Bab 15

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

     Avia melangkah masuk ke dalam kedai roti yang bernama King Bakery sebelum dia sibuk memilih roti untuk diberikan kepada Cayden. Dia tidak akan melupakan peristiwa semalam yang berjaya membuat jantungnya berdegup dengan sangat kencang.

Selepas dia mengambil beberapa jenis roti, Avia terus melangkah ke arah kaunter untuk membuat pembayaran.

     "Semua sekali RM15.80. Nak bayar cash ke card?," tanya pekerja yang bertugas di kaunter itu.

     "Cash. Sekejap ya," kata Avia sebelum dia mencari-cari dompetnya tetapi tidak dijumpai. Eh mana pulak dompet aku ni?

     "Cari ni ke?," tanya satu suara garau dari arah belakang Avia.

Avia terus menoleh sebelum terpandang dompetnya yang berada di tangan Aaden.

     "Mana awak jumpa dompet saya ni?," tanya Avia sebelum terus mencapai dompetnya dari tangan Aaden. Dompet bewarna pink itu bertukar tangan.

     "Kau yang letak merata," jawab Aaden mendatar.

Avia hanya menoleh sebelum dia membelek isi dompetnya. Sekeping not RM10 dikeluarkan dari dompet sebelum dia masih mencari-cari isinya lagi.

"Alamak. Saya tak cukup duitlah. Kejap ya, kak. Saya nak letak balik roti ni," kata Avia sambil mencapai roti bun yang berada di dalam plastik untuk diletakkan di rak semula.

Aaden hanya memerhati tingkah laku Avia itu. Dia pakai ambik je semua jenis roti, tapi dia sendiri tak tahu dia tak bawak banyak duit.

"Emm. Jap. Tapi nampak macam ni sedap. Ala macam mana nak pilih ni," bisik Avia perlahan. Dia sibuk membelek roti-roti yang berada di atas rak.

"Thank you! Thank you so much!," kata pekerja perempuan yang berada di kaunter.

Aaden melangkah keluar dari kedai roti itu sebelum dia terus masuk ke dalam kawasan sekolah.

Avia hanya memerhati Aaden dari jauh sebelum dia melangkah ke arah kaunter.

"Saya ambik yang ni jelah, kak," kata Avia sambil menunjuk ke arah beberapa jenis roti.

"Ambik jelah semua roti yang awak nak. Boyfriend awak dah bayarkan untuk awak. Sweet betul dia ya?," kata pekerja di kaunter kedai roti itu.

"Ha? Boyfriend saya?," tanya Avia dengan dahi yang berkerut.

"Ha'ah. Budak handsome tadi tu," kata gadis itu sambil tersenyum.

"Ferdy ke maksud akak?," tanya Avia masih pelik.

"Iya! Name tag dia ada tulis Ferdy!," kata pekerja itu dengan senyuman lebar.

"Seriuslah dia dah bayar semua? Dia bayar berapa?," tanya Avia lagi.

"Dia bayar RM5000 tadi. Dia kata lepasni kalau awak datang kedai ni lagi, kami kena beri roti percuma je dekat awak," jawab pekerja itu dengan ramah.

"Sumpahlah?!," jerit Avia kuat.

Avia melangkah masuk ke dalam bangunan sekolah dengan kedua belah tangan yang penuh dengan beg plastik roti-roti yang telah diambil dari kedai roti berdekatan sekolah. Bahagia betul dapat makanan percuma.

"Lalalala...," nyanyi Avia perlahan. Amboi bahagia betul.

"Via!," panggil satu suara dengan kuat.

Avia segera menoleh sebelum dia memandang ke arah Silver yang berada dengan keluarganya itu.

"Amboi. You shopping satu kedai ke?," tanya Silver yang berada di luar bilik rehat.

"Hehehe," Avia hanya mampu tersengih memandangkan Aaden turut berada di situ bersama dengan Silver.

Aaden hanya memandang ke arah Avia tanpa reaksi. Bagus betul budak ni. Dia memang tak tolak rezeki.

"Ada nampak Cayden tak?," tanya Avia dengan senyuman lebar.

"Cayden?," tanya Javier dengan dahi yang berkerut.

Aaden dan Callisto hanya terdiam mendengar soalan yang diajukan oleh gadis itu.

"Kenapa you cari dia?," tanya Silver pula.

"Takda apalah. Jumpa dekat kelas nanti! Bye!," kata Avia sebelum dia menoleh untuk melangkah ke kelasnya.

"Budak tu ke maksud you?," tanya Silver sambil menunjuk ke arah Alpha yang baru melangkah keluar dari bilik rehat.

Avia segera menoleh sebelum dia memandang ke arah Alpha yang juga sedang memandang ke arahnya.

Alpha terus melangkah ke arah Avia tanpa disuruh.

Aaden, Callisto, Javier dan Silver yang menyedari perbuatan Alpha itu hanya mengerutkan dahi masing-masing.

"Hi Cayden...," kata Avia sambil menunduk. Malu untuk bertentang mata dengan jejaka kacak itu.

Alpha hanya menjawab sapaan gadis itu dengan renungan matanya.

"Ni. Saya ada roti sikit untuk beri kat awak. Ni sebagai tanda terima kasih sebab awak tolong saya semalam," kata Avia sambil menghulur satu plastik yang dipenuhi dengan roti.

Aaden hanya memerhati tanpa kata. Aku bayar untuk kau, rupanya kau nak kasi dekat mamat ni? Aku ingatkan kau beli banyak-banyak sebab kau lapar.

Aaden terus melangkah pergi dari situ. Sakit hati mahu menyaksikan drama gadis itu.

"Ambillah ni," kata Avia dengan senyuman ikhlas.

"Thanks," kata Alpha sepatah. Matanya memandang ke arah Aaden yang sudah semakin menjauh.

"Dahlah tu Via. Jom masuk kelas!," kata Silver sambil menarik kot sekolah Avia dan berjalan menuju ke kelas.

"Sabarlah, Silver! Oi janganlah! Jumpa nanti ya Cayden! Bye!," kata Avia yang hanya akur kerana ditarik oleh Silver.

"Apa dia buat?," tanya Javier mendatar.

"Mesti minah ni fikir selamani yang tolong dia tu Cayden. Padahal Cayden tak kisah langsung pasal dia," sambung Javier lagi.

"Tapi yang peliknya kenapa Alpha tak pernah bagitahu yang dia tu bukan Cayden?," sambung Javier lagi dan lagi.

Callisto hanya mendiamkan diri. Hanya minah tu je yang nampak mamat tu dekat sini. Semuanya akan berakhir bila Cayden dah kembali ke sekolah nanti.

"Kau kan sekelas dengan Alpha, kau tak rasa dia pelik ke?," tanya Javier sambil memandang ke arah Callisto.

"Dia tak pernah masuk kelas," jawab Callisto jujur. 'Dia tak pernah masuk kelas sebagai Alpha. Itu yang aku maksudkan.'

"Apa maksud kau?," tanya Javier agak terkejut.

Callisto hanya mendiamkan diri. Soalan Javier dibiarkan tanpa jawapan.

Aaden melangkah masuk ke dalam cafe sebelum dia memandang ke arah Avia yang juga sedang berada di dalam cafe. Perlahan-lahan dia menoleh ke arah berlainan sebelum terus mahu melangkah ke arah meja bulat yang sudah menjadi tempat keluarganya menjamu selera.

"Ferdy," panggil satu suara lembut dari arah belakang Aaden.

Aaden yang mendengar namanya dipanggil itu terus menoleh ke arah Avia yang elok berdiri di belakangnya.

"Terima kasih sebab dah bayarkan semua roti yang saya ambik dari kedai tu," kata Avia lembut. Bibirnya mengukir senyum ikhlas buat Aaden.

Aaden terdiam tidak terkata. Senyuman gadis itu terlalu indah sehingga tidak mampu untuk membencinya.

"Awak marah saya ke?," tanya Avia tiba-tiba.

"Asal aku nak marah?," tanya Aaden pula.

"Hehe. Takdalah. Saja je tanya. Nak datang rumah saya tak lepas balik sekolah?," tanya Avia dengan senyuman mesra.

"Ha?," tanya Aaden dengan dahi yang berkerut.

"Saya ada cerita dekat abah yang awak ada tolong saya," jelas Avia lembut.

"Aku tak pernah tolong kau," kata Aaden sebelum dia ingin melangkah pergi dari situ.

"Ferdy!," panggil Avia sambil menarik kot sekolah yang dipakai oleh Aaden.

Langkah Aaden terhenti sebelum dia menoleh semula ke arah Avia.

"Ingat tak saya terkunci dalam tandas haritu? Awak yang tolong saya, kan?," kata Avia masih mesra.

Aaden hanya memerhati gadis naif yang berada di depannya itu.

"Jomlah datang rumah saya. Abah nak berkenalan dengan awak dan Cayden," kata Avia lembut.

"Ajak jelah dia sorang. Aku busy," kata Aaden sebelum dia menarik kotnya hingga pegangan Avia terlepas. Dia kemudian melangkah meninggalkan gadis itu di situ.

"Dia memang macamtu," kata satu suara dari arah belakang Avia.

Avia pantas menoleh sebelum dia memandang ke arah si pemilik suara.

"Boleh tolong beri roti ni pada Ferdy? Saya tak sempat nak bagi tadi tapi dia pergi macam tu je," kata Avia sambil menghulurkan satu plastik yang dipenuhi dengan roti.

"Asal tak bagi pagi tadi?," tanya Javier mendatar.

"Saya taknak bagi pagi tadi sebab saya malu nak bagi depan korang semua," jawab Avia jujur.

Callisto yang baru sahaja mengambil tempat di meja bulat itu hanya memerhati tanpa kata.

"Macam-macamlah kau ni. Mujur comel je, kalau tidak dah lama aku gigit," kata Javier sebelum menyambut huluran Avia itu.

"Apa kau buat?," tanya satu suara garau dari arah tepi mereka berdua.

Avia dan Javier terus menoleh ke arah Aaden yang elok memegang dulang berisikan makanan.

"Ni. Budak ni nak bagi dekat kau," kata Javier sambil menghulur plastik itu ke arah Aaden.

Avia pula hanya tersenyum ke arah Aaden.

"Asal? Cayden tak mampu habiskan semua ke?," tanya Aaden pedas.

"Apa kau ni Din. Jangan emosi sangat boleh tak? Orang dah bagi tu ambik jelah," kata Javier yang masih menghulur plastik roti itu.

Avia yang mendengar perlian Aaden itu terus menarik senyumannya semula.

Aaden meletakkan dulang makanannya di atas meja sebelum dia menyambut huluran Javier. Plastik roti itu bertukar tangan.

"Aku bayar semua ni untuk kau. Kau bagi aku balik buat apa? Aku tak lapar," kata Aaden sebelum dia mencampak plastik roti itu ke atas lantai. Habis terkeluar semua roti dari plastiknya.

Semua pelajar di dalam cafe terus menoleh ke arah mereka.

Avia jelas terkejut dengan apa yang baru dilihatnya. Kejamnya Ferdy...

"Bro," panggil Callisto mendatar. Dia terus berdiri dari duduknya.

"Weh Din," kata Javier pula.

"Hey, apa dah jadi ni? Kenapa roti berterabur atas lantai ni? Nak bagi kucing makan ke?," tanya Silver yang baru tiba di situ.

"Kalau awak tak sudi ambik roti ni, tak perlulah sampai buang macam ni," kata Avia perlahan. Air matanya sudah mulai bergenang menunggu masa untuk gugur.

Dengan perlahan Avia mencangkung untuk mengutip roti-roti yang elok berada di atas lantai.

Tiba-tiba lengannya ditarik sehingga dia terdiri dari cangkungnya. Avia terus menoleh ke arah si gerangan yang menarik lengannya itu.

"Jom," kata Alpha sepatah. Tangannya elok memegang lengan Avia dengan kuat.

"Cayden...," kata Avia perlahan.

Aaden hanya menjeling sebelum dia ingin melangkah pergi dari situ tetapi sempat ditarik oleh Alpha.

Alpha mendekatkan wajahnya ke telinga Aaden sebelum berbisik.

"Bapak kau ke yang ajar jadi kurang ajar macam tu?," bisik Alpha dingin.

Alpha terus melepaskan Aaden sebelum dia menarik Avia pergi dari situ.

Aaden hanya terdiam tanpa kata. Nafasnya turun naik dengan pantas.

Bukkk!

Aaden menumbuk meja bulat yang berada di hadapannya sehingga tertumpah semua air yang berada di atas meja. 'Apa yang aku dah buat?!.'

Callisto, Javier dan Silver hanya memerhati tanpa kata. Haa sudah...

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro