Bab 36

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Avia melangkah keluar dari rumahnya sebelum dia terus melangkah masuk ke dalam perut kereta Perodua Myvi yang datang menjemput kerana telah dipesan olehnya melalui aplikasi Grab.

Dia berhajat untuk melakukan kerja sambilan sementara dia menghabiskan sisa cuti semesternya di Malaysia. Daripada membuang masa begitu sahaja, lebih baiklah gunakan waktu yang ada itu untuk mencari rezeki.

     Setelah tiba di restoran yang bernama The Restaurant, Avia terus melangkah turun dari kereta. Rambutnya yang tadi dibiarkan lepas terus diikat bun sebelum melangkah masuk ke dalam kedai makan itu. Matanya mencari-cari kelibat pengurus yang ingin berjumpa dengannya sebelum dia memulakan kerjanya sebagai pekerja sambilan di restoran itu.

     "Er... Tumpang tanya, macam mana saya nak jumpa dengan manager?" tanya Avia kepada salah seorang pekerja yang sedang mengangkat pinggan kotor.

     "Awak ada buat appointment untuk jumpa dia ke?" tanya pekerja wanita itu. Gayanya mungkin dalam 30an.

     "Takda. Tapi semalam ada orang call bagitahu yang saya kena jumpa dengan manager dulu sebelum start kerja," jawab Avia ramah.

     "Oh. Kalau macamtu, pergilah naik kat tingkat atas, bilik manager ada kat atas," jawab gadis itu juga ramah. 

     "Oh okay, terima kasih,'" kata Avia sebelum terus melangkah meninggalkan gadis itu. Kaki menuju ke arah lif yang berada di tengah-tengah restoran,

     Ashron yang baru melangkah masuk ke dalam restoran terus terpandang kelibat seseorang. Eh? Macam kenal je?

Avia yang sedang melangkah ke arah lif dipandang lama sehingga gadis itu hilang ke dalam perut lif. Cepat-cepat Ashron melangkah ke arah pekerja wanita yang baru sahaja berjumpa dengan Avia sebentar tadi.

     "Nana, who's that?" tanya Ashron sambil menunjuk ke arah lif.

Gadis yang dipanggil sebagai Nana itu terus memandang ke arah lif sebelum dia menoleh ke arah Ashron semula.

     "I don't know. Dia kata nak jumpa dengan manager. Rasanya pekerja part time kut," jawab Nana yang seperti dapat mengagak kehadiran Avia adalah untuk bekerja sambilan di restoran yang agak mewah itu.

     "Part time?" tanya Ashron sendiri.

     "Iya. Nampak gayanya macam tulah. Kenapa boss?" tanya Nana ramah.

     "Takda apa. Dah, pergi sambung buat kerja," kata Ashron sebelum dia terus melangkah ke arah lif.

     Ashron melangkah ke arah pintu yang tertulis 'Manager' sebelum dia terus membuka pintu itu. Encik Syed terus berdiri selepas menyedari kehadiran Ashron. Avia turut berdiri selepas melihat lelaki 30an itu berdiri.

     "I'll take this, please," kata Ashron sebelum terus melangkah masuk dan terus menuju ke arah meja Encik Syed.

Avia hanya menunduk hormat sebelum dia memandang ke arah Ashron dengan lebih teliti. Aik? Macam pernah nampak dia ni, tapi dekat mana eh?

    "Err... Baik," kata Encik Syed sebelum dia terus melangkah keluar dari pejabatnya.

Ashron terus melangkah ke arah meja kerja sebelum dia mengambil tempat di kerusi yang diduduki oleh Encik Syed tadi.

Avia masih lagi tercegat seperti patung. Dia hanya memerhati lelaki muda yang berada di hadapannya itu. Siapa eh dia ni? Aduh macam mana aku boleh lupa ni?!

     "Have a seat," kata Ashron sambil menunjuk ke ara kerusi. Avia tidak membantah malah terus mengambil tempat di kerusi berhadapan dengan Ashron.

     "So, nak kerja part time ya?" tanya Ashron mendatar. Tangannya sibuk membelek iPad miliknya.

     "Um! Saya nak kerja part time kat sini sementara cuti belajar," kata Avia ramah.

     "Belajar kat mana?" tanya Ashron penuh rasa ingin tahu.

     "Saya belajar dekat US. Tapi sekarang tengah cuti semester, sebabtu saya balik Malaysia," jawab Avia ramah. Senyuman lebar terukir di bibir mampu menggoda mana-mana lelaki di muka bumi ini.

     "Okay. Kau boleh kerja part time dekat sini, tapi ada satu syarat," kata Ashron mendatar. Mata langsung tidak menoleh ke arah Avia.

     "Syarat apa tu encik?"

     "Kau kena stay sampai closing. Dan lepas semua staf dah balik, aku nak kau bersihkan satu restoran ni," kata Ashron dengan nada yang agak tegas.

Avia yang mendengar syarat itu terus mengerutkan dahinya. Aik? Aku ni part timer ke bibik?

     "Err... Tapi tu bukan skop kerja yang Encik Syed beritahu saya tadi," kata Avia dengan senyuman yang sudah ditarik dari wajahnya.

     "Aku boss. Syed tu manager sahaja. Aku yang bayar gaji kau. Kau nak ke taknak?" tanya Ashron sebelum dia menutup iPadnya dan mata terus menoleh ke arah Avia.

     "Nak. Tapi, boleh tak kalau saya nak fikir dulu? Esok baru saya beritahu encik semula, boleh?" kata Avia lembut. Lain maca boss ni. Kalau dia bagi aku gaji lima ribu takpa jugak.

     "Berapa gaji kau nak?" tanya Ashron mendatar.

Avia mengangkat keningnya sedikit. Ha?

     "Kau nak berapa? Lima ribu? Enam ribu?" tanya Ashron lagi.

     "Hehe. Tak banyak pun. Seberapa banyak encik nak bagi, saya terima je," kata Avia dengan senyuman kerang busuknya.

     "Haih... Aku bayar kau sejam RM30," kata Ashron mendatar.

Avia terus membungkamkan matanya. Gila mak kau! Banyak tu! Kalau aku kerja hari-hari tanpa cuti, auto boleh beli rumah beb!

     "Allahuakbar. Banyaknya encik! Terlampau banyak sangat tu encik! Saya tak boleh terima duit sebanyak itu!" kata Avia dengan mata yang luas.

     "Habistu kau nak berapa? Sejam RM10?"

     "Eh, takpa-takpa. Saya ambik yang sejam RM30 tu. Terima kasih banyak-banyak encik. Bila saya boleh mula kerja?" tanya Avia dengan senyuman yang masih terukir di bibir.

Ashron hanya mengerutkan dahinya. Gila minah ni.

     "Encik? Janganlah tenung saya macamtu. Saya tanya ni, bila saya boleh mula kerja?" tanya Avia lagi.

     "Harini," jawab Ashron sepatah.

     "Eh tak boleh encik. Saya start esoklah encik. Harini saya ada temu janji dengan doktor gigi," kata Avia ramah.

     "Ikut suka hati kaulah," kata Ashron sebelum dia terus bangun dari duduknya. Tangan mencapai iPadnya sebelum dia melangkah ke arah pintu.

     "Encik nak pergi dah ke?" tanya Avia sambil menoleh ke arah Ashron yang berada di pintu.

     "Iya," jawab Ashron sepatah. Malas betul mahu melayan gadis itu.

      "Tapi encik tak tanya pun siapa nama saya?" tanya Avia sambil berdiri dari duduknya.

Ashron terdiam selepas mendengar soalan yang diajukan oleh gadis itu.

     "Atau sebenarnya encik dah kenal siapa saya?" tanya Avia lagi. Kakinya melangkah ke arah Ashron yang masih tercegat di depan pintu.

Ashron memandang ke arah Avia yang kini sedang berdiri betul-betul di hadapannya.

     "Takpalah. Saya minta diri dulu," kata Avia sebelum terus melangkah pergi dari situ. Pahal mamat tu pandang aku macamtu? Aku ada salah cakap ke?

Ashron hanya memerhati pemergian gadis berambut hitam itu. Dia kenal aku ke?

"Kau pergi mana tadi?" tanya Aaden yang sedang berdiri betul-betul di hadapan rumah Avia.

Avia yang baru sahaja turun dari teksi terus melangkah ke arah Aaden.

"Kenapa awak nak sibuk pasal saya?" tanya Avia pula.

"Salah ke aku nak sibuk? Kau pergi mana tadi?" tanya Aaden mendatar. Kedua belah tangan terletak elok di dalam kocek seluar.

"Saya pergi interview untuk kerja part time," jawab Avia juga mendatar.

"Part time? Kau perlukan duit ke? Kenapa tak cakap dekat aku?"

"Ferdy, boleh stop tak? Awak ingat saya budak kecik ke? Saya pandai berdikari. Pandai-pandailah saya cari duit sendiri," kata Avia sebelum terus melangkah untuk masuk ke dalam rumah.

"Kau kerja dekat mana?." Matanya elok memandang ke arah Avia yang sudah melangkah untuk meninggalkannya.

"Yang awak nak tahu sangat ni kenapa? Can you mind your own business?" kata Avia sebelum terus melangkah masuk ke dalam rumah meninggalkan Aaden terpinga-pinga di luar.

Aaden menghela nafas panjang sebelum dia mengeluarkan telefon bimbitnya dari kocek seluar. Nombor seseorang didail.

"Aku nak kau cari tempat kerja Avia. By hook or by crook, aku nak details harini jugak," kata Aaden dingin.

Avia mengintai Aaden melalui tingkap. Apa lelaki tu tengah buat? Dia call siapa tu?

Aaden menoleh ke arah tingkap rumah sebelum dia tersenyum sinis. Nak merajuk konon. Haih... Perempuan, perempuan...

Avia masih lagi mengintai sebelum dia menyedari Aaden membelek telefon bimbit dan terus melangkah pergi dari situ.

Aaden melangkah masuk ke dalam Porsche miliknya sebelum dia menoleh ke arah Callisto yang berada di tempat duduk penumpang sebelah pemandu.

"Hans bagitahu nama restoran tu The Restaurant," kata Aaden kepada Callisto.

"Roger," kata Callisto sebelum mengeluarkan komputer ribanya. Papan kekunci ditekan dengan laju sambil matanya bergerak membaca skrin komputer.

"The Restaurant. Restoran bertaraf lima bintang. Buka 9 pagi, tutup 12 malam. Pengurus nama Syed. Dan owner...," kata-kata Callisto terhenti di situ.

"Sebelum kau cakap aku dah dapat agak," kata Aaden mendatar.

"Qen," jawab Callisto sepatah.

"Qen Ashron. Aku pernah dengar nama tu. Call, kau tahu apa nak buat, kan?" kata Aaden kepada sahabatnya.

"Hm," jawab Callisto tanpa membuka mulut.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro