Bab 44

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

     Darlene tersenyum lebar selepas dia, Mia dan Belle menonton rakaman CCTV yang telah ditunjuk oleh Spencer menggunakan telefon bimbiynya. Mereka bertiga tidak hadir ke pawagam semalam kerana Darlene tidak berapa sihat dan mereka bertiga memilih untuk menemani gadis itu di rumah sahaja.

     "Siapa bagi dekat awak video ni?" tanya Darlene mendatar.

     "Ray," jawab Spencer sepatah sambil mengunyah biskut.

"Saya dah tahu lama yang Alpha tak bersalah. Saya percayakan anak saya," kata Darlene dengan senyuman lebarnya.

"Itu budak pakai tupeng itu... Jahat! Jahat!" kata Belle sambil tangannya diayunkan ke udara.

"Betul. Jahatlah dia. Ingatkan baik sangat. Bertutup atas sampai bawah, ish ish ish. Tak baiknya," kata Mia pula.

"Bila diorang nak balik?" tanya Darlene lembut.

"Kejap lagi sampailah tu," jawab Spencer sambil matanya memandang ke arah Avia yang baru turun dari tingkat atas. Mereka semua berada di rumah Ariq memandangkan geng bapak-bapak baru sahaja tiba dari Amerika pada pagi tadi.

"Nak makan?" tanya Spencer lembut.

"Takpalah, uncle. Saya nak tunggu Ferdy," jawab Avia sambil tersenyum.

"Boyfriend tu lambat lagi balik. Mehlah makan dulu. Takut kebulur karang, habis Din tu marah uncle," kata Spencer ramah.

Avia hanya tertunduk malu selepas jejaka kacak itu menggelar Aaden dengan panggilan 'boyfriend' sebentar tadi. Pipinya mula berona merah.

"Eleh. Malu-malu pulak. Aaden tu boyfriend awak ke?" tanya Mia Lee atau lebih dikenali sebagai ibu kepada Javier.

"Errr... Tak—Takdalah aunty. Kami tak bercinta pun," jawab Avia sambil menunduk.

"Alah. Suka sama suka lahtu. Cuma tak declare je, kan?" kata Darlene pula.

"Errr... Tak tahulah aunty. Saya pun tak tahu Ferdy suka saya lagi atau tidak," kata Avia perlahan. Dia pun tidak dapat mengagak sama ada lelaki itu masih mempunyai perasaan yang sama ataupun sudah berkurang. Maklumlah, lima tahun tidak bersua muka dan bertanya khabar. Lima tahun bukanlah jangka masa yang pendek.

Spencer hanya mendiamkan diri mendengar kata-kata Avia itu. Of course lah budak Din tu still suka dekat kau. Sepanjang lima tahun lelaki tu tak pernah happy. Nak dengar dia gelak pun kemain susah.

"Mehlah duduk sini. Kita borak-borak panjang sikit sementara tunggu diorang balik," pelawa Darlene sambil menepuk-nepuk sofa di sebelahnya.

"Baik, aunty," Avia terus melangkah ke arah sofa sebelum dia mengambil tempat di sebelah ibu kepada Alpha dan Cayden.

"Maaflah kalau anak-anak kami tinggalkan awak sepanjang lima tahun tu. Diorang kena ikut daddy and papa diorang yang busy tu. Diorang pun nak kena training sepanjang hari," kata Darlene lembut.

"Boleh saya tanya? Kenapa diorang kena training setiap hari?" tanya Avia perlahan.

"Avia tak tahu ke diorang anak siapa?" tanya Darlene dengan dahi yang dikerutkan.

"Errr... Saya rasa macam tahu...," kata Avia perlahan. Dia cuba mengingat kembali memori lima tahunnya. Bapa Cayden pernah menembak orang menggunakan sniper. Dan diorang semua ada banyak senjata.

"Diorang anak mafia. Ayah diorang semua mafia," kata Darlene ringkas. Mendengarkan itu, Avia terus menoleh ke arah Spencer. Maknanya pakcik ni pun ahli mafia lah?

Spencer hanya tersenyum lebar sambil menunjukkan 'peace' ke arah Avia.

"Tapi Avia jangan salah faham. Diorang semua baik. Diorang bukan macam mafia jahat kat luar sana," sambung Darlene lagi.

Avia hanya menganggukkan kepalanya beberapa kali tanda faham. Sekarang semuanya sudah masuk akal.

Ting!

Tiba-tiba pintu utama dibuka dari luar.

"Kami dah balik," kata satu suara garau dari depan pintu rumah. Spencer, Darlene, Mia dan Belle terus menoleh ke arah keluarganya yang sudah pulang.

"Froy mana?" tanya Darlene selepas melihat lelaki itu tiada bersama mereka.

"Dia ada hal sikit. Kejap lagi dia baliklah tu," jawab Jayden mendatar.

"Oi budak. Kau buat apa kat sebelah mummy aku tu? Dah jadi bestih ke?" tegur Cayden sambil berdiri di tepi sofa.

"Apa adik cakap macam tu dekat Avia! Tak baiklah," kata Darlene mendatar.

"Adik?" tegur Avia sepatah sebelum dia tersenyum lebar.

"Kau diam! Jangan nak tersengih-sengih macam tu depan aku! Aku tenyeh muka kau karang!" kata Cayden kuat.

Avia hanya tersenyum sebelum dia menoleh ke arah Aaden yang sedang merenung ke arahnya. Pipi mula berona merah. Alamak... Dia tenung akulah.

Aaden terus melangkah ke pintu utama tanpa mengendahkan Avia. Avia hanya memerhati sebelum dia menoleh ke arah keluarga lelaki itu yang sedang berborak. Mereka semua nampak sangat akrab. Seronoknya kalau dapat keluarga yang macam ni.

Tiba-tiba telefon bimbit Avia bergetar menandakan ada mesej masuk. Avia membuka mesej daripada Aaden itu sebelum dia menoleh ke arah lelaki itu yang berada di pintu utama rumah.

'Jom dating?'

Avia terus memandang ke arah Silver yang sedang memandang ke arahnya. Lelaki itu tersenyum lebar seperti kerang busuk.

"Pergilah," kata Silver tiba-tiba. Avia menoleh ke arah Aaden semula sebelum lelaki itu terus melangkah keluar dari rumah.

"Errr... Saya mintak diri dulu ya," kata Avia sambil bangun dari duduknya. Dia terus melangkah ke pintu utama sebelum dia turut keluar dari rumah.

Mereka semua hanya memandang ke arah Avia dengan mulut masing-masing yang bertutup rapat.

"Okaylah. Boleh tahan cantik untuk jadi menantu aku," kata Ariq dengan kedua belah tangan terletak elok di dalam poket seluar.

"Ah! Aku cop dulu untuk jadi menantu aku!" kata Spencer pula.

"Aik? Bila masa pula Sil nak kahwin dengan Avia?" celah Silver yang mendengar kata-kata bapanya tadi.

     "Takpalah, kalau Sil taknak. Vier boleh je," celah Javier pula. Cayden yang mendengar itu hanya mendiamkan diri.

     Aryan melangkah keluar dari kereta sebelum dia terus berdiri di hadapan Rayden dan Levi.

     "Mana anak aku?" tanya Aryan mendatar. Avrin hanya duduk di dalam kereta sambil melihat suaminya yang sedang bercakap dengan dua lelaki pelik itu.

     "Takda," jawab Rayden sepatah.

     "Sampai bila kau nak sorok anak aku sendiri daripada aku? Kau tak kesian ke dengan Fellen? Dah berbelas tahun dia tak jumpa keluarga kandung dia sendiri. Kau takda hati perut ke?" tanya Aryan dengan mata yang berkaca. Sungguh dia merindukan anak gadisnya itu.

     "Siapa yang beritahu kau? Siapa yang beritahu budak tu masih hidup? Ferdy?" tanya Rayden dengan wajah yang masih tenang.

     "Siapa yang beritahu tu tak penting. Yang penting aku tahu anak aku masih hidup. Kau sorok dia berbelas tahun daripada aku," bukan sahaja Aaden dan Alara yang memberitahu tentang perkara itu. Tetapi Alpha juga memberitahu mereka perkara tersebut di luar panggung wayang tanpa pengetahuan Rayden dan Levi.

     "Dia takda kat sini. Kau nak jumpa dia, kau pergilah balik US," kata Rayden sebelum dia menoleh membelakangi Aryan. Alpha melangkah turun dari kereta sebelum dia berdiri di hadapan Aryan. Jarak mereka hanyalah 7 kaki.

     "Baliklah Froy. Dia takda dekat sini," kata Rayden lagi.

     "Aku nak anak aku! Mana anak aku!" kata Aryan dengan oktaf suara yang dinaikkan.

     "Jom balik," kata Rayden mendatar. Levi dan Alpha hanya mendiamkan diri di tempat masing-masing. Levi meletakkan tangannya di belakang seluar untuk mengeluarkan pistolnya tetapi dia terus terhenti selepas melihat Alpha juga sedang melakukan perkara yang sama.

Alpha mengeluarkan pistolnya yang bewarna putih sebelum diacukan ke arah Aryan.

Rayden menoleh ke arah Alpha sebelum dia menoleh ke arah keretanya semula.

     "Apa yang kau buat?" tanya Aryan mendatar.

     "Abang!" jerit Avrin sebelum dia berlari ke arah Aryan. Dia terus memeluk suaminya dengan erat sambil memandang ke arah Alpha.

"Kenapa sayang keluar? Duduk dalam kereta diam-diam!" kata Aryan sambil menarik Avrin ke belakang badannya.

     Ktak!

Pemicu ditarik.

     "Abang!" jerit Avrin sebelum Aryan menunduk sambil memeluk Avrin dengan erat. Mereka berdua menutup mata sambil berdoa di dalam hati masing-masing. Apa yang Alpha cuba buat?!

Bang!

Peluru bewarna perak lalu betul-betul di tepi kepala Alpha selepas seseorang melepaskan tembakan ke arah lelaki berambut putih itu.

"Don't touch my parents," kata gadis yang telah melepaskan tembakan sebentar tadi.

Aryan dan Avrin terus membuka mata mereka sebelum mereka terus menoleh ke arah gadis berambut putih yang sedang berdiri membelakangi mereka. Gadis berambut putih itu berdiri betul-betul di hadapan Alpha dengan pistol yang masih diacukan ke arah lelaki berambut putih itu.

Alpha tersenyum nipis sebelum dia menurunkan senjatanya. Dia kemudian terus menoleh dan melangkah ke arah kereta. That's your daughter. You're welcome.

"Fellen?" tegur Aryan perlahan.

Fellen menoleh ke arah Levi sebelum lelaki itu menganggukkan kepalanya sedikit. Fellen yang mendapat keizinan dari Levi itu terus menyimpan senjatanya sebelum dia menoleh ke arah Aryan dan Avrin.

"Fellen! Anak mummy! Anak mummy! Allahuakbar! Allahu!" kata Avrin kuat sebelum dia terus berlari ke arah Fellen. Gadis berambut putih itu dipeluk dengan erat. Aryan turut melangkah ke arah mereka sebelum dia memeluk dua wanita yang disayanginya itu.

"You broke the rules," kata Rayden mendatar. Matanya hanya memandang ke arah anak-beranak yang sedang berpelukan.

"I am breaking the rules. Punish me, not her," kata Alpha mendatar.

Levi hanya tersenyum nipis sebelum dia melangkah ke arah Alpha dan Rayden.

"Good job," kata Levi mendatar. Alpha hanya menganggukkan kepalanya sedikit sebelum dia terus melangkah masuk ke dalam kereta. Levi hanya memandang ke arah Rayden sebelum dia turut melangkah ke dalam kereta.

"Fellen. Let's go," kata Rayden mendatar.

"Cukuplah, Rayden. Jangan seksa aku macam ni. Sampai bila kau nak pisahkan Fellen dari keluarga kandung dia sendiri?" kata Aryan mendatar.

"Fellen," panggil Rayden sekali lagi. Fellen yang mendengar namanya dipanggil buat kali kedua itu terus meleraikan pelukanya.

"Jangan tinggalkan mummy... Tolong tinggal dengan kami... Tolong...," kata Avrin yang masih tidak melepaskan tangan Fellen.

"Rayden. Get in the car," kata Levi yang tadi sudah masuk ke dalam kereta tetapi kini berada di luar kereta semula.

"Fellen!" panggil Rayden lagi.

"Rayden," panggil Levi lagi.

"Kalau iya pun, biarlah Fellen berjumpa dengan keluarga kami dulu sebelum kau bawak dia balik. Biarlah kami lepas rindu dulu pada dia. Beri aku peluang untuk jadi ayah kepada Fellen. Can you?" kata Aryan mendatar. Dia tahu Fellen telah dijaga dengan baik memandangka Alpha juga telah dijaga oleh orang yang sama.

"Baik. Aku akan datang jemput dia," kata Rayden sebelum dia terus melangkah masuk ke dalam kereta.

"Fellen... Anak mummy... Alhmdulillah syukur sangat... Berbelas tahun mummy hilang kamu. Mesti Ferris akan happy kalau tahu kamu masih hidup," kata Avrin sebelum dia menarik Fellen yang jauh lebih tinggi berbandingnya itu ke dalam pelukan.

Fellen hanya mendiamkan diri tanpa kata. Nampak gayanya ibu bapa mereka tidak tahu tentang keadaan Ferris yang telah dipukul sehingga gadis itu koma sehingga kini.

"Jom kita balik. Ramai yang rindu dan teringin sangat nak jumpa dengan kamu," kata Aryan sambil mengusap rambut putih anaknya. Fellen hanya membiarkan kedua belah tangannya dipegang dengan erat sebelum mereka bertiga melangkah ke arah Rolls-Royce milik Aryan.

"Tadi korang semua pergi mana?" tanya Avia yang duduk berhadapan dengan Aaden.

"Ada hal family sikit. Kau dah makan belum?" tanya Aaden mendatar.

"Belum. Saya tunggu awak balik," jawab Avia yang hanya menunduk sedari tadi.

"Kenapa tunggu aku? Lain kali makan jelah dulu," kata Aaden sambil merenung ke arah gadis yang berada di depannya itu.

"Takpalah. Saya nak makan dengan awak," kata Avia perlahan.

Aaden hanya tersenyum nipis mendengarnya. Comel betul kau ni Avia.

Avia yang sedari tadi menunduk kini memandang ke arah Aaden yang hanya mendiamkan diri. Tiba-tiba dia teringat tentang apa yang dikatakan oleh aunty Darlene sebentar tadi.

"Boleh saya tanya awak something?"

"Hm. Apa dia?"

"Kenapa awak tak pernah beritahu saya yang awak anak mafia? Kenapa nak rahsiakan dari saya?" tanya Avia perlahan supaya pelanggan lain di kedai makan mewah itu tidak mendengar kata-katanya.

"Aku dah pernah cuba untuk beritahu kau. Tapi masa tu kau terlalu naif untuk faham dan hadam semua ni," kata Aaden mendatar.

"Sebab awak suka kona-kona. Cuba kalau awak terus cakap straight to the point yang awak anak mafia, mesti masa tu saya akan faham," kata Avia sambil menongkat dagunya ke meja.

"Kalau masa tu aku beritahu aku anak mafia, mungkin kau dah taknak berkawan dengan aku lagi. Mafia kan jahat, kau pula budak baik," kata Aaden pula.

"Ish! Awak ni suka cakap benda yang bukan-bukan. Mana mungkin saya taknak berkawan dengan awak. Makanan dah sampai!" kata Avia sambil menoleh ke arah pelayan yang berdiri di tepi meja sambil meletakkan pinggan yang berisi lobster yang besar.

"Thank you!" kata Avia kepada pelayan itu. Aaden hanya terdiam melihat wajah gadis itu yang sudah tersengih-sengih sambil memandang ke arah lobster di atas pinggan. Lapar betul minah ni.

"Wah sedapnya! First time saya nak rasa makan lobster! Thanks Ferdy!" kata Avia sambil tersengih dengan mata yang kecil.

"Makanlah," kata Aaden mendatar.

Selepas 30 minit menikmati hidangan mewah itu tadi, Avia terus memegang perutnya yang sudah diisi itu.

"Kenyang!" kata Avia sambil mengangkat kedua belah tangannya. Aaden hanya tersenyum nipis melihat gelagat gadis normal itu.

"Avia," panggil Aaden sepatah.

"Hm! Iya!" sahut Avia.

"Kau masih ingat soalan aku lima tahun lepas?" tanya Aaden sambil mengelap tangannya menggunakan tisu.

"Soalan? Soalan yang mana tu?" tanya Avia sambil mengerutkan dahinya.

"Kalau aku kata aku suka kau, apa jawapan kau?" tanya Aaden sambil merenung ke dalam anak mata gadis Melayu tulen itu.

Avia yang mendengar soalan itu terus tertunduk malu. Sekarang dia sudah ingat soalan yang telah diajukan lelaki itu lima tahun lepas.

"Awak masih ada perasaan yang sama terhadap saya ke? Dalam masa lima tahun, hati awak tak pernah berubah ke?" tanya Avia perlahan.

Aaden hanya menggelengkan kepalanya sedikit.

"Itu untuk jawapan yang mana satu?" tanya Avia lagi.

"Hati aku tak pernah berubah. Dulu hingga kini, aku masih ada perasaan yang sama pada kau," jawab Aaden dengan suara yang tenang.

"Lima tahun. Takkan dalam masa lima tahun tu awak takda tersuka dekat mana-mana perempuan lain?" tanya Avia dengan kening yang diangkat sedikit.

"Takda. Hanya kau," jawab Aaden jujur.

"Saya tak percayalah. Lelaki zaman sekarang bukannya boleh dipercayai. Lagi-lagi yang hensem," kata Avia sambil menjelingkan matanya.

"Kau kata aku hensem?"

"Errr... Bukan! Bukan macam tu! Err...," wajah Avia terus cuak sebelum dia menoleh ke arah meja sebelah.

"I'm still waiting...," kata Aaden sambil menongkat dagunya.

"Errrr... Janganlah tenung saya macamtu!"

"So? Still taknak beri jawapan ke? Dah lima tahun aku tunggu jawapan kau," kata Aaden mendatar.

"Errr..."

"Atau kau nak aku tunggu lagi lima tahun?" sambung Aaden lagi.

"Sejujurnya saya pun ada hati pada awak. Tapi saya masih keliru dengan perasaan saya sendiri. Saya...," belum sempat Avia menghabiskan kata-katanya, dia terus dipotong.

"Jadi girlfriend aku?" potong Aaden.

"Haaa?!! Err... Err...," Avia terus menunduk ke bawah. Ya Allah malunya!

"Sudi?" tanya Aaden sepatah.

"Saya bukan tak sudi... Tapi macam mana kalau awak tinggalkan saya lagi? Macam mana kalau awak tiba-tiba hilang bertahun lagi?" tanya Avia yang masih menunduk.

"Aku dah habis belajar. Aku dah kerja. Kalau kau nak kahwin esok pun aku boleh tunaikan," kata Aaden tenang.

"HAAA?!!! Kahwin?!!!" jerit Avia kuat. Satu restoran itu menoleh ke arah Avia.

"Janganlah jerit kalau ya pun," kata Aaden sambil menggelengkan kepalanya beberapa kali.

"Awak tu yang buat saya terkejut! Awak sebut apa tadi? Kahwin?" kata Avia dengan mata yang dibulatkan.

     "Ha'ah. Kenapa dengan kahwin?" tanya Aaden pula. Kening diangkat sedikit.

     "Awak nak ke kahwin dengan saya? Kita ni kan tak sama taraf. Saya kan miskin. Nanti kalau awak kahwin dengan saya, apa pulak family awak kata. Mesti diorang fikir saya ni materialistic sebab nak dekat jutawan macam awak," kata Avia perlahan.

     "Taknak takpa. Aku cari orang lain je," kata Aaden selamba.

     "Ha?! Macam tu je?"

     "Kenapa? Sakit hati?" tanya Aaden dengan senyuman nipis.

     "Errr... Taklah. Ish! Jomlah balik! Menyakitkan hati je bercakap dengan awak ni," kata Avia sebelum dia terus bangun dari duduknya.

     "Kau still tak bagi aku jawapan lagi," kata Aaden yang masih duduk di kerusinya.

     "Jawapan apa?"

     "Be my girlfriend? And my future wife?" tanya Aaden mendatar.

     "Awak ni memang jenis straight to the point macam ni ke?" tanya Avia yang masih malu dengan soalan yang diajukan oleh Aaden.

     "Kalau aku berlapik, kau tak faham. Bila aku straight to the point, kau tak boleh terima pula," kata Aaden sambil bangun dari duduknya.

     "Bukan macam tu. Tapi tak ke terlalu awal untuk kita jadi pasangan bercinta? Lagipun saya belum habis belajar lagi," kata Avia perlahan. Mereka berjalan beriringan keluar dari restoran.

     "Okay. Aku takkan paksa kau. Take your time," kata Aaden sebelum dia terus melangkah ke arah Porsche miliknya yang terparkir elok di tempat parkir VVIP.

     "Eh! Kita tak bayar lagi makanan tadi!" kata Avia sambil menunjuk ke arah restoran.

     "Tak payah. Tu restoran aku," kata Aaden sebelum dia terus masuk ke dalam kereta.

     "Ha?! Kenapa tak cakap awal-awal?! Kalau tahu tadi saya bungkus dua lobster," kata Avia sambil melangkah masuk ke dalam kereta.

     "Nak bungkus buat apa?" tanya Aaden sambil mengerutkan keningnya.

     "Malam-malam saya selalu lapar. Bolehlah makan kalau saya tiba-tiba lapar lewat malam nanti," kata Avia dengan senyuman lebar. Aaden hanya memerhati sebelum dia menggelengkan kepalanya beberapa kali. Macam-macamlah kau ni.

     Aryan membuka pintu rumah sambil memegang tangan Fellen. Mulutnya masih tidak lekang dengan senyuman. Dialah lelaki paling bahagia buat masa kini.

     "The hell?" tegur Ariq yang berada di sofa ruang tamu. Matanya memandang ke arah Fellen yang hanya menunduk sedari tadi.

     "Fellen! Ya Allah! Dia betul-betul hidup!" jerit Erika kuat.

     Hayden dan Jayden turut tersenyum melihat Fellen yang sudah membesar dengan sihat sekali.

     "Fellen...," kata Darlene perlahan. Dialah yang menyaksikan kejadian letupan berbelas tahun lepas. Dia juga menyasikan sendiri gadis itu hilang disebalik kereta Rayden. Tetapi dia tidak pernah tahu bahawa gadis itu sebenarnya sempat diselamatkan oleh Rayden.

Ariq melangkah mendekati Aryan dan Fellen sebelum dia hanya merenung ke dalam anak mata Fellen.

     "Anak aku hidup. Anak aku hidup, Fran!" kata Aryan sambil memegang kepala Ariq.

     "Tepilah kau," kata Ariq sebelum dia menolak Aryan dengan kuat. Abangnya tertolak ke tepi sebelum Ariq terus memeluk Fellen dengan erat.

     "Besar dah kau," kata Ariq mendatar.

     "Tapi kenapa rambut kau macam Alpha ni? Korang bercinta ke?" tanya Ariq yang sudah meleraikan pelukannya.

     "Kaulah yang selalu intai kami training dekat US, kan?" celah Silver yang hanya mendiamkan diri dari tadi. Dia selalu nampak gadis itu mengintai mereka berlatih, tetapi dia tidak yakin siapa gadis itu memandangkan dia memang tidak pernah kenal dengan gadis yang wajahnya mirip Ferris.

Fellen hanya mendiamkan diri sebelum dia menganggukkan kepalanya beberapa kali. Fellen kemudian terus menoleh ke arah Alara yang juga sedang merenung ke arahnya. Inilah budak tu. Budak yang Alpha sayang sangat.

     "Tu anak uncle. Kenalkan, Alara Fairy Louise," kata Ariq sambil menarik Alara supaya bersalam dengan sepupunya itu.

     "Sayang dah call Ferris?" tanya Aryan kepada isterinya.

     "Dah. Banyak kali dah saya cuba call dia, tapi satu pun tak berangkat," jawab Avrin mendatar.

Callisto yang berada di tangga terus turun sebelum dia merenung ke arah Fellen.

     "Kal, ni kakak kembar kau," kata Aryan yang menyedari kehadiran Callisto itu.

Callisto hanya memandang tanpa reaksi. Fellen juga merenung ke dalam anak mata biru milik Callisto. Dia tahu dia mempunyai adik yang kacak. Sudah beberapa kali dia mengintai lelaki itu semasa dia sedang berlatih tetapi lelaki itu langsung tidak menyedari kehadiran dirinya.

     "Jadi, inilah Fellen? Boleh tahan cantik jugak ya?" kata Cayden sambil melangkah ke arah Fellen.

     "Cay dah kenapa?" tanya Alara sambil menarik lengan Cayden.

     "Aik? Jeles ke?" tanya Cayden dengan senyuman nakalnya.

     "Takda masalah nak jeles. Jom naik atas main PS5 dengan Lara," kata Alara sambil menarik lengan Cayden supaya mengekorinya.

     "Yalah, yalah," kata Cayden sambil melambaikan tangannya ke arah Fellen.

     "Kami dah balik," kata Aaden yang baru melangkah masuk ke rumah. Avia turut melangkah masuk sebelum mereka berdua memandang ke arah Fellen.

     "Oh... You're here," kata Aaden sebelum dia terus melangkah ke tangga.

     "Oi anak tak guna! Jumpalah dengan sepupu kau ni dulu!" kata Ariq kuat.

     "Dah jumpa," jawab Aaden mendatar. Dia tidak menghiraukan kehadiran Fellen itu sebelum dia terus naik ke tingkat atas.

Avia yang tidak tahu apa-apa itu hanya berdiri di tempatnya sebelum Fellen tiba-tiba merenung ke arahnya. Erk?! Kenapa dia tenung aku macam tu?! Menakutkanlah!

     "Jom!" kata Alara yang tiba-tiba muncul entah dari mana. Dia menarik tangan Avia supaya mengekorinya.

     "Takyah kawan dengan dia tu. Kita kawan dua je," kata Alara sambil menarik tangan Avia untuk naik ke atas. Cayden yang sedang melangkah turun dari tingkat atas hanya memerhati sebelum lengannya ditarik lagi oleh Alara. Mereka bertiga naik ke tingkat atas sebelum terus masuk ke dalam sebuah bilik.

     "Kenapa dengan Lara tu?" tanya Javier mendatar.

     "So immature," kata Fellen perlahan.

     "Dia tak suka bersaing. Dia tak suka orang ambik apa dia punya," kata Silver mendatar.

     "Huh!" Fellen hanya tersenyum sinis sebelum dia terus menoleh ke arah pintu.

     "Fellen nak pergi mana?" tanya Avrin lembut.

     "Nak balik," jawab Fellen mendatar.

     "Nak balik mana? Ini keluarga kau. Kau dah balik," kata Ariq mendatar.

     "Alpha is waiting for me," kata Fellen mendatar. Dia terus melangkah ke pintu tanpa menghiraukan keluarganya.

     "Alpha?" tanya Jayden sepatah. Fellen melangkah keluar dari rumah sebelum dia menutup pintu dengan rapat.

Aryan, Avrin, Ariq, Hayden, Jayden, Spencer, Darlene, Silver dan Javier hanya memandang sesama sendiri. Alamak... Berebut Alpha lah pulak...

     "Siapa perempuan rambut putih tadi?" tanya Avia yang berada di kerusi meja belajar bilik Alara.

     "Entah. Serabut betul tengok dia tu. Tiba-tiba je muncul entah dari mana. Haritu minah tu nak tembak aku? Engko ghasee? Memang sakit betul hati aku tengok dia. Mana-mana mai tah," kata Alara sambil menekan-nekan alat kawalan jauh PS5.

     "Kau kenapa Lara? Tu sepupu kaulah," kata Cayden yang berada di sebelah gadis itu.

     "Cay tu kenapa? Suka sangat ke dekat dia? Pergilah dekat dia kalau suka sangat dekat dia!" kata Alara sambil menolak tangan Cayden.

     "Oi... Rilekslah. Aku tak kata pun aku suka dia. Tapi kau tu. Apa yang kau tak suka sangat dekat minah tu? Apa yang dia buat dekat kau sampai kau benci dia sangat?" tanya Cayden sambil mengalihkan tangan Alara yang menolaknya.

     "Tadi Lara baru je cakap yang dia nak tembak Lara. Cay ni pekak ke bodoh?"

     "Dua-dua. Dahlah, janganlah marah-marah, Tak comellah nanti," kata Cayden dengan senyuman nakalnya. Avia hanya memerhati aksi dua pasangan itu tanpa kata. Diorang ni bercinta ke apa?

     "Cay jangan bercakap dengan perempuan tu tau! Janji?" kata Alara sambil mengangkat jari kelinkingnya ke arah Cayden.

     "Sampai macam tu sekali eh? Hahahahaha comellah kau ni," kata Cayden dengan tawanya. Dia mengusap kepala Alara dengan kasar.

     "Janji lah cepat!" kata Alara kuat.

     "Yalah, yalah," kata Cayden sambil menyambut jari kelinking gadis itu dengan jarinya.

Avia hanya tersenyum melihat gelagat mereka berdua. Benarlah, Alara terlalu dimanjakan oleh jejaka-jejaka keluarga ini menyebabkan gadis itu memberontak apabila tidak dapat apa yang diinginkan.

     "Via," panggil Alara sepatah.

     "Ha! Iya!" sahut Avia yang sedang mengelamun.

     "Abang bawak kau pergi mana tadi?" tanya Alara mendatar.

     "Ha? Maksud Lara, Ferdy ke?" tanya Avia sambil menggaru belakang kepalanya.

     "Yalah. Siapa lagi yang bawak kau keluar? Ada lelaki lain ke?" tanya Alara sambil mengecilkan matanya.

     "Hahaha. Ferdy bawak pergi makan je," jawab Avia dengan senyuman lebar.

     "Abang ada cakap apa-apa ke kat kau?"

     "Maksud Lara?" tanya Avia dengan dahi yang dikerutkan.

     "Jangan buat-buat tak tahulah," kata Alara mendatar.

     "Dia—Dia cakap pasal suka. Pasal kah—kahwin...," jujur Avia perlahan. Cayden yang mendengar itu hanya diam tak terkata.

"Kahwin?! Wahhhh! Korang dah nak kahwin ke?!! Bila?! Seronoknya!" jerit Alara kuat.

"Eh! Bukan! Bukan macam tu! Kitorang bukannya nak kahwin lagi! Lagipun saya tak terima pun dia jadi boyfriend saya lagi," kata Avia dengan tangan yang digoyangkan ke kanan dan kiri.

"Kau suka Ferdy ke?" tanya Cayden tiba-tiba. Dia langsung tidak menoleh ke arah Avia.

"Apa Cay ni? Benda tu terang lagi bersuluh kut! Dari zaman sekolah lagi Avia memang dah suka dekat Ferdy," jawab Alara sambil mengetuk kepala Cayden.

"Oi! Yang kau ketuk kepala aku tu kenapa?!" tanya Cayden sambil memegang kepalanya.

"Cay marah Lara?! Huaaaaa! Cay marah Lara!" jerit Alara kuat.

"Kau tu dah 19 tau, bukannya 9 tahun," kata Cayden sambil mengusap kepala Alara.

"Oh! Maknanya dah boleh kahwin ke?" tanya Alara teruja.

"Ha?! Kau nak kahwin dengan siapa pulak?!" tanya Cayden kuat.

"Dengan Alpha! Alpha hensem!" kata Alara sambil mengangkat kedua belah tangannya. Avia hanya tersengih sambil melihat gelagat Alara.

"Huh! Kalau macamtu, pergilah ajak Alpha main game dengan kau. Tak payahlah ajak aku," kata Cayden sebelum dia bangun dari duduknya.

"Alaaa... Okay, okay! Lara kahwin dengan Cay lah kalau macam tu! Muka korang pun sama je. Cuma Alpha cool sikitlah," kata Alara sambil menarik kaki Cayden.

"Ah! Pergi kahwin dengan Alpha sana! Jangan tarik seluar aku! Tercabut karang oi!" jerit Cayden sambil memegang seluarnya.

"Jomlah main game!" kata Alara sambil menarik seluar Cayden.

"Woi! Jangan tariklah!"

Avia hanya menggelengkan kepalanya sebelum dia menoleh ke arah pintu bilik. Aaden sedang mengintai dengan mata yang memandang ke arah Avia. Erk? Apa dia buat?

"Jom tengok movie?" ajak Aaden sambil mengintai kepala ke dalam bilik.

     "ARGHHHHHHH!" jerit Cayden dan Alara serentak. Mata mereka menoleh ke arah kepala Aaden yang mengintai ke dalam bilik. Terkejut dengan kehadiran kepala kacak itu di situ.

Avia dan Aaden memandang ke arah Cayden dan Alara. Pahal dua orang ni?

     "Kau buat apa kat situ laknat?! Terkejut aku!" kata Cayden kuat.

     "Diamlah. Jom, Via," ajak Aaden sambil memandang ke arah Avia.

     "Pergilah korang berdua. Shuh!" kata Alara pula.

     "Okaylah. Korang berdua mainlah game tu ya? Babye!" kata Avia sebelum dia terus bangun dari duduknya. Kaki melangkah ke arah Aaden yang berada di depan pintu.

     "Jom!" ajak Avia dengan senyuman lebar. Aaden turut tersenyum nipis sebelum mereka berdua beredar dari situ. Cayden hanya memerhati tanpa kata.

     "Sesuai sangat diorang dua tu, kan?" kata Alara kepada Cayden.

     "Hm," jawab Cayden yang seperti tidak bermaya itu.

     "Hm? Cay kenapa? Ada apa-apa yang tak kena ke? Ke Cay jeles?" tanya Alara sambil menepuk-nepuk bahu Cayden.

     "Haa?! Jangan nak mengarutlah! Buat apa aku nak jeles? Buang masa aku je," kata Cayden sambil menjelingkan matanya. Alara hanya memerhati tanpa kata. Yeke tak jeles?

     "Kau nak tengok movie apa?" tanya Aaden yang sudah berada di sofa bilik tayangan rumah itu.

     "Apa-apa je boleh," jawab Avia sebelum dia mengambil tempat di sebelah Aaden.

     "Cayden ada cakap apa-apa ke dekat kau?" tanya Aaden tiba-tiba.

     "Hm? Takdalah pulak. Kenapa?" tanya Avia pula.

     "Takda apalah," kata Aaden sebelum dia menekan-nekan alat kawalan jauh televisyen.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro