Bab 10

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Avia melangkah masuk ke dalam tandas sebelum dia tersengih seperti kerang busuk di hadapan cermin. Aku dapat nombor satu! Aku pelajar terbaik! Happynya!

"Happy nampak?," tegur satu suara dari arah pintu tandas.

Avia menoleh sebelum dia hanya memandang ke arah Fify, Azreen dan Jeni. Mereka bertiga elok melipat tangan ke dada dengan muka yang bongkak.

"Eh perempuan miskin! Kau ni siapa sebenarnya haa?! Apasal dari dulu Ferdy layan kau tapi dia tak layan aku?!," tanya Fify kuat.

"Saya... Saya pergi dulu," kata Avia sebelum dia melangkah dengan pantas dan keluar dari tandas.

Fify, Azreen dan Jeni turut melangkah mengekori Avia sebelum dengan pantas Fify menarik rambut Avia dengan kuat.

"Kau budak grade 10 kan? Apasal kau biadab sangat? Kau sedar tak kau tu tak sama taraf dengan Ferdy?!," kata Fify kuat.

"Sakit... Sakit...," kata Avia sambil memegang tangan Fify yang sedang menarik rambutnya yang diikat kemas.

"Kau tahu pulak sakit?! Aku lagi sakit hati tengok kau rapat dengan Ferdy!," jerit Fify kuat sebelum dia menolak Avia dengan kuat sehingga gadis itu tersungkur di atas lantai. Habis rambutnya berserabut.

Alpha hanya memerhati dari jauh. Perempuan pun buli dia?

"Apa kau buat?," tanya satu suara dari arah belakang Fify, Azreen dan Jeni.

Avia, Fify, Azreen dan Jeni menoleh ke arah si pemilik suara sebelum Fify mendengus dengan kasar.

"Kau ni kenapa? Dari haritu aku tengok kau ni kecik besar kecik besar je. Jangan sampai aku jolok lubang hidung kau tu," kata Alara dengan kedua belah tangan terletak elok di dalam kocek kot sekolahnya.

"Wow! Beraninya! Hahahahaha. Cubalah kalau berani!," kata Fify dengan lagaknya.

"Woi perempuan. Bangun sekarang. Pergi balik kelas kau," kata Alara kepada Avia.

Avia yang mendengar itu terus bangun dari duduknya sebelum melangkah untuk pergi tetapi cepat ditahan oleh Fify.

"Kau nak pergi mana?! Aku tak habis lagi dengan kau ni!," kata Fify sambil menarik tali leher Avia dengan kuat sehingga gadis itu tercekik. Dia kemudian menolak Avia dengan kuat sehingga dia jatuh ke atas lantai buat kali kedua.

"Abang aku kata jangan sentuh sesiapa kat sini. Tapi aku rasa kalini ianya halal untuk aku sentuh kau," kata Alara sebelum dia menarik kolar baju Fify dan dirarik ke arahnya.

Bukkk!

Satu tumbukan padu dihadiahkan kepada Fify. Gadis itu terjatuh ke atas lantai dengan bibir kirinya yang sudah berona merah dan menunggu masa untuk berdarah.

Avia, Azreen dan Jeni membuntangkan mata mereka melihat Fify ditumbuk oleh pelajar junior itu.

Fify menoleh ke arah Alara dengan wajah yang terkejut sebelum dia menoleh ke arah Azreen dan Jeni.

"Korang buat apa?! Belasah lah perempuan ni!," kata Fify kepada Azreen dan Jeni.

Azreen dan Jeni mendengus sebelum melangkah ke arah Alara.

"Aku taknak sentuh korang berdua, tapi korang yang paksa," kata Alara mendatar.

Azreen dan Jeni mengangkat tangan mereka untuk menarik rambut Alara sebelum dengan pantas Alara memegang tangan mereka.

"Jangan sentuh rambut aku," kata Alara dingin sebelum dia terus memusingkan tangan mereka berdua dan menyepak badan kedua gadis itu dengan kuat.

Pakkkk!

Azreen dan Jeni tersungkur di atas lantai dengan tangan yang memegang badannya yang baru disepak oleh gadis kacukan itu.

Avia hanya membuntangkan matanya selepas melihat mereka bertiga dibelasah oleh adik Aaden. Tiba-tiba dia teringat tentang kejadian seorang lelaki ditembak di depan matanya ketika sedang mengerjakan Cayden. Siapa mereka semua ni sebenarnya?

Alpha hanya memerhati dari jauh dengan kedua belah tangan terletak elok di dalam kocek seluarnya. Good job Lara.

"Berambus sekarang! Sekali lagi aku nampak kau buli perempuan miskin ni, siap korang," kata Alara kepada Fify, Azreen dan Jeni.

Mereka bertiga berdiri dari duduk mereka sebelum mata hanya merenung tajam ke arah Alara dan Avia silih berganti.

"Aku report dekat pihak sekolah yang kau belasah kitorang. Kau tunggulah!," kata Fify kuat. Mereka bertiga terus melangkah pergi dari situ.

Alara hanya tersenyum sinis mendengarkan itu. Siapa yang berani ambil tindakan dekat aku? Pihak sekolah? Huh!

"Kau memang lemah macam ni ke?," tanya Alara kepada Avia.

"Terima kasih sebab tolong saya...," kata Avia sambil berdiri dari duduknya. Dia tidak mampu untuk berbuat apa-apa. Jika dia didapati bergaduh di sekolah, mungkin biasiswanya akan ditarik.

Alara hanya menjeling sebelum dia melangkah meninggalkan Avia disitu.

Avia hanya menghantar pemergian Alara dengan ekor matanya sebelum dia membetulkan rambutnya yang sudah kusut.

Seusai mengikat rambutnya dengan kemas, dia terus melangkah untuk ke kelasnya.

"Hoi budak miskin," kata satu suara garau dari arah belakang Avia.

Avia menoleh ke arah Zain, Zareef dan Zafriel sebelum dia menoleh ke depan semula untuk berlari.

"Tangkap dia!," kata Zain kuat.

Dengan pantas Zareef dan Zafriel mengejar Avia sebelum memegang kedua belah tangan Avia dan dirapatkan gadis itu ke dinding.

"Argh! Tolong... Tolong lepaskan saya...," kata Avia perlahan. Air matanya sudah mulai bergenang menunggu masa untuk gugur.

"Lepaskan kau? Huh! Dah seminggu kau lari dari aku, kenapa? Hero kau tak bagi kau buat homework aku dah ke?," kata Zain sambil menghampiri Avia.

"Saya dah taknak buat homework awak... Tolong lepaskan saya...," kata Avia perlahan. Mereka bertigalah punca Cayden dipukul dengan teruk tempoh hari.

"Okay fine. Kalau kau dah taknak buat kerja aku, aku takkan paksa kau. Tapi kau kena buat sesuatu untuk aku," kata Zain sebelum mendekatkan wajahnya ke arah wajah Avia. Jarak mereka hanya beberapa inci sahaja.

"Apa awak buat ni?! Lepas!!," jerit Avia kuat.

"Kau dah taknak buat kerja aku kan?," kata Zain sebelum tangannya memegang peha Avia. Zareef dan Zafriel pula sedang elok memegang kedua belah tangan dan kaki Avia sehingga gadis itu terkunci di situ.

"Tolong!! Tolong!!!," jerit Avia kuat. Air matanya kini gugur ke bumi.

"Kau ni cantik juga kan?," kata Zain sebelum membuka tali leher milik Avia.

"Bawak dia masuk bilik stor," kata Zain kepada Zareef dan Zafriel.

"Lepas! Tolong jangan buat saya macam ni! Tolong!," jerit Avia kuat sambil diheret oleh Zareef dan Zafriel ke bilik stor sukan sekolah.

     Avia dicampak ke atas lantai sebelum Zareef menutup pintu stor. Zain dan Zafriel hanya tersengih seperti kerang busuk.

     "Aku nak usik kau sikit je perempuan. Aku janji aku bayar kau. Berapa kau nak?," kata Zain sambil menghampiri Avia yang sedang mengundur ke belakang.

     "Abah... Abah tolong Avia... Abah...," bisik Avia sambil menangis. Dia mengundur ke belakang supaya menjauhi Zain yang mendekatinya.

     "Abah kau takda kat sini lah. Biar aku jadi abah kau," kata Zain sebelum dia menarik kot sekolah yang dipakai oleh Avia.

     "Arghhhhhh! Tolong!," jerit Avia kuat. Kot sekolahnya ditarik dengan kasar sehingga lengan Avia berlaga dengan besi yang berada di dalam stor sukan itu.

     Kot sekolah Avia dicampak ke lantai sebelum Zain menarik rambut Avia dengan kuat. Tangan kirinya cuba menanggalkan tali leher Avia.

     "Tolong!! Abah!," jerit Avia dalam esakannya. Tangannya cuba menghalang Zain tetapi tenaga lelaki itu berkali ganda lebih kuat berbanding kudratnya sebagai seorang perempuan.

     "Pegang perempuan ni!," kata Zain kepada Zareef dan Zafriel.

     Zareef dan Zafriel memandang sesama sendiri sebelum menelan liurnya. Apa yang Zain nak buat ni? Dia nak rogol perempuan ni ke?

     "Peganglah cepat!," kata Zain kuat.

     Tanpa banyak kata, Zareef dan Zafriel terus memegang tangan dan kaki Avia sehingga gadis itu tidak dapat bergerak lagi.

     "Abah!," jerit Avia kuat.

     Zain mengambil kesempatan untuk membuka kemeja sekolah Avia sehingga menampakkan baju singlet yang dipakai.

     Bang!

     Pintu stor dibuka dengan kasar dari luar.

     Zain, Zareef, Zafriel dan Avia terus menoleh ke arah manusia yang telah membuka pintu itu dengan kasar.

     Alpha berdiri dengan kedua belah tangan terletak elok di dalam kocek seluar. Name tag miliknya telah ditanggalkan sebelum dia datang ke situ.

     "Wow! Hero dah sampai!," kata Zain kuat. Dia kemudian melangkah ke arah Alpha sebelum memegang kolar baju Alpha dengan kuat.

     "Cay... Cayden...," kata Avia dalam esakannya.

     Puihh

     Alpha meludah ke wajah Zain tepat mengena hidungnya.

     Zain menoleh sebelum dia memandang ke arah Alpha. Nafasnya turun naik menahan marah.

     Buk!!

     Zain menumbuk Alpha dengan kuat sehingga lelaki itu terteleng ke kanan.

     "Cayden!," kata Avia dalam tangisannya.

     Alpha menoleh ke arah Zain sebelum dia mengukir senyum sinis. Cukup sinis.

     "That's it?," tanya Alpha dalam senyuman sinisnya.

     "Kau ni memang nak mati agaknya!," kata Zain kuat sebelum dia mengangkat tangannya untuk menumbuk Alpha lagi.

     Dengan pantas tangan kanan Alpha memegang tangan Zain sebelum tangan kirinya menarik kolar Zain supaya mendekatinya.

     "I'm gonna kill you," kata Alpha sebelum mengukir senyum sinis.

     Zain yang mendengar itu hanya memandang ke dalam anak mata helang milik Alpha tanpa kata. Lelaki itu seperti sudah berubah menjadi orang yang berlainan. Cara dia bercakap, berbeza.

     Alpha kemudian menolak Zain dengan kuat sehingga dia terjatuh ke atas lantai.

     "Zain!," jerit Zareef dan Zafriel serentak. Tangan mereka masih elok memegang Avia dengan kuat.

     "Kurang ajar...," kata Zain perlahan.

     Alpha hanya tersenyum sinis mendengarkan itu. Aku kurang ajar? Haha. Kaki terus melangkah ke arah pintu sebelum menutup pintu stor dengan rapat. Tidak mahu sesiapa mengganggunya.

     Alpha kemudian menoleh semula ke arah Zain yang sudah berdiri dari duduknya.

     "Argh!," jerit Zain sebelum berlari ke arah Alpha.

     Alpha memusingkan badannya sebelum Zain terus terlanggar pintu bilik stor.

     Alpha hanya memandang tanpa perasaan.

     "Tak guna!," jerit Zain sebelum dia mencapai sebatang kayu besbol dan melangkah ke arah Alpha.

     Kayu besbol diangkat tinggi sebelum dihayunkan ke arah Alpha.

     Buk!

     Kepala Alpha dipukul dengan kuat. Darah halus mulai mengalir dari bibirnya sebelum Alpha menyeka darahnya.

     Avia hanya memerhati. Tangisannya sudah makin reda. Kenapa dia tak elak? Kenapa dia tak elak?!

     "That's enough," kata Alpha sebelum dengan pantas dia merampas kayu besbol di tangan Zain. Kini kayu besbol itu bertukar tangan.

     "Close your eyes," kata Alpha kepada Avia sebelum dia menoleh ke arah Zain yang sedang mengundur.

     Kakinya melangkah ke hadapan sebelum kayu besbol itu diangkat tinggi.

     Buk! Buk! Buk!

     Alpha memukul Zain kepala badan dan kaki Zain menggunakan kayu besbol yang berada di tangannya.

     Zain tersungkur di atas lantai sebelum darah mulai mengalir keluar dari mulutnya.

     "Zain!," jerit Zareef dan Zafriel kuat. Mereka berdua terus melepaskan Avia sebelum melangkah ke arah Zain yang sedang terduduk. Avia terus memasang butang bajunya semula sebelum memeluk dirinya sendiri.

     Alpha memusing-musingkan kayu besbol di tangannya sambil memerhati Zareef dan Zafriel.

     "Your turn," kata Alpha sebelum mendekati mereka bertiga.

     "Jangan! Tolong... Tolo...," Zareef tidak sempat menghabiskan kata-katanya.

     Buk!

     Buk!

     Zareef dan Zafriel dipukul di kepala sehingga mereka berdua terbaring kesakitan. Pening kejap kepala.

     Alpha memusing-musingkan kayu besbol itu di tangan sebelum mencampaknya ke atas lantai.

     Alpha mendekati Zain sebelum kolar baju Zain ditarik.

     Buk!! Buk!! Bukk!!

     Tiga tumbukan dihadiahkan buat si Zain.

     Avia hanya memeluk dirinya sendiri dengan mata yang masih bersisakan air mata.

     "Cukup... Sudah... Aku minta... Aku minta maaf...," kata Zain perlahan. Darah pekat mengalir keluar dari mulutnya. Bibirnya pecah dek kerana ditumbuk.

     Alpha tersenyum sinis. Cukup? Kau tak rasa cukup pulak masa biarkan 20 orang dewasa pukul adik aku?!

     Alpha mengangkat Zain menggunakan kolar baju lelaki itu sebelum dia dirikan Zain di hadapannya.

     Buk!!

     Alpha memusing 360 darjah sebelum menyepak kepala Zain dengan kuat sehingga lelaki itu mencium lantai.

     Uhuk! Uhuk!

     Zain terbatuk mengeluarkan darah pekat sebelum dia ditarik oleh Alpha semula.

     Alpha menarik kolar baju Zain dengan kuat sehingga laki itu terdiri di depannya.

     "Touch her, and I'll kill you," kata Alpha dingin.

     Zain menganggukkan kepalanya beberapa kali tanda faham.

     Zareef dan Zafriel hanya terduduk di tepi dengan rasa takut yang menyelubungi diri.

     Alpha menolak Zain dengan kuat sehingga Zain terjatuh ke atas lantai.

     Alpha menoleh ke arah Avia sebelum dia melangkah mendekati gadis itu.

     Dengan perlahan Alpha menarik lengan Avia supaya berdiri dari duduknya.

     Avia tidak membantah malah hanya akur. Dia berdiri dari duduknya sebelum mengekori Alpha.

     Alpha mencapai kot sekolah Avia yang berada di atas lantai sebelum dia menarik gadis itu keluar dari bilik stor.

     Avia menoleh ke arah Aaden, Callisto, Silver dan Javier yang berada di luar bilik stor. Berapa lama diorang dah tunggu kat luar stor ni? Kenapa diorang tak tolong aku?

     "Waaaaa... Coolnya abang... Nak pengsan saya tengok!," kata Javier kepada Alpha.

     Alpha menghulur tangan Avia ke arah Aaden sebelum kot sekolah Avia juga dihulurkan ke arah Aaden. Aaden tidak membantah malah hanya menyambut huluran Alpha. Tangan Avia kini dipegang oleh Aaden.

     "Puas hati kau?," tanya Silver kepada Alpha.

     Alpha hanya memandang ke arah Silver tanpa jawapan. Belum. Selagi aku tak jumpa budak tu, aku takkan puas hati.

     Zareef membuka pintu bilik stor sebelum matanya terbungkam melihat kumpulan mat saleh itu berada di situ. Dengan perlahan-lahan dia menutup semula pintu.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro