Bab 14

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Avia melangkah keluar dari lift sekolahnya sebelum dia berjalan menuju ke arah perpustakaan sekolah. Niat hati ingin meminjam buku pelajaran yang berada di perpustakaan sekolah itu.

"Kau tahu kan yang kau punca aku kena buang sekolah?," tanya satu suara garau dari arah belakang Avia.

Avia berhenti melangkah sebelum dia menoleh ke arah Zain yang sedang berdiri tegak di hadapannya. Lelaki itu tampak marah dengan mata yang berapi dan telinga yang berasap.

"Awak yang ganggu saya selamani, kenapa nak salahkan saya pula?," tanya Avia berani. Bukannya dia tidak baca notis yang telah ditampal di papan notis sekolah.

"Wow! Dah berani melawan sekarang? Mentang-mentang ada orang yang backup kau sekarang, kau dah nak berlagak ya?," kata Zain sambil melangkah menghampiri Avia.

"Apa lagi yang awak nak dari saya? Apa salah saya pada awak? Apa dosa saya pada awak? Kenapa awak tak puas hati sangat dengan saya? Tak cukup lagi ke awak dah cuba untuk rogol saya?!," kata Avia agak kuat. Suaranya tersekat-sekat menahan sebak.

"Memang aku tak puas hati dengan kau! Kau dah buat aku dibuang sekolah! Notis buang sekolah hanya akan ditarik kalau pemilik sekolah tarik balik notis pembuangan tu! Dan kau sedar tak siapa pemilik sekolah tu?! Pemilik sekolah tu bapak Ferdy! Aku dah tumbuk mamat tu! Kau ingat bapak dia akan tarik balik notis tu ke lepas aku dah tumbuk anak dia?! Kau tahu tak ni semua salah kau!," kata Zain panjang lebar.

"Tapi ni semua sebab awak yang cuba untuk rogol saya! Kenapa nak salahkan saya pulak?!," kata Avia sebelum air matanya mengalir dengan perlahan.

"Kalau kau tak berkawan dengan geng mat saleh tu, semua ni takkan jadi! Takkan ada siapa tahu aku cuba rogol kau kalau kau tak berkawan dengan diorang! Kau memang perempuan murahan!," jerit Zain sebelum dia mengangkat tangan untuk melempang gadis di hadapannya itu. Avia terus duduk mencangkung selepas Zain mengangkat tangannya tinggi untuk memukul dirinya. 'Tolong!.'

Perlakuan Zain terhenti disitu. Dia membatalkan niatnya untuk melempang gadis itu selepas dia menyedari kehadiran lelaki berambut putih yang sedang berdiri tidak jauh dari mereka berdya. Hanya sepuluh langkah sahaja jarak antara mereka.

Avia membuka matanya sebelum dia memandang ke arah Zain yang sedang terdiam dan merenung ke arah seseorang. Tidak lama selepas itu, Zain terus pergi meninggalkan dirinya di situ.

Avia berdiri dari cangkungnya sebelum dia menoleh ke belakang. Alpha sedang elok bersandar pada dinding dengan kedua belah tangan terletak elok di dalam kocek seluar sekolahnya. Perlahan-lahan, Avia mengukir senyum.

Alpha hanya memandang ke arah Avia yang sedang tersenyum lebar sebelum dia menoleh untuk melangkah pergi dari situ.

"Cayden!," panggil Avia kuat.

Alpha hanya melangkah tanpa mengendahkan panggilan daripada gadis itu. Aku Alpha, bukan Cayden.

"Hey, Cayden," panggil Avia sambil dia melangkah dengan pantas untuk berjalan seiringan dengan lelaki berambut putih itu.

"Thanks sebab awak datang selamatkan saya sekali lagi," kata Avia sambil berjalan beriringan dengan Alpha.

Alpha hanya melangkah tanpa menoleh ke kanannya.

"Emm... Saya ada benda nak tanya awak sikit ni," kata Avia sambil berjalan dan menoleh ke kirinya. Ketinggian mereka sangat jauh berbeza menyebabkan Avia sedikit mendongak untuk memandang ke arah wajah Alpha.

"Cayden, stoplah dulu," kata Avia dengan suara yang dinaikkan dua oktaf.

Alpha hanya melangkah tanpa mengendahkan gadis pendek di sebelahnya itu.

"Cayden!," kata Avia sebelum dia berhenti di hadapan Alpha sekaligus menghalang lelaki itu dari terus melangkah.

Alpha menundukkan sedikit pandangannya ke arah gadis ketot di depannya itu. Nak apa?

"Abah ajak awak datang rumah. Abah kata nak jumpa dengan awak. Saya cerita dekat abah yang awak dah banyak tolong saya, tapi saya tak cerita pertolongan apa yang awak dah beri. Saya taknak abah risau kalau tahu saya hampir kena rogol," kata Avia panjang lebar.

Alpha masih lagi tidak memberi apa-apa tindakbalas malah hanya merenung ke dalam anak mata coklat milik Avia. 'Apa aku nak jawab? Apa perlu aku respond? Apa yang dia harapkan dari aku?,'

"Boleh tak? Awak sudi datang rumah saya jumpa dengan abah? Bukannya apa pun. Abah cuma nak jumpa orang yang dah tolong anak perempuan dia je," kata Avia dengan senyuman lebar. Hensemnya dia!

"Okay," kata Alpha sepatah.

Avia yang mendengar itu terus tersenyum dengan lebar. Akhirnya dia bercakap!

"Balik sekolah karang kita pergi rumah saya ya? Saya tunggu awak dekat stesen bas depan sekolah. Bye! Jumpa kejap lagi!," kata Avia sebelum dia terus meninggalkan Alpha di situ.

Alpha mengerutkan dahinya. Aik?

     Avia berlari-lari anak menuruni anak tangga sebelum dia melangkah keluar dari bangunan sekolah. Tidak sabar untuk bawa orang yang telah menolongnya selama ini untuk berjumpa dengan bapanya.

     "Nak pergi mana?," tanya satu suara garau dari belakang Avia.

Avia terus menoleh sebelum dia memandang ke arag Aaden yang sedang berdiri tegak dengan kedua belah tangan yang terletak elok di dalam kocek seluarnya.

     "Nak balik rumahlah. Kenapa?," tanya Avia mendatar.

"Masuk dalam kereta. Biar aku hantar kau balik," kata Aaden mendatar. Sudah seminggu dia memandu ke sekolah sendiri tetapi adik-adiknya yang lain masih ke sekolah dengan menggunakan pemandu keluarga mereka.

     "Eh takpalah. Saya balik sendiri je. Terima kasih!," kata Avia sebelum dia memusingkan badannya untuk berlalu pergi.

     "Avia," panggil Aaden dengan nada tegas.

Avia yang mendengar namanya dipanggil itu terus menoleh ke arah Aaden semula.

     "Aku hantar kau balik," kata Aaden mendatar.

     "Saya taknaklah. Awak janganlah paksa-paksa saya macam ni. Saya tak sukalah," kata Avia sebelum dia terus meninggalkan Aaden sendiri di situ.

     "Kena reject ke?," tanya satu suara dari arah belakang Aaden.

Aaden menoleh sebelum dia hanya menjelingkan matanya.

     "Kau janganlah garang sangat dengan dia. Perempuan ni hati lembut macam kapas. Kau kenalah berlembut sikit dengan budak tu," kata Javier yang kini sedang berdiri di sebelah Aaden.

     "Betul! Perempuan ni pelik sikit. Hati dia lembut macam cotton bud. Sedap je dikorek dalam telinga. Korek dalam pusat pun boleh," celah Silver pula.

Aaden yang mendengar itu terus mengerutkan dahinya. Apa benda bodoh?

     "Dahlah. Kau termenunglah kat sini. Kitorang balik dulu," kata Javier sebelum dia dan Silver melangkah meninggalkan Aaden di situ.

     "Kau nak balik rumah terus ke?," tanya Callisto yang hanya mendiamkan diri sedari tadi. Memang sifatnya yang lebih suka memerhati berbanding berbicara.

     "Hm," jawab Aaden malas.

     "Aku balik dengan kaulah," kata Callisto sebelum dia meletakkan lengannya di atas bahu Aaden. Mereka berdua terus melangkah ke Porsche milik Aaden.

     "Lara mana?," tanya Javier kepada Silver.

     "Dia ada kelas tambahan. Balik karang driver jemput dia," jawab Silver mendatar.

      Avia sudah menunggu di stesen bas di hadapan sekolahnya lebih dari 40 minit tetapi jejaka berambut putih itu langsung tidak memunculkan dirinya.

     "Mana dia ni?," bisik Avia sendiri. Tangannya membelek jam tangan yang berada di pergelangan tangannya.

     "Sorang jeke budak miskin?," tanya satu suara dari arah tepi Avia.

Avia menoleh sebelum terus bangun dari duduknya. Kakinya melangkah dengan laju untuk pergi dari situ.

     "Woi!," jerit Zain kuat.

Avia yang mendengar jeritan Zain itu terus berlari dengan lebih laju untuk meninggalkan lelaki yang menyeramkan itu. Ada je mamat ni dekat mana-mana.

Zain terus membuka langkah dan mengejar Avia dengan pantas.

Avia sempat menoleh ke belakang sebelum dia menambah kelajuan dalam lariannya.

     "Argh! Tolong!," jerit Avia kuat.

     "Kau nak lari mana ha budak miskin?!," jerit Zain juga kuat.

Tiba-tiba sebuah BMW berhenti betul-betul di hadapan Avia sebelum Avia terlanggar kereta itu dan terjatuh di atas tar.

BMW hitam itu menurunkan cermin tingkap pemandunya sebelum terus memandang ke arah Zain yang sedang mengejar Avia.

     "Aduh...,"

Zain terus menghentikan langkahnya selepas menyedari pemandu kereta tersebut adalah orang yang paling dia geruni buat masa kini.

Avia memegang lututnya yang sudah calar dek kerana terseret di atas tar. Lutut putihnya mula mengeluarkan darah halus sebelum Avia menyeka darah itu menggunakan kot sekolahnya.

Alpha melangkah keluar dari kereta sebelum dia merenung ke arah Zain yang masih berdiri tegak tidak jauh dari dia dan Avia. Mamat bodoh ni memang tak serik lagi ke? Nak aku bunuh dia ke? Ke nak aku bunuh bapak dia?

     "Cayden...," kata Avia sambil memandang ke arah Alpha. Jejaka itu elok memakai hoodie hitam dengan seluar hitam yang menampakkan lagi kedinginan dirinya.

     "Masuk," kata Alpha sepatah.

Avia berdiri dari duduknya sebelum dia hanya merenung ke arah Alpha.

     "Aku kata masuk," kata Alpha lebih tegas.

Avia yang mendengar itu terus berlari anak untuk masuk ke tempat duduk penumpang sebelah pemandu.

Alpha melangkah masuk ke dalam perut BMW miliknya sebelum dia menekan pedal minyak dengan kuat. BMW hitam itu berpusing sebelum terus dipandu laju ke arah Zain.

     "Put on your seatbelt," kata Alpha mendatar. Tangannya memulas stereng kereta dengan sangat bergaya.

     "Cayden!," jerit Avia yang sudah ketakutan dengan cara pemanduan lelaki berambut putih itu.

Zain yang menyedari kereta itu sedang menuju laju ke arahnya terus berlari lintang-pukang.

     "Argh! Tolong! Tolong!," jerit Zain kuat sambil berlari.

     "Cayden! Apa awak buat ni?!," jerit Avia kuat.

     "Tolong!," jerit Zain kuat sebelum dia tersadung dan terjatuh ke atas tar.

     "Cayden!," jerit Avia kuat.

Zain menutup kedua belah matanya menggunakan kedua belah tapak tangannya. Air mata mulai mengalir jatuh ke bumi. 'Daddy tolong....'

     Sreetttt...

     BMW hitam milik Alpha berhenti betul-betul di hadapan Zain. Jarak dirinya dengan kereta itu hanya beberapa inci sahaja.

Alpha melangkah keluar dari kereta sebelum dia duduk mencangkung di tepi Zain.

     "Daddy...," Zain berbisik dalam tangisannya.

Alpha menarik rambut Zain dengan kuat supaya Zain memandang ke arahnya.

     "Maafkan aku... Maafkan aku... Tolong...," kata Zain dalam tangisannya.

Alpha mengeluarkan selaras pistol dari belakang badannya sebelum diacukan ke leher Zain.

Zain jelas terkejut dengan kejutan itu. Jantungnya bagai mahu gugur. Nafasnya tercungap-cungap. Sekarang baru dia tahu langit itu tinggi atau rendah.

     "Touch her, and I'll kill you," kata Alpha dingin. Anak mata birunya menikam anak mata hitam milik Zain.

     "Maaf... Maa... Maaf...," kata Zain dengan tercungap-cungap. Perlahan-lahan seluarnya dibasahi dengan air kencingnya sendiri.

Alpha menoleh ke arah seluar Zain yang sudah mulai basah itu sebelum dia tersenyum sinis.

     "Cayden," panggil Avia yang baru membuka pintu kereta.

Alpha yang mendengar nama kembarnya dipanggil itu terus menyimpan pistolnya dan berdiri dari cangkung.

     "Apa awak buat?," tanya Avia yang langsung tidak menyedari senjata yang dipegang oleh Alpha sebentar tadi.

     "Masuk," kata Alpha sebelum dia melangkah masuk ke dalam kereta.

Avia tidak banyak kata malah terus melangkah masuk semula ke dalam kereta.

Alpha mengundurkan keretanya ke belakang sebelum dia terus menekan pedal minyak dengan kuat dan meninggalkan Zain di situ.

     Aaden dan Callisto hanya memerhati Zain yang berada di atas tar dengan muka yang penuh dengan air mata.

     "Sekali lagi kau terlambat," kata Callisto mendatar.

     "Aku tak pernah terlambat. Memang aku sengaja lambat," kata Aaden yang berada di tempat duduk pemandu.

     "Kenapa awak tak datang dekat stesen bas tadi? Awak tahu tak saya tunggu awak? Nak dekat sejam saya tunggu awak," kata Avia yang berada di tempat duduk penumpang.

     "Aku terlupa," jawab Alpha jujur. Sememangnya dia terlupa yang gadis itu mahu berjumpa dengannya selepas waktu persekolahan. Dia sudah pulang ke rumah sebelum teringat tentang gadis itu dan terus bergegas ke situ.

     "Macam mana awak boleh lupa?," tanya Avia sayu.

Alpha tidak menjawab pertanyaan gadis itu malah hanya mendiamkan diri. Ada banyak benda aku nak kena ingat, Avia. Kau jangan ingat aku sama macam budak-budak lain.

     "Aku hantar kau balik," kata Alpha mendatar. Matanya masih ditumpukan ke jalan raya.

Avia hanya mendiamkan diri sambil membuang pandang ke luar tingkap.

     Selepas mereka tiba di depan rumah teres satu tingkat itu, Alpha terus memarkir betul-betul di depan pagar rumah Avia.

     "Macam mana... Macam mana awak tahu rumah saya dekat mana...," bisik Avia perlahan. Dia langsung tidak menunjuk arah kepada Alpha sepanjang perjalanan mereka.

Alpha yang mendengar itu hanya mendiamkan diri. Perlu ke aku beritahu yang aku tahu semua tentang kau?

     "Macam mana awak tahu, Cayden?," tanya Avia lagi.

Alpha melangkah keluar dari kereta sebelum dia membuka pintu belah Avia. Avia hanya memerhati Alpha yang sudah berdiri di luar kereta.

     "Cayden...," panggil Avia perlahan.

Alpha mencangkung sebelum dia mengangkat kaki Avia dan diletakkan di luar kereta. Skirt Avia diselak sedikit sebelum dia memegang luka halus di lutut Avia.

     "Cay... Den...," Avia jelas terkejut dengan apa yang sedang lelaki itu lakukan. Dia pernah terluka sebelum ini semasa hampir terlanggar oleh kereta keluarga lelaki itu tetapi lelaki itu langsung tidak pernah bertanyakan tentang lukanya sehingga ianya sembuh dengan sendiri. Tetapi kali ini lelaki itu seperti orang yang berlainan.

Alpha memasukkan tangan kanannya ke dalam kocek hoodienya sebelum dia mengeluarkan plaster atau lebih dikenali sebagai handiplast.

     "Cayden...," panggil Avia perlahan. Kenapa kau baik sangat? Jangan buat aku terjatuh hati pada kau...

Alpha menampal plaster pada luka Avia sebelum dia berdiri tegak dan merenung ke dalam anak mata Avia. Gadis itu juga sedang merenung ke arahnya.

Perlahan-lahan Alpha menghulurkan tangannya untuk membantu gadis itu bangun dari duduknya.

     "Takpa. Saya boleh berdiri sendiri," kata Avia malu. Dia terus melangkah keluar dari kereta sebelum tiba-tiba kakinya kehilangan tenaga dan tidak mampu stabilkan diri.

Dengan pantas Alpha merangkul pinggang Avia sebelum gadis itu memegang lengannya dengan erat.

Avia menoleh ke arah Alpha yang sedang merenung ke arahnya. Ya Allah malunya! Kenapa dengan aku ni! Apahal tiba-tiba kaki aku takda tenaga ni?!

Dengan pantas Avia menjauhkan dirinya dari Alpha. Kaki terus melangkah untuk masuk ke dalam rumah. Dia cuba untuk elak dari memandang ke atah lelaki kacak itu. Malu!

Alpha hanya menghantar pemergian Avia dengan ekor matanya sebelum dia masuk ke dalam perut kereta dan beredar dari situ.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro