Bab 24

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"Siapa yang buat mata kau ni?," tanya Ariq mendatar. Matanya tajam menikam anak mata milik anak lelakinya.

Aaden hanya berdiri tegak sambil menunduk di hadapan keluarga besarnya itu. Alpha, Callisto, Javier, Silver dan Alara hanya mendiamkan diri di sofa rumah Ariq itu.

"Dalam juga luka ni. Siapa yang buat anak mama ni? Siapa yang buat?! Cakap!," kata Erika kuat.

"Kenapa kau minta kunci rumah lama? Korang buat apa kat sana?," tanya Ariq kepada anak sulungnya.

Aaden hanya mendiamkan diri. Dia minta kunci salah satu rumah bapanya hanya untuk menyimpan Avia di tempat yang lebih selamat tanpa diketahui oleh bapanya.

"Papa... Lara laparlah. Jomlah kita keluar makan," celah Alara yang cuba untuk mengalih perhatian bapanya.

"Lara tahu tak siapa yang buat mata abang kamu sampai macam ni?," tanya Erika kepada anak gadisnya.

"Tak," jawab Alara sepatah. Dia kemudian terus bangun dari duduknya. Kaki melangkah ke arah Ariq Frandy Louise.

"Jomlah pergi makan!," kata Alara sambil menarik tangan Ariq.

"Aku belum settle lagi dengan kau," kata Ariq sambil menunjuk jari telunjuknya ke arah Aaden. Kaki melangkah mengekori Alara yang menariknya ke arah pintu.

"Apa yang korang tengah buat sebenarnya ni? Apa yang berlaku? Kenapa korang taknak bagitahu kami apa-apa?," tanya Avrin yang turut berada di situ.

"Takda apa pun aunty. Small matter je. Biasalah budak-budak bergaduh," jawab Javier ramah.

"Korang nak tipu kitorang macam kitorang ni baru lahir semalam. Kitorang dah lama dalam dunia ni, ada hati nak tipu lagi?," tanya Jayden dengan kening yang diangkat sedikit.

"Bukannya nak tipu pun. Cuma kami belum bersedia untuk jujur lagi. Alah nanti daddy, uncle, aunty semua tahulah," kata Javier lagi.

Aaden, Alpha, Callisto dan Silver hanya mendiamkan diri.

"Kau tak tahu apa-apa ke?," tanya Hayden kepada Levi dan Rayden yang turut berada di situ.

Levi dan Rayden menoleh ke arah Hayden sebelum kedua-dua mereka mengangkat bahu sedikit tanda tidak tahu.

Alpha menoleh ke arah Levi sebelum lelaki bermata hijau itu turut menoleh ke arahnya. Kau tengok apa? Kau berhutang dengan aku sebuah Hummer Alpha.

Perlahan-lahan Alpha ukir senyum nipis ke arah Levi sebelum Levi hanya menggelengkan kepalanya beberapa kali.

"Okaylah. Kitorang nak keluar lepak kejap, boleh?," kata Silver dengan senyuman lebar.

"Nak keluar pergi mana? Jangan bahayakan diri korang tu. Korang tu budak lagi," pesan Jayden mendatar.

"Nak pergi mana?! Nak ikut!," jerit satu suara dari arah pintu rumah Ariq.

Mereka semua terus menoleh ke arah si pemilik suara.

"Ai... Sihat dah ke budak nazak?," tanya Javier kepada Cayden.

"Berapa lama kau nak aku bertapa kat rumah tu? Macam takda life tahu tak? Aku hampir naik gila!," kata Cayden dengan jari yang masih berbalut.

"Adik jangan lasak-lasak sangat tau. Awak tu tak sembuh sepenuhnya lagi," pesan Darlene kepada anak bongsunya.

"Alah rileklah mummy. Lara mana?," tanya Cayden yang menyedari kekasih hatinya tiada disitu.

"Dia dah keluar dengan papa dia. Kenapa? Rindu ke?," tanya Silver dengan kening yang diangkat beberapa kali.

"Ofkosh lah rindu! Bangsat doo dia. Dia tak jenguk aku langsung," kata Cayden mendatar.

"Sebab dia dah ada kekasih hati dia," kata Javier dengan senyuman nakal.

Mereka semua terus menoleh ke arah Alpha yang menunduk sedari tadi.

"Oh... Dia ni... Dasar perampas kebahagiaan orang," kata Cayden dengan wajah yang bengis.

Alpha tidak mengendahkan kata-kata Cayden malah hanya menunduk.

"Kenapa cakap macamtu dekat abang kamu? Tak baik tau," kata Darlene kepada Cayden.

"Ah! Abang tak abang, semua gua langgar," kata Cayden sambil menjeling Alpha.

"Karl Cayden William," kata Hayden dingin. Matanya menikam anak mata milik anak bongsunya.

Cayden menoleh ke arah Hayden sebelum dia menundukkan kepalanya. Dengan pantas dia melangkah ke arah Darlene.

"Sorry kalau Cay kurang ajar tadi mummy," kata Cayden sambil memegang tangan ibunya.

Mereka semua hanya memerhati tanpa kata. Sudah kenal dengan sifat Hayden yang lebih tegas berbanding Darlene yang lebih memanjakan anak-anaknya.

"Lepasni jangan buat lagi, okay?," kata Darlene sambil mengusap kepala Cayden beberapa kali.

Sebuah Porsche dan sebuah BMW meluncur laju di atas jalan raya. Kedua-dua mempunyai destinasi yang sama.

Kedua-dua buah kereta diparkir elok di dalam kawasan rumah banglo yang mewah milik Ariq.

"Kita buat apa kat sini? Tadi kata nak pergi lepak?," kata Cayden yang sedang melangkah turun dari kereta.

"Ikut je jangan banyak cakap okay, tahi?," kata Javier kepada Cayden.

"Oi bangsat! Kau panggil aku tahi?!," kata Cayden agak kuat.

"Habistu kau tu apa?! Betullah kau tu tahi! Dahlah busuk, hodoh pulak tu," kata Javier selamba.

"Kau ni memang nak mati agaknya Deer," kata Cayden sambil melangkah mendekati Javier. Tangannya terus mencekik leher lelaki itu dengan kuat.

"Nama aku Javier lah gila! Bukan Deer! Kau ingat aku rusa ke?!," jerit Javier yang sedang dicekik oleh Cayden itu.

"Diam," kata Callisto sepatah. Matanya menikam anak mata milik Cayden dan Javier. Aaden pula hanya menggelengkan kepalanya beberapa kali. Silver sudah tersengih menahan tawanya.

"Wuuu... Garang," kata Cayden sambil mencuit bahu Callisto.

"Kenapa Alpha tak turun?," tanya Javier yang menyedari lelaki berambut putih itu hanya duduk di dalam BMW hitam miliknya. Mereka elok berdiri di sebelah kereta lelaki itu.

"Sebab budak ni ada," kata Silver sambil memandang ke arah Cayden.

"Apa? Pahal aku pulak kena? Apa salah aku?," tanya Cayden mendatar.

"Sakitlah telinga aku," bisik Aaden sebelum dia terus melangkah masuk ke dalam rumah. Callisto turut mengekor langkah Aaden sebelum Javier dan Silver juga melangkah. Malas mahu mendengar suara si bodoh yang dari tadi hanya tahu memekak.

"Woi! Takda siapa ke nak bagitahu aku kenapa kita datang sini?!," jerit Cayden agak kuat.

Bukk!

Pintu kereta Alpha dibuka dari dalam.

"Aduhh! Kau ni kenapa?!," kata Cayden yang baru terkena pintu kereta Alpha.

"Sekali lagi aku dengar suara kau, aku tikam kau Cayden," kata Alpha dingin sebelum dia menutup kembali pintu keretanya.

Cayden terdiam sebelum dia menoleh ke arah pintu rumah. Lah... Ada suara rupanya mamat ni.

"Garangnya... Berdendam betul dia dengan aku," bisik Cayden sebelum terus melangkah masuk ke dalam rumah.

"Cayden...," kata Avia yang baru turun dari tingkat atas rumah. Matanya memandang ke arah Cayden yang baru masuk ke dalam rumah. Rambutnya sudah berubah...

"Apa? Pahal kau ada kat sini pulak ni?," tanya Cayden dengan dahi yang berkerut.

"Haa?," tanya Avia tidak mengerti.

"Cay, aku rasa better kau tutup mulut kau sebelum aku sendiri tutup mulut kau," kata Aaden tegas.

"Adoi... Dari tadi aku kena marah. Apalah salah aku," kata Cayden sebelum dia mengambil tempat di sofa hitam di ruang tamu.

"Boleh saya balik rumah sekarang? Abah mesti risaukan saya," kata Avia sambil memandang ke arah Cayden.

"Boleh kau duduk sini dulu untuk sementara waktu? Kat sini lagi selamat," kata Aaden mendatar.

Avia menoleh ke arah Aaden. Luka di mata lelaki itu elok terbalut seperti Kakashi. Apa yang aku dah buat pada dia...

"Entah. Apa kata kalau kau duduk je sini sementara waktu? Kan lebih elok?," celah Javier pula.

"Kalau saya selamat dekat sini, macam mana dengan abah? Siapa nak jaga abah? Kalau ada orang nak apa-apakan abah, macam mana?," tanya Avia perlahan.

Cayden hanya memerhati tanpa kata. Abah apa ni? Apa yang selamat? Abah siapa? Cekik saya abah ke?

"Kalau macamtu, kitorang bawa abah datang sini, okay?," kata Aaden mendatar.

"Kenapa saya perlu percayakan korang semua? Kenapa abah perlu percayakan korang semua? Apa reaksi abah kalau saya beritahu saya dah tak suci?," tanya Avia yang masih keliru dengan apa yang berlaku.

Aaden menghela nafas panjang. Bagaimana hendak dapatkan kepercayaan gadis ini kalau tidak menggunakan Alpha?

"Kau percayakan Cayden?," tanya Aaden kepada Avia.

Avia yang mendengar itu terus menoleh ke arah Cayden yang sedang duduk tanpa menghiraukannya itu.

"Mungkin dia sahaja yang saya percaya buat masa sekarang," jawab Avia jujur.

"Apa?," tanya Cayden sepatah.

Sekali lagi Aaden menghela nafas panjang sebelum menoleh ke arah Cayden. Masalahnya Cayden yang ini tak function langsung!

"Apa sial? Menyampahlah aku duduk sini. Baik aku gi join Alpha," kata Cayden sebelum terus bangun dari duduknya. Kaki terus melangkah keluar dari rumah sebelum dia tiba-tiba ditolak masuk ke dalam semula.

"Woi! Pahal ni?!," tanya Cayden kuat. Matanya memandang ke arah Alpha yang baru sahaja menolaknya masuk.

Avia yang sudah berasa curiga itu terus melangkah ke arah Cayden sebelum matanya memandang ke kanan dan kiri tetapi tiada siapa diluar rumah kecuali...

"Abah!," jerit Avia sebelum terus berlari ke arah Encik Harris yang elok berdiri di tepi BMW hitam yang sudah menjemputnya tadi.

"Avia," kata Encik Harris sebelum memeluk anak gadisnya yang satu itu.

Aaden dan Callisto hanya memandang antara satu sama lain. Laju si Alpha itu buat kerja.

"Macam mana abah boleh ada dekat sini?," tanya Avia sambil meleraikan pelukan.

"Ada staf sekolah kamu beritahu yang kamu dapat rumah baru sebagai hadiah pelajar cemerlang. Betul ke?," tanya Encik Harris lembut.

"Rumah baru?," tanya Avia dengan kening yang berkerut.

"Betullah tu pakcik. Saya anak pemilik sekolah. Pihak sekolah memang hadiahkan rumah ni untuk anak pakcik," celah Aaden yang berada di pintu rumah.

Avia dan bapanya terus menoleh ke arah Aaden.

"Betul ke ni? MashaAllah... Syukur sangat... Rumah ni besar sangat... Abah rasa nak menangis," kata Encik Harris sambil menahan sebak.

Avia hanya terdiam sambil merenung ke arah Aaden.

"Terima kasih sangat-sangat kepada pihak sekolah... Boleh pakcik berjumpa dengan ibu bapa kamu? Mereka baik sangat... Pakcik bersyukur sangat-sangat," kata Encik Harris sambil menyeka air matanya yang sudah gugur.

"Siapa punya idea bagi rumah sebagai hadiah ni?," bisik Javier kepada Silver.

"Alpha punya kerjalah ni," kata Silver mendatar.

"Lepasni pakcik dan Avia boleh duduk sini sampai bila-bila tanpa ada apa-apa bayaran," kata Aaden mendatar.

"Alhamdulillah syukur kepada Allah... Boleh pakcik jumpa ibu bapa kamu?," tanya Encik Harris perlahan.

"Ibu bapa kami busy. Pakcik patut beruntung dapat anak yang terrrrrrpaling berjaya di dunia dan di akhirat macam dia ni. Mungkin dia ni lebih berjaya dari professor di Oxford," celah Cayden sambil memandang ke arah Avia.

Ssup!

Cayden ditarik masuk ke dalam rumah.

"Aduh! Korang semua ni pahal? Sorang tolak aku, sorang tarik aku. Pahal?!," marah Cayden sambil memandang ke arah Callisto yang sudah menariknya sebentar tadi.

Callisto hanya terdiam tanpa menjawab soalan Cayden. Kenapalah kau ikut. Menyusahkan betul.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro