Bab 35

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Avia diletakkan di atas sofa sebelum guni kecil bewarna coklat yang menutupi kepalanya ditanggalkan dengan kasar.

"Nah boss. Aku dah buat macam yang kau suruh," kata satu suara garau dari arah tepi Avia.

Dengan perlahan-lahan Avia membuka matanya yang sudah kabur dek kerana terlalu lama berada di dalam guni. Hampir-hampir sahaja menjadi beras.

"Apa kau buat ni?" tanya satu lagi suara garau.

"Apa? Kan kau suruh bawak dia datang sini? Salah ke apa yang aku buat?"

Avia menoleh ke arah lima jejaka kacak yang berada di hadapannya. Allahuakbar...

"Hi, sweetheart. Long time no see," tegur Silver ramah.

"Ferdy?" tanya Avia sambil memandang ke arah Aaden yang berada di hadapannya. Kedua belah tangan terletak elok di dalam kocek seluar.

"Memanglah aku suruh kau bawak dia datang sini. Tapi bukan dengan cara cekup dia macam ni," kata Aaden mendatar. Mata masih tertumpu pada Avia yang sedang memandang ke arahnya.

"Hello Encik Din, awak kena ingat balik apa yang awak cakap dekat saya tadi. Awak cakap apa? Awak cakap macam ni, bawak dia datang sini walau dengan apa cara sekalipun," kata Cayden dengan suara yang diajuk seperti Aaden.

"Betul! Kau cakap macamtu tadi. Jadi kitorang ni hanya mendengar kata," kata Silver pula.

"Lagipun, aku tak rasa budak ni nak ikut kitorang kalau kitorang ajak baik-baik sekalipun," kata Javier pula.

"Apa semua ni?" tanya Avia dengan dahi yang berkerut.

"Reunion!" kata Cayden, Silver dan Javier serentak.

"Haa?." Dahi Avia masih lagi berkerut malah makin teruk kerutnya itu.

"Buka ikatan," arah Aaden kepada anak buahnya.

Tanpa banyak kata, Javier terus membuka ikatan pada tangan dan kaki Avia.

"Apa semua ni? Apa korang buat ni? Macam mana korang boleh ada dekat sini? Apa yang berlaku sebenarnya ni?" bertubi-tubi soalan yang keluar dari mulut Avia. Sungguh dia masih keliru dengan apa yang sedang berlaku.

"Soalan dia lagi laju dari peluru pistol aku beb," kata Cayden sambil menepuk bahu Silver.

"Aku dah cuba untuk jumpa kau cara lembut, tapi kau lari dari aku. Kenapa?" tanya Aaden mendatar.

"Kiranya tadi tu memang betul-betul awaklah? Saya ingatkan saya bermimpi," kata Avia perlahan.

"Fer. Bil rumah Avia aku dah letak kat atas laci," kata satu suara garau yang baru melangkah masuk ke ruang tamu.

Avia menoleh ke arah si pemilik suara sebelum matanya terbungkam.

"Hans? Apa awak buat dekat sini?" tanya Avia dengan matanya yang masih terbuka luas.

"Tadi kau tanya aku, kenapa aku baik dengan kau lepas budak-budak jutawan ni pergi, kan? So, inilah jawapannya," jawab Hans mendatar.

Aaden hanya mendiamkan diri. Mata masih memandang ke arah Avia yang sedang memandang ke arah Hans.

"Itulah maksud awak jalankan tugas?" tanya Avia lagi. Jadi selamani, dia jaga aku sebab Aaden yang suruh ke?

"Sekarang kau dah tahu kenapa aku tak boleh simpan perasaan pada kau," kata Hans mendatar.

     "Apa benda pulak dah ni? Simpan perasaan apa pulak? Oi Avia. Takkan semua lelaki kau nak suka? Kau ni gila ke apa?" celah Cayden dengan kening yang dikerutkan.

     "Haa? Bila masa saya suka semua lelaki?" giliran Avia pula untuk mengerutkan kening.

     "Haritu kau suka dekat Alpha. Lepastu kau suka dekat Encik Din, lepastu sekarang kau suka dekat Hans pulak? Apa cerita?" tanya Cayden dengan wajah yang serius.

     "First of all, saya tak pernah suka pada Alpha. Saya cuma suka berkawan dengan dia dan rasa selamat bila dengan dia. That's all," kata Avia mendatar.

     "Habistu Encik Din?" tanya Cayden lagi.

     "Ferdy ke maksud awak?" soalan dibalas soalan.

     "Habistu siapa lagi?" soalan masih dijawab soalan.

     "Manalah saya tahu. Nama awak pun ada Din juga," kata Avia mendatar.

     "Kau orang pertama yang berani menganjing nama aku. Takpa, harini aku maafkan kau," kata Cayden sebelum menjelingkan matanya.

     "Betul, dulu saya sukakan Ferdy. Tapi lima tahun korang tinggalkan saya tanpa khabar berita. Perempuan mana yang tak sakit? Perempuan mana yang tak kecewa? Korang pergi tanpa beritahu saya apa-apa. Saya tak tahu apa yang dah jadi dengan korang, apa yang korang buat, korang ada dekat mana, semua saya tak tahu tau. Saya nak contact pun tak dapat. Korang memang nampak benda ni simple, tapi yang rasa sedih tu ialah saya. Saya yang hadap semua tu. Korang tak tahu apa saya rasa bila hilang kawan yang paling saya sayang. Saya sayang korang semua, tapi kenapa korang hilangkan diri tanpa beritahu apa-apa dekat saya? Apa salah saya pada korang?" kata Avia panjang lebar. Air matanya mulai bergenang menunggu masa untuk gugur.

     "Hans yang dah jaga saya selama bertahun-tahun. Hans jaga abah saya. Hans tanggung makan minum saya. Hans jaga keselamatan saya bertahun-tahun. Saya manusia biasa. Saya wanita biasa. Sudah tentu pasti akan cair dengan kebaikan yang orang dah beri pada saya dan abah," sambung Avia lagi.

Aaden, Callisto, Cayden, Silver, Javier dan Hans hanya terdiam tanpa kata. Sedar memang salah mereka kerana tidak memberitahu tentang pemergian mereka. Bukan sekejap, tetapi lima tahun. Masa yang cukup lama untuk melupakan seseorang. Orang yang broken pun mampu move on dalam masa lima tahun.

     "Err... Aku nak keluar jap, Din. Rasa macam nak pergi cari air kelapa," kata Cayden sebelum terus melangkah ke arah pintu utama.

     "Nak ikut!" kata Silver dan Javier serentak sebelum terus mengekor langkah Cayden.

Aaden hanya kaku. Matanya memandang ke arah Avia yang sedang menahan diri daripada mengeluarkan air mata.

     "Take your time," kata Callisto sebelum turut melangkah keluar dari rumah.

     "Aku dengar cerita projek construction kat sekolah tertangguh. Apa cerita?" tanya Aaden mendatar.

     "Err... Aku settlekan harini juga. Aku minta diri dulu," kata Hans mendatar sebelum terus melangkah keluar dari rumah.

Tinggallah mereka berdua sahaja di ruang tamu rumah mewah itu. Suasana menjadi sunyi sepi.

     "Saya nak balik. Tak elok duduk berduaan dalam rumah macam ni," kata Avia sebelum terus bangun dari duduknya.

     "Kita tak berdua. Lara ada dekat atas tengah tidur. Duduk Avia," arah Aaden mendatar.

     "Apa lagi Ferdy?" tanya Avia sambil menunduk.

     "Aku kata duduk," kata Aaden tetapi kali ini dengan lebih tegas.

Avia hanya akur sebelum duduk di sofa semula.

     "Aku tahu aku salah. Tapi boleh aku tanya kau satu soalan?" tanya Aaden mendatar.

"Hm... Apa dia?"

"Kau betul-betul dah lupakan aku?" tanya Aaden dengan wajah yang tiada reaksi.

Avia hanya mendiamkan diri sebelum dia menghela nafas panjang.

"Ferdy... Dulu awak pernah tanya saya apa jawapan saya. Tapi awak tak pernah tunggu untuk dengar jawapan saya pun. Malah awak tinggalkan saya tanpa khabar berita," kata Avia perlahan.

     "Aku minta maaf. Bukan aku sengaja untuk tinggalkan kau. Tapi aku terpaksa fokus pada benda lain dulu," kata Aaden sebelum dia melangkah ke arah sofa. Dia mengambil tempat sebelum dia menepuk-nepuk sofa sebelahnya supaya Avia mengambil tempat di situ.

     "Fokus pada apa Ferdy? Fokus pada apa sampai sekali pun tak pernah contact saya selama lima tahun?"

     "Kau tak faham, Avia. Dan aku rasa kau takkan pernah faham sampai bila-bila," kata Aaden mendatar.

"Kalau saya tak faham, then kenapa awak tak mampu beri saya faham? Kenapa awak tak boleh nak explain?" tanya Avia dengan nada suara yang sudah semakin perlahan.

Aaden memilih untuk mendiamkan diri. Dia tidak mahu berperang mulut dengan gadis di hadapannya itu. Mungkin gadis itu tidak akan pernah faham situasi yang dihadapi oleh dirinya sebagai seorang anak kumpulan mafia.

"Siapa sebenarnya awak, Ferdy? Siapa sebenarnya korang semua? Dari dulu saya tak pernah tahu tentang keluarga korang. Siapa sebenarnya korang semua ni?" tanya Avia lagi.

"Sudahlah tu, Avia. Boleh tak kalini kau beri peluang pada aku untuk jaga kau semula? Selepas lima tahun aku lepaskan tugas tu pada orang lain," kata Aaden mendatar.

"Untuk apa awak nak jaga saya? Untuk tinggalkan saya lagi di kemudian hari? Macamtu ke Ferdy?" tanya Avia lagi. Sungguh dia tidak mampu menahan emosinya. Lelaki yang dicintainya menghilangkan diri begitu sahaja. Lima tahun tanpa khabar berita. Siapa je tak marah? Kalau aku pun aku koyak.

"Aku minta maaf. Maafkan aku, Avia,"

"Dahlah. Saya nak balik. Abah mesti tengah risau pasal saya," kata Avia mendatar. Kaki terus melangkah ke arah pintu utama rumah mewah itu.

"Kenapa kau balik Malaysia?" tanya Aaden tiba-tiba.

Langkah Avia terus terhenti sebelum menoleh ke arah Aaden semula.

"Sebab Malaysia adalah tanah air saya. Awak tu? Buat apa kat sini? Ni bukan tempat awak," kata Avia sebelum terus melangkah keluar dari rumah.

Aaden yang mendengar itu hanya mengerutkan dahinya. Apahal minah ni? Dia tak tahu yang dia letak diri dia dalam bahaya bila balik ke Malaysia pada waktu-waktu begini. Haih...

Mata Avia terus tertumpu pada Cayden, Silver dan Javier yang sedang duduk mencagkung di tepi kereta mewah. Masing-masing elok memegang secawan air kelapa yang dibeli entah dari mana. Callisto pula elok berdiri bersandar pada kereta dengan kedua belah tangan terletak di dalam kocek seluar. Mata masing-masing terus tertumpu pada Avia yang sedang memandang ke arah mereka.

"Habis dah drama korang tu? Ingatkan lama lagi. Aku baru nak pergi beli air kelapa lagi dua cawan," kata Cayden mendatar.

Avia tidak berkata apa malah terus melangkah ke arah pagar rumah.

"Hey, Avia!" panggil Silver agak kuat.

Avia menghentikan langkahnya sebelum menoleh ke arah Silver yang sedang melangkah ke arahnya. Tangan masih lagi memegang secawan air kelapa.

"You masih marah pada kami ke? Masih marah pada Ferdy?" tanya Silver perlahan. Bibirnya dicebikkan sedikit bagi menampakkan kecomelan dan kebodohan dirinya.

Avia menghela nafas panjang sebelum mengukir senyum nipis buat Silver. Lelaki itu dari dulu memang comel. Nak marah pun auto cancel.

"Saya tak marah kat awak pun. Saya cuma merajuk dengan Ferdy. Dia tu yang buat saya dulu. Padan muka dia. Siapa suruh tinggal saya lima tahun lepas," kata Avia dengan senyum nakalnya.

"Lah... Merajuk rupanya. Perempuan ni memang complicated betullah. Benda simple pun sibuk nak dibesarkan," kata Silver selamba.

"Ish sibuklah. Awak tu bukannya tahu apa-apa pun. Dahlah, saya nak balik. Bye!" kata Avia sebelum terus melangkah keluar dari pagar.

"You nak balik naik apa? Tadi kitorang yang angkut you tau," kata Silver mendatar.

"Pandai-pandailah saya order grab, uber ke, teksi ke. Awak ingat saya budak kecik ke? Saya dah besar panjang tau. Awak ingat saya hidup macam mana dekat US tu? Mestilah saya pandai survive sendiri. Takda lagi saya sesat dekat sana," kata Avia panjang lebar.

Silver hanya mengerutkan dahinya.

"Kita tanya satu soalan je. Yang dia jawab beribu patah perkataan tu kenapa? Haih... Inilah namanya perempuan," kata Silver sabil menggelengkan kepalanya.

"Habistu? Awak tu yang macam merendahkan kebolehan saya," kata Avia mendatar.

"Aik? Bila masa pulak I rendahkah kebolehan you?" tanya Silver dengan dahi yang dikerutkan.

"Tadi," jawab Avia sepatah.

"Bila masa?" tanya Silver lagi.

"Haa baguslah tu. Korang berdua pulak nak bertekak kat sini. Serabut betul," kata Cayden mendatar.

"Dia ni yang mulakan dulu," kata Avia sambil menunjuk ke arah Silver.

"Kau nak beta dengan aku pulak ke?" tanya Cayden mendatar tetapi kedengaran tegas.

"Ergh. Sudahlah, saya balik dulu," kata Avia sebelum terus melangkah tanpa menoleh ke arah mereka.

Ashron melangkah masuk ke dalam bilik sebelum selaras pistol bewarna hitam disimpan ke dalam laci biliknya. Hanya ada satu tujuan dia menyimpan senjata itu. Untuk membalas dendam yang masih terpahat dalam diri. Peristiwa lima tahun lepas memberikan mimpi ngeri buat dirinya sehingga dia tidak mampu berjalan selama setahun.

"Aku takkan maafkan korang semua sampai bila-bila. Korang syaitan bertopengkan manusia. Korang tak layak untuk hidup," kata Ashron dengan mata yang tajam.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro