Bab 11

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Avia hanya mendiamkan diri sejak dia dibawa ke rumah keluarga jutawan itu. Dia dibawa ke sini hanya kerana bapanya tiada di rumah kerana kerja lebih masa demi mencari duit lebih untuk keluarga kecilnya.

Aaden hanya memerhati Avia yang masih diam seperti batu sejak melangkahkan kaki ke rumahnya itu.

"Sampai bila you nak diam je?," tanya Silver kepada Avia. Dia mengambil tempat di hadapan Avia sebelum merenung ke dalam anak mata gadis itu.

"Errr... Saya nak balik... Saya tak mandi lagi dari balik sekolah tadi," kata Avia perlahan.

"Pergilah mandi kat atas. Pakai je baju Alara," kata Javier yang sedang baring meniarap di ruang tamu rumah itu.

"Eh taknaklah. Saya malu," kata Avia perlahan.

"Eleh... Malu ke takut? Takut Lara marah eh?," tanya Javier dengan senyuman nakal.

"Apa sebut-sebut nama Lara ni?," tanya Alara yang baru melangkah turun dari tingkat atas rumahnya.

"Bawak keluar baju-baju yang kau tak pernah pakai," kata Aaden mendatar kepada Alara.

"Nak buat apa?," tanya Alara sebelum dia menoleh ke arah Avia. Ohh dah faham.

"Faham dah? Pergi ambik sekarang," kata Aaden tegas.

Alara hanya menjeling sebelum dia naik ke biliknya semula.

"Eh tak payahlah. Saya nak mandi kat rumah saya. Saya nak balik," kata Avia sambil memandang ke arah Aaden.

"Eh kau ni degil betullah. Haa pergilah balik. Pergilah. Kau ingat Zain and the geng akan lupakan kau macam tu? Nanti kena rogol padan muka. Haa pergilah balik. Ke nak aku bukakan pintu?," kata Javier panjang lebar.

Avia yang mendengar itu hanya menundukkan kepalanya. Dia sendiri berasa takut untuk pulang ke rumah jika tiada siapa yang menemaninya.

"Nah," kata Alara sambil melangkah turun dari tangga. Kedua belah tangannya elok memegang 15 beg kertas pakaian berjenama.

Kesemua beg kertas diletakkan di atas meja ruang tamu sebelum dia menjeling ke arah Avia.

Avia membuntangkan matanya. Semua pakaian berjenama yang tidak pernah disarung olehnya kini berada di depan mata. Gucci, Louis Vuitton, Dolce & Gabbana, Ralph Lauren, Christian Dior dan Versace.

"Allah... Saya taknak semua ni... Saya tak mampu nak pakai barang mahal macam ni," kata Avia sambil menggelengkan kepalanya beberapa kali.

"Pakai jelah. Ni duit bapak aku, bukannya duit aku," kata Alara mendatar.

"Tak boleh... Abah tak bagi ambil barang mahal-mahal dari orang...," kata Avia perlahan.

Aaden hanya memerhati tanpa kata. Haih susah.

"Eh! Kau pergi mandi kat atas sekarang! Ambik baju-baju ni sebelum aku belasah kau kat sini!," kata Alara kuat.

Avia tersentak sebelum dia akur sahaja. Tangannya mencapai beg-beg kertas itu sebelum dia melangkah naik ke atas. Matanya memandang ke sekeliling rumah. Wahhhh... Besarnya rumah ni... Rumah kondo tapi ada dua tingkat dekat dalam! Seronoknya kalau dapat tinggal dekat sini. Untung Alara dapat duduk rumah sebesar ini.

"Apa kau ni kasar sangat? Cakap jelah elok-elok," kata Silver kepada Alara.

"Apa? Geram tau tak. Kalau cakap elok-elok bukannya dia nak dengar pun. Abah tak bagilah bagai," kata Alara sebelum melangkah ke arah Aaden.

"Abang. Mana Alpha?," tanya Alara kepada abangnya.

"Kat rumah mak bapak dialah," jawab Aaden mendatar. Dah pahal tanya pasal Alpha pulak ni?

"Oh... Saja je tanya," kata Alara sebelum dia melangkah ke piano rumahnya.

"Aku dengar cerita esok cikgu disiplin nak jumpa kau. Apa cerita?," tanya Aaden tiba-tiba.

"Hah? Siapa? Lara ke?," tanya Alara yang berada di kerusi piano.

"Habistu siapa lagi?," tanya Silver pula.

"Laju betul budak-budak bodoh tu buat report hihihi," kata Alara perlahan.

"Kau gaduh dengan siapa?," tanya Javier pula.

"Bukan gaduh. Lara cuma buat kerja Lara je," kata Alara mendatar.

Aaden yang mendengar itu hanya mendiamkan diri.

     Tett...

Bunyi kunci pintu dibuka dari luar. Pintu rumah Aaden dibuka dari luar sebelum muncullah bapa-bapa neraka.

     "Papa dah balik!," jerit Alara dari dalam rumah.

     "Kau dah makan belum?," tanya Ariq yang melangkah masuk ke ruang tamu rumah.

Aryan, Hayden, Jayden dan Spencer turut melangkah masuk ke dalam rumah Ariq dengan tangan yang elok memegang kot dan beg kerja. Sudah tua pun masih sibuk lagi ya?

     "Dah. Tadi kitorang order pizza," jawab Alara sambil melangkah ke arah Ariq. Dia kemudian memeluk Ariq dengan erat seperti sudah bertahun tidak berjumpa itu.

"Apa kau nak? Mama mana?," tanya Ariq sambil meletakkan kot dan beg kerjanya di atas sofa.

"Mama pergi jenguk Cayden kat rumah dia," jawab Alara manja.

"Mana budak tu?," tanya Ariq sambil mengambil tempat di sofa rumahnya.

"Dia mandi kat atas," jawab Alara mendatar.

"Apa cerita kalini?," tanya Ariq kepada Aaden.

"Budak tu hampir kena rogol dengan geng Triple Z," celah Javier.

"Rogol? Budak sekolah nak rogol orang? Memang nak mati ke?," tanya Ariq dengan dahi yang berkerut.

"Rasanya kita kena ajar budak-budak ni," celah Aryan mendatar. Dia turut mengambil tempat di sofa rumah Ariq.

     "Nak ajar macam mana?," tanya Jayden pula.

     Aryan memandang ke arah Ariq, Hayden, Jayden dan Spencer silih berganti tanpa sebarang jawapan.

     Avia melangkah keluar dari bilik air selepas dia selesai menyegarkan dirinya di bilik air rumah jutawan itu.

     "Arghhh!," jerit Avia selepas menyedari Aaden sedang berdiri di depan pintu bilik air.

     "Terkejut saya. Apa awak buat dekat sini?," tanya Avia sambil memegang tuala yang telah digunakan olehnya. Mujur dia terdetik untuk memakai baju di dalam bilik air, kalau tidak, percuma saja.

     "Dah berapa lama kau kena buli dengan budak-budak tu?," tanya Aaden mendatar.

"Hah? Err... Sejak hari pertama saya masuk sekolah tu lagi," jawab Avia sambil menunduk.

"Bapak kau tahu?," tanya Aaden lagi.

Dengan perlahan Avia menggelengkan kepalanya beberapa kali.

"Asal?," tanya Aaden dingin.

"Saya taknak abah risau," jawab Avia perlahan.

Aaden yang mendengar jawapan gadis itu hanya mendiamkan diri. Takut risau? Habistu kalau kau kena rogol dengan budak-budak bodoh tu, kau fikir abah kau takkan sedih ke?

Aaden menoleh sebelum dia melangkah untuk keluar dari bilik.

"Ferdy...," panggil Avia perlahan.

Aaden menghentikan langkahnya tanpa menoleh ke arah gadis itu.

"Tak perlu tolong saya... Saya dah biasa dipijak. Orang miskin memang sentiasa berada di bawah...," kata Avia perlahan.

Aaden hanya mendengar tanpa bicara sebelum dia terus melangkah keluar meninggalkan gadis itu di dalam bilik tamu.

Selepas Avia selesai menyikat rambutnya, dia terus melangkah keluar dari bilik dan sudah berniat untuk pulang ke rumahnya.

Anak tangga dituruni satu persatu sebelum matanya terpandang semua jejaka kacak yang berada di ruang tamu rumah Aaden.

"Cayden...," bisik Avia sambil matanya memandang ke arah Alpha yang berada di sofa ruang tamu yang luas itu. Dia elok duduk di tengah-tengah antara dua jejaka tampan yang kelihatan dingin.

"Haa dah siap pun. Meh sini turun. Minum dulu hot chocolate ni aunty dah buat," kata Erika yang menyedari Avia hanya memerhati dari arah tangga.

Kesemua yang berada di ruang tamu terus memandang ke arah Avia yang sedang tercegat di atas tangga.

"Buat apa lagi kat situ? Mehlah sini," ajak Silver pula. Dia sedang elok menghirup air coklat panas yang telah disediakan oleh ibu Aaden.

Avia hanya tersenyum malu sebelum dia meneruskan langkahnya untuk turun ke bawah. Ya Allah malunya. Semua hensem.

"Duduk sini," kata Silver sambil menepuk-nepuk sofa di sebelahnya.

Avia hanya menunduk sebelum dia mengambil tempat di sebelah Silver. Aaden pula hanya memerhati sambil tangannya menekan-nekan papan kekunci komputer ribanya.

"Nah... Minum ni. Kalau awak tak minum, aunty gigit awak," kata Erika sambil menghulur secawan coklat panas ke arah Avia. Avia pula hanya akur dan menyambut huluran gadis cantik itu.

Avia menoleh ke arah Alpha yang sedang sibuk menekan-nekan papan kekunci komputer ribanya sebelum dia menoleh ke arah Aaden dan Callisto yang turut sibuk dengan komputer riba masing-masing.

"Diorang busy buat apa?," bisik Avia di telinga Silver.

"Study. Diorang memang rajin study. You je yang tak percaya diorang ni bijak," bisik Silver di telinga Avia. Mungkin benar mereka sedang belajar, atau sebenarnya hanya belajar tentang business?

"Ish... Janganlah ingatkan saya pasal tu. Saya tahu saya salah," kata Avia di telinga Silver.

     "Nama panjang kamu apa?," tanya Erika memecah suasana.

Avia sedikit terperanjat sebelum dia menoleh ke arah Erika yang berada di sebelah Ariq. Cantik gadis itu walau sudah nampak sedikit berumur.

     "Avia. Avia Reana binti Harris, aunty," kata Avia lembut. Mereka semua hanya memandang ke arah Avia tanpa kata.

"Sedap nama tu. Aunty ibu kepada Ferdy, nama aunty Erika. Yang ini pula suami aunty, namanya Frandy," kata Erika ramah. Ariq pula hanya memerhati Avia tanpa kata. Wajahnya serius sahaja. Tetapi masih kacak.

"Hi cutie, uncle daddy kepada Silver. Nama uncle Spencer. You can call me uncle Spen," kata Spencer pula dengan ramah. Senyuman lebar elok terukir di bibir.

Avia hanya tersenyum sambil menganggukkan kepalanya. Comel betul bapa Silver ini. Macam budak kecik je.

"Jayden. Aku bapak Javier. Boleh panggil abang Jay," kata Jayden sambil mengangkat keningnya beberapa kali. Avia pula hanya tersenyum. Eh? Ada dua orang muka samalah!

"Kepala hotak kau abang. Kau ingat kau muda lagi ke? Kau tu dah tua. Tak lama lagi dah nak mampus. Sedar sikit diri tu. Ke nak aku tolong sedarkan kau? Biar aku azan kat telinga kau tu," kata Ariq kepada Jayden.

"Ah kau diamlah," kata Jayden mendatar.

"Hayden. Bapak Alpha and Cayden," kata Hayden yang malas mahu melayan budak dua ekor itu.

Avia menganggukkan kepalanya beberapa kali. Dia memandang ke arah Hayden yang berada di sebelah Alpha. Oh jadi inilah bapa Cayden yang datang pada malam tu. Lelaki itu tampak dingin dan cool berbanding pakcik seorang lagi yang mempunyai wajah yang sama sepertinya.

"You can call me uncle Froy. I'm Callisto's father. Nice to meet you Avia," kata Aryan sambil tersenyum.

Sekali lagi Avia menganggukkan kepalanya sebelum dia menoleh ke arah seorang lagi jejaka yang duduk di sebelah kanan Alpha. Lelaki bermata hijau itu tampak dingin dan menakutkan.

"Yang itu uncle Levi. Hesmes tak uncle tu? Dia still single and available tau," kata Spencer yang seperti dapat mengagak Avia tertanya-tanya tentang satu-satunya lelaki bermata hijau di situ.

Avia menganggukkan kepalanya beberapa kali sambil memandang ke arah Levi yang juga sedang memandang ke arahnya. Lelaki itu tidak memberi apa-apa reaksi malah hanya muka yang dingin.

"Terima kasih sebab layan saya dengan baik. Saya akan cerita pada abah yang saya dilayan dengan baik dekat sini," kata Avia sambil tersenyum lebar sehingga matanya menjadi sepet.

"Baru sikit. Tapi kau kena tahu yang kau akan selalu jumpa dengan kami lagi lepasni," kata Jayden mendatar.

Avia yang mendengar itu hanya mendiamkan diri. Apa maksud pakcik ni?

"Errr... Uncle semua ni pemilik sekolah ya?," tanya Avia lembut.

"Takdalah. Kenapa tanya macamtu?," jawab Aryan rendah diri.

"Saya nak ucap terima kasih sebab beri saya biasiswa dan peluang untuk belajar dekat sini. Saya hargai sangat-sangat. Abah pun happy sangat tau lepas saya dapat peluang belajar dekat sekolah ni," kata Avia dengan senyuman lebar.

Ariq, Aryan, Hayden, Jayden dan Spencer hanya mendengar tanpa kata. Alahai comelnya budak ni.

"Ayah kau kerja apa?," tanya Jayden sengaja pura-pura tidak tahu.

"Saya orang susah. Abah kerja macam-macam. Kadang-kadang abah ambil upah potong rumput. Ada hari abah kerja sambilan dekat kilang ukir kayu. Pastu abah ambil upah cuci kereta jiran-jiran tetangga," jawab Avia jujur.

"Hoi dengar tak tu budak? Kau tu bersyukur sikit lahir-lahir terus mandi dalam duit tau tak?," kata Jayden kepada Javier yang sedang meniarap di atas karpet.

Javier hanya menjelingkan matanya ke arah bapanya itu.

"Saya tak sangka akan berjumpa dengan pemilik sekolah. Uncle semua tak sombong atau riak dengan apa yang uncle ada," puji Avia ikhlas.

Mereka semua hanya terdiam mendengar pujian dari gadis polos itu.

     "Dah tua dah. Takda guna nak riak lagi. Dulu masa zaman muda bolehlah nak riak takbur bongkak semua," kata Ariq mendatar.

     Avia tergelak kecil mendengar kata-kata dari bapa Aaden itu. Wajahnya tampak garang tetapi dia seperti jejaka yang suka bergurau.

"Kamu duduk mana?," tanya Erika lembut.

"Saya dengan abah sewa bilik dekat rumah teres tak jauh dari sekolah, aunty," jawab Avia lembut.

"Oh... Kamu nak duduk sini?," tanya Erika dengan senyuman lebar.

Semua yang berada di situ terus memandang ke arah Erika yang mengajukan soalan itu. Duduk sini?

"Bangunan ni ada banyak lagi rumah kosong. Kamu dan abah boleh sewa dekat sini," kata Erika tanpa pedulikan mata-mata yang sedang memandang ke arahnya.

"Eh! Takpa aunty! Saya dengan abah tak mampu nak sewa dekat sini. Semua orang tahu rumah dekat sini harga berjuta aunty. Kami bukan orang senang," kata Avia dengan muka yang sebal.

"Apa kau ni makcik?," kata Ariq perlahan kepada Erika.

"Apa? Bukan ke tak lama lagi dia memang akan duduk sekali dengan kita? Huhu," kata Erika perlahan sebelum dia melangkah ke dapur.

Aaden hanya memerhati Avia tanpa kata. Bagaimana agaknya rasa hidup susah?

"Saya nak pergi basuh cawan ni. Dapur kat mana?," tanya Avia perlahan kepada Silver.

"Tu, pergilah. Aunty Ika ada kat dapur," kata Silver sambil menunjuk ke arah dapur rumah mewah itu.

"Okay," kata Avia sepatah. Dia terus bangun dari duduknya sebelum berjalan menunduk ke arah dapur.

"Iya? Avia nak apa-apa ke?," tanya Erika yang menyedari Avia melangkah masuk ke dapur.

"Takdalah aunty. Saya cuma nak bas...," kata-kata Avia terhenti di situ. Dia memandang ke arah seorang jejaka yang serupa wajahnya dengan bapa Cayden dan Javier. Aik? Berapa banyak diorang ada?

Rayden yang sedang bersandar di kaunter dapur hanya memerhati Avia yang merenung ke arahnya. Perlahan-lahan dia mengukir senyum nipis buat gadis polos itu.

"Bas apa? Ohhh. Kamu terkejut tengok ada copy paste lagi satu dekat sini ke? Yang ini kembar uncle Hayden dan uncle Jayden," kata Erika yang sedang memotong buah epal.

"Kembar tiga?," tanya Avia dengan kening yang dikerutkan sedikit.

"Rayden. You can call me Ray," kata Rayden sambil melangkah mendekati Avia.

"Avia. Avia Reana," kata Avia dengan senyuman mesra. Jejaka itu berdiri betul-betul di hadapannya.

"Nice name. Nice to meet you," kata Rayden lembut. Senyuman ikhlas diukir khas buat Avia. Dia kemudian terus melangkah untuk ke ruang tamu.

Avia menoleh ke arah Erika yang sedang memandang ke arahnya.

"Kenapa? Tergoda ke? Pakcik yang sorang tu memang menggodakan pun. Mujur aunty masih ada iman," kata Erika dengan senyuman nakal.

Avia tergelak halus mendengar gurauan ibu kepada Aaden itu. Memang jenis selamba makcik ni.

"By the way," kata Rayden yang berada di pintu masuk dapur. Matanya memandang ke arah Avia.

Avia menoleh selepas mendengar suara garau lelaki itu. Ingatkan dah keluar dari dapur, ada lagi rupanya pakcik hensem ni.

"Welcome to the family," kata Rayden dengan senyuman kacaknya.

Avia mengerutkan dahinya. 'Welcome to the family?.'

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro