Bab 23

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

    Rayyan kemudian membuka kesemua pakaian Avia sehingga tiada seurat benang pun yang tertinggal. Rayyan tersenyum lebar sebelum dia turut menanggalkan pakaiannya dan menikmati petang yang panjang itu.

Tangan mencapai sebotol ubat tidur sebelum dia memberi Avia menelan beberapa biji ubat tidur. Dia tidak mahu kenikmatannya terganggu apabila gadis itu tersedar nanti.

     "Cantik kau ni, Avia. Tapi sayangnya, aku akan rasmi kau dulu," kata Rayyan sambil mengusap rambut Avia dengan lembut. Dia elok berbaring di sebelah Avia dengan kedua-dua tidak berpakaian.

     Boooom!

Tiba-tiba letupan kuat kedengaran sehingga Rayyan menutup kedua belah telinganya. Letupan yang kuat itu sekaligus memberi gegaran seperti gempa bumi di rumah milik Rayyan.

     Alpha melangkah keluar dari Hummer hitam milik Levi sebelum dia menutup pintu kereta itu semula. Kereta itu agak rabak selepas merempuh rumah banglo bersaiz sederhana itu. Pagar rumah dan ruang tamu rumah itu musnah akibat rempuhan Alpha sebentar tadi.

Sebuah Porsche memarkir betul-betul di hadapan rumah sebelum Aaden, Callisto, Silver dan Javier melangkah turun dari kereta.

Aaden, Callisto, Silver dan Javier bergegas masuk ke dalam rumah melalui dinding rumah yang sudah pecah sebelum mereka menoleh ke arah Alpha yang sedang bersandar di tepi kereta. Kedua belah tangan lelaki itu elok berada di dalam kocek hoodienya.

     "Tak boleh ke kau parking elok-elok? Perlu ke sampai rempuh rumah ni? Tahulah hensem, cool pulak tu," kata Javier kepada Alpha.

Alpha hanya mendiamkan diri sebelum memberi isyarat mata ke arah Aaden supaya naik ke tingkat atas.

Aaden hanya memandang sebelum dia terus naik ke tingkat atas diikuti oleh Callisto.

     "Bagus kau rempuh rumah ni. Sebab rumah ni berkunci dari luar sampai dalam, so memang akan membuang masa kita huhu," kata Silver sebelum menepuk-nepuk bahu Alpha.

Alara melangkah keluar dari kereta yang dipandu oleh Alpha sebelum dia berlari anak ke arah Alpha.

     "Gempaklah, bang! Jom kita buat sekali lagi!," kata Alara kuat.

     Pintu bilik dipecah dari luar sebelum Aaden dan Callisto melangkah masuk ke dalam bilik.

Rayyan jelas terkejut dengan kehadiran dua jejaka barat itu selepas rumahnya dilanda gempa bumi yang agak dahsyat sebentar tadi. Dia terus menarik selimut dan menutupi badannya yang tidak beralaskan apa-apa. Dia berdiri di tepi katil dengan wajah yang agak cuak.

Aaden dan Callisto membuntangkan mata melihat keadaan Avia dan lelaki yang tidak dikenali itu. Pergh. Gila bhai. Free je dapat tengok.

Callisto terus menundukkan pandangannya sebelum dia memegang bahu Aaden.

     "Aku panggil Lara kejap," kata Callisto sebelum dia terus melangkah keluar dari bilik itu.

Nafas Aaden turun naik dengan pantas melihat Avia diperlakukan sebegitu oleh lelaki jijik ini.

     "Apa kau dah buat?," tanya Aaden sebelum dia terus merempuh Rayyan dengan kuat sehingga lelaki itu terjatuh ke atas lantai.

     "Berani kau sentuh dia?!," kata Aaden kuat sebelum dia terus duduk di atas badan lelaki itu. Tangan diangkat bersedia untuk mengerjakan lelaki itu.

     Bukk! Bukk! Bukk! Bukk!

Empat das tumbukan kuat dihadiahkan buat si bogel.

     "Aaden Ferdy Louise. Hahahahaha," Rayyan berkata sebelum melepaskan tawanya. Bibirnya sudah mulai mengeluarkan darah pekat sebelum mengalir jatuh ke atas lantai.

     "Kau memang nak mati," kata Aaden dingin. Sungguh panas hatinya ketika ini.

     "Aku dah rasmi perempuan tu. Hahahahaha," kata Rayyan dengan lagaknya.

Aaden menghela nafas berat sebelum dia melangkah ke arah katil. Avia dipandang sekilas sebelum dia menoleh ke arah Rayyan semula. Dia melangkah ke arah Rayyan semula sebelum menyepak kepala lelaki itu dengan kuat.

     Pakk!

     "Wow! Mantap betul perempuan ni," kata Alara yang baru melangkah masuk ke dalam bilik. Mata elok tertumpu pada Avia yang terbaring di atas katil.

Alpha turut melangkah masuk ke dalam bilik sebelum dia terus menoleh ke arah Avia. Alamak...

     "Abang tunggu luarlah!," kata Alara sebelum menolak Alpha dengan kuat. Alpha tidak membantah malah terus melangkah keluar dari bilik.

Alara melangkah ke arah almari sebelum yang berada di dalam bilik itu sebelum dia mencari-cari pakaian yang boleh disarungkan pada Avia.

     "Kenapa kau nak marah sangat? Alang-alang dia tengah bogel tu, apa kata kalau kau sendiri rasa minah tu. Aku tahu kau pun ada nafsu," kata Rayyan sinis.

     "Perempuan bukan untuk diratah," kata Aaden sebelum dia menyepak kepala Rayyan dengan lebih kuat.

     Pakk!

     "Tapi aku dah ratah dia. Hahahahahaha," kata Rayyan sengaja ingin menyakitkan hati Aaden. Hanya dia sahaja yang tahu bahawa dia belum sempat merasmi gadis itu lagi.

     "Kau ni memang nak mati agaknya," kata Aaden dingin.

     "Mampu ke kau bunuh aku? Hahahahahaha," Rayyan masih lagi dengan lagaknya.

Alara sedang sibuk menyarungkan pakaian pada Avia dengan nafas yang tercungap-cungap.

     "Cepatlah sikit Lara," kata Aaden mendatar.

     "Sabarlah. Ish," kata Alara yang sedang melakukan kerjanya.

     "Takpa, aku takkan bunuh kau harini. Tapi kau tunggu aku datang balik cari kau bila tiba masanya," kata Aaden dingin.

     "Dasar penakut! Kalau nak bunuh, bunuh jelah aku terus!," kata Rayyan kuat.

     "Dah siap," kata Alara sebelum dia bangun dari duduknya.

Aaden yang mendengar itu terus menoleh ke arah Avia yang telah diselubung dengan kain pelikat. Gadis itu elok dibalut menjadi pocong menggunakan beberapa helai kain pelikat.

Aaden mengerutkan dahinya sebelum menoleh ke arah Alara.

     "Apa?," tanya Alara dengan senyuman nakal.

Aaden melepaskan nafas berat sebelum dia melangkah ke arah katil. Avia diangkat dengan perlahan sebelum dia terus melangkah keluar dari bilik.

     "Woi busuk. Kau ni hodohlah," kata Alara kepada Rayyan yang sudah duduk bersandar pada dinding. Wajahnya penuh dengan darah dek dibelasah oleh Aaden sebentar tadi.

     "Cantik juga kau ni," kata Rayyan sebelum mengukir senyum nakal ke arah Alara.

     "Aku memang cantik. Kau je yang hodoh," kata Alara sebelum menyepak kaki Rayyan dengan kuat.

     Pakk!

     "Kau ni memang kurang ajarlah, budak," kata Rayyan sebelum dia bangun dengan pantas dan terus merempuh ke arah Alara.

Alara terjatuh ke atas katil sebelum dia menyepak badan Rayyan dengan kuat.

Kali ini Rayyan terjatuh ke atas lantai semula.

     "Kau jangan ingat aku lemah macam perempuan tu," kata Alara sebelum dia bangun dari duduknya dan terus melangkah ke arah Rayyan yang berada di atas lantai.

    Pakk!

Alara menyepak kepala Rayyan dengan kuat sebelum dia duduk di atas Rayyan. Tangannya diangkat tinggi untuk membelasah lelaki itu.

     Bukk! Bukk! Bukk!

Tiga das tumbukan diberikan sebelum dengan pantas Rayyan menarik Alara dan memusingkan badannya sekaligus meletakkan Alara di bawah manakala dia diatas.

     "Argh!," jerit Alara separa kuat.

     "Kau nak aku rasmi kau jugak ke, budak?," tanya Rayyan sambil memegang kedua belah tangan Alara.

Alara memandang ke arah belakang Rayyan sebelum dia mengukir senyuman lebar.

     Pakk!

Kepala Rayyan disepak dengan kuat sehingga lelaki itu terbaring di atas lantai. Berpinar-pinar kepalanya. Matanya terus menjadi kabur.

     "Kenalkan, my favourite person on earth, Prinz Alpha," kata Alara sinis.

Alpha menghulurkan tangannya ke arah Alara sebelum Alara menyambut dan terus berdiri di sebelah Alpha.

    "Erghhh...," Rayyan menahan sakitnya yang kini makin bertambah-tambah.

Alpha melangkah mendekati Rayyan sebelum dia mengeluarkan selaras pistol dari belakang seluarnya.

     "Kau tak... Kau tak boleh bunuh aku...," kata Rayyan perlahan.

     "I won't," kata Alpha dingin. Pemicu ditarik sebelum pistolnya dihalakan ke arah Rayyan.

     Bang!

Tembakan dilepaskan.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro