknya korang dah saling menegenali. Bagus, senanglah nak bekerja sama." Ujar Tuan Syarid.

"Apa maksud Tuan ? Bekerja sama ?" Tanya Husna.

Tuan Syarid berdehem kemudiannya berkata. "Mulai hari ini kumpulan Husna akan bekerja sama dengan kumpulan Haziq untuk misi yang lagi susah. Tiada bantahan... Tiada tapi-tapi harap maklum." Tuan Syarid menunggu mereka semua memberi riaksi.

Mereka berenam yang masih memproses satu-satu perkataan yang disebutkan oleh Tuan Syarid terdiam seketika. Setelah selesai memproses serentak mereka berenam menjerit terkejut.

"Apa !" Terlepas file yang dipegang oleh Tuan Syarid.

"Terkejutnya korang. Hari tu kan saya dah bagitau yang kumpulan kamu akan bekerja sama." Tipu sunat takpe, fikir Tuan Syarid.

"Ada ke ? Tuan tak pernah cakap pun." Soal Hakim

"Tapi Tuan, kes penjualan dadah tu pun tak selesai lagi." Ucap Husna

"Kalau diorang dua ekor ni tak kacau tadi kami dah boleh pergi ke tempat bos tu." Ujar Rine. Hakim dan Haziq yang berasa bersalah meminta maaf kepada mereka.

"Sorry lah... Mana lah kitorang nak tahu."

"Banyak lah korang punya sorry." Marah Rine dengan Husna

"Dah tu bergaduh. Pasal kes tu jangan risau team lain akan ambil alih. Saya nak korang uruskan satu kes ni, tapi berat sikit sebab ianya ada kena mengena dengan kes pembunuhan ibubapa... Nantilah korang tahu." Ujar Tuan Syarid

"Pembunuhan ? Macam berat sangat je kes tu. Takpe ke kami uruskan ? Lagipun kami ni baru je 17 tahun. SPM pun tak lepas lagi tuan." Tanya Lya

"Takpe, esok saya nak kamu semua datang sini. Saya nak kenalkan kamu dengan seseorang tapi rasanya semua dah kenal. Dia akan join kamu semua uruskan kes ni. Pasal sekolah jangan risau, kamu semua akan saya daftar untuk private school."

"Private school ! Kami baru je pindah sekolah kelmarin tuan." Ujar Hakim, Haziq dan Aiman.

"Nanti pandai-pandailah saya uruskan. Esok saya akan berjumpa dengan ibubapa Husna dan Lya untuk minta izin masukkan kamu berdua dalam private school.  Haziq, nanti saya pergi jumpa kakak kamu disekolah. Jangan risau, saya akan datang sebagai guru jadi identiti kamu bertiga sebagai perisik muda takkan terbongkar. Kamu semua boleh bersurai." Ujar Tuan Syarid tegas. 

"Baik Tuan !" Ucap mereka berenam serentak. Mereka pun keluar pergi ke kereta masing-masing.

- To Be Continued -

________________________________________________________________________________

Maaf kalau hambar

Jumpa lagi minggu depan 😉

- Assalamualaikum -

- 1470 Words -

________________________________________________________________________________

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro