Bab 37

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Avia melangkah keluar dari tandas restoran sambil membawa sebaldi air sabun bersama sebatang mop. Sudah menjadi tugasnya untuk membersihkan restoran itu selepas restoran mewah itu tutup. Demi RM30 sejam.

"Haih... Penatnya!" kata Avia kuat. Jam sudah menunjukkan pukul 12:45 pagi dan hanya dia sahaja yang masih berada di restorang yang agak luas itu.

Dengan perlahan-lahan, Avia memulakan kerjanya untuk membersihkan lantai restoran.

"Na na na na na~" Avia mengemop lantai sambil bernyanyi riang. Dia mengemop lantai sebelum mengelap kesemua meja makan yang ada di dalam restoran mewah itu.

"Fuh penatnya!" jerit Avia kuat.

Krekk...

Tiba-tiba kedengaran bunyi pintu dapur ditolak dengan perlahan. Avia yang sedang duduk di atas kerusi terus bangun dari duduknya. Mata mengintai kalau-kalau ada orang yang masih berada di restoran.

"Siapa tu?" tanya Avia agak kuat. Mata masih lagi mengintai di pintu dapur.

"Hello?! Ada sesiapa ke?!" tanya Avia kini lebih kuat.

Krekkk...

Kini bunyi pintu stor pula seperti ditolak oleh seseorang. Avia terus menoleh ke ara pintu bilik stor yang berada di hujung restoran.

"Jangan main-mainlah! Aku pandai kungfu tau!" jerit Avia kuat. Tangannya sudah menggenggam batang mop dengan kuat.

Tup! Tap! Tup! Tap!

Lampu di dalam restoran mewa itu mati dan hidup dengan sendiri.

"Dia main lampu pulak dah. Better aku balik sebelum pape jadi," kata Avia sebelum dia ingin melangkah ke arah tandas restoran untuk membuang air kotor dari dalam baldi.

"Aaargghhhhhhh!" satu jeritan yang kuat kedengaran dari arah dapur yang bertutup lampunya.

"AAARRRRGHHHHHH!" Avia yang mendengar suara jeritan itu turut menjerit kerana ketakutan sebelum dia terus terjatuh dan pengsan di atas lantai restoran. Baldi yang dipenuhi air kotor itu tergolek sebelum isinya tumpah ke atas lantai.

Pakkk!

Cayden mengetuk kepala Silver dengan kuat.

"Woi! Pahal kau pukul aku?!" kata Silver agak kuat.

"Yang kau menjerit tadi kenapa?! Sekarang kau tengok, budak ni dah pengsan," kata Cayden sambil mereka semua melangkah keluar dari tempat persembunyian masing-masing.

Aaden dan Callisto melangkah mendekati Avia yang tidak sedarkan diri di atas lantai sebelum mereka berdua menghela nafas panjang. Ai? Kata pandai kungfu? Celah mana kungfu kalau baru sikit dah pengsan?

"Aku terkejut tadi! Ada lipas panjat kaki aku!" jawab Silver kuat.

"Aduh! Budak ni menyusahkan betullah! Tengok ni! Habis air mop bersepah atas lantai!" kata Cayden sambil menunjuk ke arah lantai yang sudah basah.

"Bersepah?" tanya Callisto perlahan.

"Yalah. Habis terabur air ni semua," jawab Cayden dengan confidentnya.

Callisto yang mendengar itu hanya mengerutkan dahi sebelum menggelengkan kepalanya beberapa kali. Apa-apalah Cayden.

"Apa lagi? Bersihkan," arah Aaden kepada anak-anak buahnya.

"Eh hello? Suka hati kau je nak mengarah aku macamtu? Kau fikir kau siapa?" tanya Cayden dengan lagaknya.

Aaden tidak berkata apa malah hanya menjawab soalan lelaki itu menggunakan matanya.

Cayden melangkah mendekati Avia sebelum terus mencapai batang mop yang sudah berada di atas lantai. Silver pula turut membantu Cayden membersihkan lantai yang sudah dipenuhi dengan air mop.

     "Kenapalah aku tak tunggu dalam kereta dengan Javier je tadi. Natey betoi. Tak pasai-pasai kena jadi cleaner," kata Cayden sambil cuba untuk mengemop lantai dengan menggunakan mop yang digunakan oleh Avia sebentar tadi.

"Mop ni nak guna macam mana?! Rambut dia sangkut dekat kaki aku!" jerit Cayden sambil terkial-kial cuba untuk menggunakan mop.

Aaden dan Callisto hanya menggelengkan kepala masing-masing. Penat dapat anak buah macam ni.

     Avia mencelikkan matanya dengan perlaha sebelum dia menyedari dia tidak lagi berada di restoran. Aku kat mana ni?

     "Are you awake?" tanya satu suara garau dari hujung bilik.

Avia yang mendengar suara garau itu terus menoleh ke arah si pemilik suara. Cepat-cepat dia duduk dari pembaringannya.

     "Saya kat mana? Macam mana saya boleh ada dekat sini?" tanya Avia dengan dahi yang berkerut.

     "Kat rumah aku. Kau pengsan semalam," jawab Aaden mendatar.

     "Pengsan? Macam mana saya boleh pengsan?" tanya Avia yang sudah lupa dengan kejadian semalam. Aku? Pengsan? Apa yang dah jadi semalam?

     "Iya. Kau pengsan dekat tempat kerja kau. So boleh aku tanya something?" giliran Aaden pula untuk bertanya.

     "Saya nak balik," kata Avia sebelum terus turun dari katil.

Tiba-tiba pintu bilik dibuka dengan kasar dari luar. Muncullah Cayden bersama selaras pistol bewarna hitam. Pistol itu diacukan tepat ke arah Avia.

     "Apa ni? Pistol mainan ke?" tanya Avia yang masih tida mengerti.

     "Ha ha ha. Kau maybe dah lupa kejadian lima tahun yang lepas," kata Cayden mendatar. Pistolnya masih lagi diacukan ke arah Avia.

     "Kejadian apa eh?" tanya Avia yang sememangnya sudah melupakan kejadian itu.

     "Kau ingat tak masa aku datang jemput kau dulu? Aku kena belasah sampai lunyah?" kata Cayden yang cuba untuk mengingatkan kembali peristiwa itu.

     "Haaa... Okay! Dah ingat!" kata Avia teruja.

     "Masa tu kau nampak ada orang kena tembak, kan?" kata Cayden lagi.

     "Haa... Ha'ah! Ada orang kena tembak masatu! Maksud awak, awak ke yang tembak?" tanya Avia yang sudah mulai menarik semula senyuman di wajahnya.

     "Oi. Aku kan dah lunyai masa tu. Macam mana aku nak tembak kalau aku dah lunyai? Kau ni pun bengap jugak," jawab Cayden sebelum menurunkan pistolnya.

     "Habistu? Apa yang awak cuba untuk sampaikan ni?" tanya Avia yang mulai serius.

Aaden yang berada di hujung bilik hanya mendiamkan diri. Ingin memberi peluang kepada anak buahnya untuk menerangkan siapa mereka yang sebenarnya.

     "Bapak aku yang tembak," kata Cayden mendatar.

Avia mengerutkan dahinya sebelum tersenyum lebar.

"Awak nak kata awak ni anak gangster ke? Hahahaha. Awak ni banyak sangat tengok drama lah," kata Avia dengan tawanya yang masih bersisa.

"Drama kepala hotak kau. Kau ingat aku layan drama sampah ke?" kata Cayden sebelum menjelingkan matanya.

"Then prove me wrong," kata Avia mendatar.

"Why should I?" tanya Cayden dengan wajahnya yang sombong itu.

"So it's just a drama. Sudahlah, saya taknak tahu kenapa dan macam mana saya boleh berada dekat sini. Yang saya tahu, saya nak balik sekarang," kata Avia sebelum terus melangkah keluar dari bilik meninggalkan dua jejaka itu di situ.

"Avia," panggil Aaden mendatar tetapi gadis itu tidak mengendahkan panggilan dari lelaki itu.

Avia terus turun ke tingkat bawah rumah sebelum dia terus mencapai begnya yang berada di atas sofa rumah mewah itu.

"Nak pergi mana?" tanya satu suara garau dari arah belakang Avia. Avia yang jarang mendengar suara itu terus menoleh ke belakang. Callisto sedang elok berdiri dengan kedua belah tangan terletak elok di dalam kocek seluar.

Avia hanya terdiam sambil merenung ke arah lelaki dingin yang berada di hadapannya kini.

"Naik," arah Callisto sepatah.

Avia yang mendengar itu terus menoleh sebelum meneruskan langkahnya untuk keluar dari rumah itu. Gila. Semua orang dalam rumah ni gila ke apa?

"Ferdy! Alara! Alara!" jerit Javier dari arah dapur.

Avia yang mendengar suara jeritan seperti sedang cemas itu terus menoleh ke arah Javier yang baru keluar dari dapur. Aaden dan Cayden yang mendengar jeritan dari tingkat bawah itu terus turun dari tingkat atas.

"Kenapa? Kenapa dengan Lara?" tanya Cayden kepada Javier.

"Aku rasa ada benda yang tak kena. Kau suruh aku call Lara tadi, kan? Aku call dia dah sepuluh kali tapi tak berangkat. Patut ke kita cari dia?" kata Javier sambil mengangkat telefon bimbitnya paras bahu.

"Call, detect location terakhir Lara," arah Aaden kepada Callisto.

Callisto tanpa banyak kata terus melangka ke arah meja kopi ruang tamu sebelum komputer ribanya dicapai. Papan kekunci diteakan dengan pantas sambil matanya tertumpu pada skrin komputer riba.

"Kenapa dengan Lara?" tanya Avia yang sudah melangkah masuk ke ruang tamu semula.

"Asal kau nak tahu? Tadi kau beria nak balik sangat, kan? Kau kata kitorang drama, kan? Ha mehlah tengok drama," jawab Cayden sinis.

"Boleh kau duduk sini diam-diam?" kata Aaden kepada Avia. Matanya menikam anak mata milik Avia. Walaupun oktaf suaranya tidak tinggi, tetapi kedengaran sangat tegas di setiap patah perkataan yang keluar dari mulut lelaki itu.

Avia terdiam sebelum dia hanya akur dan terus mengambil tempat di sofa hujung. Mata terus memerhati Callisto yang sedang menekan-nekan papan kekunci.

"Location terakhir dia...," Callisto terhenti di situ. Ayatnya dibiarkan tergantung.

"Dekat mana?" celah Cayden.

Mata masing-masing terus meneliti ke skrin komputer riba milik Callisto.

"Rumah Avia," kata Aaden, Cayden dan Javier serentak.

"Ha? Apa yang korang tengah cakapkan ni?" tanya Avia yang tidak mengerti dengan apa yang sedang berlaku sebenarnya.

"Diam," kata Cayden sepatah.

"Boleh tak someone tolong explain dekat saya? Apa yang dah berlaku sebenarnya ni? Kenapa dengan Lara? Apa yang location terakhir bagai ni? Lara kena culik ke?" tanya Avia bertubi-tubi. Susahlah aku sorang je yang tak faham kebenda ni.

"Dah sampai masa nanti kau akan faham juga. Sekarang ni aku cuma nak kau stick dengan kitorang je. Jangan pergi tempat lain tanpa kebenaran aku. Dan aku nak kau berhenti kerja," arah Aaden tegas.

"Ha?" Avia masih lagi blur.

"Move," kata Aaden sepatah sebelum mereka semua terus bangun dari duduk masing-masing kecuali Avia yang masih tidak bergerak seperti batu di atas sofa.

Jejaka-jejaka kacak itu bergerak dengan pantas masuk ke dalam sebuah bilik sebelum keluar semula dan meletakkan sebuah beg hitam di atas meja kopi. Mereka nelangkah ke dalam bilik masing-masing sekali gus meninggalkan Avia bersama beg hitam di atas meja.

     Avia mengerutkan dahinya sebelum dengan perlahan mendekati beg hitam yang ditinggalkan di atas meja kopi. Zip beg itu dibuka dengan perlahan sebelum matanya terbeliak.

Beberapa laras pistol dan rifle bewarna hitam elok tersusun di dalam beg. Apa ni? Mainan ke?

     Avia mencapai selaras pistol sebelum dia membelek pistol itu. Pemicu ditarik. Wahhh... Mainan ni nampak real sangat.

     "Apa kau buat?" tanya satu suara dari arah tangga.

     "Arghhh!" Avia terkejut dengan suara yang menyapanya sebelum terlepaskan tembakan ke arah dapur.

     Bang!

     Bunyi tembakan yang kuat itu sekali lagi mengejutkan Avia sebelum dia mencampak pistol itu ke atas lantai.

     "Arghhhhh!" jerit Avia yang baru menyedari senjata itu ternyata bukan mainan. Dia terus melompat ke atas sofa sebelum menoleh ke arah dapur.

     "Apa benda ni?" tanya Cayden yang baru melangkah keluar dari biliknya.

     "Kenapa kau main dengan benda ni?" tanya Aaden sambil melangkah ke arah Avia. Gadis itu masih lagi berdiri di atas sofa dengan wajah yang cuak.

Callisto terus melangkah ke arah dapur sebelum dia menoleh ke arah peti sejuk yang sudah rosak kerana ditembak oleh gadis polos itu.

     "Apa... Apa ni? Apa semua ni?" tanya Avia yang masih berada dalam ketakutan.

     "Itulah pistol mainan kami. Kau suka tak? Kalau suka, ambiklah satu bawak balik rumah," kata Cayden sambil melangkah ke arah meja kopi. Pistol yang tadi diusik oleh Avia terus dimasukkan semula ke dalam beg sebelum dizip dengan kemas.

     "Kita perlu gerak sekarang. Lara dalam bahaya," kata Aaden mendatar.

     "Can you explain?" tanya Avia perlahan.

     "Tadi kitorang nak explain tapi kau taknak dengar. Sekarang ikut je kitorang. Dan duduk diam-diam. Jangan sentuh apa-apa, jangan buat apa-apa dan jangan cakap apa-apa," kata Cayden sebelum mengangkat dua buah beg hitam yang diletakkan di atas meja kopi sebentar tadi.

     Avia hanya memerhati mereka semua yang terus melangkah ke arah sebuah bilik yang berada di hujung ruang tamu. Hanya tinggal Aaden sahaja yang masih berdiri di hadapan Avia.

     "Jom," kata Aaden mendatar.

     "Saya nak balik... Saya nak balik...," kata Avia perlahan.

     "Kau tak boleh balik. Bahaya kalau kau balik sekarang. Boleh kau ikut cakap aku kalini?" kata Aaden dengan wajah tanpa reaksi.

Avia masih lagi terdiam tanpa pergerakan.

     "Avia, please? Kita dah takda masa, Lara dalam bahaya. Aku just nak kau stick dengan aku. Can you?" kata Aaden yang cuba memujuk gadis itu.

      Mata mereka bertentangan agak lama sebelum Avia menunduk malu. Lelaki itu pandai menenangkannya walau hanya menggunakan suara. Lemah apabila mendengar Aaden bercakap dalam nada yang lembut.

     Perlahan-lahan Avia menganggukkan kepalanya sebelum turun dari sofa.

     "Good girl," kata Aaden sebelum terus melangkah ke arah bilik yang Callisto, Cayden dan Javier masuk sebentar tadi.

Avia menunduk sedikit. Good girl? Heee...

     "Pintu kat sana," kata Avia sebelum menunjuk ke arah pintu keluar yang berada bertentangan dengan bilik itu.

     "Ni jalan keluar rahsia rumah ni," kata Aaden sebelum mereka berdua melangkah masuk ke dalam bilik itu.

Sekali lagi Avia terpegun melihat bilik yang bewarna kelabu itu. Gambar-gambar anak jutawan itu semasa kecil banyak di gantung di dinding.

     "Tapi ni macam bilik kerja," kata Avia sambil meneliti ruang bilik yang dipenuhi dengan meja kerja, almari buku, dan beberapa buah komputer.

     "Mana diorang semua?" tanya Avia yang baru teringat tentang mereka yang turut masuk ke dalam bilik ini tetapi sudah tiada di situ.

     "Dah keluar. Jom," kata Aaden sebelum dia melangkah ke arah almari buku yang berada di dinding. Dia membuka sebuah buku sebelum meletakkan jarinya di imbasan jari di dalam buku itu.

     Tett!

     Tiba-tiba almari itu terbuka sedikit dari arah tepi.

     "Jom," kata Aaden sebelum menarik almari itu seperti pintu.

Avia hanya memerhati tanpa kata. Wahhh... Menakjubkan. Ingatkan dalam cerita je ada pintu rahsia macam ni.

Mereka berdua melangkah masuk ke dalam sebelum Aaden menutup kembali pintu.

Sekali lagi Avia terpegun dengan laluan yang berada dibalik almari itu. Perlahan-lahan kakinya hanya mengekori langkah Aaden sebelum mereka tiba di sebuah lif. Punat turun ditekan.

     "Tak sangka rumah awak sebesar ini," kata Avia perlahan.

     "Sekarang dah sangka," kata Aaden mendatar.

Pintu lif terbuka sebelum mereka berdua melangkah masuk ke dalam kotak lif.

     "Sekarang aku nak beri kau satu arahan," kata Aaden mendatar.

     "Hm?" tanya Avia sebelum menoleh ke arah Aaden.

     "Duduk dekat dengan aku setiap masa," kata Aaden mendatar.

     "Easy," jawab Avia sebelum mengukir senyum.

     Aaden hanya terdiam melihat senyuman gadis itu. Haih Avia... Kalau tak comel tak sah.

Nak dapatkan novel Aryan dengan signature saya? Follow instagram saya untuk maklumat lebih lanjut.

Jangan tertinggal bas!!!!!!

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro