Bab 32

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Beberapa tahun yang lalu...

     "Ball," kata Ferris sambil menunjuk ke arah sebiji bola yang berada di tengah jalan.

     "Biar daddy ambik ball tu, ya?," kata Aryan sebelum dia menoleh ke arah Ara yang sedang berlari ke arah tengah jalan. Sebuah BMW hitam sedang meluru laju di jalan sebelum Ara terus melintas jalan tanpa menoleh kanan dan kiri.

     "Ara!," jerit Aryan sebelum dia terus berlari untuk mendapatkan gadis itu.

Debush!

Ara melambung tinggi dengan darah yang terpercik keluar dari mulut dan hidungnya.

Qey Ari dan Lisa menoleh ke arah bunyi dentaman yang agak kuat itu sebelum mata masing-masing terbeliak selepas menyedari anak mereka telah dilanggar oleh sebuah BMW berwarna hitam.

     "Ara!," jerit Qey Ari dan Lisa serentak sebelum terus berlari ke arah Ara yang sedang terbaring di atas tar.

BMW hitam yang baru sahaja melanggar gadis kecil itu memecut dengan laju meninggalkan Ara terbaring di atas tar dengan berlumuran darah.

Aryan mengalihkan Ara ke sebelum dia memegang kepala gadis itu yang sudah berlumuran darah.

     "Shoot him!," kata Aryan kepada Ariq.

Ariq yang mendengar arahan dari abangnya itu terus mengeluarkan selaras pistol dari belakang seluarnya sebelum mengacukan ke arah BMW hitam yang sudah semakin menghilang.

     "Too late. We lost him," kata Ariq yang dapat mengagak tembakannya tidak akan terkena sasaran memandangkan kereta itu sudah hilang dari pandangan. Pistolnya disimpan semula. Kaki melangkah ke arah Ara yang terbaring di atas tar.

     "Tepi!," jerit Qey Ari sebelum dia menolak Aryan supaya jauh dari anak gadisnya.

Beberapa orang yang berada berdekatan turut melangkah ke arah Ari, Lisa dan Ara bagi menghulurkan bantuan.

Aryan dan Ariq menjarakkan diri mereka dari orang ramai sebelum Aryan menelefon ambulans menggunakan telefon bimbitnya.

     "Dari gaya budak tu kena langgar, mungkin dia akan mati," kata Ariq mendatar.

     "Apa yang kita dah buat?," tanya Aryan sebelum menoleh ke arah Ariq.

     "Apa? Kita tak buat apa-apa pun. Mak bapak dia yang tak alert. Mak bapak dialah yang salah," kata Ariq selamba.

     "Tapi aku nampak dia kena langgar," kata Aryan perlahan. Kesal dengan apa yang berlaku walau bukan salah dirinya.

     "Sebab kau ada mata," kata Ariq mendatar.

     "Aku tak main-main, Fran" kata Aryan serius.

     "Lepastu kau ingat aku main-main ke?," tanya Ariq juga serius.

Aryan menoleh ke arah Ariq. Mata biru adiknya ditenung dengan tajam.

Ariq mengukir senyum nipis sebelum mengangkat keningnya beberapa kali.

Beberapa jam kemudian...

"Banyaknya ujian yang datang...," kata Avrin perlahan. Dia elok duduk di sofa ruang tamu dengan hati yang turut berduka cita dengan apa yang baru berlaku.

Qeisha Ara tidak dapat diselamatkan oleh kerana beberapa organ dalamannya yang pecah dah kehilangan banyak darah. Jenazahnya masih lagi berada di hospital untuk diuruskan sebelum akan dihantar ke rumah.

"Semua ni salah abang... Abang yang terlambat... Abang minta maaf," kata Aryan perlahan. Bahu isterinya diusap dengan lembut.

"Jangan salahkan diri abang. Saya tahu abang takkan sengaja untuk biarkan Ara kena langgar. Saya kenal abang dan Ariq macam mana. Saya tahu korang tak sengaja," kata Avrin lembut. Dia menyandarkan kepalanya di dada Aryan. Air matanya masih lagi tidak mampu untuk mengering.

     "Ari pasti akan salahkan abang,"

     "Dia tak berhak salahkan abang. Dia yang terlalu leka dengan telefon sampai tak perasan Ara berlari ke tengah jalan," Avrin cuba untuk menenangkan hati suaminya yang penuh dengan rasa serba salah.

     "Hmm. Esok kebumi pukul berapa?" tanya Aryan perlahan.

     "Rasanya lepas zohor,"

     "Abang nak balik States secepat mungkin, boleh?," tanya Aryan yang sudah berasa tidak sedap hati. Makin lama dia berada di sini, makin dia akan dipersalahkan nanti.

     "Kenapa?"

     "Takda apa."

Selepas jenazah dikebumikan, Aryan dan Avrin melangkah keluar dari kawasan perkuburan yang menempatkan jenazah Qeisha Ara. Tanah perkuburan itu berada di tepi jalan besar dan menyebabkan laluan di situ agak sesak dek kerana kereta keluarga jutawan itu yang memenuhi di tepi jalan.

     "Abang dah book ticket balik U.S. Kita balik esok pagi ya?" kata Aryan kepada isteri kesayangannya.

     "Kenapa awal sangat? Ara baru je meninggal. Kenapa abang macam terburu-buru sangat ni?" tanya Avrin lembut. Mereka berdua elok berdiri di tepi kereta mewah milik Aryan.

Banyak kereta yang sudah beransur pulang dan yang tinggal hanya keluarga terdekat sahaja.

     "Froy!," jerit Ari dari dalam kawasan perkuburan. Dia melangkah keluar dari pagar taman perkuburan dengan kaki yang agak laju. Matanya berang walau ada kesan air mata disitu.

Aryan dan Avrin menoleh ke arah Qey Ari yang sedang meluru ke arah Aryan.

Qey Aron dan Qey Aris turut menoleh ke arah abangnya yang seperti sedang marah itu.

     Buk!

Satu tumbukan padu dihadiahkan tepat di pipi Aryan. Aryan terjatuh ke atas tanah kerana tidak cukup bersedia untuk menerima pukulan itu.

     "Along! Apa ni? Kenapa pukul suami Rin macamtu?!" kata Avrin agak kuat. Dia terus mendapatkan suaminya yang terduduk di atas rumput.

     "Kau sengaja biar anak aku mati, kan? Kau bunuh anak aku! Kalau kau tak biar dia berlari tengah jalan, aku takkan hilang anak aku! Entah-entah budak bawahan kau yang dah langgar dia!," kata Ari kuat. Dia melangkah mendekati Aryan yang berada di atas rumput.

     Buk! Buk!

     Aryan ditumbuk dengan kuat berkali-kali. Keluarga terdekat yang berada di situ hanya memerhati dan berasa takut untuk masuk campur.

Qey Aron dan Aris terus berlari ke arah Ari sebelum masing-masing memegang Ari dengan kuat.

     "Dahlah tu along! Kau tak malu ke orang tengok?!," tanya Aron agak kuat.

     "Cukup along! Tolonglah percaya pada ajal dan maut! Kenapa along nak salahkan suami Rin sedangkan along yang tak pandai jaga anak!," kata Avrin kuat.

     "Kau cakap aku tak pandai jaga anak?! Kau memang kurang ajar! Laki bini sama je!," jerit Ari kuat. Dia merentap tangan Aron dan Aris sebelum pegangan mereka terlepas.

     Tudung Avrin ditarik dengan kuat sebelum Ari menolak adik perempuannya ke tepi.

     "Aduh...," kata Avrin selepas dia terjatuh ke atas rumput.

Qey Aron dan Aris membungkamkan mata masing-masing. Cukup terkejut dengan apa yang dilakukan oleh abang sulungnyaa. Kau buat silap besar along...

Aryan menyeka darah halus di bibirnya sebelum dia melangkah ke arah Avrin.

     "Sayang okay? Sakit kat mana?" tanya Aryan lembut. Bahu isterinya dipegang dengan lembut.

Qey Ari terdiam seketika. Dia seperti baru sahaja bangun dari tidur. Apa yang aku dah buat?

     "Saya okay. Abang okay? Abang dah berdarah tu," kata Avrin sambil menunjuk ke arah bibir Aryan.

     "Kalau kau tak puas hati dengan aku sekalipun," kata Aryan dingin. Matanya berubah seperti malaikat maut dahagakan darah.

     "Sayang okay bang! Please don't...," kata Avrin sambil memegang tangan suaminya.

     "Jangan kau berani sentuh bini aku," sambung Aryan sebelum dia terus bangun dan melangkah ke arah Ari.

     "Froy," panggil Aron dan Aris serentak.

Aryan memusing 360 darjah sebelum menyepak kepala Ari dengan kuat. Dengan hanya satu sepakan, lelaki itu terus terpelanting dua kaki jauh dari kedudukan asalnya. Darah pekat mulai mengalir dari bibir.

     "Abang! Dahlah tu abang. Benda ni takkan selesai kalau korang bergaduh macam ni," kata Avrin sambil bangun dari duduknya.

     "Apa kau buat?! Kau tak respect aku!," jerit Ari kuat. Dia menyeka darah pekat yang mengalir dari bibirnya.

     "Aku respect orang yang respect aku dan bini aku," kata Aryan dingin.

Qey Ari bangun dari duduknya sebelum dia melangkah mendekati Aryan.

     "Kau... Kau dah bunuh anak aku... Kau dah bunuh anak aku, Froy," kata Ari dengan suara yang terketar-ketar.

     "Kenapa aku perlu bunuh anak kau? Apa yang aku dapat kalau aku bunuh anak kau?" tanya Aryan dingin.

     "Kau biarkan dia mati!," jerit Ari kuat.

     "Kau yang biarkan anak kau mati," kata Aryan tenang tetapi kedengaran sangat dingin.

     Air mata Ari mengalir keluar selepas mendengar kata-kata Aryan. Wajahnya merah menahan rasa.

     "Aku tak biar dia kena langgar! Kau yang biar dia kena langgar! Kau dah nampak ada kereta tengah laju, tapi kau biar anak aku pergi ambik bola dekat tengah jalan!" jerit Ari kuat.

     "Kau yang suruh dia ambik bola tu," kata Aryan dingin.

     "Kau memang tak guna!," jerit Ari kuat. Dia meluru untuk menolak Aryan ke tengah jalan tetapi lelaki itu cukup bersedia kali ini. Dengan pantas Aryan mengelak sebelum Ari terdorong ke tengah jalan dengan sendirinya.

     "Along!" jerit Avrin, Aron dan Aris serentak.

     Debush!

     Ari terpelanting tinggi selepas dilanggar oleh sebuah Hummer bewarna hitam sebelum kereta itu terus memecut pergi.

     "Abang!" jerit Lisa dari dalam kawasan perkuburan.

     "Allahuakbar! Along!" jerit Aron dan Aris kuat. Mereka berdua terus berlari ke arah Ari yang terbaring di atas tar. Kepalanya berlumuran dengan darah.

     "Abang! Kejar kereta tu!" kata Avrin kuat. Bayang Hummer hitam masih berada di pandangan tetapi sudah semakin menghilang.

Aryan tidak berkata apa malah terus mengeluarkan telefon bimbitnya untuk mendail nombor adiknya. Adiknya difahamkan berada berdekatan sahaja.

"The number you have dialed is not available...,"

Aryan terus mematikan panggilan. Mana pulak budak bodoh ni pergi?!

     "Sayang tunggu sini," kata Aryan sebelum terus melangkah masuk ke dalam Porsche miliknya. Keretanya memecut laju untuk mengejar si penyangak yang sudah melanggar kemudian lari seperti pengecut.

Aksi kejar mengejar berlaku beberapa minit sebelum tiba-tiba Hummer hitam itu dipandu dengan agak perlahan. Aryan yang dapat mengejar kereta itu terus memotong sebelum memperlahankan pemanduannya.

Akhirnya kedua-dua kereta itu berhenti di tepi jalan sebelum Aryan melangkah keluar dari kereta.

     Tok... Tok... Tok...

Aryan mengetuk tingkap kereta Hummer yang gelap itu sebelum pintu kereta itu dibuka dari dalam.

     "Apa lancau pi kejar aku?! Kau ni buat spoil betullah!" kata Ariq dari dalam Hummer.

Aryan membuntangkan matanya sebelum dia terus menarik rambut Ariq supaya lelaki itu keluar dari kereta.

     "Woi! Sakit! Jangan sentuh rambut aku!" jerit Ariq kuat tetapi masih akur dan keluar dari kereta.

     "Apa kau buat ha setan?!" tanya Aryan kuat sebelum melepaskan pegangannya.

     "Apa yang aku buat?!" tanya Ariq semula.

     "Kau langgar mamat tu apahal?!"

     "Hello? Dia yang tiba-tiba berlari tengah jalan macam orang gila mintak kena langgar, pastu kau nak salahkan aku apahal?!" kata Ariq kuat.

"Kalau dia lari tengah jalan sekalipun, yang kau pergi langgar kenapa?!"

"Woi bangsat! Aku terlanggarlah bodoh! Bukannya aku sengaja! Kita ni tengah jalan-jalan makan angin saja test enjin siap pergi 120, tiba-tiba mamat bodoh tu berlari tengah jalan. Kau ingat aku sempat ke nak tekan brake?!"

"Apahal kau tak elak?!"

"Eh bangang. Kalau aku elak tadi, mungkin kau yang terpelanting terus masuk kubur tau? Bersyukur sikit sebab aku tak elak!" kata Ariq sambil menutup pintu keretanya.

"Basaklah aku. Makin bertambah bencilah family bini aku dekat aku," kata Aryan sambil meraup wajahnya.

"Easy je. Kau tak payahlah bagitahu yang aku dah langgar mamat tu. Tapi bukan ke sepatutnya kau seronok tengok mamat tu terpelanting macamtu?"

"Asal aku nak seronok?" tanya Aryan dengan kening yang dikerutkan sedikit.

"Eleh. Bukannya aku tak nampak mamat tu belasah kau tadi. Siap tolak Avrin lagi. Rileklah mat. Kalau kau tak boleh nak bunuh mamat tu, aku boleh tolong komakan dia," kata Ariq dengan senyuman nakalnya.

"Ohhhh... Kiranya kau memang sengaja langgar dia lah?!"

"Tak! Aku terlanggarlah gila! Aku panas hatilah tengok korang berdua kena usik macamtu. Tapi kau awal-awal dah warning aku jangan usik family tu. Sebabtu aku nak bla dari situ sebab malas nak tengok! Mamat tu yang bodoh tetiba lalu tengah jalan!," jelas Ariq kuat.

"Haih... Teruk juga kau langgar dia tadi," kata Aryan sebelum terus bersandar pada kereta Ariq.

"Hm. Alah. Kalau dah ajal, ajal juga," kata Ariq cukup tenang.

"Mana pulak kau dapat kereta ni?" tanya Aryan yang baru perasan tentang kereta yang dipandu oleh Ariq.

"Baru beli," jawab Ariq ringkas.

"Aku perasan duit cash dalam peti besi aku kat office dah hilang," kata Aryan sengaja ingin memancing adiknya.

"Eh sorry sikit? Aku tak ambik duit dalam peti office okay! Kalau peti besi kat rumah tu yalah aku usik," kata Ariq selamba.

"Kau curi duit dalam peti besi rumah aku?!," jerit Aryan kuat.

"Haaa?! Siapa cakap?!"

"Ariq Frandy Louise," suara Aryan naik satu oktaf.

"Iya saya! Eh jom balik. Aku laparlah," kata Ariq yang cuba untuk menukar topik perbualan. Dia terus melangkah masuk ke dalam keretanya sambil mengendahkan abangnya.

Aryan hanya menghela nafas panjang. Haih...

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro