Bab 31

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

     Aaden, Avia, Callisto, Cayden, Silver, Javier dan Alara melangkah turun dari roller coaster yang dinaiki oleh mereka. Kaki terus menurun anak tangga.

     "Seronoknya! Jom naik lagi! Seronok sangat!," kata Avia kuat.

Itulah kali pertama dia menjejakkan kaki di taman tema Times Square yang berada di Kuala Lumpur. Itupun kerana keluarga jutawan itu yang sengaja membawanya keluar bersiar-siar sebelum mereka pulang ke tanah air mereka.

     "Jomlah naik lagi! Jomlah!," jerit Avia kuat.

     "Hoi. Dah sepuluh kali kita naik benda ni. Kepala otak aku ni dah berpusing-pusing tau tak? Aku ni dahlah sediakala bodoh, kang makin bertambah bodoh, kesian dekat mak bapak aku," kata Cayden sambil memandang ke arah Avia.

     "Ala jomlah naik lagi," kata Avia yang sudah mencebikkan mulutnya.

     "Kau gi lah naik sorang. Aku nak pergi beli air. Jom Cay," kata Alara sebelum menarik tangan Cayden dan terus melangkah pergi dari situ.

     "Beli untuk aku sekali!," kata Silver separa kuat.

     "Tak bosan ke?," tanya Aaden yang sedari tadi hanya memerhati.

Perlahan-lahan Avia menggelengkan kepalanya sambil memuncungkan bibirnya.

     "Saya first time datang sini tau. Kat sini seronok sangat."

     "Tak seronok pun. Theme park ni kecik sangatlah. Kau belum pergi theme park dekat U.S lagi. Kat sana lagi seronok tau," kata Javier mendatar.

     "Saya tak mampu nak pergi U.S," jawab Avia perlahan.

     "One day you akan jejakkan kaki kat sana jugak," kata Silver dengan senyuman lebar.

     "Apa maksud awak?"

     "Takda apa. Jomlah main lagi. I teman you," kata Silver sebelum menarik lengan hoodie pink yang dipakai oleh Avia.

     "Yeay! Jom! Ferdy taknak ikut?," tanya Avia sambil memandang ke arah Aaden.

Aaden hanya menggelengkan kepalanya beberapa kali sambil mengukir senyum nipis.

     "Jom. Jangan tinggal aku dengan dua batu kat sini," kata Javier sambil mengekor langkah Silver dan Avia.

Aaden dan Callisto hanya memerhati mereka bertiga sehingga bayang mereka hilang dari pandangan.

     "Kau dah beritahu dia ke belum yang kita kena balik U.S?," tanya Callisto sebelum mereka berdua mengambil tempat di bangku yang berada di situ.

     "Belum," jawab Aaden sepatah.

     "Bila kau nak beritahu?," tanya Callisto mendatar.

Aaden hanya mendiamkan diri. Soalan dibiarkan sepi tanpa jawapan yang pasti.

"Aku kena balik U.S," kata Aaden mendatar. Matanya dan mata Avia bersabung seketika sebelum Avia menundukkan kepalanya.

     "Kenapa? Kiranya lepasni saya memang dah takkan jumpa korang semua ke?," tanya Avia perlahan. Kakinya menyepak-nyepak batu kecil yang berada di atas tanah.

     "Mungkin kita akan jumpa, tapi bukan dalam masa yang terdekat," jawab Aaden masih mendatar.

     "Sama macam Alpha? Saya dah takkan jumpa korang semua sama macam Alpha lah kan? Korang akan hilang sama macam Alpha?," tanya Avia perlahan.

Hidupnya akan sunyi selepas ini kerana keluarga yang telah menjaganya itu akan meninggalkannya sendiri. Tiada lagi kawan yang mampu membuatkan dia bersemangat untuk datang ke sekolah.

     "Hm. Sorry kalau Alpha dah buat kau kecewa. Aku tahu kau suka dia," kata Aaden yang masih merenung ke arah Avia.

     "Suka? Saya tak pernah suka dia, Ferdy. Berapa kali saya nak cakap dekat awak," kata Avia sebelum dia menoleh ke arah Aaden.

     "Habistu kau suka siapa?," tanya Aaden yang sudah berjaya mengumpan Avia di hadapannya dengan soalan yang sudah lama dia ingin bertanyakan kepada gadis itu.

     "Awak," jawab Avia sepatah sebelum dia menunduk.

Aaden hanya terdiam mendengar jawapan gadis itu. Kau suka aku? Patutlah jeles huhu.

     "Okay," kata Aaden sepatah.

Avia mengangkat wajahnya sebelum dia memandang ke arah Aaden semula. Tu je dia jawab?!!!

Perlahan-lahan Aaden mengukir senyuman nipis buat gadis polos di hadapannya.

     "Tunggu aku," kata Aaden dalam senyuman nipisnya.

     "Er? Tunggu awak? Apa maksud awak tunggu?," tanya Avia lembab.

     "Tunggu jelah. Jaga diri kau sampai aku balik sini, okay? Can you promise me that?," tanya Aaden mendatar.

     "Who's gonna be there for me after this? Who's gonna help me if I need help?," tanya Avia perlahan.

     "Avia," kata Aaden perlahan.

     "I don't have friends, Ferdy. I never had friends before," sambung Avia perlahan.

Aaden terdiam tanpa kata. Mata Avia yang sudah berkaca diperhati lembut.

     "Korang je kawan yang saya ada."

     "We'll be there if you need us. Okay?," Aaden cuba untuk menenangkan gadis polos di hadapannya itu.

     Perlahan-lahan Avia menganggukkan kepalanya.

     "Janji kau akan tunggu aku?," tanya Aaden mendatar tapi kedengaran lembut sahaja.

     "Janji," kata Avia sepatah.

     "Janji awak akan kembali?," tanya Avia sebelum dia mengangkat wajahnya untuk memandang ke arah jejaka kacak berparut di hadapannya itu.

     Perlahan-lahan Aaden menganggukkan kepalanya sedikit.

     "Jangan pergi lama-lama," kata Avia sebelum akhirnya air mata gugur juga ke tanah.

     Sekali lagi Aaden menganggukkan kepalanya dengan perlahan.

     "Hi. Lama lagi ke?," tegur satu suara dari arah belakang Aaden.

Aaden dan Avia menoleh ke arah Cayden yang elok berdiri dengan kedua belah tangan terletak elok di dalam kocek seluarnya.

     "Bye Cayden. Till we meet again ya?," kata Avia lembut.

     "Bye," kata Cayden sepatah sebelum dia melangkah masuk ke dalam kereta semula.

     "Dah. Pergi masuk rumah. Jangan jalan sorang-sorang. Bahaya," kata Aaden mendatar.

     "Thank you, Ferdy," kata Avia lembut sebelum mengukir senyum lebar.

Aaden hanya terdiam tanpa kata.

     "Terima kasih sebab hadir dalam hidup saya. Terima kasih korang semua. Terima kasih sangat-sangat. Dan terima kasih sebab beritahu saya yang korang akan pergi. At least korang tak terus hilang macam Alpha," kata Avia dengan senyuman ikhlas.

Aaden mengukir senyum nipis sebelum menunduk sedikit. Kaki mulai mengundur ke belakang sebelum melangkah masuk ke dalam kereta.

"Ferdy!," jerit Avia kuat. Tiba-tiba dia berasa sangat sebak. Perasaan sedih menyelubungi diri. Air mata tidak dapat ditahan malah mengalir dengan deras.

Aaden yang sudah berada di dalam kereta terus melangkah keluar semula sebelum dia menutup pintu kereta dengan agak kuat. Kaki melangkah ke arah Avia sebelum dia menyelak rambut Avia yang sedang menangis dengan teresak-esak.

     "Don't cry, Avia. Please...," kata Aaden lembut. Tidak sampai hati untuk meninggalkan gadis polos di hadapannya itu.

     "You said... You'll be here when I need you, right?," kata Avia dalam tangisannya. Tangannya menyeka air matanya dengan kasar.

Aaden hanya mendiamkan diri tanpa kata.

     "But I need you now...," sambung Avia perlahan.

     "Please... Please don't go," kata Avia sebelum terus memeluk Aaden dengan kuat.

     "Avia," panggil Aaden perlahan.

     "Jangan pergi! Tolong jangan pergi! Please!," kata Avia kuat.

Aaden hanya terdiam tanpa kata. Perlahan-lahan dia membalas pelukan Avia dengan erat.

     "Saya cintakan awak! Saya sayangkan awak! Tolong jangan pergi! Kenapa awak perlu seksa saya macam ni?!," kata Avia di dalam pelukan Aaden.

     Tok... Tok... Tok...

     Aaden tersedar dari lelapnya sebelum dia menoleh ke arah Cayden yang sedang mengintai dari luar kereta. Ya Allah... Aku mimpi rupanya...

     "Woi! Buka kunci kereta!," jerit Cayden dari luar.

Aaden tidak berkata apa malah terus membuka kunci kereta dari dalam sebelum Callisto dan Cayden melangkah masuk ke dalam kereta.

     "Apa kau buat ha setan? Kau nak kitorang berdiri berapa lama kat luar? Kau ingat comel ke boleh tertidur dalam kereta?,"  bertubi-tubi soalan yang keluar dari mulut Cayden.

Callisto yang melangkah masuk ke tempat duduk penumpang sebelah pemandu hanya memerhati ke arah Aaden yang masih mamai.

     "Korang dari mana?," tanya Aaden kepada Callisto perlahan.

     "Dari dalam mall. Kau kata nak rest dalam kereta sementara tunggu Lara pergi shopping dengan Avia," jawab Callisto mendatar.

     "Lara shopping dengan Avia?," tanya Aaden yang masih mamai.

     "Hm. Kau yang bagi dia card bank kau suruh dia shopping dengan Avia. Lupa ke?," tanya Callisto dengan wajah tanpa reaksi.

     "Aku tak ingat apa-apa," jawab Aaden jujur.

     "Tadi kau pening. Aku suruh tunggu dalam kereta," jawab Callisto mendatar.

     "Oh. Mana yang lain?," tanya Aaden dengan dahi yang berkerut.

     "Tengah menghabiskan saki-baki duit kau," jawab Cayden yang berada di tempat duduk belakang Hyundai Starex Royale yang dipandu oleh Aaden.

     "Silver? Javier?," tanya Aaden lagi.

     "Aku dah jawab tadi kan?," jawab Cayden mendatar.

     "Habiskan duit aku jugak?,"

     "Kau ni pekak ke bodoh? Aku dah jawab tadi kan? Kau nak apa lagi? Jangan sampai aku pijak muka kau," kata Cayden yang sedang terbaring di tempat duduk belakang.

     "Habistu apahal korang dua tak ikut diorang?," tanya Aaden sambil menoleh ke arah Callisto.

     "Cay merajuk dengan Lara sebab budak tu taknak pegang tangan dia," jawab Callisto jujur.

     "Eh cibai. Bukan aku merajuk okay! Aku penat! Malas je nak ikut diorang!," jawab Cayden yang berada di belakang.

Aaden hanya menghela nafas panjang. Telefon bimbitnya dicapai dari dalam kocek seluar.

'Awak kat mana? Are you okay?' - Avia

     Pesanan ringkas dari Avia dibiarkan sepi tanpa balasan.

     "Call bebudak ni. Kita balik," arah Aaden dalam ketegasannya.

Callisto tidak berkata apa malah terus mendail nombor Silver.

      Callisto, Avia, Cayden, Javier, Silver dan Alara hanya memerhati Aaden yang sudah berada di dalam Porsche miliknya. Mereka pula hanya berdiri di tepi kereta tanpa sepatah kata.

     "Tercegat apa lagi kat sini? Pergilah naik. Aku nak pergi hantar Avia," kata Aaden tegas. Matanya menoleh ke arah Avia yang turut tercegat di tepi kereta. Mereka berada di tempat parkir kondominium mewah milik keluarga jutawan itu. Memang sengaja Aaden hantar kawan-kawannya itu pulang dahulu sebelum dia menukar kereta dan hantar gadis polos itu pulang.

     "Asal kau nak emo sejak dua ni? Period ke?," tanya Cayden mendatar.

     "Emo apa? Aku suruh naik. Bukannya aku maki kau suruh naik. Aku bercakap pun kira mujur. Ke nak aku diam je?," jawab Aaden dengan kening yang dinaikkan sedikit.

     "Tengok tu. Emo lagi," kata Javier pula.

     "Allahu. Ha yalah. Sorry. Gi naik. Jap lagi aku balik," kata Aaden mendatar.

     "Otey!," kata Cayden, Javier dan Silver serentak. 'Mini love' dihadiahkan buat Aaden dengan senyuman lebar.

     "Gila. Avia, masuk," kata Aaden kepada Avia.

Avia tanpa banyak kata terus melangkah masuk ke tempat duduk penumpang sebelah pemandu.

     "Bye Avia. Till we meet again," kata Silver sebelum menayang senyuman lebar buat si gadis polos.

     "Jumpa kat sekolah nanti!," kata Avia turut mengukir senyum lebar.

Callisto, Cayden, Silver, Javier dan Alara yang mendengar itu hanya terdiam tanpa kata. Err...

Alara yang sedang menahan sebak itu terus melangkah pergi meninggalkan mereka di situ.

Callisto dan Silver menunduk sedikit tanda hormat sebelum mereka berdua turut melangkah pergi dari situ.

     "Takkan jumpa dah," kata Cayden selamba sebelum dia turut melangkah pergi.

Javier mengukir senyum lebar sebelum dia melambai dan melangkah pergi dari situ.

Suasana di dalam kereta hanya sunyi sepi. Tiada satu patah perkataan pun yang keluar dari mulut mereka berdua. Dua-dua hanya kaku melayan perasaan sendiri. Sudah 10 minit mereka dalam keadaan begitu.

Avia menoleh ke arah Aaden yang sedang memandu. Lelaki itu nampak lebih menarik selepas dia menghadiahkan parut kekal buat si jejaka bermata biru di sebelahnya itu.

"Err... Awak okay?," tanya Avia cuba untuk memulakan perbualan.

"Hm," jawab Aaden perlahan. Mata masih ditumpukan di jalan raya.

"Saya ada benda nak cakap"

"Apa dia?," tanya Aaden sebelum menoleh ke arah Avia sekilas.

"Saya minta maaf sebab dah cederakan awak haritu," kata Avia lembut. Dia betul-betul maksudkannya.

"Sokay," kata Aaden perlahan.

"Mesti awak rasa hensem awak dah berkurang kan? Sebab parut tu," kata Avia sambil menunjuk ke arah wajah Aaden.

Aaden hanya terdiam tanpa kata. Stop being so cute Avia. I can't handle it.

"Next week kita pergi tengok wayang nak tak? Best dapat keluar ramai-ramai macam tadi. Seronok sangat!," kata Avia dengan senyuman lebar.

Aaden masih diam membisu. Kalau aku beritahu yang kitorang akan balik U.S esok, kau akan terseksa ke? Aku akan menyeksa kau ke Avia?

"Nak tak Ferdy?," tanya Avia lagi.

"Hm," jawab Aaden perlahan.

"Okay! Nanti beritahu hari apa tau. Senang saya nak minta izin dekat abah," kata Avia teruja.

"Tunggu aku," kata Aaden perlahan. Tunggu aku Avia. Mungkin selepas bertahun baru kita akan berjumpa semula.

"Okay. Saya tunggu awak," kata Avia dengan senyuman lebar.

Perbualan tamat di situ. Suasana menjadi sunyi kembali. Yang kedengaran hanyalah bunyi dari enjin kereta.

Selepas beberapa minit perjalanan, akhirnya mereka tiba di hadapan rumah Avia dan bapanya.

"Thanks for the ride! And thanks for today!," kata Avia sebelum dia ingin melangkah keluar dari kereta.

"Avia,"

Avia menoleh ke arah Aaden selepas namanya dipanggil oleh lelaki itu.

"Hm? Apa dia?," tanya Avia lembut. Senyuman masih tidak lekang dari bibirnya.

"Kalau aku kata aku suka kau," kata Aaden tiba-tiba. Matanya langsung tidak menoleh ke arah Avia malah hanya memandang ke hadapan.

Senyuman Avia yang terukir tadi tiba-tiba hilang. Degupan jantungnya semakin rancak. Betul ke apa yang aku dengar ni?

"Apa jawapan kau?," tanya Aaden mendatar.

"Awak... Awak dah penat ni. Pergilah balik. Esok kita jumpa," kata Avia sebelum dia menoleh untuk melangkah keluar dari kereta.

"Avia," panggil Aaden lagi.

"Ferdy," panggil Avia pula. Suaranya kedengaran tegas.

Aaden terus menoleh ke arah Avia selepas gadis itu memanggil namanya.

"Saya bagi jawapan esok. Kita jumpa esok, okay? Bye!," kata Avia sebelum terus melangkah keluar dari kereta. Kaki berlari-lari anak masuk ke dalam kawasan rumah.

Aaden hanya menghela nafas panjang. Pemergian Avia dihantar dengan ekor matanya sehingga bayang gadis itu tidak lagi kelihatan.

"I won't be there tomorrow, Avia," kata Aaden perlahan.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro